Klik Jommm

Monday, September 28, 2015

Shopping di Lazada

Salam,

Selamat Hari Raya..hehe, tahun ni takde gambar raya, sebab pagi-pagi raya berdesup balik ke Temerloh, baju melayu suami dan anak laki semua ku tak bawak..kahkah..maka pakai baju jalan aje, pastu hp pulak prob, actually bukan hp tapi bateri kong habis, baru ambik satu gambar terus dia off..tampa kang, hilang mood aku nak bergambar, nasib baik dah siap-siap save contact customer kalau tak mengagau ku nak cari balik nanti, ni pun duk pakai tab, malas betul nak pergi beli bateri baru, malas nak drive sbb confirm balik dari beli bateri tu kang parking kat office ni takde, eiii besor betul kemalasan aku ni..haiiihhh, amboii panjang betul mengeluh ko ni..hahaha.

Oklah nak share ngan korang ni, actually ni first time aku shopping kat lazada, first time ok, sebab tergoda tengok diaper dia yang sangat murah lepas di tolak voucher bagai, aku shopping pakai lazada apps kat phone, so tu pasal boleh pakai voucher yang valid utk first timer dan beli through phone sahaja, godek sana, godek sini..wahhh berjaya..clap clap (amboi siap clap..jakun sangat nih)






Beli drypers wee wee dry untuk Alana, dapat 3 pek, so satu pek jatuh RM26.83, murah sangatlah tu sebab M80 kan, terus rasa aku ni pengguna bijak..miahahaha, patut tak upload kat insta pastu letak hashtag #penggunabijak (sengih mulut senget sebelah)..gahahahahaha..takdelah memain je, poyo sangat tu, orang dah beli banyak kali, ko baru sekali nak memoyo lelebih pulek.



Wahh dah sampai (clap clap lagi ;p) 

Siap hantar sampai tingkat 2 office aku ni, pastu sado terus tangan aku bawak turun kotak ni turun tangga 2 tingkat nak bawak balik rumah..sabo jelah.

Sekarang tengah usha diaper untuk Aish pulak, eh belum berjaya potty train lagi ke?? belum kakkk hahahahaha, bulan ni banyak sangat berjalan, tak sempat nak duduk rumah and potty trainkan dia. Bulan Oktober ni berazam memerap di rumah sahaja dan potty trainkan dia sampai berjaya.

Doakan aku berjaya..hehe, bye!!


1 comment:

  1. tak penah shoping kat lazada lagi..boleh try nanti ni..mcm best je pampers pun beli online ha hahaha

    ReplyDelete