Klik Jommm

Showing posts with label Menang. Show all posts
Showing posts with label Menang. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Pemenang Giveaway Umie Sue

Salam,

Syukur alhamdulillah, memang rezeki Aish. Ni kira 2nd time aku menang GA, tak menang pun takpe sebenarnya, aku join pun sebab nak support member, kalau aku free and ada gambar yang sesuai, memang aku akan join, kalau menang memang rezeki la tu.

Ni entry GA aku dan ni entry Umie Sue masa umumkan pemenang. Memang tak sangka pun sebenarnya, gambar tu pun aku ambik candid je masa Aish busy main mop. Dia baru lepas mandi, pakai baju pun tak sempat, dah sibuk dengan mop dia.

Hadiah?? Aku suka gile ok hadiah GA Umie Sue ni, sebab Aish belum ada Flash Card Jawi lagi. Baru sampai petang semalam, belum guna untuk Aish pun lagi.



Tq Sue, moga murah rezeki mu selalu..ewahh

Ok, bye.


Wednesday, January 8, 2014

Wordless Wednesday

Salam,

Bz terlampau, macam rasa ada beban dalam jantung..haaa gituuu, tercungap-cungap, nak fokus yang ni, yang itu datang, nak fokus yang itu, yang ini belum siap..grrrr, so boleh entry pendek jek.

2 parcel yang di tunggu-tunggu dah sampai..fuhhh tak sabar tau!



Ni hadiah menang GA



Ni..biarlah resia..hahahaha

Esok buat entry proper sikit, ok bye! nak sambung mencungap jap.


Tuesday, December 31, 2013

Pemenang GA Mommycha

Salam,

Kito monang yo!..kito monang yo!..haha poyo tak ingat

First time okeh aku menang GA so gembira tu lebih sikit la sebab aku ni bukan orang yang selalu lucky, asyik tak lucky je kalau masuk apa-apa pertandingan sekali pun. GA Mommycha ni GA kedua yang aku join sejak berblog. TQ Micha, sila buat GA selalu, nanti aku nak menang lagi...gahaha

Semalam hadiah sampai, tanjat aku sebab cantik sangat Micha balut, siap ribbon hah!






 Aku dapat buku ni, suka! serius suka, kalau dah namanya hadiah, dapat apa pun aku suka. Nak pulak sekarang aku tengah buat bilik Aish, boleh cari inspirasi dari buku ni kan.



Sorry, gambar aku gelap gelita, ambik gambar malam tadi..haha. TQ Micha, moga murah rezeki ko selalu.

                                         Januari ni aku pulak nak buat GA tau, tungguuuu. Ok, bye!