Klik Jommm

Tuesday, March 22, 2011

White Paper Bag

Dah hampir nak putus asa dah, ingat nak beli online je, lagi senang. ceh padahal baru carik kat satu kedai, tak jumpa dan-dan nak kecewa. Kebetulan Cik Fotogedik mempunyai kawan or kawan aku jugaklah, tapi sebab CF selalu contact dengan dia, maka CF dengan rela hati tolong tanyakan kawan kitaorang ni yang memang rajin buat kek, kat mana ada jual white paper bag, laju je dia jawab Tesco Extra, Shah Alam. Berdesup aku ke sana Sabtu lepas. Sebelum tu, terima kasih CF, jasamu ku kenang.




Ramai peneman aku, k.cik (adik aku) Wani (housemate) and kawan Wani sekali (tiba-tiba nak ikut sebab kebosanan). Lengkap rombongan Cik Kiah ke Tesco, sebelum aktiviti mencari dimulakan, taklimat diberi kepada setiap peserta

"Ye anak-anak, misi kita hari ni adalah mencari white paper bag, dia macam kertas goreng pisang, tapi kaler putih, paham ye??"

Gelak-gelak diaorang..oowwwhhh gelak eh, tak jumpa kang..siap!!




uiihhhh..terkinja-kinja bila dah jumpa, tapi masa aku beli ni stok dia tak banyak sangat, dalam 10 macam tulah. Harga 11.90 untuk 100pcs, terus rasa nak balik dan-dan tu nak kerjakan riben sampai siap. Konoooonnn, semalam baru buat 3 riben, terus rasa sakit belakang, terpaksa tidur awal..tssskkk terpaksa..ceh. Saje la kongsi dengan korang kat mana aku beli, tapi kalau beli online pun lebih kurang jugak harganya kot. Aku kan getis, suka menyusahkan diri sendiri. Dah beli jom balik, sebelum tu singgah makan dulu kat foodcourt Tesco tu, boleh tahan murah tapiiiii...



Nasi Ayam

tak sedap, eh tak baik mengata rezeki, dalam bahasa yang lebih baik, nasi ayam ini tidak memenuhi piawaian tunas rasa di lidah saya. Sekian.

5 comments:

  1. i nk bli juga, bole bg tau x seks.bpe x tesco
    yaya_farahajar@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. farahajar: sek 13, shah alam, dekat stadium, tau tak pasar pagi ahad tu, dekat situ la, seberang jalan tu tesco extra, dari tepi jalan boleh nampak

    ReplyDelete
  3. tsco extra lain ade dapat x? kat ampang ke?

    ReplyDelete
  4. Dear Sir,
    We are a paper converter in Malacca,We produced white paper bag,brown paper
    bag,goreng pisang paper bag.if you are inerested please call me 0129309747

    ReplyDelete
  5. Nak cari beg kertas tu jugak..harap ada la..

    ReplyDelete