Klik Jommm

Tuesday, September 25, 2012

Breastfeeding Journey: Supplements

Bz gilak hoih..tak sempat langsung nak update, ni pun curi-curi :D.  Syukur alhamdulillah, walaupun aku tak berjaya exclusively bf Aish, but still sampai sekarang dia masih menyusu dengan aku. Sekarang dia minum Anmum dan bf. Susu aku dah tak banyak pun, bulan puasa makin merundum dan lepas raya memang ciput je, tapi balik je dari rumah babysitter dia memang menyusu dengan aku, tengah-tengah malam pun memang cari aku jugak, dah subuh-subuh sikit kalau aku tengok macam dia lapar, baru top up FM.

En. Syg cakap "Saya tak boleh terima kalau susu awak kering sebelum Aish 6 bulan, kalau boleh biarlah dia menyusu dengan awak sampai 6 bulan sekurang-kurangnya"

Ye, ye baiklah saya akan gigih mengepam.

En. Syg sangat support breastfeed, one of his officemate fully bf anak dia, almost everyday En. Syg akan update aku dengan petua kakak tu nak bagi susu banyak, tengok gambar anak masa mengepamlah, buat power pumpinglah, padahal semua tu aku dah tahu, sebab aku kan baca blog mommy2 ni, tetaplah gigih En. Syg update aku, aku iyekan je, pura-pura tak tau. Masa stok susu aku dah tak cukup untuk Aish dulu, aku tanya dia nak beli FM apa untuk Aish.  Dia diam lama dan akhirnya jawab "Entah, i don't have the guts", lepas letak phone aku yang menangis, aku pun tak sampai hati jugak, tapi nak buat macam mana kan.

Orang cakap nak susu banyak kena rajin mengepam, banyak minum air, banyak makan, tak makan supplements pun takpe. Tu orang cakap, tapi bagi aku yang kurang susu ni, mestilah nak cuba pelbagai cara, orang cakap makan kurma, makan, org cakap minum horlicks, minum, org cakap makan shaklee, beli. Semualah nak cuba and sampai sekarang pun aku still makan shaklee tu even susu dah tak banyak pun, kalau bukan untuk susu pun, untuk badan aku jugak, bila makan supplements takdelah penat sangat badan kita ni, yelah kita ni kan ibu yang bekerja, balik rumah nak bersilat kat dapur, kat living hall, kat bilik, eh semua tempatlah nak bersilat, pagi nak bangun awal, balik kerja terpa anak, terpa dapur, terpa suami, semua pun nak terpa, kalau tak makan supplements tak teterpa aku agaknya, kang suami pulak yang menerpa sebab rumah dah serupa jungle..haha



Breastfeeding set + ESP

Sampai sekarang aku masih makan, En. Syg asyik top up kan je




Tetiba ada gamat Healin, aku beli ni sebab luka epi aku lambat baik, orang cakap makan ni elok dan boleh cepat sembuhkan luka, tapi asyik lupa je nak makan, pulak tu aku tertinggal kat fridge rumah mertua.



Gembira baru lepas nenen, patutlah baby suka susu ibu kan, sebab susu kita ni manis, baru tau lepas En. Syg bagitau, dia rasa sikit, dia suruh aku rasa, aku takmau. Officemate aku pun cakap hubby dia pun cakap manis, macam bunga jenjarum tu, korang kecik-kecik mesti biasa sedut bunga tu kan. Kalau korang orang bandar, mungkin tak pernahlah, tapi orang kampung macam aku masa kecik2 dulu suka sedut bunga tu.

Eh kata bz tapi entry kemain panjang kan. :D


Friday, September 21, 2012

Stroller Idaman

Perempuan kalau dah mengandung, nampak barang baby semua pun nak, semua pun cute, semua pun mau. Akulah tu, tinggal duit je yang tak berapa nak ada. Tapi stroller adalah salah satu barang yang penting jugak tau, larat ke nak mendukung anak 24jam kalau keluar, kalau 2-3kg ok lagi, Aish tu baru 6.6kg, dukung sekejap dah lenguh tangan, bukan dia nak duduk diam, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, dahlah berat hoih, En. Syg pun tak larat nak dukung lama-lama, aku lagilah.

Since pregnant everyday aku tengok stroller online tau, hari-hari without fail, feeling sesaja. Masa pergi MyBBStore, masa tu aku pregnant 7 bulan, En. Syg ajak beli stroller Quinny yang 2K something tu..amboiii byk duit bang? tapi aku tak bagi, ni sebab terpengaruh dgn sales assistant tulah. Dia nak beli dan dan tu jugak, aku tak bagi, membazir sampai 2K, baik bagi duit kat aku, boleh jugak buat simpan2. Tapi sebenarnya aku pun minat jugak stroller Quinny, tapi idaklah sampai 2K punya, fulus kecik impian pun kenalah kecik jugak..sobss







Drooling, hari-hari tengok stroller ni online masa pregnant dulu, aku suka model ni sebab boleh pakai from newborn, biasanya Quinny kan kena beli MaxiCosi tu, tu pasal smpai 2K, tapi yang ni tak payah, yang ni 1K++ je, kalau nasib baik sekarang RM900 pun dah boleh dapat, masa tu berazam dalam hati nak beli warna merah. Dapat ke tidak tak tahulah, berangan je dulu. Balik rumah cerita dengan En. Syg pasal stroller ni, sampai dia pun dah naik hafal.

Lepas Aish lahir, masa baru habis pantang, barulah kitaorang cari stroller, aku plan nak beli Halford or Mclaren, tu pun nak cari yang murah-murah je bawah 1K, masa tu Quinny sudah tiada dalam senarai, mahallah, takde dalam bajet, aku pun taknak lah susahkan suami, mintak itu ini, aku kan isteri mithali..sempattttttt ;p

Sampai OBW, dah petang, bawak pulak anak kecik yang merengek nak susu, lepas tu berak pulak dia, stress mak kau, kan ke dah berbau satu OBW tu, nasib baik tak ramai orang. Tengok kat OBW tak banyak pun model stroller yang ada, SweetCherry, McLaren dengan Quinny je, tu pun dia suruh bayar dulu baru boleh tengok, kalau nak tengok jugak pi search kat internet..ngek kan. Kalau aku, aku nak pergi survey tempat lain dulu, tapi En. Syg dah taknak, "ambik jelah Quinny Zapp tu sayang, awak nak warna merah kan?". Eh tersipu terus aku kat depan kaunter tu, dan dan tak tau nak warna apa, last aku ambik hitam, sebab merah aku rasa jambu sangat untuk Aish, lagipun dah lama-lama nanti takut warna dia pudar, tak cantik pulak, lagipun nak pakai lama, dah beli mahal-mahal 3-3 anak aku nanti kena pakai stroller ni..eh 3 ke anak aku nanti..cecece. Berjaya akhirnya dapat stroller idaman, satu-satunya barang yang aku teringin sangat masa pregnant dulu, tapi sekarang bila Aish dah lahir, lagi banyak teringin aku, dah tak terkira dah.



Day 1 @ OBW 

psstt: OBW mahal RM1388 (kalau tak salahlah) pi cari tempat lain, boleh dapat lagi murah, aku dulu tak sempat survey, lepas pantang, terus beli, tak sempat nak survey.



Aish masa umur 2-3 bulan memang tidur dalam stroller je, PIL aku memang tidurkan dia dalam stroller, tolak pusing-pusing dalam rumah sebab dia memang tak tidur buai. Tapi sekarang kat rumah babysitter aku dah pesan, kalau dia susah sangat tidur masuk je buai, aku taknaklah menyusahkan babysitter pulak, satu hal nak mengadap anak aku 24jam, tapi babysitter cakap Aish ok, tidur buai ok, tidur bawah pun ok, lega aku.



Kalau kat rumah, masuk je stroller, tolak sikit, confirm tidur, cer kalau kat Mall, masuk stroller, tolak merata, confirm melalak mintak dukung, sibuk nak tengok orang, kalau tak dukung dia akan angkat badan dia sendiri, nak keluar dari stroller. Haihlah budak bijak, nakal kamu ye.


Thursday, September 20, 2012

Rahsia rambut lebat saya

Alamak, tadi check FB, nampak ibu mertuaku like entry semalam, pasal first haircut tu. Aiyoookkk mak dah jumpa blog aku, cemana nak balik Rawang Sabtu ni..maluuuuu. Wajiblah ayat pun kena tukar ayat manis-manis lepas ni..haha.

Entry pendek je hari ni, Aish lepas bercukur dulu, semua orang kemain tak sabar nak tunggu rambut dia tumbuh, En. Syglah orang yang paling tak sabar, hari-hari cakap "bilalah rambut Aish nak tumbuh semula". Semalam pun dia baru cakap "Adorable betul Aish bila botak, tapi saya tak sabar nak tunggu rambut dia tumbuh semula". Baru 5 hari kot orang tu ringan kepala, dia dah tak sabar..sabar jelah. 

Rambut Aish dulu pun tumbuh tak sama rata, banyak jugak lopaknye, especially belakang kepala, cukur bantal orang tua cakap. Atas je kemain lebat, belakang lompang, rambut cendawan namanya..haha. So mak mertua aku suruh pak mertua aku beli ini



BAJAJ ALMOND DROPS

Beli di kedai dekat rumah Serendah. Kedai lain aku tak tau ada jual ke tidok. Hari-hari mak mertua aku sapu kat kepala Aish nak bagi rambut tumbuh cepat, memang tumbuh cepat tapi aku tak tau sebab minyak tu ke or sebab genetik daddynya..haha. Tapi sepupu En. syg yang umur 2 tahun lebih pakai minyak ni. Dia lagi dahsyat, since cukur rambut masa baby sampai umur 2 tahun, ciput je rambutnya, nak ikat buat tocang pun tak boleh, so mak dia beli minyak ni, buat sapu hari-hari, sekarang rambut dia dah banyak, so aku rasa memang boleh diyakinilah keberkesanannya, nak pulak sepupu En. Syg tu rambut toing-toing, sekarang dah jadi rambut awan nano dia cakap..ahahahaha, sudah kembang setaman, comel je.



Sekarang sudah botak, model tak berbayar, tapi perlu diupah dengan bf



Dah siap ambik gambar ye mummy? Ok, sekarang Aish nak main


Aish sekarang pantang aku tinggal kejap, baru nak basuh beras, menangis, baru nak ambik air dalam fridge kat dapur, menangis. Bukan rengek-rengek, menangis kuat terus kalau dia perasan aku takde. Kadang umpanlah jugak dia dengan Elephant dia tu, main kejap, bila sedar je aku takde, menangis kuat-kuat sampai batuk-batuk, air mata mengalir-ngalir, dia tak kisah kalau aku tak angkat dia pun asalkan aku ada depan mata dia, kadang potong sayur pun depan mata dia sambil dia meniarap tengok aku. Nak tengok behind the scene tak masa aku ambik gambar dia ni semalam? Masa tu aku pergi dapur, ambik barang datang depan terus nak ambik gambar dia dengan minyak tu, dia pun apalagi

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Menangis sebab mummy tinggalkan saya sorang-sorang..waaaaaaaaaaaaaaaa



Dahlah tinggalkan saya, lepas tu nak ambik gambar saya pulak, nak nangis lagi kuat..WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Sakit hati member..hehe

Olololololo..masyammm


Wednesday, September 19, 2012

First Haircut

Kira firstlah kan, sebab masa hari ke tujuh Aish lahir, kitaorang cukur rambut dia, bukan potong. Memang dari sejak mengandung lagi, aku dah cakap dengan En. Syg, hari ke tujuh baby lahir memang nak cukur with or without akikah, sebab aku nak rambut dia cepat tumbuh balik.  Memang cepat, sebab baru 5 bulan rambut dia dah kemain panjang, nasib baik rambut gulung, kalau rambut lurus, mau dah nak cecah bahu kot (exaggerate mak kau). Rambut Aish sama macam En. Syg masa dia baby dulu, tapi bila dah besar luruslah pulak. Nanti aku cilok gambar En. Syg masa baby letak kat blog eh, rupa Aish pun macam En. Syg masa baby jugak. Mak mertua aku cakap Aish banyak kutip rupa daddy dia, habis semua dikutipnya.

Tapi bibir seksi dia kutip dari mummy..hahaha. Sebab bibir belah tu, En. Syg sibuk nak cakap bibir Aish macam dia, tapi tang hidung asyik cakap "Hidung Aish ni pesek macam mummylah" hamboiiiiiiiiiiiiiiii. Tak kisahlah bibir belah ke, hidung pesek ke, asal sihat sempurna, syukur alhamdulillah.



Hai Mommy, kita nak buat apa hari ni?

Dasar rambut gulung, aku sikat cemana pun tak sampai seminit, bergulung balik dia, serabut gila aku tengok anak sendiri, nak-nak masa ambik dia dari babysitter, tak taulah makcik tu sikat rambut dia ke tidak, kemain serabut..haha, potong pendek senang, guna jari pun tak payah. Eh tapi aku masa baby pun rambut gulung jugak, tapi lagi gulung toing toing, dah besar jadi ikal.



 Dia diam je masa amoi tu mesinkan kepala dia, asyik tengok mummy je



Aku tak tau kenapa Aish suka sangat menjuihkan bibir dia, macam berat sangat bibir bawah tu, sampaikan Tok En. syg ingat Aish ni bibir juih..haha. Tapi bila tidur elok je bibirnya.



Pasrah je 





Dah siap, siap tengok cermin tu. Dah kurang rambut, barulah terasa Aish ni baby-baby, seronok tengok dia takde rambut, kemas je, baby kan kuat berpeluh, kalau rambut panjang dulu asyik masyam je dia. Hari-hari mummy syampu. Rambut dia cepat tumbuh dan lebat, pun kutip dari daddy jugak mak mertua aku cakap.



Tuesday, September 18, 2012

Tak Sihat

Dah lama tak update blog, minggu lepas teringin nak update, tapi otak beku, tak boleh berfikir dengan waras, aku tak sihat, selesema, berkahak, sakit badan dan start khamis minggu lepas demam pulak. Dekat seminggu jugaklah aku tak sihat. Dah jadi mak, mana boleh nak rehat-rehat sangat, kena jugak melayan anak. Kalau nak tukar diaper, tidurkan or dukung boleh lah lagi nak harapkan En. Syg, kalau dia nak ngempeng, kenalah mak nya ni jugak mengempengkannya.

So minggu ni berazam nak update hari-hari..kalau tak bzlah, bye


Aish: Mommy nak sikit boleh?
Mommy: Ye ye sila..sila

Habit Aish sekarang, pantang aku mengiring sebelah dia, laju dia nak mengiring jugak sambil mulut mencari-cari sambil buat bunyi nangis batuk-batuk..amboiiii dia tuuu.


Friday, September 7, 2012

Mak Bidan Aish dah kahwin

Aku kan bersalin kat Hospital Selayang, adik En. Syg doktor kat situ, dialah yang sambut Aish masa Aish lahir. So on 31st Ogos baru ni dia kahwin, hari Khamis aku dah start cuti dah, cuti nak menjaga anak sebab FIL nak membz dengan kenduri. En. Syg 4 beradik, dan dia satu-satunya lelaki, ni adik bawah dia, yang kedua.



Gambar favourite aku, alahai comelnya, dia nikah malam 31 Ogos.



Husband and Wife



Cantik kan kaler dark purple ni, dulu masa kahwin aku memang nak kaler ni, sekali bila pergi je butik pengantin, macam-macam kaler ada, last-last aku pening, semua pun aku nampak cantik, semua pun aku nak, dari dark purple bertukar jadi royal blue, sebab cutting baju royal blue yang menggoda jiwa..haha. En. Syg cakap aku jenis orang yang selalu ada second thought, selalu bila dah decide ada je eh nye. A'ah aku memang macam tulah, nak yang ni, kang tetiba, nak yang tu pulak, kang nak yang ni balik, lempang ko nak?

Gambar semua pun tak berapa proper, sebab aku main sebat je dari FB dia, aku ni manalah tengok sangat dia kahwin, asyik duduk dalam bilik je, sempat keluar sekejap-sekejap je. Jap kang Aish nangis nak tidur, kang nak susu, kang nak tido balik, acane? Baju purple ni 1st September, buat kat rumah di Serendah.



Baju pink ni malam tu punya majlis di Perangsang Templer Golf, eh ye ke? aku pun tak ingat, orang balik kenduri siang, kitaorang kelam kabut bersiap nak pergi dewan pulak malam tu, gambar aku pun tak banyak sangat, aku bz melayan anak, makan pun tak sempat kenyang, begitulah kalau dah beranak kecik ye, bukan ko sorang je merasa, semua orang beranak kecik pun begitu.


Aktiviti aku masa majlis di Peransang, menunggu Aish tidur dalam bilik persalinan, makan pun dalam tu dengan En. Syg, gilir-gilir menunggu, tak boleh duduk luar, kemain bising orang berkaraoke. Dik kemain hensem mommy pakaikan kemeja, sekali adik tidur, tak sempat bergambar dengan Mama Is.



Ni jelah satu-satunya gambar yang aku ada, tu pun orang yang tag kan. Tudung kemain bulat, nak tengok cermin pun tak sempat, Aish selamba je tidur masa bergambar..hehe

Tahniah Is, we are happy for u, esok kitaorang ke Senai, Johor, majlis bertandang rumah lelaki pulak, psssttt: seumur hidup aku tak pernah pergi Johor tau..haha kesiannnn.


Wednesday, September 5, 2012

Aish @ 4 months

Eh Ahad ni dah nak masuk 5 bulan, mommy baru hegeh-hegeh nak update for 4 bulan, camno tu?. Checkup 4 bulan takde cucuk, berat Aish dah 6.3kg, start 4 bulan ni jugak Aish dah meniarap, setiap kali meniarap, menangis penat dan tak tau lagi nak pusing badan sendiri, kadang-kadang je berjaya pusing badan, but most of the time, memang akulah yang tolong pusingkan, kalau nak masak kat dapur, aku memang sendal 2 bijik bantal kiri kanan dia sebab tak bagi dia meniarap, kang setiap 5 saat dengar dia menangis, penat nak lari dapur depan, dapur depan.



1


2



3


4

Dah pandai main sorang-sorang jugak, aku tinggal lama sikit pun takpe, kalau dulu, pantang letak, hok hek sesaja, sekarang balik dari rumah babysitter, aku terus letak dia depan tv, bagi toys kat dia, diam la budak tu duduk menepuk toys, bolehlah aku lari dapur sekejap-sekejap untuk masak. Sekarang asyik hisap tangan dan menyembur air liur, habis basah tilam, kadang-kadang sampai terjolok jari kat tekak dan termuntah, habis lagi tilam..huuu, kerja membasuh je lah mak ko ni sekarang. Ahad ni dah 5 bulan, cepatlah dik 6 bulan mommy tak sabar nak bagi makan. Dia dah tunjuk minat nak makan tau, semalam daddy makan burger, dia baring statik tengok daddy tak berkelip, lama sangat, kalau ko makan sambil riba dia, dia tengok makanan tu dari dalam pinggan sampai masuk dalam mulut ko, kalau ko hulur-hulur sudu buat-buat nak suap dia, dia menganga dengan mata yang bersinar penuh pengharapan..alaaa kesian, sabar ye, tak lama je lagi. Ni mesti sebab En. Syglah yang ajar dia hisap tembikai hari tu, aku tak bagi, tapi dah daddynye kasi hisap, jangan banyak-banyak sudah, sampai menangis budak tu bila aku dah tak bagi. Ok, bai


Tuesday, September 4, 2012

Senyum


Hai, update secara pantas sebab hari ni balik 5.30..weehuuuu, semalam cuti, datang office pagi tadi berlambak kerja atas meja. Aku dah pindah Jelutong start Ahad malam, cuti semalam sebab mengemas rumah yang dah 5 bulan ku tinggalkan, bawak pindah semua barang dari Rawang, 3 kali ulang, berlonggok barang tak berkemas dalam bilik, pening aku tengok, habis aku settlekan semua semalam, rumah dah licin berkilat. Semalam jugak first day hantar Aish kat babysitter, aku risau gila kalau dia menangis masa aku menghadap jammed depan Giant Sek. 13 tu, nasib baik Aish ok je, hopefully ok sampai bila-bila. Kalau dia menangis jugak, terpaksalah aku biarkan, takkan nak dukung anak sambil drive kan.

Petang semalam masa ambik Aish, dia tengah menyusu, makcik tu tanya Aish belum makan lagi ke? Aku cakap belum sebab kecik lagi. Dia pun cerita yang cucu dia asyik menangis masa baya Aish dulu, dia bagi susu campur nestum sikit, diam terus budak tu, lena je tidur. Takut aku dengar tau, aku takut dia applykan benda yang sama kat anak aku tanpa pengetahuan aku. Kebetulan masa aku ambik Aish, Aish tak sempat habiskan susu dia, sampai rumah, aku minum susu Aish just to make sure dia tak campurkan nestum dalam susu tu, and aku asyik bau baju Aish, kotlah bau nestum melekat ke kan. En. Syg cakap aku paranoid, of courselah, aku kan mak Aish, semua mak memang paranoid apa..kan..kan. Nasib baik takde nestum dalam susu tu tau, kalau ada aku amukan Seksyen 4 tu..haha. Jangan dia curi-curi bagi nestum waktu tengahari sudah..memang aku tak redha kan makcik tu. Tapi semalam masa ambik Aish, rambutnya bergulung-gulung macam tak bersikat, udah rupa apa anak aku semalam, sampai aku call balik makcik tu tanya Aish ni dah mandi ke belum. Oklah nak sambung kerja melambak..Bye