Klik Jommm

Wednesday, December 31, 2014

2nd Baby: Gender

Salam,

Dah 3 kali scan, dan dah 3 kali jugak dr confirmkan, hopefully memang betul la gender baby tu kan, sebab maknya ni dah beli memacam barang, haha bab shopping excited terlebih, baju baby kan cute, geram-geram je ku tengok.

Korang rasa kan anak aku boy ke girl?? haha nak jugok orang teka lagi, mabuk aku, makanan kesukaan aku, sememeh aku, malas aku, semua sama je masa pregnantkan Aish dulu.

Masa mula-mula pregnant, aku rasa macam boy, tapi bila dah lepas 3 bulan tetiba rasa girl, ntah kali ni aku sendiri pun x sure dengan instinct sendiri, masa Aish dulu all the way memang aku rasa boy, dari mula pregnant sampai masa dr confirmkan gender Aish, betul pulak instinct aku, kali ni macam was-was gitu, tapi memang lepas 3 bulan tetiba je rasa girl..mihihi




Hmmmm..boy ke







ke girl pulok??

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Oklah, malas nak mengada sangat, insyaallah kalau betul..





Insyaallah :)





Baju first yang aku beli lepas first scan, kemainnn masa tu baru 18weeks, tapi lepas scan kedua baru berani nak upload kat ig, bahahahah, tak boleh tahan punya pasal, tapi masa aku beli tu aku dah fikir, kalau ditakdirkan anak aku boy, aku kasi orang jelah baju ni. Aku dah 7 bulan ni, alhamdulillah, dah naik 12 kg T_T pun alhamdulillah..hahahaha. Doakan aku sihat sampai bersalin ye, tak sabar nak tunggu baby lahir, nak ngulit si kecik lagi :). Oklah, Happy New Year korang, bye!!





Tuesday, December 30, 2014

Kamus Aish Yusuf @ 2 tahun 8 bulan

Salam,

Kalau ikutkan nak update blog pun takde mood bila ingat rumah parents aku yang masih banjir lagi tu, tapi yelah life must goes on kan kata orang, malas nak fikir, kang lagi sedih. Harap sangat banjir cepat surut lepas tu memang satu family nak balik cuci rumah.

Hari ni nak cerita pasal Aish, dah lama tak cerita pasal dia.  

Aish sekarang teramatlah manja, kang tetiba "akung, akung" mintak aku dukung, lepas tu kerja nak mencium mommy je, pantang mommy duduk, bertenggeklah dia atas riba, cium mommy, cium baeyi, lepas cium aku wajib selak baju, tepuk perut dan gomol perut aku sambil panggil "baeyiii"




Aish dah 2 tahun 8 bulan, kalau ikutkan umur dia sepatutnya dah petah bercakap, tapi Aish belum, dia baru mula nak bercakap dan dia sangatlah pelat..hehehe. Kebanyakan wording dia dalam English, tapi aku cakap campur-campur dengan dia, kekadang English and kekadang BM, tapi kebanyakan masa seboleh mungkin aku cakap BM, setiap kali dia cakap perkataan baru, aku sorang je yang boleh teka apa yang dia cakap, sebab masa aku dengan dia lebih banyak dari masa Daddy dengan dia, ye lah hari-hari aku yang ambik dan hantar dia ke rumah babysitter, otw ke rumah babysitter pun almost setengah jam, so memang banyak la aku cakap dengan dia setiap pagi and petang. Daddy pergi kerja awal dan balik lambat. So berlawan cakap Jepun dengan mak dia ni jelah..hahaha.

Ada a few words yang jelas, tapi banyak yang belum jelas lagi, takpelah slow-slow, nanti petah la tu, sedangkan yang pelat-pelat ni pun kemain kepoh lagi dia, sok dah petah, mau terpeleot aku nak menjawab segala pertanyaan dia kang.




Kalau dapat air, amboiii takmo berhenti mandi tau, stress gile tiap kali nak ajak dia pakai baju

Aish macam anak korang jugak lah, dah tau ABC, 123, shapes, color, body parts, tu semua dah pandai, mengeja pun dah boleh sikit-sikit, cakap je yang belum nak panjang lagi ayat dia, baru 2 patah perkataan, belum pandai nak respon dengan ayat yang panjang, mula-mula dulu risau jugak, aku dah siap ajak En. Syg bawak dia jumpa speech therapist, tapi lately makin banyak perkataan dia, takpelah biar dia belajar sendiri dulu, lagi pun aku dengan En. Syg masa kecik dulu memang jenis lambat berjalan dan lambat bercakap, so bila bergabung meletop jadilah Aish..hahahaha jalan lambat, cakap pun lambat

Daeyi: Daddy
Maeyi: Mommy
Baeyi: Baby
Ki maiii: Come On
Agooo: Lets go
Akak: Buka
Temin: Vitamin
Agen: Vitagen
Bash: Bas
Bliuuu: Blue
Yoww: Yellow
Shitt: Sit
Waded: What's that
Apa tiuuu: Apa tu
Werayu: Where are you
afly: Butterfly

Satu perkataan yang kitaorang masih tak boleh teka sekarang KUNA, tak tau mana dia dapat, mulanya ingat KUNA tu GOODNIGHT, tapi bila dia cakap GOODNIGHT memang jelas goodnight, takde pelat pun, so sampai sekarang tak tau KUNA tu apa..haha.



 Moga bila adik dah lahir nanti, makin petah Aish bercakap ye, mommy doakan :)

Ok, bye!!


Monday, December 29, 2014

Dugaan

Salam,

Minggu lepas aku balik Temerloh, masa nak gerak balik, aku suruh En. Syg berhenti depan rumah ambik gambar rumah parents aku, tapi mana la nak tau, tu lah last aku balik dalam keadaan rumah yang sempurna.





Air start naik pagi Jumaat lepas pukul 4 pagi, kebetulan adik lelaki aku dari Penang ada balik, so diaorang angkat barang atas kerusi and meja makan, ingatkan tak naik tinggi sangat, dalam masa 2 jam, dah paras betis, petang tu dah paras lutut, so malam tu family aku tidur kat homestay kitaorang kat Semantan (15 minit dari kampung aku ni), bangun pagi homestay tu pun dah mula naik air, balik kampung diaorang tengok rumah, air dah paras dada, sempatlah angkat barang sikit, perabut memang tinggal la semua, manalah nak larat nak angkut satu rumah. Sempat angkut barang elektrik, peti, deep freezer, washing machine, tv, set sofa dengan tilam je. Baju pun tak ambik sangat, ambik yang nak pakai jelah.



Sedih yang tak tau nak cakap macamana, lepas pencen parents aku buat rumah kat kampung, ni memang kampung Pa aku, tak pernah banjir kecuali masa tahun 1971 dulu, baru 3 tahun buat rumah ni dan baru 2 tahun parents aku duduk, semua perabut baru, tapi ye lah, kitaorang sendiri pun tak sangka akan banjir sampai macam ni, ingatkan naik sikit je, ni pun gambar hari Sabtu dan air makin naik sekarang, memang dah tinggal bumbung je rumah ni, sehelai sepinggang, takde apa yang tinggal dah, sedih sangat, lagi sedih bila Ma nangis je bila teringatkan rumah, susah hati aku ni.

Petang Sabtu, lepas kutip barang kat kampung (barang dalam rumah dah mula hanyut) Ma aku nak balik ke homestay nak ambik baju and lepas tu nak patah balik kampung nak duduk dekat pusat pemindahan la kiranya, Ma aku keluar dari kampung dengan adik lelaki aku, sampai kat tengah jalan naik kereta, tengok-tengok jalan ke homestay pun dah tak boleh lalu, nak patah balik kampung pun dah tak boleh, nak ke rumah sedara mara pun memang semua jalan dah naik air, masa tu pulak dah nak maghrib, kebetulan exit Temerloh ke KL je yang boleh lalu, terus adik aku bawak Ma aku ke rumah aku, tinggal la Pa sorang kat pusat pemindahan kampung tu. Tunggu air surut baru nak balik Temerloh semula. Mengagau malam tu aku carikan baju untuk Ma and adik lelaki aku, basah-basah diaorang dari Pahang lepas redah banjir datang rumah aku, sedih sangat.



Stor belakang rumah dah nampak bumbung je dah Sabtu hari tu, ni tempat Ma simpan semua periuk belanga and pinggan mangkuk dia.



Ni pulak homestay, rasanya dah habis kot tingkat satu ni tenggelam dek banjir. Syukur, yang penting dokumen penting and parents aku tak apa-apa, but still sedih tengok rumah jadi macam tu, lepas ni kena start semula kumpul barang rumah, manalah Ma aku tak sedih, bertahun-tahun kumpul harta, dah takde apa dah yang tinggal, takpelah dugaan untuk family kitaorang kot, redha jelah, tak taulah bila nak surut, air makin hari makin naik. Moga cepatlah semua ni berakhir. Doakan ye T_T

Wednesday, December 17, 2014

CLEARANCE SALE DI GMB




Kain Sulam Bandung
Material: Satin (tidak jarang dan tak perlu lining)

1 PASANG SAHAJA

NORMAL PRICE: RM88.00 (TIDAK TERMASUK POS)

CLEARANCE PRICE: RM25.00 (TIDAK TERMASUK POS)

YOU SAVE RM63.00!!!!

POSLAJU: RM8.00 (SEMENANJUNG), RM13.00 (SABAH/SARAWAK)




GENIE BRA PASTEL SAIZ L
1 SET 3 PCS

1 SET SAHAJA

NORMAL PRICE: RM35.00 (TIDAK TERMASUK POS)

CLEARANCE PRICE: RM30.00 (TIDAK TERMASUK POS)

YOU SAVE RM5.00!!!!

POSLAJU: RM7.00 (SEMENANJUNG), RM9.00 (SABAH/SARAWAK)



GENIE BRA SUMMER SAIZ S
1 SET 3 PCS

1 SET SAHAJA

NORMAL PRICE: RM35.00 (TIDAK TERMASUK POS)

CLEARANCE PRICE: RM30.00 (TIDAK TERMASUK POS)

YOU SAVE RM5.00!!!!

POSLAJU: RM7.00 (SEMENANJUNG), RM9.00 (SABAH/SARAWAK)




STOK ADA 1 JE SETIAP SATU, SO KALAU BERMINAT CEPAT2 YE!!

BERMINAT??
Whatsapp/Telegram: 0162305024 (Erin) 

atau 

Like Page Gobok Mommy and Baby

Ok, bye!!



Dinner

..semalam yang terangkat..hahaha

Masa balik raya haritu aku dah 6weeks pregnant, tetiba je masa kat Temerloh teringin nak makan siput sedut so aku bagitau la parents aku (family aku tak makan sangat siput sedut), tapi Pa aku cakap bukan musim, susah nak cari orang jual, lepas pada tu sampai sekarang aku dah lupa pasal siput sedut.

Kelmarin Ma call tanya "nak siput sedut tak? Pa ada beli kat pasar tadi, nanti Ma masak esok kirim suruh kakcik bawak balik." Kakcik tu adik aku, dia duduk kat Putra Heights and kelmarin dia cuti dan balik Temerloh, so ni kira rezeki sangat lah ni, terharu sebab Pa ingat lagi aku pernah mintak padahal dah lama kot..sobss sobss

Semalam balik je dari office, terus masak nasi, masak sayur and buat sambal gesek. First time aku tau pasal sambal gesek, sebelum ni tak pernah dengar dan makan pun, kebetulan semalam aku baca dari blog Kak Amy, makyong ni pantang nampak, semua pun nak, nak-nak pulak resepi dia senang gile, memang aku terus buatlah semalam, serius sedap gila kot lauk semalam T_T. Sambal gesek tu sedappp, lepas ni nak buat lagi pedas mesti lagi sedap.

RESEPI SAMBAL GESEK



Ikan bilis, bawang besar, bawang putih dengan cili padi je



Cara nak buat: Ko goreng je ikan bilis jangan sampai garing, lepas angkat ikan bilis ko terjunkan je bawang putih, bawang besar n cili, goreng sampai layu, lepas tu tumbuk je dia tapi jangan sampai hancur pulak, sebelum makan perah limau sikit, nak details boleh refer blog Kak Amy ye, sedap tahap nangis T_T



From Temerloh with Love

First time aku makan siput sedut kaler hitam ni, so aku sedut dengan ketakutan, lepas ni nak request yang kaler biasa tu la, aku tak pernah makan yang ni, tapi masak lemak cili api Ma tetap sedap macam biasa, minggu ni nak balik Temerloh, hmmm nak request apa eh ;p



Makan ni je semalam, tapi puas hati makyong, sedap weh, siput sedut aku makan sorang je, sebab adik aku and En. Syg tak makan. Ok, bye!!


Tuesday, December 16, 2014

Bakal Emak Beranak Dua

Salam,

Tetiba rasa comel..hahahah panggg!!!, jadah betul tetiba nak rasa diri sendiri comel sebab tak lama lagi ada anak 2, comel lagi ke kalau dah tidur pun tak menentu nanti, kelam kelibut uruskan 2 orang anak..comel cam Kak Limah kot..mihihi (gelak tutup mulut)

Alhamdulillah aku dah 26 minggu, lagi 2 minggu dah 7 bulan la, sihat walafiat, mual sikit-sikit tu biasa la, kadang terlebih makan perut sebu pun biasa, penyakit orang mengandung ni tak pernah habis, ada-ada je kan, tapi takpelah asal anak sihat, emaknya pun kira sihat la jugak ni. Barang baby dah hampir complete..hihu, errr aku kan jenis tak sabar, tau je gender satu mall aku nak hangkut, ni pun duk menahan nafsu ni, tunggulah baby lahir dulu baru nak ku tambah apa-apa yang patut lagi, Sekarang anak baru 6 bulan setengah dalam perut, amboii memacam aku dah beli, ni pun dah plan nak pakai baju n topi yang mana satu kat baby masa cucuk sebulan nanti..wahaha over wehh. Iye aku dah fikir ok, dah cari matching tight dah..bahahaha kantoi kuat berangan aku ni, auwww tak saborr.

Bila dah nak masuk 7 bulan ni kan, tetiba rasa macam kejap betul pregnant kali ni, masa Aish dulu, aku rasa macam dah bertahun aku pregnant idok jugak aku beranak. Maybe sebab kali ni dah ada Aish, kalut dengan dia hari-hari, so macam tak perasan masa berlalu. Kadang-kadang bila tengok Aish rasa macam takut nak ada anak 2, mampu ke aku nak uruskan Aish sesempurna aku uruskan dia sekarang, mampu ke aku nak handle 2 orang anak, Aish nanti sayang kat adik ke tak?, Aish nanti jeles tak? Eh, banyaklah aku fikir, tapi dalam masa yang sama tak sabar nak bersalin, nak tengok muka baby, sama macam Aish ke lain..haha 

Bukan nak cakap aku tak ready ye, cuma aku takut dengan kemampuan sendiri walaupun sebenarnya baby ni memang baby yang kitaorang plan, bukan baby terlajak perahu..wuhuhu. Memang dah plan nak conceive bulan 7 dan bersalin on April masa Aish genap 3 tahun, tapi Allah bagi rezeki awal sikit sebab baby ni conceive bulan 6 dan due on 22 March, alaa due beberapa hari sebelum Aish (9 April) 3 tahun, kira ok la, memang ikut plan asal, lari sikit beberapa hari je..hihu



Abang Aish kesayangan Mommy and Daddy, dah big boy dia.


Sementara belum beradik ni, aku nak spend quality time dengan Aish, layan dia baik-baik and manjakan dia, nanti dah ada adik, kenalah dia berdikari pulak kan. Aku harap sangat Aish boleh terima adik dia nanti, jenuh jugak kalau asyik melalak je, tapi sekarang Aish memang jeles kalau kitaorang pegang baby, tu yang aku risau tu, and sekarang dia manja tahap dewa wehhh, kalau tegur sikit kemain buat-buat nangis, senget-senget mulut melalak mintak pujuk, makin nak ada adik makin manja, lepas tu nak tidur kalau boleh memodot tepi ketiak aku, nak satu selimut dengan aku, minum susu, aku kena baring sekali temankan dia, kalau dia main, dia akan marah kalau aku tinggalkan dia, nanti dia jerit "sit..sitt..sittt" sambil tepuk lantai. 3 bulan lagi sebelum beranak dua, 3 bulan lagi untuk tidur yang lena setiap malam..wuhuhu. Goodluck for me, moga aku jadi supermom nanti :) Bye!


Monday, December 15, 2014

Cerita Wean Off Aish Yusuf

Salam,

Masa pregnantkan Aish dulu, memang aku niat nak fully bf insyaallah kalau boleh sampai 2 tahun, tapi Aish cuma sempat fully bf sampai 3 bulan je, sebab lepas tu slowly susu aku merundum, setiap kali pam, dari 5 oz jadi 2 oz dan akhirnya setitik dua je yang keluar T_T, sedih tu memanglah sedih, aku tetap pam sampai akhirnya aku give up dan berhenti pam masa Aish 5 bulan, sebab yang keluar memang takat setitik 2 je, yang pelik elok je aku bengkak, bila pam taknak keluar pulak dia..pfftttt, habis kuat aku buat pam tu sambil tuam dengan air suam, ok maybe masa tu tak banyak ilmu kot, takpelah barang yang lepas usah dikenang.

Lepas 3 bulan kitaorang campur susu Aish dengan Anmum, Aish still direct feed, tapi time aku pergi kerja dia minum fm, eh aku ok je, takdelah tahap obses dengan bf sampai sanggup biar anak lapar..lekk laaa..hahahahaha. Aish df sampailah aku pregnant balik ni, but still lepas df dia akan minum botol pulak, sebab susu aku takdelah banyak sangat sampai boleh buat dia kenyang. Bila dah breastfeed dilemanya bila ko nak wean offkan anak ko, nak pulak Aish tu pantang nampak aku, nak df aje dia, amboiii ko kan. Dulu kononnya aku decide lepas 2 tahun aku nekad nak wean off kan Aish, tapi ko ingat senang?? Aku try 2 kali je kot lepas tu give up, aku sapu gincu, so merah-merah dia takut nak df, tapi lepas tu dia mintak balik, menangis-nangis, so omak tak sampai hati bagilah jugak. Sampailah aku pregnant dan mabuk dan tak larat nak df dia sebab kan kita punya tu jadi sensitif, bagai nak putus tiap kali dia df..aiyayayaiii, nak marah pun ada jadinya so aku decide "bang marilah kita bekerjasama menjayakan misi wean off ini".



Aish, 8 months

Ye kena mintak kerjasama suami ye, kalau suami ko buat tak tau, maka memang susah nak wean off. Sebab bagi aku semangat nak wean off tu kena datang dari 2 pihak, ko dan suami. Mula-mula memanglah tak sampai hati, tapi En. Syg tegas, dia cakap kalau nak wean off tak boleh kesian, kena tahan jugak, so melalak la Aish sampai 2 malam, En. Syg yang akan pujuk, habis pujuk bila dah baring kat sebelah aku, nanti dia sambung melalak balik, tapi magicnya bila ko dah tekad dan betul-betul tak bagi 2 malam je lepas tu dah ok, serius aku pun terkejut sebab senang benor rupanya..hahahaha. Tapi 2 malam tu yang melalak tahap kronik la, malam lain pun still melalak tapi light-light, boleh pujuk dengan susu botol terus, dan akhirnya masa umur Aish 2 tahun 5 bulan barulah berjaya aku wean off kan dia, senang je ghopenye, dan sekarang dia jenis tidur lena, dah jarang bangun malam, tak macam masa df malam-malam dulu, kerap dia bangun, wahhhh lena tidurku, boleh la aku rehat kejap, lepas ni sambung bf adik pulak, hopefully berjaya fully sampai 2 tahun, maka dengan itu aku decide nak beli pam baru, kasi semangat baru pun datang jugak..mihihihi.. Hai dadyy!!! :) Pam baru satu eh..kuakakaka.

Walaupun Aish fully bf sampai 3 bulan je, aku tetap bangga dengan diri sendiri sbb Aish masih df sampailah 2 tahun 5 bulan, alhamdulillah, pek pek kat bahu sendiri, syabas Erin..miuhuhu. Sekarang serius tak sabar nak breastfeed semula, semoga susu melimpah ruah, amin insyaallah, doakan aku ye korang :). Ok, bye!! 


Friday, December 12, 2014

Mengidam wajib

Salam,

Dah 2 kali pregnant maka 2 kali ni jugaklah aku rasa aku ni bukan jenis mengidam yang bukan-bukan dan jenis mengidam yang kalau tak dapat tahap hentak kaki menangis bagai, setakat ni alhamdulillah, kalau aku teringin something kalau tak dapat jam-jam tu aku masih ok, kadang-kadang kalau tak dapat terus pun aku ok jugak. Kira macam teringin je lah ni kot, cuma kalau teringin tahap teringat-ingat tu ku cari la jugak, kalau takat teringin di angin lalu tu takdelah ku layan sangat. Alahhh aku rasa ko pregnat ke tak, teringin tu tetap ada, tapi bila pregnant orang cakaplah mengidam kira kasi special term sket, kalau ko tak pregnant idoklah suami ko nak layan sangat teringin ko, cer kalau pregnant, amboihhh berdesup dia carikan.

Masa pregnant Aish dulu aku addicted makan benda manis, kek coklat, aiskrim magnum, segala yang manis la memang aku suka, pregnant kali ni pun sama semua benda manis aku suka, moga anak aku keluar nanti dengan senyum manis ye dik jangan mommy ko kencing manis sudoh. Tapi kali ni tambah sket addicted tu, aku addicted dengan Set Ikan Bawal kat Mydin USJ..wakakaka, tak glemer langsung..pffftttt, tapi hampir setiap jumaat muka aku la yang bertandang depan stall tu beli set ikan bawal dengan coconut shake..perggghhh sedappp seriuss, tapi minggu ni aku tak gi sebab partner in crime ku cuti





Sebenarnya set bawal tu boleh je nak buat sendiri, ate senang benor, ko goreng je bawal, buat sambal belacan dengan sambal kicap, kari satu..siapp. Tapi tekak mengada ni rasa dia tak sama, nakkkkk jugak yang Mydin punya..wahahaha, maka hampir setiap jumaat, kat Mydin USJ tu la aku bertandang, nasib baik dekat je dengan office..hehe. Oklah bye, minggu depan kena pergi jugak sebab minggu ni aku tak gi. 


Wednesday, December 10, 2014

YES: Organizer Storage Murah

Salam,

Year End Sale di Gobok Mommy & Baby

READY STOCK!!!





M212

GMB PRICE: RM 23.00 (exclude postage)






M47 (GREEN AND ORANGE)

GMB PRICE: RM36.00 (exclude postage)





M31 (PINK AND RED)

DIMENSION: Size: 31cm x 21cm x18cm

GMB PRICE: RM 22.00 (exclude postage)





M30 (PINK AND RED

DIMENSION: 35.8cm x 21cm x 18cm

GMB PRICE: RM25.00 (exclude postage)



M46 (RED, ORANGE AND BLUE)

GMB PRICE: RM23.00 (exclude postage)



M27 (BLUE, PINK AND RED)

GMB PRICE: 15.00 (exclude postage)




M39 (ORANGE, RED AND BLUE)


Dimension: 20.9cm (W) x 15cm (L) x 17.8cm (H)

GMB PRICE: RM16.00 (exclude postage)


BERMINAT??

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

or like Page Gobok Mommy & Baby

Aish dan Fish

Salam,

Biasalah budak baya Aish ni memang suka sangat dengan binatang, binatang apa yang dia tak suka?? Semua pun dia suka, nak-nak lagi kucing dengan ikan, haa tu aku tau memang kesukaan budak-budakkan. Untung Aish dapat Atok yang rajin sangat melayan, hari tu Atok belikan ikan untuk dia, siap akuarium, Atok suruh bawak balik ke rumah kitaorang, tapi En. Syg pulak tak kasi sebab dia takut Aish tarik akuarium tu masa aku sibuk buat kerja rumah, so sekarang ikan Aish semua kat Rawang, rumah Atok, tak pepasal Atok pulak yang kena jaga, bagi makan bagai, ko ni pun banggg sian Ayah nak kena jagakan ikan Aish pulak..hahaha, siap dah mati satu batch pun, ni dah beli ikan batch kedua..kikikiki. Mesti ayah nyesal sebab alih-alih ayah yang kena jagakan ikan..mihihihi. 

Ikutkan aku ok je kalau nak bawak balik rumah kitaorang, tapi dah En. Syg tak percaya ngan aku kot, dia takut aku leka sangat buat kerja...amboiii leka ko macamkan hobi aku ni buat kerja rumah sampai boleh terleka..kuakakaka, tak patut betul, padahal lipat kain menimbun pun dah sebek2 mulut.





Ni masa nak beli akuarium dan ikan-ikannya, Aish menelek ikan dari satu akuarium ke satu akuarium







Atok dengan aunty (adik En.Syg) tengah pilih ikan, kemain cantik aunty pilih, tapi dah ajal, mati semua, pastu 2nd batch En. Syg gi beli, hodoh gile ikan dia beli..hahahaha, dia main tibai je, sampai kat kaunter cakap je, saya nak ikan gapi 10 ekor, gasakla rupa apa pun..hahaha asalkan gapi. Kelabu asap je gapi yang dia beli, masa aunty pilih hari tu kaler cantik-cantik je.





Setup akuarium






Mula-mula elok dia ngadap akuarium ni, lepas tu dia celup tangan pulak, tu kalau tinggal dia dengan akuarium tu je, mau dia ceduk ikan satu-satu agaknya buat main...hahahaha..panjang akal ko kan dik.

Oklah, bye!!


Wednesday, December 3, 2014

Autumnz Diaper Caddy yang best!!

Salam,

Korang yang ada anak kecik wajib tau beli ni, wajib!! sebab seriously best gile. Masa dapat Aish dulu, manalah aku tau wujud diaper caddy macam ni..hahaha kesian, tapi Autumnz baru je keluarkan diaper caddy ni, serasa aku dalam tahun ni jugak kot, dah alang-alang aku ni memang meniaga barang Autumnz, so moh beli seketul, dah pakai terus jatuh cinta.



Bakul oren ni aku pakai dari Aish baby sampailah sebelum aku beli diaper caddy. Penat tau dok aku susun lawa-lawa, lepas tu Aish kumbar takpun dia lingkupkan, keje aku asyiklah mengutip hasil lingkupan dia, sabo jelah kenit ni. Kalau dalam sehari 3-4 kali dia lingkupkan, aku pun dah tak daya nak susun lelawo, haa ku sumbat je gitu, senang.

Bakul oren ni memang aku letak tepi katil, senang nak pakai tiap kali lepas mandi or tetengah malam masa nak tukar diaper dia, jarang aku bawak ke hulu hilir, so semua toilettries dia memang dalam bakul ni je termasuklah diaper. 





Dah beli diaper caddy, tersusun je semua barang, boleh tahan besar jugak diaper caddy ni, cer kira berapa banyak diaper boleh masuk tu. lepas tu banyak gila poket dia, tu bedak yang paling besar, muat untuk letak kat poket tepi, poket tepi belah kiri tu pun sama besar dengan poket yang aku letak bedak tu, lepas tu belah depan ni ada poket kecik-kecik 3, belah belakang nun poket besar sikit 2, tersusun je semua barang Aish, senang aku nak cari barang dia and sejak aku pakai diaper caddy ni Aish dah tak usik pun barang dia ni, aku pun tak tau kenapa. Lepas tu ada pemegang boleh ko angkut kemana saja, super like!!


Aku memang jual diaper caddy ni, tapi macam biasalah kena perorder..haha. Kalau ko tak daya nak tunggu beli je kat kedai baby yang ada ready stock ye, aku memang recommend korang beli ni sebab murah dan memang organize sgt, nak beli ngan aku pun boleh..mihihi. Ada banyak corak, dan semuanya menggiurkan. Ni antara corak yang available.








RETAIL PRICE: RM29.90
GMB PRICE: RM26.00 (exclude postage)

BERMINAT??

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

atau 


Ok, bye!!

Monday, December 1, 2014

Moh buat pizza

Salam,

Ni kira kali kedua aku buat pizza, serius senang je sebenarnya nak buat pizza ni, tapi barang nak buat pizza agak mahal la kan, sepeket cheese dia je dah dekat RM30, tapi kalau korang buat masa ramai-ramai adik beradik balik kampung, memang berbaloi sebab boleh makan puas-puas, topping dia pun suka ko la nak letak apa dan banyak mana, pendek kata lagi berbaloi dari makan kat luar.

Ok mari mulakan, ni aku kasi resepi untuk 1 adunan tau, 1 adunan tu aku boleh buat 5 biji pizza size sederhana, cukuplah makan untuk 11 orang dewasa, cukup makan je la idoklah dapat sampai kenyang..hihuhi, rasa 3-4 slice sorang. Cost untuk satu adunan semalam dalam RM100.00 jugaklah.

BAHAN-BAHAN

Base pizza
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
Satu peket mauripan
Satu sudu gula
Satu sudu garam
Suku cawan olive oil

Topping
Mozarella cheese (nak campur pun boleh)
Sos pasta tradisional
Capsicum
Cendawan butang
Nenas tin
Daging cincang or apa bahan pun yang ko suka as topping




Ok, mula-mula ayak 4 cawan tepung tu ye, jangan tak ayak, wajib diayak ye, kalau nak sedap beli tepung untuk buat roti tu, macam aku punya ni, suamiku beli tepung khas untuk buat pizza, RM9.00 1 kg (lap peluh)..miahahaha.

Lepas tu jangan lupa ambik 1 1/2 cawan air suam letak gula satu sudu, kacau-kacau kasi sebati pastu masukkan sepeket mauripan, peram kejap bagi dia naik berbuih-buih, kalau buih tak naik, sila buat yang lain, mihihi, semalam air aku panas sikit, meninggal semua yis dalam mauripan tu, so buih tarak naik, dia keruh je, so terpaksa bancuh lain.

Dah berbuih mauripan mu itu, buat lubang sikit kat tengah tepung, masukkan suku cawan olive oil pas tu tuang semua air mauripan tu, pastu gaul kasi sebati, kalau lembik sangat ko uli lagi dengan tepung kasi dia ngam-ngam, tak lembik dan tak keras sangat, agak-agaklah ye. Jangan lupa buh garam jugak, agak kalau tawar tambah lagi garam, aku letak 1 1/2 sudu garam, so terpulanglah kat tahap kemasinan korang. Dah siap uli semua, sapu tepung tu dengan olive oil sikit, lepas tu tutup dengan kain lembab setengah jam, kasi dia naik gebu-gebas gitu.



Dah naik gebu macam ni, haa dah boleh la uli dia jadi pizza, hamboiii setapak tangan aku tampo tepung yang gebu ni..miahahaha.



Aku bulat-bulat kan dia, lepas tu gelek dengan roller tu kasi bulat, aku buat nipis je, sebab dah masuk oven kang dia naik gemuk sket.



Ni topping ikut selera sendiri, daging cincang tu mak mertua aku dah tumis sesiap



Sebelum letak atas pan pembakar ni, pastikan ko sapu butter dulu ye, kang melekat acik tak tau. 



Mula-mula sapu dengan sos prego tradisional dulu, aku letak banyak-banyak kasi sedap, sapu rata. 




Lepas tu boleh start susun topping, letak la apa pun ko nak letak. Aku suka letak capsicum banyak-banyak, bila makan krap krup krap tu yang buat sedap tu. Mak mertua aku nak hawaiian, so aku buh nenas bebanyak untuk dia..hihi.



Pizza yang first aku buat ikut citarasa aku, capsicum, bawang, dengan daging, lepas tu cheese bebanyak kasi leleh.



Yang second, En. Syg buat ikut citarasa dia, ni dia yang buat sendiri, aku gelek tepung je, pastu buh la sukatimu abang. Amboiiiii cheese ko bangg, lawan tokeyyyy nampak!! Tapi yang En. Syg punya ni lagi sedap dari aku punya yg first tadi tu, sebab yang ni kitaorang campur cheese, mozarella dengan apantah satu lagi tu, cheesy sangat jadinya.



Sebelum bakar, jangan lupa panaskan oven dulu tau, aku buat 200c 10 minit, pastu bakar pun 200c 15 minit, tapi kejap-kejap kena intai takut kang hangit pulok, agak-agak la ye korang, kalau tengok macam dah masak tu takpe keluarkan je walaupun belum cukup 15 minit, macam semalam En. Syg jaga oven, so agak-agak dah masak dia keluarkan je, gambar pizza dah masak takde ye, sebab siap je masak macam piranha, sekejapan licin, aku pun lupa nak ambik gambo T_T sebab aku pun masa tu dah bertuko jadi piranha, piranha mana reti nak ambik gambo...:p..oklah bye, selamat mencuba kawan-kawan. Dah cuba nanti update blog yeh...hahahaha