Klik Jommm

Tuesday, November 11, 2014

Babymoon: Melaka Day 1

Salam,

2 minggu lepas kitaorang bertiga pergi bercuti kat Melaka dan Johor, sadis tak sebab ni kali ketiga kitaorang berjalan sejak ada Aish. First time masa Aish setahun lebih, masa tu pergi Teluk Batik..alaa yang meraung satu malam tak dapat buai tu, haaa ko lepas tu terus serik dah nak bawak anak berjalan, pergi Cameron on April pun sama, so alhamdulillah holiday kali ni memang sangat best sebab Aish dah tak berbuai, dia tidur lena, takde dah terjaga malam teringat buai..fuhhh lega hati mak ni, lepas ni kita jalan lagi ye..hehehe.

Kitaorang gerak dari Jelutong hari Khamis (23 Oct 14) terus ke A'Famosa, memang dah book villa kat sini, so pepagi tu lepas breakfast terus je straight ke A'Famosa, kitaorang bukan pergi bertiga je, ada satu lagi family kawan En. Syg, diaorang berdua je, sebab baru kahwin and wife dia pregnant 7 bulan anak pertama, kira kitaorang berlima je la.Memang dah janji nak jumpa kat A'Famosa je terus, lepas dah jumpa terus gerak ke A'Famosa Safari.

Kalau korang nak pergi sini, sila pergi pagi-pagi ye, kitaorang sampai around pukul 9 pagi, parking senang, beratur nak beli tiket pun tak ramai sangat dan matahari pun idokla tinggi atas kepala kan, so selesa la sikit nak berjalan tu kalau awal-awal pagi, nak pulak bawak anak kecik macam aku ni.



Tiket masuk untuk dewasa RM47.00 termasuk lunch




Masuk je dalam Safari ni dia akan ambik gambar ko anak beranak kat burung kakaktua ni, pastu kang lepas cuci, dia jual kat ko RM18.00 masa ko dah otw nak keluar, ok la kan buat kenangan, bukan tetiap hari pun ko nak dapat kenangan macam ni dok.





First round kat Safari, kita naik lori dulu, pergi tengok binatang buas..mihihi. Kalau tengok kat signboard, perempuan ngandung takleh naik, ehhh mana boleh aku kena tinggal, nak la jugak ikutkan, so kitaorang berdua naik je la, lagipun aku dah 4 bulan and Hani (wife member) dah 7 bulan kira ok lah kot. Rupa-rupanya memang berliku jugak la jalan dia, turun cerun, naik bukit, tu pasal la pucat je muka Aish sebab takut naik lori agaknya, tunjuk Tiger pun dia tak layan, siap marah kitaorang lagi "no..no..no..noo" derr ko ni jejauh mak ko bawak nak tengok binatang, boleh ko takut dik?? ishhh ishhh isshhh nasib baik tiket ko free dik, takpe biar mommy daddy je excited.





Muka risau Aish naik lori, duduk sekejap dengan daddy, pastu sampai sudah berpeluk dengan mommy.





Ajak bergambar pun dia marah..hahahaha



Alaaaa muntat muntat niiii

Lepas habis seround naik lori, kita tengok Elephant Show pulak. Aku ingat Aish takut tengok gajah, sebab biasa dia tengok dalam buku gajah tu kan kecik je, rupanya dia excited, siap tarik tangan daddy ajak tengok gajah dekat2.









Bagi gajah makan tebu, kemain gajah ni, nampak je orang bawak makanan, reramai dia datang berkumpul



Aku tengok dari kejauhan je, panas terik, ku tak larat weh






Elephant show dah start



Habis je Elephant Show terus pergi ke tempat binatang jinak pulak. First pitstop kat rabbit, wahh kemain Aish excited bagi arnab makan carrot, siap dia pulak kejar arnab tu suruh makan











Aku pulak yang takut, Aish kemain berani




Siri bercakap dengan kambing..mueheheh, dah macam siri bercakap dengan jin pulok. Kambing bercakap bahasa kambing, Aish bercakap bahasa jepun,molek la sesama tak paham..kahkah.









Habis round tempat binatang jinak, kita tengok show binatang yg jinak-jinak pulok, masa ni mak oihhh aku dah tak larat nak bawak badan, serius penat gile, dah terbayang nak baring je, tapi demi menggembirakan anak, ku tahankan aje.



Habis je show ni terus pergi kat kantin tunggu lunch, gile lapar, aku sekarang tak boleh makan lambat sikit, mula la nak menggigil kelaparan.



Ko kena beratur dan order nak set yang mana, lepas tu baru boleh ambik, memang dia dah bungkus siap-siap, so ambik set yang ko dah order tu. Air dia, air tin je, masa kitaorang hari tu ada soya dan cincau.

Habis lunch terus check in, penat gilosss, aku siap mandi, uruskan Aish jap pastu terus tidur, while para lelaki pergi memukul bola..ehh tak tau penat ke korang, serius nak pengsan kepenatan dah. Actually kitaorang book apartment 3 bilik, tapi ada problem so A'Famosa upgrade kepada villa, so harga yang kitaorang bayar harga apartment je la, RM300++ je.



Ada 3 bilik, setiap bilik ada queen dan 1 single



Dapur


Ruang makan


Hall


Ni paling aku tak faham, pool kat depan rumah, malu kot nak mandi pool anak beranak, orang lalu lalang boleh nampak ko mandi pool, rasa macam tak patut pulak..kihkih. Kitaorang tak mandi pun, sebab memang tak sempat and melaka tersangatlah panas, tak hujan langsung dan terik sangat, takkan nak mandi tengah panas pulakkan.



Tak sempat tukar baju, Aish dah tidur dulu, susu pun tak sempat minum, penat ye dik.



Kitaorang tidur, daddy pukul bola, balik dari main golf tangan bengkak sebab kena gigit binatang, binatang apa pun dia tak tau, malam tu ko..haa berdenyut-denyut tak boleh tidur, ku suh gi klinik takmo. Cer kalau aku yang kena gigit binatang n aku takmo gi klinik, dia punya bebel tu, boleh darah tinggi dibuatnya. 

Diaorang balik je dari main golf terus bersiap-siap nak pergi makan seafood. A'Famosa ni kan jauh gile dari bandar, dekat sejam jugaklah baru sampai kat tempat makan, asalnya nak cari satu kedai yang sedap ni, aku pun dah tak ingat apa ke namanya, tapi disebabkan masing-masing dah kelaparan, kitaorang tibai mana yang ada je la













Boleh la, tapi kedai ni murah gile tau, aku bajet dalam 200++, sekali 130++ je, amboi murah betul ni.

Siap makan kitaorang ke bandar Melaka, hajatnya nak pergi Jonker Street and nak naik cruise, tapi boleh pulak Jonker Street tutup, ke memang weekdays dia tutup and aku yang tak tau??, kecewa sikit la kan sebab Jonker Street tu memang dah masuk list tempat yang aku nak gi. Ok, takpe kita ke tempat cruise pulak, perghhh orang punya beratur, aku ingat mau sampai pukul 1 pagi kot kena tunggu, so terus tak jadi, nak pulak para lelaki dah penat sebab tak rehat langsung, so balik la kita dalam kekecewaan. Kalau tak fikir aku ni membawak perut dan beranak kecik, sanggup je kot nak tunggu, tapi disebabkan 2 faktor tu, dah tak sesuai dah nak menunggu lama-lama. Takpelah lepas beranak sok kita pergi la.



2 lelaki dalam kekuciwaan..hehe. O

Ok settle hari pertama, sok ku update hari kedua pulak ye, bye!!

8 comments:

  1. bilelah turn kitorg nak babymoon plak
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. mcm best pulak nengok gambau..selalu gie sana xpenah pun masuk safari..mungkin pasnie kalau pegi kene masuklah jugak..mcm best je..hehe..

    ReplyDelete
  3. syioknya...planning nak gi jugak in december

    ReplyDelete
  4. jonker street night market tu mmg open on weekend je rin.

    ReplyDelete
  5. fuh comey Aish berambut baru bersempena nak dapat title abang-abang ni :)
    hamboih bencik tgk seafood ko!
    meleleh ailio ;(

    ReplyDelete
  6. aku dgn khai klu mkn seafood kt melaka mmg selalu makan sini sbb murah.haha.rse mmg biasa je,tp sbb murah so kira ok le setakat nk lps hajat mkn seafood org kata.hehe

    ReplyDelete