Dah lama aku tinggal wedding preps (padahal baru seminggu lebih) until last night bila tertengok wedding book aku. Pastu kira-kira tarikh kahwin, eh, lagi 4 bulan lebih. Banyak gile yang tak prepare lagi, kalau ikutkan aku, semua aku nak buat awal-awal, nak tempah khemah awal, nak bungkus doorgift awal. nak buat hantaran awal, so 2-3 hari sebelum kahwin, aku boleh tidur awal dan tidur lena. Barulah berseri-seri pengantin. Tak kuasa nak layan last-last minute ni (cakap tak hengat) tapi kalau dah namanya kahwin, tak sah kalau takde kerja last minute kan? owhh kerja-kerja last minute akan di sub kepada adik beradik sahaja, pengantin kena tidur cukup..haha
Balik cuti CNY hari tu ingat nak tempah pelamin, dah berjanji manis dengan akak tu, boleh pulak akak pelamin tu hilang phone, jenuh aku call sebab aku ni susah nak cuti-cuti ni. Nak-nak pulak parents aku kejap duduk Klang (ayah aku kerja dekat Klang), kejap duduk Temerloh (rumah sendiri). Akak tu pulak mobile, so kedai dia takde orang yang tunggu. So next month kena balik dan set appointment semula. Owhh tension.
Pa aku pulak sekarang ni tengah cari tukang rumah, dia nak jugak buat kenduri aku dekat kampung dia, rumah yang k'org duduk sekarang kat taman, dah 2 kali kenduri kat situ so this time dia teringin sangat nak kahwinkan aku kat Kampung Peragap..ngahaha. Glamer gile nama kampung Pa aku. Sekarang tengah sibuk buat benteng and timbus tanah. Kalau rumah sempat siap on May, di Kampung Peragaplah aku berkahwin. Tu pasal sekarang ni dalam dilema nak buat langsir bilik ke tidak. Sebab tak tahu lagi ukuran tingkap rumah baru, buatnya dah siap, tersingkat pulak..haru. Kalau terlabuh takpe.
This week aku dengan meroyannya call Ma tetiap hari, suruh dia decide berapa banyak doorgift yang perlu dibeli, Ma aku ni kena push sikit, kalau tak dia akan cakap "lambat lagiiii" iyelah tu, dah 2 kenduri aku tempuh dengan Ma aku ni, last minute dia tertekan, tak pasal-pasal aku pun tertekan sekali, sebab dia akan gelabah sana, gelabah sini, sebab aku kesiankan dia, aku yang ambik alih kerja tu semua, tu pasal aku pulak yang stress. Ni aku yang nak kahwin, siapa pulak yang nak tolong dia hilangkan stress. Eh, aku tak gemar betul last-last minute ni. Kalau boleh aku nak bagi benda yang boleh aku buat siap-siap, tapi Ma aku nak bagi makanan as doorgift, ikutkan je la. Aku dah tak sabar nak siapkan, mana-mana yang aku boleh siapkan. Yang susahnya family aku ni semua duduk jauh-jauh, kalau cuti panjang baru semua balik, so tak boleh nak harapkan sesiapa, tak kawen aku kang. Bulan 5 nanti baru balik dan tempah khemah pulak lepas dah decide nak kenduri kat mana.
Ok, Februari punye goal, menyiapkan doorgift..berusaha!!! (cecece)
chaiyuk chaiyuk!!!! ha btul3. part kawen ni i suke nak prepare awal. tapi part esemen selagi tak 1minggu nak dateline tu, selagi tu kite enjoy dulu. ahaha. dasar btul!
ReplyDeleteoshinz: eh, kite ni same la..auwmmm..malu pulak ;(..masa study dulu, nak exam esok, hari ni baru baca, pastu mula gelabah, takbleh bernafas la, taleh bpikir ngan tenang la..memacam
ReplyDelete