Klik Jommm

Friday, February 11, 2011

Dugaan bertunang..kenapa??

Kenapa orang cakap bila bertunang, darah manis, byk dugaan? Kenapa? Kahwin kurang dugaankah? Berboipren girlpren takde dugaan kah? Bagi aku, in every relationship semua ada dugaan, x kira besar, x kira kecil. Cuma mungkin waktu bertunang, hubungan itu di tengah-tengah, tergantung-gantung, antara iya dan tidak, antara angguk dan geleng, antara pasti dan tidak pasti. Sebab masa bercinta, asyik fikir benda yang seronok sahaja, nak dating kat mana, tengok movie apa, hari ni nak makan kat mana. Bila bertunang dah mula berfikir secara serius sikit, dan mula bergaduh tentang benda yang tak pernah pun ko fikir masa bercinta dulu, mula sibuk nak berbalah lepas kahwin nak duduk mana, mula sibuk nak kawal expenses si dia dengan niat baik sebab lepas kahwin nak pakai lagi banyak duit, bila dia beli benda yang ko fikir tak perlu, mula la ko marah-marah, tak angkat phone, tak reply message. Mula hati goyah bila tahu dia nak suruh ko ikut cakap dia je..abis cakap aku?? Lepas tu melarat sampai nak buat keputusan takmo kahwin dengan dia, lepas tu menangis macam orang gila dan cakap kita ni berbeza. Itu contoh, nanti korang ingat akulah perempuan meroyan tu..tidak, itu contoh ye.

Tipulah kalau aku dengan dia smooth all the time, ada masa aku pun macam orang lain. Ada up and down, ada masa aku tak setuju dengan dia, ada masa aku rasa nak putuskan aje, ada masa aku sayang sangat. Semua orang berbeza dan semua orang tidak sempurna. Mula-mula kenal dulu, aku selalu menangis, sampai dia selalu cakap, "saya takut kita tak serasi", lagi lah aku menangis..haha bungeksss. Dan dia selalu pelik sebab aku selalu sentap, mau ko aku tak sentap. Cara aku dibesarkan dengan cara dia dibesarkan sangat berbeza. Aku lahir dalam family yang cakapnya lembut, berlapik, masa aku kecik cakap bodoh sambil gelak-gelak kat Along pun dia sentap ko. Sentap yang serius gaban punya. Yang takmo bercakap ngan ko berhari-hari. Hape-hape entah. Budak kecik cakap bodoh sesama sendiri, standard la tu, dah namanya budak kecik, manalah dia tau bodoh itu ape. While dia pulak jenis loud, berterus terang, takde lapik2 dah. Dia tak suka simpan-simpan, ko terasa ke, tak terasa ke, dia nak cakap jugak. Tapi sekarang aku dah lali, kalau dia cakap something yang sepatutnya aku sentap, tapi aku tak menangis pun, dia akan tanya balik "Eh, tak menangis ke?". Aku jawab balik "Oh, sekarang saya dah bina tembok dalam hati saya, yang tebal punya, dah tak fragile lagi dah, kalis sentap".

Walaupun aku ni jenis sentap tapi aku ni boleh tahan degil jugak, cakap aku je yang betul, sampaikan Ma aku bagitau bakal mertua masa d'orang datang merisik yang aku ni degil. Eh, Ma ni, bikin malu saje. Tapi aku rasa degil aku bertempat..haaa tengok nak jugak bela diri sendiri. Kalau aku cakap aku nak, aku nak macam tu jugak, janganlah ko cakap jangan. Aku nak jugak, x kira. Aku rasa aku ni tegas la bukan degil kot. Tapi eloklah aku bertemu dengan Asrul Sani, macam buku dengan ruas. Aku degil 5x dia degil 10x, berani lawan?? Lawan kang derhaka..so Ma aku dah siap pesan, dah bertunang ni, belajarlah dengar cakap Asrul Sani tu, esok nak jadi suami awak. Tapi degil aku boleh dilentur lagilah, takdelah tahap degil macam syaiitonnn..haha

Itu dugaan yang paling besar kitaorang berdua, menghadapi perangai masing-masing yang berbeza. Kalau bab orang ketiga ni, takdelah dugaan sangat, setakat 2-3 kali Encik B (bukan nama sebenar) ajak keluar berkali-kali, sekejap text sekejap call ajak jumpa tidaklah aku anggap dugaan. Lainlah kalau Encik B tu tetiba ajak aku kahwin, lepas tu aku berbelah bahagi nak pilih dia ke Encik B, itu barulah boleh aku anggap dugaan. En. Sayang tak kisah pun sebab dia tahu tunang dia bukannya hot sangat, paling tidak pun dia akan tanya "B ada call tak? Awak ada bagitau dia awak dah bertunang?" Eleh..eleh..aku rasa cam poyo-poyo je bila bagitau orang yang ajak aku keluar yang aku ni dah bertunang..so?? Ntah orang tu nak jumpa sebab nak bagi kad kahwin ke, kan malu je nanti. Nasib baik En B itu bersungguh-sungguh cari aku balik kat FB and add aku, so secara tidak langsung dia pun tau aku dah bertunang..lega sebab tak payah berlakon poyo dan tak payah nak create alasan setiap kali dia ajak keluar.

Sebab apa hari ni tiba-tiba nak cakap pasal dugaan ni? sebab semalam aku termenangis..tak sengaja ok, ter, ter..tembok besar China dalam hati ada runtuh sikit semalam..ahaha, tapi hari ni dah renovate balik..lebih kukuh dari biasa. Rasa nak keluarkan hati ni lepas tu babap dia berkali-kali "biasa dia ni, nak sentap-sentap je tau, ngengada betul" Cuma doa aku setiap kali, biarlah besar mana pun dugaan semoga kami berdua tetap teguh bersama..seteguh tugu peringatan negara..bahaha ;p eh, ini serius..teguh sampai bila-bila dan panjang jodohnya. Amin. sambung sikit boleh? panjang jodohnya, murah rezekinya, soleh dan solehah zuriatnya...ehhh ;p Cepat aminkan!

5 comments:

  1. baca entry erin ni dr awal hg akhir...teringat dugaan ms bertunang dulu...tp ble dh kahwin lani...ada gak dugaan, tp slh 1 psgn kena mengalah demi kebahgiaan & slg bermaafan ble gaduh2x manja.

    semoga erin bersiap sedia menjadi isteri kpd asrul sani ye....jd isteri yg solehah t..amin

    P/s: ble dh kahwin nnti, tembok keegoan wanita mudah lentur dgn lelaki yg suke jd kan diri diaorg pemimpin keluarga & kte sbg isteri t, rs kena ikut suami memandangkan dia adalah syurga kita ..& dosa plk klu kte lebih dr dia..itu yg kdg2x wat hati isteri berbelah utk melebihi suami..huhu

    ReplyDelete
  2. salam erin...sy suka entry ni..sy rs sy punya perangai lebih kurang awk, suka sentap2 ni..hehe..and yes, dugaan plg besar ialah nak adapt dgn perangai masing2 yg mmg jauh beza..sy pun cmtu jgk..tp tu la kan ups n down dlm hubungan ni, yg penting kite kena pandai jaga..insyaallah jodoh berpanjangan...take care ;)

    ReplyDelete
  3. i baca dengan kusyuk sebab tengah tempoh tu skrg. in fact, kena paksa bertunang, sebb i fobia dengan tunang dan kitaorang tak plan langsung nk bertunang.

    tp bila dah tempuh sendiri alam pertunangan emmmm not bad.

    rasanya, ego turun dengan sendiri, sudah boleh give n take, dah boleh tahan tak mau merajuk lama lama. kalau touching ke apa, lebih outspoken instead of mcam dulu pendam jeee....

    ReplyDelete
  4. mia-ina: stuju dengan semua yg u ckp tu..tapi rin rasa dugaan yg pling hebat mestilah lepas kahwin, duduk serumah, tidur sebilik..nak2 pulak masa mula-mula kahwin, baru nak adapt dengan each other.

    alhamdulillah setakat ni, walau x setuju mcmmanpun, rin iyekan jgk walau hati meronta-ronta nak melawan..haha..susah nk buang degil ni, tgh blajar lagi..tp stakat ni baik2 je..

    liyana: kita ni kuat sentap, dpt pulak tunang yg x pandai pujuk..pujuk diri sendiri je lah, nak buat camane dah sayang. i'allah pjg jodohnya..take care too ;)

    CF: meh..soksek..soksekk..alaaaa orang tuuu..ala yg gitu gitu tuuuu, ko x ingat kee? :) haha yg pasti bukan 'tukang masak'..ahaha..kite soksek kt luar eh

    e.t.t.y: a'ah sblum b'tunang dulu suke pendam2 perasaan, skang dah diajar utk lebih b'terus terang, biar gaduh dimulut, jangan gaduh dihati..bahaya kalau meletup nanti. good luck e.t.t.y

    ReplyDelete