Apa korang buat bila rindu tunang sendiri? Dah lama tak jumpa kesayangan, dah 2 minggu. Itu dikira lama sebab aku duduk Subang, dia duduk Shah Alam sahaja. Hari-hari pergi balik kerja dia akan lalu Subang dahulu sebelum sampai Shah Alam dari KL. Tapi disebabkan dia sibuk yang hamatt dan penat serta gastrik, tak sampai hati nak paksa-paksa dia datang menziarah perempuan getis ini. Walaupun perasaan rindu meronta-ronta di dada, rasa sayang membuak-buak di jiwa, rasa kasih eh..dah..dah..melebih-lebih pulak ko. Kalau dah lama sangat tak jumpa, aku mesti nak marah-marah dia. Lepas tu bila tanya rindu saya tak? Jawab dia "taklah, biasa je"..kan haku marah bila dia jawab cenggitu, kalau tak rindu pun, tipulah sikit..baru terasa betapa romantisnya tunang saya. Tapi nanti dia jawab balik "Awak nak saya terus terang ke jadi hipokrit?". Hmmm. Tapi bukan ke masa kursus kawin haritu ustaz cakap tipu untuk mengambil hati tak salah T_T. Hoh, terasa nak melancarkan perang je, tapi at the same time mahu belajar menjadi lebih matang dan lebih sabar, tak lama lagi nak kahwin, kena praktis dari sekarang. Bila rindu, tengok gambar dia dan feeling lagu "Sedetik Lebih by Anuar Zain" dia tujukan khas buat aku...sobbss pathetic betul..meh tampor aku kasi sedor diri sikit.
Gambar candid yang paling aku suka..sebab aku yang amik lepas tumpahkan aiskrim kat kasut putih dia..sobsss..maafkan saya..
Beberapa minit lepas amik gambar ni terus bergaduh, singgah kat McD, aku makan burger sambil bergenang air mata (maklumlah budak kememeh) pastu dia pun sibuk nak sumbat mulut aku dengan french fries dia, taktik memujuk, aku dah tau sangat. Bukan reti nak pujuk dengan perkataan..cesss. Lagi aku katup mulut, lagilah dia sibuk nak sumbatkan jugak. Lepas tu buat macam french fries tu kapal terbang nak landing masuk dalam mulut aku, siap ada sound effect. Manalah aku tak ketawa..ishhh picit Asrul Sani busyuk masyam hancing pering intan payung emas berlian ni kang.
Sekian, entry getis buat hari ni. Sorry terpaksa buat korang menyampah, len kali tak buat lagi dah.
ala erin..bru 2 weeks xjmpe..
ReplyDeleteaku prnh berbulan2 lamenyer tau..xjumpe hubby aku..
mklumlah kt sabah..:)
cerita erin nie sama yg terjd pd mia...penuh emosi ble lelaki kesayangan ckp gitu...eleh, diaorg tue saje2x je...time diaorg rindu, pandai pulak cr kte....ble kte rindu..huhu...smpai hati ckp cam2.
ReplyDeletesabar ye erin..x lama lg dia dtg latu
serious getis...hahahaah
ReplyDeleteazza: sabah, mmg takleh watpe dah..t'paksa la tahan rindu..haha..tp ko isteri yg hebat ;p
ReplyDeletemia-ina: x aci kan?
miss lemon: tulah pasal, rasa nk tampor je kan..bahaha