Klik Jommm

Wednesday, November 26, 2014

2nd Baby: Boy ke Girl eh?

Salam,

Semalam aku pergi checkup dan detail scan sekali, benda yang paling excited nak tau mestilah samada baby sihat dan gender dia kan, errr mak tak sabor dah ni nak beli barang baby. Alhamdulillah baby sihat dan sempurna, doktor check jantung, otak, tulang belakang, jari, kaki tangan, eh semua la dia check, organ dalaman pun dia check jugak, siap tengok blood flow lagi, berdebor-debor aku dengan En. Syg..hahahaha..pastu asyik tanya "normal kan doktor", pastu doktor jawab "iye normal, kalau tak normal kita explain". Lubang idom baby pun dia tunjuk jugak..miahahaha, ada 2 lubang, alhamdulillah..kahkah. En. Syg cakap "ni sama macam lubang idom Aish jugak ni" kihkih.

Setakat ni semua normal, alhamdulillah, berat baby ok, uri ok, semua pun ok, moga ok dan baik-baik aje sampai bersalin insyaallah. Yang tak ok, omaknya ni sebulan berat naik sampai 3kg, apa cer?? Penat mak hincik diet memalam makan ringan-ringan je contohnya tak makan nasi tapi makan aiskrim Magnum 2 batang, abis cane?? wakakaka. Somi mak pun, aku mintak sebatang je aiskrim Magnum, dia balik beli 4 batang, terpaksa aku habiskan 2 batang satu malam, pastu pagi esoknya bangun tidur makan Magnum dulu sebelum mandi, pastu merungut badan naik, nak kena pukul ke ko ni, tu salah sendiri tau dok. Sekarang berat aku dah 54kg!!!!, baru nak masuk 6 bulan dah 9kg naik T_T, beranak sok entahlah bertan-tan gamaknya..mihihi, takpelah nak asal kamu sihat, mommy gemok pun takpelah.

Ok jom citer pasal gender pulak, masa belum kahwin dan belum jumpa prince charming..ehemmmsss, aku plan nak anak 4 orang, 2 lelaki, 2 perempuan, amboiiiii sangat, kawen pun belum dah gataiii pikir nak berapa orang anak. Lepas tu masa dah bercinta-cinta dan plan nak kawen dengan En. Syg aku tukar plan nak ada 3 orang anak, 2 lelaki, 1 perempuan. Lepas tu bila dah lahirkan Aish tetiba aku jadi tak kisah, pernah cakap dengan En. Syg kalau ditakdirkan 3-3 anak aku boy pun aku happy je, agaknya bila dah jadi emak, asal anak sihat dah lebih dari cukup untuk aku, gender dah tak jadi keutamaan aku pun. Aku tak tau orang lain, tapi itu yang aku rasa la. Bila tau je pregnant 2nd baby ni, orang akan cakap "kalau lepas ni girl mesti seronok kan" aku senyum je, sebab aku tak kisah, kalau dapat boy pun tetap seronok bagi aku. Tapi aku tetap excited bila tau gender, sebab shopping punya pasal..miahahaha tu yang buat aku over excited bila tau gender.

Orang cakap kalau anak boy, kita suka makan manis-manis, kalau anak girl kita suka makan masam-masam, ke terbalik eh?? aku pun dah tak ingat. Tapi antara dua tu lah. Lepas tu orang akan tanya pregnant kali ni mabuk dia sama tak macam yang first dulu, kalau sama, gender pun sama, kalau lain gender nya lain. Kalau perut ke depan boy, kalau perutnya bulat girl. Kalau berseri girl, kalau tak berseri boy and kadang-kadang terbalik, macam-macamlah cara orang dulu-dulu predict gender, sekarang senang, ko gi je scan terus ko tau baby ko boy or girl, takyah telek sana sini dah..hahaha. Kalau ko tanya aku, simptom masa pregnantkan Aish sama je macam aku pregnant kali ni, semua sama, aku suka makan manis-manis, aku loya kalau sejuk, aku tak suka mandi, aku malas, aku sememeh dan tak berseri, perut aku bloated lepas makan, aku kuat makan walaupun perut bloated..miahahaha. Badan aku banyak angin, asyik kentut dan sendawa je, semua sama macam pregnantkan Aish dulu, so ko rasa?? Boy ke Girl?? Cer bagitahu apa yang ko rasa?? adakah sama macam yang aku rasa dan apa yang doktor nampak semalam?? hahaha tetiba buat teka teki, ok tak kelakar, bye!!



Aish masa 6 bulan

Lepas dah confirm gender semalam, En. Syg cakap "saya dah boleh rasa mesti baby kali ni pun sama je macam muka Aish kan" aka nak cakap macam muka dia la tewwww. Takpe yang, mommy ok je..haha :)



6 comments: