Klik Jommm

Friday, March 28, 2014

Bento Pertama

Salam,

Hai buat apa tu..hehe, lama gila kot tak ber update blog aku ni. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tau apa yang aku kalutkan, kalut semedang, apa pun tak sempat..haha.

Hari ni nak cerita pasal bento..eh aku tak rajin macam mak-mak lain yang buat bento hari-hari untuk anak dia, aku tak sempat, kan aku cakap aku kalut semedang..miahahaha, pagi-pagi aku bz menguruskan diri sendiri dan anak, tu je dah buat aku bz setiap hari bekerja, x sempat weh nak gentel bento benti ni melainkan kalau aku bangun pukul 5 pagi la kan..errrr aku malas..huhu.

Baru ni aku pergi Mr. DIY, ternampak la pulak si Panda ni..tergeram la pulak, terpaksa aku beli dia, ngada tau ko panda goda-goda mak Aish ni



 Kemain panda ni sengih kat aku masa kat Mr. DIY tu, terpaksa acik bawak dia balik



 Ahhhh comel..geram rasa nak gigit-gigit



Ko tengok Aish makan, dia makan 1 je tau, tu pun tak habis. Itu la salah satu sebab kenapa aku tak berbento, sebab Aish belum pandai menghargai seni bento lagi..hahaha maybe bila dia dah besar 3-4 tahun dia dah pandai kot tengok bento dan teruja, sekarang ni dia tengok panda tu takde perasaan pun, penat mak ko tekan acuan nak kasi roti jadi muka panda tau nak oiii.

Oklah bye!






Thursday, March 20, 2014

Baju Muslimah di ZALORA

Salam,

Aku rasa kebanyakan dari kita memang biasa dan mungkin pernah beli dengan ZALORA kan? Best dok?? best kan, sebab ZALORA ni salah satu kedai online yang terbesar, banyak pilihan dan memang senang nak berurusan, yelah nak pulak kalau korang macam aku ni, bekerja dan beranak kecik. Dulu masa bujang sempatlah ko nak pergi Jalan TAR berjam-jam membelek baju, kot nak catwalk cuba berpuluh baju pun siapa lah nak kisah, berpanas berhujan pun takpe, pendek kata nak beli sehelai je, tapi kemain bergolok gadai menghabiskan masa berjam-jam nak pilih baju punya pasal. Bila aku dah ada Aish manalah sempat nak buat semua tu, kalau sempat pun, kena main sambar-sambar je, nak cuci mata pun tak sempat..wuwuwu, kang Daddy dah jeling lain macam dengan pesanan penaja "Rin, cepat sikit, awak ni ada anak kecik" habis camne?? APTB.

Cuba korang usha website ZALORA, hari tu aku tengok, mak oiiii banyaknya pilihan baju dia, nak beli pun senang, klik klik je, transfer duit, settle, servis dia pun cepat, antara baju kat ZALORA yang buat aku meleleh airliur ialah baju muslimah, auuwwww cantik dan style gila okeh. Nah aku kasi link BAJU MUSLIMAH terus untuk korang tekan lelaju.



Tengok ni tak ketat dan tak seksi, corak rimau lagi, ni kalau Aish nampak aku pakai ni mau dia takut takmo dekat..gahahaha, boleh mak ko ni jalan sorang-sorang feeling-feeling single, tak pun tiap kali dia nampak aku pakai mesti mulut dia asyik "roar, roar" je..hahaha. Dia dah pandai buat bunyi binatang tau..hehehe



Style habis ni, cantik..cantik ish..ishh ishh (sambil geleng-geleng kepala)




Lepas tu kalau korang nak tau, koleksi baju muslimah kat ZALORA ni semua dari jenama terkemuka di Malaysia tau dan pastinya ZALORA memang mementingkan kualiti, tak caya?? cer try beli satu, confirm korang puas hati. Nah aku bagi lagi, dah nak gaji kan, boleh cuci-cuci mata dulu, gaji je kang berdesuppp ko beli ye..hehehe. Oklah aku nak gi cuci mata jugak ni sebab suamiku dah nak gaji sabtu ni..ehehehe hai bang!!, bye!


Wednesday, March 19, 2014

PRELOVED: Alphabet Foam (SOLD)

Salam,

Aku nak jual alphabet foam Aish ni, dah lama aku beli, tapi pakai sekejap je, boleh kata condition dia 9/10, lengkap dari A-Z, takde yang hilang pun. Aku pakai sekejap je sebab Aish dah pandai buka alphabet tu sendiri, penat mak dia ni susun cantik-cantik, baru seminit kat dapur bila aku datang balik, habis dia tanggal semua alphabet tu berlonggok setempat, mula-mula dulu sebagai ibu mithali aku susun balik sambil tersenyum dengan meninggalkan pesanan, "Aish, jangan buka ye" tapi lepas tuuuuu ko faham-fahamlah sendiri. Kesabaran ku menipis, jadi aku kemas dan simpan, sampailah baru ni aku perasan dah lama aku simpan so aku basuh, berus satu-satu, dan aku nak jualllllll. Ada sesiapa berminat tak?





Alphabet Foam size besar

RM 35.00 (exclude postage)
RM 8.00 postage to Semenanjung

Aku jual half price, aku beli dulu mahaiii

Berminat?

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

Mari membeli sambil beramal..hahaha sebab duit ni nanti aku nak masukkan dalam ASB Aish.

Bye!



Tuesday, March 18, 2014

Aktiviti dengan Aish

Salam,

Baru semalam cerita pasal kain sulam bandung kan, hari ni pagi-pagi cargo dah call bagitau kain sulam dah sampeeeee..yippeyyy, aku tak sabar, lepas ambik kain terus pergi beli plastik nak bungkus dan nak arrange utk pos esok or bila customer dah bayar je terus aku nak pos. Ye lah dah lama d'orang tunggu, sekali bila aku buka je parcel, aku tengok kain lain yang datang, nak pengsan aku rasa tau, aku order 23 pasang je yang sampai 35 pasang, patutlah maha berat wehhh. Bila aku bagitau supplier aku semula, dia check dan rupa-rupanya tertukar dengan customer dia kat kedah nun, kan dah banyak kerja aku ni jadinya, saborrrr jelah, so aku call kakak kedah tu dan inform dia, kain aku belum sampai lagi ke kedah, bila call cargo, cargo cakap dah on the way ke kedah, nak tak nak memang kena tunggu parcel aku sampai dulu la kat tangan akak tu sebelum dia pos barang aku dan aku pos kain ni ke dia, takpelah, dugaan namanya walaupun aku dah stress ni. Complicated betul, so insyaallah minggu depan aku dapat dan aku pos kain korang ye, aku minta maaf sangat-sangat, dahlah sampai lambat, salah pulak dia..grrrr. Ni cemana aku nak bungkus balik kain tu, berat gile, aduhaiiii ko berikanlah aku kesabaran ya allah. Aku harap sangat memang kain aku tertukar dengan akak kedah tu sebab kain dia kat aku, janganlah tertukar dengan orang lain pulak, dah berganda kerja aku jadinya kang.

Haha stress korang baca, ok-ok sekarang kita kasi cerita gembira. Pagi-pagi sabtu lepas breakfast terus ajak daddy temankan Aish mandi pool, aku suka pergi pagi-pagi sebab takde orang, ko boleh bermaharajalela sesuka hati.



Pakaikan dia pelampung lengan, lepas tu pandailah dia bawak diri, ni pool untuk kanak-kanak, tapi kena tengok jugak, kadang-kadang dia terbabas, sebab dia tenjekkan kaki dia



 Amboiii macam mak ko je yang terlebih seronok ni



Air dah masuk dalam mulut dan hidung dia pun dia masih happy, sian anak mommy jarang-jarang dapat mandi pool. Sekarang jerebu, memang tak boleh la dik, duk la kita dalam rumah je.











Pastu lari terkedek-kedek bila nampak playground



Duduklah dia mengadap orang main kat situ, budak-budak tu pulak tengoookk je dia. Sekarang hari-hari nak pergi playground, tapi lately ni aku tak bagi sebab jerebu, sekarang ni pun Aish dah start batuk. Kalau aku tak bagi, memang mengamuk la dia, bagai nak patah pinggang dukung dia sampai tingkat 8 sebab dia meronta-ronta..waaaaa. Oklah, bye! 


Monday, March 17, 2014

Buat Pelangganku

Eh dah macam GRO pulak bunyinya..hahaha. Cuma nak bagitau, terima kasih sebab membeli dengan aku, terima kasih sebab sabar bila barang delay, terima kasih sebab paham dan berlemah lembut dan menyayangiku (ok itu aku tambah, apa merepek sampai nak sayang ke ko). Tq tau, sobss sobbss, barang borong batch kedua aku dah pos pagi tadi, settle, hilang gundah gulana hati aku ni, pegang duit orang lama-lama pastu tak pos barang buat aku risau tau. Korang yang dapat awal tu sebab aku terus suruh supplier poskan, baki yang hujung-hujung ni je aku pos sendiri sebab ada beli untuk diri sendiri jugak..ngehehe, so alang-alang mai lah aku collect dan poskan barang korang, nak patah lengan jalan kaki gendong barang ke pejabat pos pagi tadi. Minta halal lebih kurang ye.

Eh.. tapi belum habis gundah gulana aku ni, kain sulam bandung enggak sampe-sampe lagi ni, hopefully by this week kain-kain tu sampai, susah hati aku ni tau, sebab kain ni yang paling lama delay, sorry sangat sebab korang kena tunggu lama..dah pos dari awal bulan hari tu ke Malaysia, tak taulah kot sebab SAR, kapal tu kena kona jauh sikit gamaknya masa lalu kat Laut China Selatan.. masuk akal tak eh? hehehehe merepek tak agak-agak aku ni.  Kadang tengah malam terjaga susukan Aish duk teringat kain bandung..hahaha adoii susah hati, cepat la ko sampai. Minta maaf untuk korang yang menunggu lama tu, maaf dari hati ye.

Siapa yang berminat nak beli apa-apa dari GMB, meh lah pm aku, don't worry nak tanya je pun aku tak marah, aku reply molek-molek, ada rezeki Aish, adalah order korang, kalau korang tak jadi order, aku kira bukan rezeki Aish la tu..kannnn

Oklah, doakan aku ye, moga murah rezeki keluarga kecik aku selalu :) dan semoga murah jugak rezeki korang yang tolong doakan tu.


  
Pop Up Spice Rack tinggal satu je baki kat aku ni, ada sapa-sapa berminat, nak clearkan umah aku..hahaha

GMB Price: RM25.00 exclude postage
RM8.00 postage to Semenanjung

Siapa nak roger ye, satu je lagi ni :)

PM/WHATSAPP/SMS: Erin 0162305024

Bye korang.



Thursday, March 13, 2014

Genie Bra: RM37.00/set

 Salam..

Cepat aku nak bagi promo price ni, order dan bayar hari ni atau esok, sebab sabtu ni aku nak collect stok, minggu depan aku akan pos.


NP: RM42.00 (exclude postage)
PROMO GMB PRICE: RM37.00 (exclude postage)


Nak order classic pun boleh, harga masih sama macam dulu
GMB PRICE: RM37.00 (exclude postage)



Summer pun masih sama harganya tapi stok terhad
GMB PRICE: RM37.00 (exclude postage)




Serius selesa Genie Bra ni, dah ramai customer aku repeat order..anda bila lagi..ececehhh

Berminat?

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

atau 



**sorry minggu ni bizi terlampau, x sempat update blog langsung..wuwuwuuu**

#PrayforMH370

Bye and have a nice day!!



Thursday, March 6, 2014

Hai T_T

Haiiii..

Lambai-lambai kat korang..muehehe. Hoihh bz gilehhh ni, serius apa pun tak sempat, berlambak kerja atas meja (nangis kuar hingus..sroottttt). Dah berapa hari tak update, bz dan malas bersatu, apalah nak jadi, tapi buat kerja office masih rajin ye..ehemmsss. Apa nak merepek hari ni yeh..hmmm. Haaa 2 hari ni duk sibuk survey botol baby untuk baby matangku di rumah itu, bulan depan dah 2 tahun ye Aish Yusuf tu. Dah tak mau pakai Tommee Tippee lagi, Aish bukan kisah pun, maknya ni yang tak mau TT dah, saje la nak tukar pulak dari lahir kot dia pakai TT, ingat nak beli MAM, kebetulan semalam nampak sale kat OBW, MAM twin pack boleh dapat RM43.90, balik kerja teruslah aku singgah OBW Laman Seri, Sek. 13, dahlah nak masuk Laman Seri tu kena ambik kad parking bagai, lepas tu habis pulak stoknya, tinggal kaler purple design girl je..pffttttt, nak pilih botol lain aku dah tak berani lama-lama duduk dalam tu, sebab Aish dah sibuk menekan itu, mengutip ini, kang ada yang pecah kang, mak jugak yang susah, so sebelum dia membuat onar baik aku angkat kaki.

Semalam tak jadi beli botol, so hari ni duk suvey botol lagi..huhu. Segala online shop aku tengok, end up tak tau nak beli botol apa..banyak benorr design comel, stress mak hincik tengok, macamkan aku pulak yang nak hisap botol kan, nak design comel-comel, pastu nak murah-murah..grrr. Balik kang la aku fikir botol apa aku nak beli, buat pening kepala je, botol je pun, peningnya macamkan nak beli rumah..perempuan memang begini.

Esok aku MC, nak jumpa dentist, ini akibat makan manis tak berhenti, eh aku memang suka manis-manis, jap-jap buat nescafe, kang makan cadbury sepapan yang paling besar habis aku makan sekelip mata..bahaha, kang aiskrim, kang buat milo pulak, takut pulak rasa, kang kencing manis merataplah aku. Tapi gigi ni pun memang dah berlubang masa pregnantkan Aish lagi, last sekali aku jumpa dentist masa pregnantkan Aish 6 bulan kot, haaa dah almost 3 tahun tauuu, aku ni memang penakut nak jumpa dentist, paling takut nak cabut gigi, tapi bila gigi yang berlubang ni dah denyut-denyut nyut nyut nyut, terpaksalah aku serah diri, ya allah selamatkanlah aku esok..tapi-tapi rasa macam kena cabuttt je. Adoi rasa macam nak beranak pulak takutnya.

Hmmm hmmm nak merepek apa lagi eh..ooo sekarang kan dah 2 hari Aish pandai merajuk, bila aku ambik dia kat rumah babysitter, dan-dan dia keraskan badan, lepas tu tunduk pandang lantai, bila aku tegur kang, kemain cebik-cebik..kelakar pulak aku tengok, pastu sekarang aku suka buli dia..aku buat muka garang bebel-bebel, kang bergenang air mata dia lepas tu nangis la apa lagi..hahaha seronok betul. Ok-ok tak buat dah lepas ni..matilah daddy baca ni balik kang daddy marah aku.

Ok sebelum terlupa, siapa nak order lagi Adjustable Basketball dan Pop Up Spice Rack, cepat-cepat ye sebelum barang sampai, sebab sampai je barang kat supplier kang, aku terus nak berdesup pergi collect dan pos kat korang, kalau lepas aku collect barang korang baru nak order, takut stock kat supplier pun dah habis, untuk yang dah order dan bayar tu, tq ye, sabarlah menanti ye korang :)







PREORDER: POP UP SPICE RACK

GMB PRICE: RM 25.00 (exclude postage)



PREORDER ADJUSTABLE BASKETBALL

GMB PRICE: RM 23.00 (exclude postage)



READY STOCK: SHAKE AND TAKE DOUBLE CUP

GMB PRICE: RM 50.00 (exclude postage)

atau 


Ok, bye!


Tuesday, March 4, 2014

Pre Order: Pop Up Spice Rack

Salam,

Stock Spice Rack ni memang cepat habis, lepas stock habis kat supplier pun masih ramai jugak la yang Whatsapp bertanyakan pasal spice rack ni. Stock baru dijangka sampai pertengahan bulan Mac ni or paling lewat hujung bulan Mac, so sape yang bertanya hari tu marilah order dulu, kang habis lagi gigit jari je la korang. Pre order ye, aku collect payment dulu, ada payment ada barang, takdak payment takdak barang, gitu konsepnya, sebab aku nak booked dengan supplier ni, booked pun kena pakai duit taleh air liur semata..kihkih.




Aku bagi harga best kali ni, hari tu aku letak RM27.00, pre order aku letak...

GMB PRICE: RM 25.00 (exclude postage)

Berminat?

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

atau 


STOCK TERHAD YE..lai..lai..laiiiii

kihkih..bye!


Mengasing Baju Anak Bujang

Salam,

Dah lama sangat aku tahan diri dari menyimpan baju-baju lama Aish, bukan tak nak kemas, tapi asyiklah takde masa, berkurun kot baju lama dia duduk dalam almari, bercampur-campur saiz, esok kalau ada adik, jenuh aku nak kumbar sambil bawa perut, so baiklah sementara perut masih kempis..(ehemmm kempiss kewww) aku kemas baju Aish ni cepat-cepat. 

Projek haruslah dijalankan masa anak bujang tidur, kalau idak, ko lipat sini, dia kumbar sinun, takpun dia baring atas baju yang dah dilipat, mau histeria mak ko ni dik, nak pulak aku buat dalam playroom dia, dah hujung-hujung tu dia bangun dari tidur, situlah jugak dia nak main, terpaksa la ku layankan, dah memang aku pun menyibuk dalam bilik dia kan.

Aku asingkan baju Aish ikut saiz 0-6 months satu plastik, 6-12 months satu plastik. Sebelum mengemas tu dah tekad dalam hati, kalau ada baju lusuh memang aku nak tong sampahkan je, tapi bila dah lipat dan belek satu-satu..alaaa sayangnya, rasa macam setiap baju tu ada kenangan, takpelah, esok masa nak cuci semula baju tu untuk adik, mungkin masa tu aku tabah sikit nak buang baju yang dah lusuh, ate takkan nak kasi adik pakai baju buruk ye dak, siannn dia.



Sarung tangan dan stokin Aish masa baby, banyak jugak yang dah lusuh dan berbulu, tapi kasih sayang aku terhadap stokin-stokin itu mengatasi segalanya..puihh..sayang nak buang, takpelah simpan dulu..kekekeke, rasa macam boleh bau lagi bau syurga Aish kat stokin-stokin tu, sekarang bau yang ada cuma masam saje, same ngan daddy..ehh



Tengok, ada orang dah hamburkan mainan dia atas baju..amboi-amboi sangat dia tuuuuuu. Kasut pun aku sayang jugak, nak kasi kat sepupu, belah En. Syg, Aish masih satu-satunya cucu, belah aku Aish satu-satunya cucu lelaki..abis guane


Baju jalan Aish pun ada yang baru pakai 2-3 kali dah tak muat, kita simpan dulu



Nak tau aku letak dalam apa? Aku letak dalam plastik sampah yang besar tu, lepas tu aku labelkan. Panjat tangga, ku bubuh segala khazanah dalam almari bilik aku, aku letak kat belah atas, lapang sikit bilik Aish, kalau tidak, ya rabbi. Ok lepas ni boleh tambah baju baru ye dik, baju body builder semua mommy dah simpan. Oklah tu je, bye!