Klik Jommm

Thursday, October 31, 2013

Self Reward

Salam,

Sejak ada anak, beli barang anak dah jadi macam reward untuk diri sendiri every months. Setiap bulan aku akan aim something untuk Aish, bila dapat, aku yang over membelek dari anak. Seronok, nampak kedai buku, aku yang over seronok, tengok sale baju baby, aku yang over membeli, nampak mainan, aku yang over perah otak nak beli yang mana satu, sebab banyak sangat so dah jadi rambang mata. Tadi ingatkan nak beli buku baru untuk Aish, kemain lama aku duduk membelek, dapat buku ni



Alamak, kemain besor hanjing tu, tapi ni jelah buku kanak-kanak yang ada gambar original. Susah tau nak cari buku baby ada gambar original, kebanyakannya gambar kartun, yang kucing warna oren and elephant warna hijau. Aish dah besar, so sekarang aku memang nak hunting buku yang ada gambar original, so that dia tahu keadaan sebenar binatang, buah or benda sekeliling dia instead of kartun. Kebanyakan buku yang ada gambar original untuk adult, so kertasnya pun nipis, yang sekali aku rebut dengan Aish boleh terkoyak, yang ini memang untuk budak, kertas tebal macam buku baby tu.



Lepas tu ada part yang boleh flip, tengok kemain besar bear, jangan Aish mengigau sudah. Tak sabar nak balik tunjuk kat Aish gambar kucing, mesti dia excited, gambar pig pun ada T_T, takpelah kan untuk belajar, walaupun binatang tu haram, tak haram kita nak ajar anak apa itu pig, gambar je pun, bukan pig betul ye dak.

Ok tu je, bye!


Monday, October 28, 2013

Share: Children Bedroom Set

Salam,

Hai korang, update di hujung waktu kerja, hari ni just nak share pasal satu kedai perabot yang jual bedroom set untuk anak-anak. Aku tengok sekarang, masing-masing kemain pantas dan tuntas buat playroom/bedroom untuk baby masing-masing kan, seronok dok? Seronok kan, terus rasa macam, kalau aku kaya, aku nak beli semua benda yang hebat dan letak dalam bilik anak aku, gitu sekali. Tapi yang pasti jarang sangat ada kedai perabot yang jual bedroom set yang heibat dan cantik memukau macam ni, serius this is the first one yang aku jumpa, tu pun tak tengok depan-depan lagi, baru tengok kat facebook dia je. 

Actually last week, time En. Syg balik dari kerja, dia lalu dekat Home Dec KLCC, terus dia capture gambar dan whatsapp this picture kat aku, terus aku suka!!, tapi belum tau nak beli ke tak..hahaha. So aku share jelah ngan korang, mana tau korang berminat ke kan, kalau dapat, confirm mommy tumpang tidur dalam bilik Aish sekali.


Design dia cantik dan moden, dan kebanyakan design dia semua selamat untuk budak-budak, nak godek dengan lebih sedap, korang pergi sini Castle Kidz, tapi design dia terhad la, harga tak ku sure.

Ok, tu je, bye jemah semua :)


Friday, October 25, 2013

Aish dan Carseat

Salam,

Seawal umur berapa korang ajar anak duduk dalam car seat? Aku rasa kebanyakan baby sekarang memang dah terbiasa dengan car seat kan, sebab tahap kesedaran orang sekarang agak tinggi berbanding dulu and kebanyakan mak-mak zaman sekarang bekerja and at the same time menghantar anak ke taska or babysitter, kalau penjaga anak ko dekat dan tak memerlukan ko travel dengan kereta then oklah, tapi macam aku, jarak rumah aku dengan babysitter is 30 minutes lebih kurang, mengadap jammed, roundabout, traffic light, kadang-kadang 45 minit jugak. 

First time aku hantar Aish ke rumah babysitter masa dia umur 4 bulan. Baik je dia duduk dalam carseat, tak nangis pun, dia tidur je, lega aku sebab aku memang start ajar dia carseat since umur dia 2 bulan lebih. Tapi dalam seminggu dua je dia tidur, lepas tu setiap kali naik kereta, dia akan nangis, nangis, nangis, kadang-kadang aku terpaksa buat pekak je, pergi dan balik pun dia akan nangis. Sampailah aku jumpa alternatif lain, setiap kali dia nangis dalam kereta, aku akan bagi dia susu, sebelah tangan drive and sebelah lagi pegang botol susu dia, bahayakan. Tapi aku takde pilihan, kalau aku berhenti tepi jalan, aku akan lambat sampai office. Dan sebelum balik, aku akan suruh babysitter prepare susu sebotol untuk bekal waktu dalam kereta. Itulah yang buat dia tak nangis, tapi kadang-kadang nangis jugak..hahaha

Kalau dia nangis light-light, aku buat tak tau je, tapi kalau dia nangis tahap sedu, aku akan berhenti dan susukan dia (susu badan), main kejap and baru drive semula. Tapi paling tak tahan bila fasa dia pandai mengamuk, dia akan campak botol, menangis sampai kerang (ko tau kerang?? merah muka, suara takde), setiap kali pergi dan balik aku akan stress sangat, aku nyanyi, aku selawat, aku azan, apa yang aku tak buat?? semua pun aku buat just to make sure dia diam. Alhamdulillah sekarang dia dah makin faham dan makin selesa dengan carseat, dah jarang sangat menangis, selalu tertido sendiri, kalau dia jaga aku akan tunjuk sky, tree, bird, bus, ballon, aeroplane and segala apa yang dia boleh nampak dan aku akan selalu bercakap dengan dia (salah satu cara nak didik anak menjadi bijak is to bercakap dengan dia, lagi banyak ko cakap, lagi banyak dia belajar and lagi banyak perkataan akan dia serap dalam otak). Aku cakap tak henti-henti ko tau, kadang dah rasa macam mak nenek..huhu. Kalau dia menangis, aku jarang marah, aku just cakap "stop crying Aish, what do want? tell me"

Aku seronok sebab Aish makin faham, sekarang kalau kat rumah aku ajar dia buang sampah, setiap kali dia habis minum Vitagen aku akan cakap "put it in the basket, throw it away" nanti dia kedek-kedek pergi buang, sampai sekarang, kalau nampak je sampah kemain dia kutip terkedek-kedek pergi buang..so comel and so adorable (well anak sendiri, gitulahhh). Setiap kali dia buang aku akan cakap "Good boy, now clap your hand". Dia pun tepuk sambil kedek-kedek pergi main semula..wahahaha. Hari tu Daddy tukar cadar dan suruh dia letak dalam bakul baju kotor, Daddy sebut basket, maka ke tong sampahlah cadar aku Aish letak..hahaha. Eh tadi aku cerita pasal carseat, dah termelalut sampai buang sampah pulak, aku nak letak gambar Aish banyak-banyak ni tau, gambar dia duduk dalam carseat, gambar nangis takde, sebab kalau dia dah nangis, manalah sempat aku nak ambik gambor dah..huhu
































Malas nak susun gambar ikut umur. TQ Habitat for the best and carseat yang hebat, sampai sekarang Aish guna lagi, kalau aku dapat anak second nanti, nak mintak carseat lagi boleh?..haha

Ok, bye uollss..


Thursday, October 24, 2013

Baju Baru untuk Assistant Kecik Kesayangan

Salam,

Biasalah bila dah jadi mak-mak ni, aim setiap bulan mesti barang anak. Kalau dapat beli barang anak rasa macam kepuasan, seronok dan tamak semua ada..hahaha. Tak percaya cuba ko jadi mak-mak, confirm ko akan rasa begitu...hmmm ke aku je gitu? Minggu lepas aku kemas semua baju Aish, mana baju yang dah agak-agak saiz body builer dengan Aish, aku simpan, banyak jugaklah yang aku simpan, so sekarang baju Aish nak rolling seminggu pun dah tak cukup. Tau jelah budak kecik, sehari pakai 3 pasang baju, baju malam confirm la 2 pasang, kang dia muntah, sat lagi dia makan bersepah, memang kerja menukar baju anak je aku ni. Aku suka baju banyak-banyak, boleh skip basuh baju anak lama-lama sikit, sekarang tiap 2 hari pun kena sental baju, takut tak cukup punya pasal, lepas tu asyik-asyik pakai baju yang sama, ko tau jelah fomfuan, Aish bukan kisah pun, mak dia yang terlebih kisah. Nak hantar rumah babysitter takkan nak bagi anak baju lusuh-lusuh, kesian pulak tengok anak sendiri pakai baju lusuh, kang babysitter tengok anak aku pun kesian, biar hantar baju baru-baru, lawa-lawa barulah hensem dok.

Lunch time tadi aku pergi Fiffy, kena beli jugak hari ni sebab tak sabor punya pasal, Fiffy je lah pun kedai baby paling dekat dengan office aku. Baju dia elok tau, kain elok dan murah, RM15.90 je sepasang, murah kannn tapi sayangnya saiz untuk Aish dah banyak takde, kalau ada pun aku tak berapa berkenan, tapi aku beli jugak sebab dah alang-alang sampai, takkan nak balik tangan kosong kan, buat peluh tiak je berjalan, dapatlah 3 pasang, nanti-nanti beli lagi.



Brand Miffy, dapat baju tidur sepasang, sleeveless sepasang dan baju siang berlengan sepasang, semua pun aku tak berapa berkenan, tapi tu je saiz yang ada, sapu jelah. Walaupun tak berapa berkenan tetap alhamdulillah, rezeki untuk Aish. Kena belajar bersyukur Erin, ada orang tak mampu nak beli baju pun, ko yang mampu beli baju anak kemain lagi ye, itu tak kenan, ini tak kenan, panggg kang tau la.

Baheklah, syukur alhamdulillah, ok, bye!


Wednesday, October 23, 2013

Troli, troli, troli

Salam,

Hari ni Wordless Wednesday












Hari tu kitaorang pergi Space U8 Mall Jelutong, Aish nampak remote control car, kemain excited lagi dia, berlari-lari tunjuk dekat booth car tu, menonong-nonong tinggal kitaorang, so daddy pun sewakanlah satu remote control car untuk dia, RM5.00 je untuk 10 minit, oklah kan, murah. Dapat je car, nak tau apa jadi??

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Urut dada mak hang ni..ku ingatkan ko nak naik duhai anak, rupanya ko nak buat tolak?? Sabor jelah, parah dah anak aku ni..wakakaka. Ok, bye! (sambil nangis dalam hati T_T)


Tuesday, October 22, 2013

Update: Living Hall (Frame dan Pasu II)

Salam,

Ingat lagi tak sebelum raya hari tu kemain aku menanam tebu di pinggir keyboard, berjanji manis nak update pasal frame dan pasu ni, tapi biasalah kadang-kadang kalau bz, janji pun ku dah lupa. Semalam baru ingat, so dalam kegelapan subuh ditemani lampu living hall yang kuning..grrrr aku ambik gambar frame dan pasu yang aku dah letak kat tempatnya..so gambar is tak cantik ok, stress mak tengok, tapi takpe nanti aku siap gantung aku up gambor lagi, walaupun korang tak sudi nak tengok..hahaha.



Ingat lagi frame, pasu dan tumbuhan pelsu ini?? Ingat??



Ingat lagi kabinet kasut ku ini?? Ingat dok??

Entry pasal kabinet kasut kat sini

Dulu, aku letak gambar Aish kat atas kabinet ni, tapi biasalah fomfuan, asal lalu je tepi kabinet kasut, otak berjalan mencari idea lain, sekali TINGGGG, baiklah kita wajib ke Ikea untuk merealisasikan ideaku itu..kesskesss. Maka ku belilah frame, pasu dan tumbuhan pelsu di atas untuk menggantikan frame yang asal ni. Frame Aish tu aku dah selamat letak dalam bilik dia, sila tatap mukamu sendiri ye Aish.


Ok tak? Gambar buruk sangat la, sebab kuning, jenuh aku adjust tadi



Home Sweet Home, kan kabinet kasut tu tepi pintu, so bila balik je dari kerja, nak simpan kasut nampak perkataan tu terus rasa macam syorgaa..kannnnn. Aku print macam gambar, mulanya plan nak print pakai kertas je, tapi takut lama-lama dia kuning, so aku hantar file ke kedai gambar, frame ni size 5R. Aku ingat kalau dah bosan nanti aku nak google and print design lain pulak :)



 Kenapa suamiku ambik gambar dari tepi ni?? Gasaklah, aku upload jugak..hahaha



Nanti frame tu aku nak gantung tinggi sikit, sekarang aku sandarkan je, sebab kalau letak dia betul-betul macam biasa kita letak frame tu, macam tak sajak dengan pasu, sebab size frame tu gedabak sangat. Takpe malam ni aku suruh En. Syg gantungkan, esok lusa aku upload lagi..miahahaha.





Suka sangat! sama yang macam aku imaginekan.

Tu je, ok, bye!




Monday, October 21, 2013

Donut Ball

Salam,

Hai kawan-kawan (puihh) baru minggu lepas aku upload cerita donut tersedap kan, tiba-tiba semalam aku buat donut ball, ni semua salah Mommycha yang telah mempengaruhi geng whatsapp gojes dengan mengupload gambor bola-bola donut beliau dalam whatsapp group..hahahaha. Hai sifu donut, iolsss buat entry dulu yeh..kehkehkeh..lawan tokey ni kata Mommycha.

Dan-dan petang semalam aku suruh En. Sayang beli barang, seumur hidup aku tak pernah buat donut, mau tak tertanjat cik abangku

"Awak nak buat donut ke?"

"Iye"

"Saya tanya sekali lagi ni, awak nak buat donut kewwwww??"

"Yelahhhh"

"Sekali lagi saya tanya ni, awak nak buat donut??????!!"

"Issshh ye lahhhhhhhhhhhhhhhh, beli jelah barang"

Hahahaha stress mak dengan laki mak ni..grrrrrrrrrr

Ok, resepi asal dari blog ni Dapur Mamasya, TQ to Mommycha jugak, kalau dia tak share, idokla wujud donutku ini.

Resepi donut ball

3 cawan tepung gandum
1 peket yis (mauripan)
1 cawan air suam
3 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar marjerin
Sebiji telur

1. Mula-mula ko campurkan susu pekat manis dan gula dalam secawan air suam, godak-godak kasi sebati, jangan la ko lurus sangat pergi godak dalam cawan, kang tumpah habis kabinet mu, pi lah ko cari bekas besor sikit, so ko boleh godak dengan senang hati dan selaju mungkin.

2. Dah sebati, baru masukkan sepeket mauripan, dan godaklah lagi bagi sebati. Lepas tu ko biarkan mauripan tu mengembang selama 10 minit

3. In a meantime, ko cairkan mentega, pecahkan telur, kacau sikit dan campur kan dengan mentega yang dah cair tu.

4. Dah cukup 10 minit, campurkan semua bahan dalam tepung gandum dan kacau bagi sekata, sebati, sherashi bershama..gituuu. Biarkan doh selama 45 minit, pergilah ko mandi, jemur baju ke, kasi anak makan ke..suka hatilah.

5. Dah cukup 45 minit boleh lah ko bulat-bulatkan doh tu menjadi bentuk ball, kalau nak buat bentuk lain pun boleh. Doh ni memang lembik sikit, so kena sapu sikit tangan dengan tepung sebelum ballkan dia.

6. Lepas tu boleh goreng dan golekkan ball dalam gula, nak pakai coklat pun boleh. Dah siap, boleh makan. Senang je kan..tak sangka aku sesenang itu rupanya, lepas ni boleh buat selalu.

Mari tengok donut ball ku malam tadi



Membesarlah dengan sihat tepungku..



Menguli donut sambil berlawan dengan Aish, dua tangan duk uli tepung, siku ku menangkis serangan senduk kayu Aish yang sibuk nak pukul donut..grrr. Sambil air liur suspek meleleh kerna terlalu asyik dengan misi memukul donut..aptb la Aish oiii..hahaha



Special request dari tuan besar, "buatlah tocang mommy", baheklahhh.. aku sempat tocang separuh jalan je, lepas tu adik aku yang sambung menocang (adik aku ada datang dari Temerloh, sebab nak gi interview)



Api sederhana je ye, janganlah ko buka kuat-kuat tahap nak membakor rumah, lepas tu janganlah ko gi kemana-mana sebab dia cepat hitam..waaaaaaaaa


Erkkk..kemain hitam manis donutku hah..hahahaha, sambil goreng aku sibuk pergi kemas dapur, gitulah padahnya. Buat tau korang..lembut je donut ni

Testi dari suami dan adikku: Suami tersayang busuk cakap kena letak garam sikit, adik ku cakap kena kurangkan mauripan, sebab boleh rasa masam mauripan tu, ok next time aku test lagi yeh, lepas tu ku gebangkan..alahaii buat donut je pun..kecohhh arrr aku ni. Ok, bye!


Friday, October 18, 2013

Donut Tersedap

Salam,

Nak cerita pasal donut paling sedap kat Temerloh, gerai donut ni biasa-biasa je, tapi serius donut dia sedap. Senang je nak pergi, lepas tol exit Temerloh, korang terus masuk kiri, sepanjang jalan tu korang tengok je jalan sebelah kiri, gerai donut tu tepi jalan je. Dia buat macam-macam jenis donut, lebih kurang macam JCo la, tapi paling sedap donut tradisional dia, yang gula tu je. 

Korang kalau pergi Temerloh kan, jangan lupa tau singgah kat gerai donut ni, serius terbaik, donut dia fluffy gitu, lembut je, gemok-gemok. Jarang aku dapat makan kalau balik Temerloh, sebab rumah parents aku lepas tol kena masuk kanan, so tak sama jalan, kadang-kadang donut dia cepat habis, maka cepatla jugak dia tutup. Balik baru ni aku singgah beli donut, memang beli banyak-banyak, sekelipan mata habis, nasib baik masa adik aku potong kat dapur aku dah ngap dulu, kalau tak kempunan la ko, ingat senang ke nak dapat, manjang habis, lepas tu aku ni pulak rajin balik Temerloh time cuti panjang, macam raya or public holiday, manjang jugak makcik tu tutup gerai..pffttt



Gerai dia betul-betul tepi jalan, jangan drive laju sangat, kang terlepas, jenuh nak U-Turn semula



Hai donut!! T_T



Donut yang gula tu kalau ko beli, memang panas lagi, sedap sangat T_T Ko order baru dia gulingkan donut dalam gula..sobsss dahlah gemok berguling dalam gula pulak dia..memang mendebarkan..wahaha



Yang ada coklat-coklat ni tak sedap sangat bagi aku, sebab dah sejuk, alahh kalau ko nak makan donut pesen gini, ko pergi je Jco, kalau nak beli kat gerai makcik ni, sila beli donut gula je. Oklah tu je, bye!


Thursday, October 17, 2013

Meet the Gojes: Put dan Dyll

Salam,

First day bekerja, alhamdulillah Aish dah baik demam semalam, dia start demam dari hari Sabtu sampai Selasa, meragam bukan main, aku balik Temerloh pun tak buat kerja sangat sebab asyik melayan dan mendukung dia, nak berdukung setiap masa, rebeh pinggang mak dia ni dah..hahaha.

Hari Ahad baru ni, 13 Oktober 13 rumah parents aku buat kenduri aqiqah anak buah aku, kebetulan buat kenduri besar sikit, takdelah besar sangat kira medium size gitu..haha ada kenduri medium size?? so Ma aku memang suruh aku ajak kawan-kawan, memang ku ajak la seluruh warga Gojes, especially yang duduk Pahang la kan, siap bagi no phone ni, tapi bila sampai kampung, line takdok, disebabkan takdok line aku memang tak expect langsung bebudak Gojes akan datang kenduri ni. Yelah buatnya diorang sesat tak jumpa rumah, call aku tak dapat-dapat, ada yang patah balik kang, aku pun lupa nak bagi phone no. Asrul. Tapi alhamdulillah, aku baru je siap pakai tudung, baru nak bersosial dengan saudara mara, tetiba ada orang panggil depan pintu..ehhhhhhhhh Put dengan Dyll datang ko, terus mak terharu..sroottt srrooott sedut hingus (yeyekkk). 

Appreciate sangat, nasib baik jugak rumah parents aku pun tepi jalan je, so memang tak susah nak dicari and Dyll pulak cakap husband dia memang ada sedara kat kampung tu and sebelum ni pun dia dah perasan rumah parents aku ni (rumah parents aku baru buat, so orang memang akan perasan la, sebab dulu hutan tetiba sekarang dah ada rumah pulak kan). 

First time jumpa rasa macam dah lama kenal, Dyll pernah datang kenduri kahwin aku, datang tengok pelamin jelah sebab dia ambik vendor pelamin yang sama dengan aku, and dia kahwin selepas aku, dia tak datang makan pun sebab dia bukan guest aku (masa tu belum kenal dia lagi, and rumah dia jauh dari rumah aku walaupun kitaorang setaman), lepas aku kahwin baru dia jumpa blog aku and tegur. Sekarang family aku dah tak duduk taman tu, rumah kat taman buat homestay, kitaorang jadi orang kampung sekarang, lagi syiokkk.

Puteri pulak pernah kawan dengan adik aku, K.cik masa dia kecik dulu, diaorang satu sekolah rendah, bila Puteri dah kerja, dia kenal pulak kakak sulung aku, sebab diaorang kerja tempat yang sama, sekarang Put dah transfer KL so dah tak sama tempat kerja la dengan Along aku, nampak tak link kat situ..haha masing-masing kenal dari kejauhan je.



Ustajah pilihan sangat pose aku tu, sopan kan. Ya allah Yayannnn tu memang menggeramkan, dia siap naik buai berendoi lagi..hahaha


Aish berguling takmo bergambar, semua orang tengok ko dik, terpaku Ilman and Yayan tengok perangai molekmu itu. Ilman pun tak sihat sangat, so banyak diam je



Dengan anak-anak. Kemain comel anak korang hah.

Gambar banyak, tapi kalau aku upload banyak-banyak kang gitu jugak rupa aku, tq korang sebab datang, raya nanti kena datang lagi sebab dah tau rumah kan. Ok, bye!


Friday, October 11, 2013

Update: Living Hall (Frame dan Pasu Baru)

Salam Jumaat semua,

Hari ni nak update pendek je, sebab malas, boleh? Esok, insyaallah kitaorang nak balik Temerloh, Ahad ni ada kenduri Aqiqah untuk anak saudara aku. Sembelih seekor kerbau, makanya kenduri pun kenalah besar, bila kendurinya besar, nak pulak masak gotong royong dengan orang kampung makanya banyoklah kerja acik ni nanti..hahaha, last parents aku buat kenduri besar macam ni masa aku kahwin 2 tahun lepas, tapi pakai katering,  this time masak sendiri. Hopefully tak banyak kerja kena buat..haha harapan apakah itu, sah-sah la banyak kerja oiii. Hari ni nak update pasal frame dan pasu baru untuk living hall aku :)



Tumbuhan pelsu: RM12.90
Pasu: RM9.90
Frame: RM14.90

Semua pun dari IKEA. Sorry Aish, bilikmu dah jadi favourite spot mommy untuk ambik gambar, tumpang ye nak..kihkih.

Nanti dah siap aku show off ok, hari ni gambar baru siap, so minggu depan la aku gebangkan.  Ok bye!


Thursday, October 10, 2013

Buai

Salam,

Nak gebang gambar lama Aish, masa ni kitaorang balik Rawang, ke rumah nenek suamiku aka moyang Aish la kiranya, comel gila moyang Aish ni, dia duduk sorang-sorang je kat rumah, tak nyanyuk, semua pun dia boleh ingat lagi, suami aku masa kecik pun dia ingat lagi,  arwah nenek aku dulu masa baya dia memang dah lupa, cucu sendiri pun dia dah tak kenal, setiap 5 minit dia akan tanya "anak ni siapa?". Nenek En. Syg semua pun dia boleh buat sendiri, rajin bekebun and masih memasak. Masih sihat walafiat, alhamdulillah.










Aish memang suka tidur buai, ko tengok tu siap minum susu and lepas tu terus dia tidur dalam tu. Pak mertua aku siap bawak payung nak lindung Aish dari panas, setia menunggu tepi cucu tengah tidur dalam buai, sayang betul dia kat Aish, kalau aku, aku angkat je terus masuk dalam rumah..haha. 

Eh nak cerita, pagi tadi kan, masa aku nak pergi kerja, Aish still tidur lagi, so aku salin diaper dia and kejut dia bangun sebab nak hantar ke rumah babysitter lah kan. Dia dok baring je atas katil takmo bangun, so aku tipulah dia konon-konon aku pergi kerja dulu, lambai-lambai dia, dia tengah baring dengan mata celik boleh lambai aku balik siap cakap "byeeee", so aku pun buat-buat la buka and tutup pintu depan, siap buat bunyi kunci sekali ni dengan harapan dia akan bangun and cari aku. Lepas tu aku duk tunggu dia kat dapur, kononnya nak menyoroklah, kemain lama aku tunggu, nak menitis peluh dah ku rasa, sekali aku pergi balik kat bilik, molek dia tidur balik mulut ternganga..cissss penat mak ko ni menyorok dik, rupanya ko boleh sambung tidur! Memang anak bujang. 

Semalam Aish genap 1 tahun 6 bulan, jalan pun dah makin laju but still terhuyung hayang lagi, aku pulak yang takut tengok dia jalan, takut tertomos muka ke jalan tar je. Kalau berparut, kurang hantaran ko nanti dik.  Oklah bye!