Klik Jommm

Monday, December 30, 2013

Update: Room/Playroom (Memanfaatkan Ruang)

Salam,

Selamat Hari Isnin, lemau ke semua? Takmo lemau-lemau tau, kena cargas, ewahh padahal aku tengah lemau sebab tu update blog kejap, ala kejap je, taip sikit-sikit..mihihi.

Sejak ada Aish beg aku tetiba jadi banyak ko, hadiah masa dia newborn banyak dapat beg, sampai aku bagi pulak beg tu pada anak sedara aku, ate baby aku sorang je, beg banyak-banyak nak buat apa dok. So bila dah banyak, aku longgok je dalam almari, time nak pakai, peluh tiak mencari, tension mak. Ye lah beg dia kan kecik, aku letak belah tepi-tepi, kadang terselit bawah timbunan baju Aish yang dah tak muat. Setiap kali nak keluar pun aku tension cari beg kecik dia. Haihhh

So aku aim ini



Ikea, RM9.90

RM9.90, dah murah sangat dah ni aku rasa. Nak tau dah berapa lama aku aim, lama gile ye, habis takkan la nak pergi Ikea semata nak beli benda ni seketul je ye dak, so aku tunda la dulu keinginan tu. Sambil tu cari-cari jugak kat tempat lain. Minggu lepas pergi Mr. DIY kat Space U8 jumpa la benda sangkut belakang pintu ni..miahaha, RM3.50 je, ape lagi pantas bertindak, malas nak tunggu gi Ikea dah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
 



Haaa kan senang kerja aku lepas ni, selain menyenangkan kerja aku, beg animal ni dah boleh buat deco bilik la jugak, sebab comel. Zebra tu aku beli, yang Bee tu ada orang hadiahkan, mekasih ye :), beg yang besar-besar dan jarang guna je aku letak dalam almari, beg kecik ni aku letak je belakang pintu. Setiap kali nak keluar aku capai je beg ni, dah ada 2-3 keping pampers and napkin dalam tu aku letak siap-siap. Kalau setakat nak keluar sekejap je memang aku pakai beg ni je, contoh macam pergi beli barang dapur



Semalam di Giant Shah Alam



Lepas ni mesti ada orang tanya "eh, ko beli kat mana beg ni, nak jugak laaa". So sebelum ko tanya aku jawab siap-siap. Ko gi beli kat Ctmah Corner yeh, harga dia paling murah pernah aku jumpa, serius, paling murah aku rasa, kot kalau yang ada jual lagi murah aku tak taulah. Tapi aku tak pernah jumpa orang lain jual semurah dia, tak sampai RM20.00 pun. Beg ni kecik je, so janganlah ko tertipu dengan gambar aku pulak, tapi muatlah nak letak bekalan baju anak, pampers, botol susu, stok keluar setengah hari. Beg ni dengan Aish elok-elok je dia galas, tak nampak besar sangat, besar sikit je, kira sesuai la dengan badan dia.



Amacam? Ok tak aku gantung belakang pintu macam ni? Tak ok pun, aku kira oklah, sebab menyenangkan kerja aku. Tapi daddy cakap tak ok, dia takut pintu rumah dia calar..eii ngada, mommy tak kira, nak gantung jugak, derhaka ko ye..hahahaha. Ok, bye!




10 comments:

  1. rin...i pon ada beli yg cmni kat kedai plastik...i suka sbb xyah nak paku/drill kan...

    ReplyDelete
  2. akak pun ada gak rin..beli cosway....siap letak kat tingkap dapur buat sangkut sudip periuk...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Begnya comel..
    Nti nk beli bila aish dh blh pgg beg sndiri

    ReplyDelete
  4. i ade 3 dah beg gitu. yg 1 zip dah patah. yg 1 tali dh putus. yg 1 baru beli dan masih berkhidmat. nak anto repair yg lg 2 tu. sayang. elok lagi.

    ReplyDelete
  5. Kat umah aku tak ley pakai sbb nnti pintu takley tutup...huhu..sadis jer rase

    ReplyDelete
  6. oohhh aku taruk masuk stor je rin.
    sekali nak pakai beg pitam punggah stor.
    dasar mak pemalas macam haku.
    sian anak-anak aku.
    akakakakak!

    ReplyDelete
  7. nice! bilik ai pn guna penyangkut gini..boleh kata setiap blk dlm rmh tu guna penyangkut ni...hihi ^_^

    ReplyDelete
  8. thanks erin!
    kat shah alam xde diy! space u8 tu aku rasa macam jauh jek.macam jem jek..hehe

    ReplyDelete