Klik Jommm

Monday, February 21, 2011

Wall Sticker comel

Aktiviti yang mengujakan di pagi Ahad, adalah pergi ke pasar. Orang lain berebut-rebut pergi pasar nak beli ikan, barang basah, sayur segala. Aku pulak sibuk nak pergi berjalan semata. Lumrah perempuan, dapat jalan-jalan window shopping kat pasar pun jadilah. Window shopping kat pasar? agak2 la, nampak sangat miskin..tskk..tsskk. Sekali sekala tukar angin, asyik2 mall, boring. Gigih masing-masing bangun awal pagi Ahad nak ikut aku pergi pasar kat Stadium Shah Alam, baru ajak-ajak ayam, semua nak ikut..haha kesian betul. Apasal la korang semua ni muslimah sangat asyik duk rumah je, meh ikut ahkak..kita jenjalan amik angin pagi. Tapi aku tunggu sampai kereta panas, tak jugak turun2 dari bilik, hoih..g pasar je, tayah la mekap segala. Aku dah bawak keta keluar dari garaj pun, tak siap lagi, siap tukar baju pulak dah..pasar je dik, tayah cantik sangat, tengok akak ni menggunakan natural beauty di pagi hari semata..eh.

Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya jumpa wall sticker, dah lah cantik, murah pulak tu, RM2 satu. Sebelum ni pernah nampak orang jual online, belas-belas ringgit jugaklah. Kat pasar beli RM10 dapat 6 keping. Tampal kat bilik pengantin comel jugak, tak payah susah payah bayar upah kat adik suruh cat bilik. Sampai rumah, terus mengerjakan wall sticker, tampal kat bilik housemate. Test dulu



Langkah yang pertama, sila basuh dinding dengan sabun dan keringkan. Tapi aku mengantuk dan malas, sapu-sapu dengan tangan je, "eh, ok ni, tak payah la basuh-basuh"



Langkah ke 2, tanggalkan sticker dengan berhati-hati dan sepenuh jiwa raga..bila terkoyak sikit, terus cakap dekat pemilik sticker "alah RM2 je, minggu depan kita beli lagi"



Dah siap, tapi tiangnya senget..haha..senget sikit je


Aku tolong tampal, pemilik bilik bagi arahan..sini sikit..ha..sana sana.. Kalau dinding warna putih memang nampak lagi cantik, bilik ni dinding dia kaler krim..so tak naik sangat. owwhh suka bila tengok dah siap. Ok kawen nanti nak tampal wall sticker lah :).

P/S: Betty, masihkah kau ingat katil itu ;p

9 comments:

  1. kenapa tak tampal tinggi sikit? ke memang kena tampal paras tu je? ehehe.

    ReplyDelete
  2. owh..bilik lamaku..waaaaaa..rindu sama katil itu..:P

    ReplyDelete
  3. comelnya!! u berjaya menghasut ai utk membeli hehe,
    nak beli satu juga laaa...

    ReplyDelete
  4. terhasut gak utk membeli design my bilik pemulihan dgn wall sticker...nk g redah cari gak

    ReplyDelete
  5. oshinz: macam tak sesuai pulak tampal tiang tergantung2, tidak menjejak bumi..hehe..sbenarnya kepala katil tu luar biasa tinggi, tu pasal nampak macam tiang wall sticker tu pendek. hehe

    betty: meh tdo sini meh ;p

    miey: mmg santek :D

    daleela: comel kan..memacam bentuk ada

    cik puan syafa: g habiskan duit beli wall sticker..haha

    mia-ina: a'ah housemate erin pun cikgu, dia borong byk2 nk tampal kat library sekolah dia.

    ReplyDelete
  6. super cute...nnt nk beli gk la untk umah baru kita..

    ReplyDelete
  7. miss lemon: beli jangan tak beli

    ReplyDelete