Klik Jommm

Thursday, January 31, 2013

Biskut

Tajuk biskut pun jadilah

Aish start makan 3 hari sebelum umur 6 bulan, since then memang homemade semata, sampailah dia umur 8 bulan baru aku start bagi Farley Rusks, tu pun sebab officemate aku pergi Baby Fair dan dia dapat free gift biskut tu, dia bagi aku sebab baby dia still dalam perut lagi. Gila ko berdebor-debor tak sabor aku nak bagi Aish makan, sebab dia tak pernah makan biskut masa tu, mulanya aku taknak bagi, sebab aku ingat around 10 months baru nak ajar dia makan biskut segera-segera ni, tapi bila tengok kotak Farley Rusks parking tepi PC office aku, membuak-buak ketidaksabaranku..haha. Tergaru-garu hati ni aku ni nak mungkir janji dengan diri sendiri. Pehal menggoda sangat biskut tu..haihh

Penat aku fikir, nak bagi ke tak, tak bagi kang, rugiiii, ke aku je yang ngap sendiri kat office ni..hmmm nak bagi ke tak, akhirnya aku tertewas...hahaha (ayat skema sangat)



Biskut free yang menggoda


Bila dah buat decision nak bagi Aish test biskut ni, kemain lebor senyum sepanjang dalam kereta otw balik sebab tak sabor nak bagi Aish makan. Nampak tak kegembiraan seorang mak nak bagi anak makan..hahaha...over sangat.



Aish tengah tantrum, tak taulah sebab apa, sebab lapar ke, sebab angin dengan mak dia sebab ambik gambar dia ke, sebab suruh dukung ke, ntahlah nak, mak ko tetap ambik gambar jugak..first time ni first time, sampai anak cucu nak story nanti so kenalah ada bukti.



 Tak jadi tantrum, aku panggil-panggil, senyum balik dia



 Lepas tu hangin balik..ye ye baiklah, sekarang jugak mommy bancuh kasi awak makan..lapar ye?



Ni senyum sekejap je sebab dia makan sambil tantrum, tapi mulut tetap nganga, rupanya nak air masak, dia kalau dah nampak botol air dia, mintak maaflah ye, dia nak minum jugak, janganlah ko suap dia makan, boleh bikin marah.

Resultnya, Aish suka Farley Rusks, nganga saje, eh anak aku tu apa yang tak nganga, hari tu aku buat sup kosong untuk aku, sajelah suap dia sikit hujung sudu, lepas tu apa lagiiii, bertebeng tepi lutut aku ni hah nak sup lagi dan lagi dan lagi dan lagi, bila aku tak kasi, dia panjat aku, aku alih mangkuk belah kanan, tangan dia ke kanan, aku alih belah kiri, tangan dia ke kiri, dia ikuuuuuuuutttttttttttt je mangkuk tu..hahaha..ko ni dikkkkkk. Aku makan sup sambil suap dia makan sekali, aku hulur sudu dia, dia tepis, nak sudu sup aku jugak, aku olok-olok nak suap dari kejauhan dia nganga dah..amboiiii sungguh ko ye.

Tapi lepas 2-3 kali try and error bagi Farley Rusks Aish sembelit, setiap kali bagi Farlery confirm sembelit, lepas tu terus aku bagi dia biskut Marie je sampai sekarang, kesian tengok dia teran poopoo sambil nangis. 

Biskut Marie perisa susu aku kasi, dia makan ok, tak pernah dah sembelit lepas makan biskut tu, baru ni aku pergi Jaya Grocer (iklan jap, Jaya Grocer best sebab ada Organic section..beratur barang organic dia, kismis, oat, macam-macamlah) aku beli biskut baru untuk Aish tapi tak test lagi



Tak taulah ok ke tak dengan Aish, tunggu cuti ni baru nak kasi sebab aku nak pantau dia poopoo ok ke tak nanti. Habis cerita biskut..bye, nanti aku cerita pasal Nestum pulak. Korang tak nak tau pun tak kira aku nak cerita jugak..hahaha..bye kerja melambak ni, sempat lagi aku dok update blog, cemerlang sangat.



Wednesday, January 30, 2013

Pool Time

Hari-hari mengadap pool, tapi tak pernah sekali pun bawak Aish mandi pool. Sebab kitaorang balik Serendah hampir setiap minggu, bila cuti dan stay dekat rumah, macam malas sangat pulak nak pergi pool, padahal bawah rumah je, and kadang-kadang Aish selesema (Aish lebih kerap selesema dari demam), takmo la aku bawak dia mandi pool, takut makin teruk pulak selesema dia. Tapi baru ni kitaorang tak balik Serendah dan selesema Aish dah baik, so for the first time selama 9 bulan hidup di muka bumi ini Aish mandi pool without pelampung and swimwear (aku tak belikan lagi..ngahaha). Takpelah ayah dia ada untuk jadi pelampung, romper adik pun banyak, pakai aje romper dik, jimat duit mak kau.




Petang around pukul 5, lepas balik dari SCM, terus tukar baju Aish and terjun pool

Mula-mula bagi Aish bertenggek tepi pool je, bukan main tergodek-godek kaki dia, sekali bila dah masukkan dia dalam pool, terus terkapai-kapai kesejukan.  Alangkan aku pun tak tahan sejuk, inikan pulak Aish, angin petang pulak duk bertiup sepoi-sepoi..sejukkk hoiii. Tak sampai setengah jam, aku ajak En. Syg naik, aku takut Aish selesema, dia jenis tak tahan sejuk macam aku, kalau tidur aircond je, esoknya mesti selesema, jimat bil elektrik rumah aku tau. Dah kahwin and ada anak ni tahan sikit, kalau tak masa bujang dulu, boleh kata hari-hari pun nak selesema sebab hari-hari beraircond kat office (orang kampung katanya)



Siap bawak crocodile dia tu..haha



Lately aku rasa badan makin naik. Tapi malam semalam suami baru balik dari Indon tegur, dia cakap aku makin kurus (5 hari tak jumpa kannn ke sebab dah 5 hari tak peluk?) 




Swimming masa Aish still dalam perut, masa ni dah 8 bulan++..tembunnya :D

Ok, bye

Wednesday, January 23, 2013

Dinner

Ingat tak hari tu ada update suruh suami bawak berjalan..hahaha. Kesian aku ni, nak kena update baru suami bawak berjalan..wakaka. Takdelah, selalunya Isnin-Jumaat aku dah terlalu penat menguruskan 2 orang lelaki dan rumahtangga, so Sabtu dan Ahad, aku jadi teramatlah malas nak berjalan, rasa nak duduk kat rumah je, tapi bila lately takde bahan nak update, baru teringat dah lama tak berjalan. Suami aku pulak memang jenis malas berjalan, kalau aku tak ajak, jarang sangat dia nak ajak. Bila suami malas, aku pun otomatik malas jugak, dulu kalau berdua, zasss terus jalan. Sekarang, kena buat bekal Aish dulu, bubur dia, susu dia, baju, diaper, botol..etc..etc..etc.. Nak tukarkan baju dia pun dah sekian berpeluh ketiak. Aku pulak memang jenis malas bersiap, renyah, nak makeup segala, rimas pulak. Tak make up kang hodoh sangat pulak, tanjat orang tengok. Itu adalah antara faktor kenapa aku malas berjalan, persiapan nak berjalan tu je dah hoi 2-3 jam, tu cara anak satu, anak 2-3 tu kang, camnelah agaknya, mau aku keluar rumah macam hantu Kak Limah je..haha

Jumaat malam hari tu masa tengah mengulit anak (read: mandikan, bagi makan, main, tek kan, tidurkan) suami call dari office ajak dinner kat luar, masa tu dah dekat pukul 8pm, dia ajak pergi Setia City Mall, nama je duduk Bukit Jelutong yang sejengkal je dengan Setia Alam, tapi sekali pun tak pernah pergi SCM. Seronoklah aku ni kan, kemain siap mandi buka pintu luas, nasib ko lah nak kena tengok mummy mandi, Aish kebil-kebil depan bathroom tengok aku mandi, tak tau apa yang dipelikkan sangat, eh aku berpakaian lengkap eh, gile ko nak botel-botel depan anak. Memanglah anak belum faham, tapi no good, no good. Selalunya bila anak dah tidur baru aku boleh mandi, sebab Aish tak boleh aku tinggal sesaat, menangis sesaja. Mungkin dia tau nak jalan kot, tetiba pulak baik jadi penonton depan bathroom..hehehe

Dekat pukul 9pm baru suami sampai rumah, so SCM cancel, makan dekat-dekat dengan rumah jelah, so aku pilih Secret Recipe.



Air sedap



Baby dan suami sedap..eh


Kemain melasak sekarang, tak duduk diam, kalau dah begini, ko daya. Fuh kadang-kadang aku emo jugak dengan suami yang keluar awal, balik lambat setiap hari, penat menguruskan Aish sorang-sorang, belum campur stress jam gile nak masuk Seksyen 13 nak hantar Aish tu setiap pagi, dekat sejam baru smpai rumah babysitter, kalau Aish ok, oklah, kalau datang mengamuk dia, aku yang tak ok..hahaha, tahan hati dengar dia menangis. Lepas hantar Aish nak ngadap jam dekat Federal pulak, hoi kenapakah hidup ini dipenuhi dengan stress. Itu aku keluar 6.50am, kalau keluar pukul 7.00am jam dekat simpang Giant Sek. 13 tu boleh sampai Rawang tau, pukul 9.00 baru sampai office, 2 jam, nangis, padahal office aku kat Subang je, Shah Alam dengan Subang adalah berjiran. Nasib baik suami jenis rajin melayan anak, dan rajin menolong kat dapur, kalau tak dari emo aku terus hemoh-hemoh (ok, merepek)

Lagu wajib untuk Aish setiap hari, pagi dan petang

Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu
Tepuk Aish pandai, malam nanti upah susu
Susu lemak manis, santan kelapa muda
Aish jangan nangis, mommy drive kereta



Mommy punya


 Daddy punya

Aish makan biskut marie je eh..;p




Friday, January 18, 2013

Aish @ 8 months



Aish dah tumbuh gigi, dah 2 batang belah bawah, excited aku gosok gigi dia..ehehehe. Alhamdulillah tak demam, just selesema and meragam je...je?? Padahal teramatlah meragam..haiyooo. Tengah gelak-gelak kang, tetiba menjerit marah, campak barang..hamboihh. Ada satu malam tu dia menangis je, menangis menjerit-jerit, tak tau nak apa, ku tekkan tak mau dia, pok pok suruh tido tak mau, botol tak mau, mummy mau sikit, daddy minta maaf ye tak laku. Dah tak tau nak buat apa, aku ajak suami jalan naik kereta. Aish takde buai di rumah, naik kereta saje boleh buat dia tidur. So pukul 1 pagi, kutip barang Aish, buat susu dan mari pusing Shah Alam. Lepas tu suami ajak pergi DEMC sebab selesema Aish tak baik-baik even aku dah bagi dia ubat klinik. Sebelum balik bagi dia makan ubat dulu, doktor bagi ubat mengantuk sikit, dah nak sampai rumah baru dia tidur, pukul 2 pagi sampai rumah, aku terus tidur dan esoknya EL, tak larat nak pergi kerja, suami half day petang, dia pun tak larat. 

Dari awal umur 8 bulan sampai la hari terakhir Aish berumur 8 bulan dia cuma tau angkat punggung dan goyang ke depan ke belakang saje, tak forward-forward lagi, duduklah menggoyang 2-3 kali lepas tu turunkan badan dan kembali menyusur, takpelah ye nak, slow-slow ye. Masa 8 bulan duduk pun dah stabil, kalau dulu tahan 3-4 saat lepas tu asyik nak terlentang je. 

Still bf sampai sekarang, susu aku takdelah banyak sangat, tapi kalau Aish tengah menyusu dan dia lepas kejap, menitik jugaklah susu keluar. Puas aku ajar tepuk tangan, sekali je dia buat, sampai sekarang tak mau tepuk dah, dah start memanjat jugak, kalau tengah menyusur dan nampak walker, mesti dia nak panjat walker, dapat panjat, nanti dia tolak walker tu dan dia berjalan, aku biar je, tapi aku ikut dia dari belakanglah, takut dia jatuh terlentang.

Lupa nak update masa umur 7 bulan dia dah pandai pegang botol sendiri, kalau tak dulu aku drive sambil pegang botol dia, sampai selekoh baru aku lepas kejap, sekarang sudah expert, rasa lega sangat sebab kalau dia menyusu tengah malam, takdelah aku ni kena berjaga duk pegang botol dia je..fuhh tersengguk-sengguk, sekarang bagi je botol lepas tu aku terus sambung tidur, tapi dia tetap akan bangun setiap 2-3 jam, aku beli botol banyak, so that tak payah aku basuh setiap kali dia nak susu, aku atur je 4 botol tepi katil siap-siap sebelum tidur. Malam Aish pakai MamyPoko, tapi tetap bocor, sebab dia minum banyak, ingatkan lepas pakai MamyPoko aku boleh tidur dengan aman damai, tapi tidak ye, by 4am, Mamy Poko sudah penuh..sobsss, kalau ku biarkan saje, memang basah habis seluar dia. Cuma sekali jelah aku tukar diaper dia, kalau masa pakai PetPet n Drypers waktu malam dulu, 4 kali tukar diaper, sengguk-sengguk aku ni hah.




Aish kalau duduk rumah, penat jugaklah nak layan, tapi kalau berjalan, pergi mall ke or duduk dalam kereta ke, insyaallah behave, dia ok je duduk dalam stroller and carseat, kalau ko berhenti je dia tak ok, selagi ko tolak stroller dia dan selagi kereta bergerak, takde hal, memang takde problem nak shopping pun kalau bawak dia. Jarang meragam kalau berjalan. Makanan pulak dah tak blend halus macam dulu, senang sikit kerja aku.

Ok tu jelah kot yang aku ingat sepanjang Aish 8 bulan, sekarang dah 9 bulan, bulan depan dah 10, nanti dah setahun, berjalan, berlari, school, lepas tu aku menambah anak lagi..update lagi progress anak kedua setiap bulan..hahaha. Ok, bye.


Thursday, January 17, 2013

Cerita pasal Mommy pulak, asyik Aish je!

Eii malas betul nak update, pakkal suami cakap malam tadi "bila nak update, saye asyik tertunggu-tunggu je". Nak jugak baca blog isteri dia ni padahal setiap hari pun jumpa isteri. Bosanlah, aku ni asyik update pasal anak je, dah itu je dunia aku sekarang, me, daddy and Aish Yusuf. Suami seronoklah baca sebab cerita pasal anak dia, orang lain?? fuhh, nasib engko la kan..hahaha.  Sabtu Ahad pun duduk terperuk kat rumah mengadap rumahtangga. Duduk mengemas tak habis-habis, eh tetiba rasa hidup aku ni sungguh membosankan..haih. Kalau tanya officemate, setiap minggu ada je tempat dia pergi, dia pun ada anak kecik jugak, aku? Serendah je setiap minggu..wakaka. Habis takkan setiap minggu nak ambik gambar tengah ngemop, lepas tu update. Ambik gambar tengah tengok tv, lepas tu update, gila gamaknya. Heilah suami, bawak la saya berjalan, lately hidup saya sungguh membosankan.

Hmmm lagi apa eh, haaa Aish dah 9 bulan, as of today, baru merangkak 2-3 tapak, geram je aku nak tolakkan punggung dia kasi gerak ke depan cepat-cepat, sekarang asyik tantrum je, meliuk lentik menangis, janganlah ko usik barang yang dia main, memang dia terus marah dan menangis sampai tanggal anak tekak terpelanting tepi walker (tipu sangat). Baru ni kat rumah mertua aku bagi dia makan biskut, mata aku tak lepas tengok dia, sekali tercekik kau, siap merah-merah muka, berair mata nak muntah, terus aku jerit panggil MIL yang tengah makan nasi, berdesup dia basuh tangan berlari kat aku, daddy yang tengah tidur pun bangun jugak, FIL yang baru masuk bilik nak tidur pun datang, berkerumun dekat cucu lekat biskut Marie, kelakar pulak aku rasa..wahaha..gelojoh sangat kau dik. Dia tersedak je sebab mungkin tekak dia kering, aku bagi minum air, dia minum sikit je, lepas tu makan biskut balik, manalah tak tersedak.



Bayi tersedak biskut Marie, manalah tak tersedak kalau dah sumbat begini. Dia kalau boleh biskut Marie tu nak buat 2 kali makan, sekali suap separuh dalam mulut.

Sekarang aku suka sangat shopping online, beli baju Aish, tiap bulan pun beli, geram je tengok baju comel, tengok baju baby girl lagilah geram, nasib baik anak aku lelaki. Baru ni suami bagi duit, habis aku beli baju Aish saja..hahaha, eh tapi aku tinggal sikitlah untuk aku, asyik Aish je, Mommy pun nak jugak. Kalau stress je, nanti suami cakap, pergi shopping online, kan duit dah bagi, hamboiii macamkan beribu bagi duit kat aku..haha, asal stress je, suruh shopping online.

Lately aku penatlah, tak tau kenapa, maybe sebab Aish kerap meragam sekarang, dia tengah tumbuh gigi tu, nasib baik tak demam, just selesema dan meragam je, sampai aku terpaksa EL sebab ada satu malam tu dia takmau tidur, pukul 1 pagi kitaorang bawak dia pergi Emergency DEMC, sebab dah tak tau nak buat apa, dia asyik menangis je, so kitaorang assume hidung dia tersumbat sebab selesema kot.

Dulu kalau penat sangat, aku suka buat helah dekat suami..ahahaha, dan suami selalu tertipu

Aku: Sayang jom! (sambil angkat2 kening), suami aku dah senyum lebar dah ni
Suami: Pergi mana (sambil senyummmm je)
Aku: Jommmmlahhhhh (sambil mulut muncung-muncung tunjuk bilik)
Suami: Nak buat apa (senyummm tahap sipu)
Aku: Jomlahhhh kejappppp
Suami: Jommmm (dan terus bangun)

Sampai dalam bilik, aku bagi dia lotion dan cakap

Jom main..... (senyum sambil kedip2 mata) kita main picit-picit (read: urut-urut)
Eiii taknaklahhh

Hahahahaha..aku kalau penat sangat mesti aku paksa suami aku urut aku, urut kakilah, urut badanlah, tapi suami malas, so tulah cara nak bagi dia urut..kena buat trick..wahaha. Dan nak taknak kenalah dia urut jugak. Tapi since dia dah tau trick aku, everytime aku cakap jommm, terus dia jawab "ala taknaklah"..hahahaha, kalau aku jomkan yang lain kan dah rugi ;). Tapi selalunya lepas dia cakap taknak tu mesti dia suruh ambik lotion dan urut jugak. Bestnya kalau ada tukang urut sendiri kan eh tak, bestnya kalau ada maid kan

Bik, kutip sampah
Bik, basuh pinggan
Bik, mop lantai
Bik, basuh baju
Bik, berus bathroom
Bik, ironkan baju

Aku mengadap anak je, kerja rumah semua bibik yang settlekan, balik kerja rumah bersih berkilat. Heaven gilakss, macam ni beranak setiap tahun pun takpe, boleh rest dari buat kerja rumah..fuhhh

Oklah nak sambung kerja melambak. Bye!


Thursday, January 10, 2013

From Cameron with Love


Ni jelah yang aku belikan untuk Aish masa pergi Cameron hari tu, aku suka sebab lembut, boleh buat bantal jugak, tapi mak mertua cakap menakutkan..hehe. Aku ingat nak buang lah gigi Domo ni or else gunting yang tajam-tajam tu, takdelah nampak menakutkan sangat, tapi Aish mana reti takut lagi, dia senyum je tengok Domo ni, aku pulak yang takut dia mengigau malam-malam. Aku beli kat pasar je pun. Dua barang je aku beli masa pergi Cameron, Domo Aish dengan fridge magnet. Tapi lupa nak snap gambar FM nak show off kat korang, terpaksa aku buat entry lain untuk FM walaupun korang tak nak tau, aku nak jugak show off..hahaha tak boleh blah (nyah kau dari sini, dasar suka show off!) FM pun nak show off ape daaa.

Teh dengan strawberi pun tak beli, sebab teh kat rumah dah banyak, tak terminum dah. Sayur pun tunggu mak mertua sedekahkan, takdelah aku kan dah jarang masak, so daripada terbuang, baik tak payah beli, bila mak mertua bagi pun aku asyik cakap "sikit je mak, takut nanti tak sempat masak". Sampai rumah aku buat sayur tu jadi frozen cube untuk Aish.



 "Opocot"

Tanjat Domo tu Aish sergah



Alahai kurusnya Aish


Wednesday, January 9, 2013

Resepi Best untuk Baby

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari ye puan-puan. Dah makan ke belum? Makan apa tadi? Saye makan lakse (laksa, orang pahang sebut lakse), tapi lakse pedas sangat, dahlah mulut tengah ulser, so lakse tak habis, jap lagi kang mesti dah lapar balik dan mengagau cari biskut HupSeng bawah meja. Ok berbalik kepada tajuk di atas ye puan-puan, hari ni ye puan-puan saya nak update pasal satu resepi yang cambest untuk baby puan-puan. Kalau puan-puan nak buat untuk tekak sendiri pun boleh sebab resepi ni sedap dan menyelerakan. Dahlah senang gile nak buat. Eh penatlah jadi chef ni, ok bertukar jadi diri sendiri semula.

Aku tiru resepi ni dari blogger MommyCha, btw aku baru join group Solid Food kat FB dan baru ternampak resepi yang sama kat situ, tapi disebabkan aku mula-mula tau pasal resepi ni dari blog MommyCha, aku kira aku tiru MommyCha la ni. Aku teruja nak cuba bila MommyCha cakap Mikha suka makan resepi ni, dan-dan aku rasa aku pun suka nanti. Gituuuu macam aku je yang nak makan kan, ok mari kite tengok resepi dan gambar

Mula-mula ye puan-puan, sila pergi ke pasar dan beli kentang, brokoli dan cheese. Itu saja barang yang diperlukan, dah kata resepi senang kan. Aku pakai Beqa cheese, tapi bukan macam MommyCha punya, aku beli yang lain punya, pening aku tengok cheese kat Jaya Grocer, beratur bertingkat-tingkat sampai naik pening nak pilih. So aku pejam mata dan ambik saje.

Mula-mula aku steamkan kentang dan brokoli, dah siap masukkan dalam blender, parut cheese sikit dan blend, semua aku main agak-agak je, takde sukatan yang betul-betul, 2-3 kali jugaklah aku rasa sampai mencapai tahap piawaian aku baru aku frozenkan. Senang kan? dan sedap jugak



Kemain berkecah dapur, kalau masuk MasterChef, confirm terkeluar awal. Nak kejar masa ni, masa ni dah dekat pukul 12malam, hari bekerja, suami dan anak sudah mengeroh, aku masih di dapur.

Ni jelah gambar yang aku boleh upload, yang lain semua tak nak enterframe, kenapa tah tak boleh upload. So esoknya aku bagi Aish makan resepi baru as dinner dia, dia tak mau makan, ok aku fikir maybe dia mengantuk sangat sebab tu dia tak mau. Second day aku cuba bagi lagi, pun dia tak mau. Aku tunggu weekend pulak, aku bagi as breakfast, dia makan sikit je, lepas tu dah tak mau, satu hari aku bagi menu ni, tetap tak mau, lepas 2-3 sudu dah tak mau, bila aku makan sedap je rasanya.

Semalam aku campur dengan bubur nasi, terus mau, habis dia makan, oooo nak bubur rupanya budak kecik ni, tak mau makan kentang sesaja, sungguh Melayu rupanya. Tolonglah cuba resepi ni sebab sedap sangat, Aish Yusuf ni kes terpencil kot..hahaha. Baru ni aku perasan dia suka makan bubur nasi dimasak dengan ikan bilis, peas, ayam and cheese, 2 mangkuk dia makan T_T, perut buncit macam nak meletup, aku takut nak pegang perut dia, takut dia termuntah sebab kenyang sangat. Tak kisahlah kan, asalkan dia makan, bersyukur dah mak ko ni dik. Bye semua and selamat mencuba, tajuk resepi aku tak tau.

Tuesday, January 8, 2013

Cara baru

Sekarang Aish dah makan banyak, kalau nak panaskan dalam warmer sampai 2-3 kali, bernanah bontot nak tunggu, dah la warmer tu nak panas lembab macam siput, mau pukul 9 baru aku pergi kerja, so sekarang Aish bangun menyusu pukul 4 lebih, terus aku keluarkan stok bubur, kiub sayur, kiub ayam and stok ayam dia (menu hari ni) dan sambung tidur semula, pukul 5 lebih aku bangun terus ku double boilerkan mereka.



Double boiler begini, lagi cepat dari warmer, tak payah tunggu, letak air sikit. Kalau guna api terus direct, merataplah ko menunggu, lagi kalau Aish Yusuf bangun, dia jeles aku menebeng tepi dapur, menebeng tepi dia takpe, camne ko nak panaskan bubur?, memang makan biskut jelah ko dik.

Buat double boiler ni, aku boleh mandi, siap mandi, intai kejap, kacau sikit, iron baju and mekap pulak, takkan hangit punye melainkan ko tinggal berjam-jam, tetap tak hangit, tapi bubur tu mengering.  Stok ayam panas asing, nak makan nanti baru letak stok ayam sikit..sedap.

Dah panas, masuk dalam termos, siap. 

Warmer aku cuma pakai time cuti je sekarang, tak lama lagi aku simpan je warmer tu, tunggu tuan baru dia sampai on 2015..ahaksss. Seorang baby girl..eh.



Babysitter pelik tengok bubur Aish hijau sangat, siap tanya aku letak apa? Aku memang suka lebih-lebihkan sayur, biar Aish lawas sikit. Kadang-kadang kiub sayur lagi banyak dari kiub bubur. Sekarang dah tak blend halus bubur Aish. MIL cakap bagi dia kunyah, walaupun gigi baru sebatang, tu pun baru tunggul gigi, belum keluar betul-betul lagi, kunyah dengan gusi jelah. 

Kalau hari cuti nak buat stok banyak-banyak, aku basuh beras dulu, letak dalam tapis bagi kering, baru blend pakai blender kering dan terus masak dalam rice cooker. Tak kuasa nak tunggu bubur masak atas dapur.

Kalau buat bubur fresh (means masak pagi sebelum hantar Aish ke rumah babysitter) sebelum tidur, aku basuh beras, letak dalam tapis, pukul 4 pagi bangun, blend, masak dalam rice cooker dan sambung tidur. Bangun pukul 5 jap lagi, bubur dah siap.



Masa aku sibuk kat dapur hari cuti tu, En. Syg bawak Aish pergi playground. Bila letak atas gelongsor, dia tahan kaki, macam manalah nak menggelongsor, letak kat buai pun takde perasaan. Masa ni dah siap mandi petang, tu pasal dah pakai baju tidur. Bye. Suka sangat bye tiba-tiba kan..haha


Friday, January 4, 2013

Short Trip to Cameron

Di sebabkan kitaorang bercuti unplanned, so balik hari je lah. Kitaorang pergi on 29/12/12. Pagi buta dah bangun selepas terbau goreng cempedak ibu mertuaku..haha, lepas tu baru gigih masuk dapur mengagau ikan bilis, sawi dengan beras nak masak bubur Aish. Aku letak beras atas dapur, mak mertua yang buat sampai siap sebab aku ke hulu ke hilir, prepare barang Aish, dalam kereta barang dia je dah penuh sebonet, tu baru balik hari, kalau tido, tah mana aku nak letak bontot dalam kereta ntah. Ni entry yang banyak gambar sahaja sebab aku nak update apa je pun? Cameron, balik-balik strawberi, teh, kaktus, pasar, pusing balik itu je lah tempat nak pergi pun, kang kalau aku beria cerita pun buat bosan korang je. Aku first time pergi Cameron, tapi FIL dah banyak kali, aku dengan Aish je first timer..kesian dah tua-tua cenggini baru dapat pergi Cameron.



Bersama driver tercinta


Penumpang tercinta






Singgah Lata Iskandar, terik tapi sejuk



Bharat, Aish tinggal kat atas sebab nak turun ke sini curam, kalau mak ayahnya tergolek takpe lagi, anak tergolek, marah atuknya nanti..ehehe. So Atuk dengan Nenek jagakan Aish, kitaorang feeling Pre-Wedding berdua



Aish makan bubur, bukan main banyak, siap menambah-nambah.


Makan aiskrim, jelly and strawberi coklat kat sini



Terkembang-kembang hidung kesedapan ;p



Aish tidur pulak, kalau tak, boleh makan aiskrim



Singgah tempat kaktus, aku beli fridge magnet je.





First time bagi Aish naik benda ni, dia tak heran pun, dia sibuk nak main stereng. Budak tak faham lagi, kang kalau dah besar and faham, meronta-ronta tak mau turun



Family

Lepas tempat kaktus, kitaorang singgah pasar and Raju Hill (kot) tempat makan strawberi dan calo pulang. Sampai Serendah dekat pukul 10 malam, penat gila sepanjang hari duduk dalam kereta. Pukul 4 pagi Aish bangun dan menangis, menangis, menangis, penat badan kot. Dah tu je, bye!


Wednesday, January 2, 2013

Emergency Purchase

Tak plan pun, tiba-tiba mertua ajak pergi Cameron. Kelam kabut aku carikan Aish tight and snowcap. Nasib baik tak belikan Aish sweater, sebab Cameron tak sejuk pun, sejuk light-light je walaupun sekarang musim hujan. Oh, btw aku tak pernah berminat pun nak belikan Aish tight, sebab aku rasa tight hanya gegirl yang pakai, tapi bila dah beli, alahai jatuh cinta, macam kena beli lagi 5 lah..hahaha. Geram je aku tengok design polkadot tu, tapi tak sesuai untuk anak teruna.




Order Rabu petang, Jumaat pagi dah sampai, dah 2 kali aku beli barang dengan akak ni, barang dia murah-murah tau. Snowcap tu RM10 satu and tight RM7 je, mana nak dapat sebab kebanyakan tight yang aku tengok semua jual RM10++, tapi kena order cepatlah sebab barang dia cepat habis.



Ni aku beli kat OBW sebab tight design ni kat akak tu dah habis saiz yang aku nak. OBW jual RM11.90 after discount. Tapi sebab cantik ku beli saja, dah namanya emergency, tu pun aku dah siap-siap browse online tengok design mana yang aku nak, sampai je OBW terus capai design tu, tak tengok kiri kanan dah, berat dukung Aish Yusuf yang sibuk nak mencapai semua barang.

First time aku pakaikan Aish seluar yang tak sempat dibasuh. Nasib baik tak naik rashes, sekarang musim hujan, kalau basuh manalah sempat nak kering. Boleh je kalau aku nak masuk dryer, tapi snowcap Aish aku masuk dryer, bila keluar, terus kecut, kepala Aish dah tak muat nak pakai..hahaha, kain jenis memeri memang tak boleh masuk dryer. Dryer dekat rumah aku tu jarang aku pakai, musim hujan baru aku keringkan terus baju, kalau tak, aku sidai jugak, sebab aku benci bila dry je, keluar nanti terus kedut seribu, patah seribu hati aku ni nak menggosok baju tau, baju kerja memang aku sidai, baju basahan je aku dry terus. Dulu suami selalu bising, cakap aku ni suka menyusahkan diri sebab rajin menyidai baju padahal ada dryer, tapi sekarang, sejak dia iron baju sendiri, baru ko tau, kalau keringkan baju kerja terus, mau macam iklan Tefal ko nak menggosok baju, naik hangit iron, baju tak licin jugak..wahaha. Tapi aku pelik kenapa kalau kedai dobi, baju licin je even dia guna dryer, ke sebab dia pakai stand dryer? Sebab rumah aku washing machine + dryer terus. Musykil betul. Aku ni nak cerita pasal emergency purchase je, tapi merepek sampai dryer, habis keluar tajuk. Oklah bye and happy new year :)