Klik Jommm

Monday, March 14, 2011

DIY Paper Flower

Tak, aku bukan nak buat tutorial, nak tunjuk je paper flower yang aku buat baru-baru ni. Aku kan jenis yang kerja melambak kat office pun, aku sibuk nak menambah kerja lain yang tak berkaitan. Orang suruh datang office buat kerja office, aku sibuk datang office, buat kerja, take 5 jap fikir solution sambil tangan sibuk mengentel paper flower. Kalau boss tau, memang wajib ditangan-tangankan je. Bukan apa, kalau asyik buat kerja je, boring ok, sekali-sekala harus diselang-selikan supaya tidaklah terasa kerja di office membosankan tetapi mengujakan. Barulah berkobar-kobar nak datang office untuk hari-hari yang mendatang, sebab nak menambah koleksi paper flower..eh. Sebelum bermula, mari kita tonton koleksi paper flower yang berjaya dikumpul sehingga hari ini.






Produk yang dah siap harus diletakkan dalam balang yang cantik, baru semangat nak produce byk2. Ciput je, hoh ingat senang nak gentel sambil buat kerja. Mula-mula aku buat warna pink je, officemate aku tegur bila dia nampak balang ni.

"Eh, fresh flowerrrrrrrrrrrr, siapa bagiii??

-___-"

Jelas sekali beliau bukan B2B blogger dahulu. Sebab kalau blogger, sekali tengok dah tau apa..kan, hebat la kita ni ke sebab aku ni kreatif sangat, sampaikan paper flower pun orang ingat fresh flower..ehemmm.

Dah tengok koleksi, mari tonton camane tangan tak berbedung ni buat.



Potong kertas bulat2, lepas tu gunting macam lingkaran ubat nyamuk

Mulakan gentelan dari luar (hujung yang kat atas tu ok) dan akhirnya...



Tadaaaa (Fine, tak surprise langsung)

I bet you guys, mesti dah pernah tengok dan buat kot. Layankan jelah aku ni. Aku berbangga ok dengan diri sendiri. Tak sangka ada bakat terpendam..ngahahaha padahal budak kecik pun boleh buat dan padahal bukannya cantik sangat pun aku buat. Oh, btw, aku tengok tutorial ni pun through google image je. Malas nak bukak website segala.



Hari tu nampak gambar mat salleh buat bunga ni jadi bunga corsage dia tambah daun ..cantikkkk

Thursday, March 10, 2011

Burlesque

Ok, sekarang nak cerita pasal movie ni, walaupun sebenarnya dah 2 minggu pergi tengok, atau mungkin dah tak ditayangkan lagi, baru aku hegeh-hegeh nak cerita. Kalau asyik cerita pasal kahwin ni, boring jugak, sebab kadang-kadang lepas tengok blog kahwin aku nak baca blog yang cerita lain dari kahwin. Sebab bila tengok preparation orang mula lah stress melanda. Tak banyak, sikit je stressnya, belum lagi kot. Macam En. Syg bagitahu aku semalam

"Saya tak stress lagi pasal kahwin ni, maybe tunggu bila dah tinggal 3 bulan baru stress kot"

Padahal dia tak sedar, wedding kita lagi 3 bulan setengah je sayang, sila bersedia untuk stress awal bulan depan atau mari ikut saya pergi beli barang doorgift dan stress sebab kena tunggu saya 8jam untuk pilih segulung riben yang anggun bergaya, mewah, jelita, disukai ramai, digilai semua dengan harga yang murah. Sure stress menerpa serta merta, gastrik melanda dan hidung kembang kempis nak ajak balik.



Aku tengok Burlesque dengan En. Sayang setelah hampir sebulan tak tengok movie. Mulanya dia taknak, tapi aku menggunakan kepakaran yang ada, terus cair hulur duit suruh beli tiket, see tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang pendirian..tiba2.

Jalan cerita dia memang tak kuat langsung, tapi bab menari, phewwww berpeluh mak, shekshiiiiiiiiiiiii. Menonggeng-nonggeng perempuan2 burlesque tu, penuh skrin besar tu dengan bon dia aje, uishhh stress aku. Hero dia cute, bila dia pakai singlet..umangaiihhh, mata dia..wau weeeeeeeeeeeeee, cair meleleh. Bila hero dia tak pakai apa-apa..fuyoooooooooooooo...eh, eh..astagfiruallahalazim. Apesal tak potong ni, bahaya betullah, terperanjat mak, serba salah, nak tengok ke, nak tunduk malu ke, nak tutup mata ke, bila tengok En. Syg, dia tengok aku, lepas tu aku gelak..hahaha. Eh, dia tak tunjuk semualah, dia tunjuk bon dia je, depan tu dia tutup dengan kotak biskut, kalau dia tunjuk semua, berkali-kali aku pergi tengok tak sanggup aku nak tengok, ada kang seminggu tak lalu makan. Tapi officemate aku Cik Fotogedik tengok 2 kali, tak pernah2 dia kata..owhh ko tengok ape haaaaaaaaa???

Tapi oklah, sebab puas hati tengok Christina menyanyi, yang lain biasa je. Bolehlah. En. Sayang tak pernah-pernah sejuk kalau tengok movie, walaupun aku berbungkus sakan, tiba-tiba bila tengok Burlesque, dia kata dia sejuk..eh, macamane boleh tiba-tiba sejuk ni, hmmmmmmm. Lepas tu sibuk nak tumpang tangan dekat hujung selendang aku. Masa nak keluar, dia cakap "Movie ni sebenarnya untuk lelakilah". Memanglah, sebab orang yang tak pernah-pernah sejuk tiba-tiba boleh jadi sejuk kannnnnnnnnnnnnnn.

Wednesday, March 9, 2011

Kemalasan Melanda

Lately, aku malas nak update blog. Well, macamni lah kalau orang yang hidup dalam kebosanan, takde apa pun nak update. Sebab semua hari sama sahaja, takde pun yang berbeza. Kadang-kadang kesian dengan diri sendiri. Kalau ada pun nak cerita, benda-benda kecik, tak perlulah kot. Orang nak baca pun bosan..haha. Tapi start minggu ni mungkin membizi sikit, nak speed up pasal doorgift, Ya Rabbi, dah March baru hegeh-hegeh nak settle doorgift. Hantaran pun belum fikir lagi. Semalam call Ma, tiba-tiba je dia cakap

"Eh, awak nak nikah lagi 3 bulan ni, dah kena siap-siap dah, family nak pakai baju kaler apa eh"

Laaa..aku ingat Ma lupa yang aku dah nak kawin, rupanya dia kira berapa bulan lagi..super comelsss.  Pa lagilah comel, lepas aku set date kahwin secara berduet dengan En. Syg, aku tanya Pa

"Pa, pa tau tak kita dah nak kahwin?"
"Tak tau"
"Kita kawin 2nd Julai tau"
"OK"

Pastu secara senyap dia gegas-gegas cari tukang buat rumah, nak kahwinkan aku kat Kg. Peragap. Gila durhaka, set tarikh kahwin tanpa pengetahuan ibubapa.

Ahad lepas, masa aku tengah sedap melanding tidur (tak tahu kenapa aku suka sangat tidur awal dan bangun lambat sekarang..dasar pemalas) atau adakah itu tanda aku nak membesar? Tiba-tiba pukul 8.30 pagi tipon berbunyi..ada ibu mertua dalam bahaya..ada ibu mertua dalam bahaya..eh. Rupa-rupanya bakal ibu mertua call, maklumlah baru bangun tidur, berdehem2 dulu untuk pastikan suara bangun tidur tidak begitu kedengaran.

"Hello, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Erin, busy tak hari ni?"
"Taklah makcik, kenapa?"
"Datang Rawang boleh tak? K'orang nak buat surprise untuk Is (bakal adik ipar) dia baru lulus exam, nak buat makan-makan sikit, makcik nak masak ni, nak mintak tolong sebab makcik dah jemput adik-beradik datang"
"Oh ye ke..boleh-boleh jap lagi rin sampai"

Wah, berdesup chef emergency ni datang, terjun katil, mandi, kemas beg, terus balik Rawang sorang-sorang(make up pun tak sempat, En. Syg takde dia ada futsal tournament kat Kota Damansara) Tapi jalan kat Rawang tu, tau je lah jemnya masya allah. Kereta banyak, aku asyik baca doa menaiki kenderaan tak henti-henti, seram tengok bas laju kat selekoh, seram tengok motor banyak, bangla lintas jalan sesuka hati. Dah lah line tengah jalan tu dah pudar-pudar, aku takut je aku termasuk lane bertentangan, kang tak sampai Rawang, aku sampai tempat lain pulak. Boleh sakit jantung dibuatnya, sampai Rawang, tugas pertama chef emergency ialah buat air oren je (alah makcik, bagi la tugas yang mencabar sikit..haha konon, padahal buat air oren pun terkial-kial)

Gambar takde, maklumlah, chef jemputan sibuk memenuhi permintaan tetamu (sambil mengadap 2 mangkuk laksa), and congrats untuk Dr. Istiana. Dah jadi doktor pun..alhamdulillah.

Tuesday, March 1, 2011

of everything

Hari ni mood kat office adalah sangat bersemangat. Terasa nak settlekan semua kerja hari ni sampai hujung tahun, hari ni jugak! lepas tu duduk melopong..teheee. Sebab utama adalah kerana, aku baru dapat MP3 lagu feveret yang selalu dinyanyikan dalam bilik air menggunakan lirik sendiri, tah betul tah tidak..tibai je. Yang penting melodinya betul. Ye, lagu Anuar Zain itulah, sedetik lebih. Feveret sampai dah berangan nak buat video nikah pakai lagu tu wehh ape loser sangat ko ni, sebab hakikat yang sebenar, aku takde videographer. Aku nak videographer tapi bila En. Sayang cakap

"Itu tidak perlu sayang"

Sambil mengetap bibir menahan diri untuk melawan aku berkata
"Baiklah" sambil berlalu dengan tenang. Eceh, tenang la sangat. See, saya dah bertukar menjadi tunang mithali, Asrul Sani sila berbangga dengan saya!

Tabiat annoying aku, bila dapat lagu feveret, maka aku cuma akan pasang lagu yang sama sebanyak 800 kali dalam sehari selama seminggu, atau mungkin 2 minggu, atau sampai aku bosan, bergantung pada budi bicara aku. So officemate dah tau sangat, terpaksa la korang dengar lagu yang sama sampai bernanah telinga selama berminggu-minggu.

Btw, ada satu lagi tabiat yang paling annoying, kalau dalam kereta, ada lagu feveret, bernanah la telinga En. Syg, bila aku nyanyi pun nak ikut cara penyanyi tu, kalau dia tarik halus, halus la jugak aku tarik, kalau dia tarik aaaaaaaaaa dia tu mengalun-ngalun, beralun la jugak gegendang telinga En. Syg busyuk tu. Yang mana kalau dia annoying sangat dia akan cakap "Eh, suara awak macam itik lah" sambil gelak-gelak. "Terima kasih sayang, tapi saya nak nyanyi jugak" pastu aku sambung nyanyi lagi. Haha..sayang, awak sangat comel sebab walaupun awak tahu awak akan dengar suara itik ini for the rest of ur life, awak masih nak kahwin ngan saya..hahaha.

Tengok, aku suka merepek cerita lain. Haisshhh..ok just nak bagitau, lately aku tak sihat sangat. Mood nak update blog kurang, adik lelaki aku (ayah si demok dibawah ini) baru lepas operation batu karang, doktor tebuk 3 lubang di buah pinggang (dia special case, muda-muda dah ada batu karang, doktor pun musykil, dia apatah lagi, bukan 2-3 ketul batu karang dia, dah serupa pokok dalam buah pinggang tu, naik bulu roma aku setiap kali tengok X-Ray dia) lepas operation, darah masuk dalam paru-paru, so doktor tebuk 4 lubang di paru-paru pulak nak keluarkan darah, yang membuatkan dia sakit nak bernafas sebab 2-3 minit, tiub tu pam darah dia keluar dari paru-paru. Ngeri, sampai aku tak lena tidur malam sebab terlalu risau. Adik aku yang kulit gelap tu dah jadi putih sebab pucat sangat, tak boleh bercakap sebab terlalu sakit, dah lah kena mengiring je all the time, sebab tiub kat buah pinggang still pasang lagi. Hopefully dia cepat-cepat recover.

Owhh..satu barang untuk VIP kenduri nanti dah beli. Sakit pinggang mengangkat dari kereta ke dalam rumah, rasa macam nak tercabut semua tulang si kurus keding ini. Ada lega sikit, sebab esok, 2nd March, genap tinggal lagi 4 bulan sebelum majlis, kenapakah panik masih belum menyerang?? Yang menyerang hanya perasaan tak sabar untuk berkahwin..haha gataiii nooo. Persiapan untuk kenduri tak difikirkan sangat, sebab yang lebih difikirkan persiapan selepas kahwin seperti baju yang sesuai untuk wanita berkahwin, yang mana patut didahulukan, baju tidurkah, baju kerjakah, atau baju jalankah (maklum lah lepas kahwin, duit kurang, nak beli baju pun kena agih2 dana, sudahlah semua baju dah buruk ladun) dan mekap yang sesuai dipakai untuk menyambut suami pulang dari tempat kerja (ok nak beli gincu merah menyala satu..auww). Ok sebelum mengakhiri entry hari ini, ini tribute untuk gadis TM yang rajin meneman kemana sahaja kaki ku melangkah, membeli doorgift, membeli wrapper, membeli riben, membeli sticker, membeli bedsheet, senang kata semualah, gadis TM ini sentiasa disisi. Terima kasih TM..eh.



Ya allah! mata panda dan kenapa saya kelihatan sunburn disini dan gelap dan tidak comel dan serabai dan busuk dan owhh lupa ini tribute untuk gadis TM, haruslah dia mencuri semua limelight saya..muntohh!!

babai sayang..;p

Friday, February 25, 2011

Rindu










kat budak demok, peha goreng pon sodap

Tuesday, February 22, 2011

Tentang Saya

Aku tension ni, seminggu skip breakfast, berat turun menjunam terus, dah hilang 0.6kg..tsskk..tssskk... Lemakkkkk, jangan kau pergi, tinggalkan aku sendiri (sambil feeling Sheila Majid..duhh). Penat tahu berbulan-bulan (since lepas raya hari tu) paksa diri ini makan makanan berat setiap pagi, tengahari, malam dari 41kg naik sampai 45kg sahaja. Baru seminggu breakfast makanan ringan sikit, terus turun, walhal tengahari dengan malam tak pernah skip makan nasi. Sobb..sobbb..nak paksa diri makan banyak susah tau, merana aku paksa diri suap makanan, dahlah aku masak sendiri, makan sendiri, tak sedap langsung, naik macam semut, turun macam kilat. Geramnyeeee, lemakkkk mari datang kepadaku dan melekat dengan tegar sekali..meh sayang meh banyak ruang nak diisi dalam badan ni. Baru ai nak feeling-feeling jelita, badan solid molid, dah turun balik.

BAIKLAHHHH!!!! (sambil hidung kembang kempis..hnnssfffff...hnsssfff...hnnnsssffff)



Betty aku cilok dari page ko, sebab aku terlalu malas nak google sendiri, takut bakal menghilangkan lemak tepu aku sebanyak 0.6kg lagi..Image by Google, kan betty??

Nak challenge diri sendiri, naikkan balik berat aku jadi 45, 46, 47  dan akhirnya 48..mampu ke? Cepat nyatakan sokongan anda di comment box saya. Pangggg!!! Apa ko ingat ni pertandingan menaikkan berat badan?? Ada sesapa macam aku tak? nak join tak challenge diri sendiri..Z'da jomm!!!, ke ko dah solid molid skang Z'da?

LEMAKKKK KU SAYANG...KE MARI KAMUUU (sambil membayangkan lemak datang bertalu-talu, jangan terlebih lemak sudah..haha..lemak baik saja ok, selulit nehiiii)

Monday, February 21, 2011

Wall Sticker comel

Aktiviti yang mengujakan di pagi Ahad, adalah pergi ke pasar. Orang lain berebut-rebut pergi pasar nak beli ikan, barang basah, sayur segala. Aku pulak sibuk nak pergi berjalan semata. Lumrah perempuan, dapat jalan-jalan window shopping kat pasar pun jadilah. Window shopping kat pasar? agak2 la, nampak sangat miskin..tskk..tsskk. Sekali sekala tukar angin, asyik2 mall, boring. Gigih masing-masing bangun awal pagi Ahad nak ikut aku pergi pasar kat Stadium Shah Alam, baru ajak-ajak ayam, semua nak ikut..haha kesian betul. Apasal la korang semua ni muslimah sangat asyik duk rumah je, meh ikut ahkak..kita jenjalan amik angin pagi. Tapi aku tunggu sampai kereta panas, tak jugak turun2 dari bilik, hoih..g pasar je, tayah la mekap segala. Aku dah bawak keta keluar dari garaj pun, tak siap lagi, siap tukar baju pulak dah..pasar je dik, tayah cantik sangat, tengok akak ni menggunakan natural beauty di pagi hari semata..eh.

Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya jumpa wall sticker, dah lah cantik, murah pulak tu, RM2 satu. Sebelum ni pernah nampak orang jual online, belas-belas ringgit jugaklah. Kat pasar beli RM10 dapat 6 keping. Tampal kat bilik pengantin comel jugak, tak payah susah payah bayar upah kat adik suruh cat bilik. Sampai rumah, terus mengerjakan wall sticker, tampal kat bilik housemate. Test dulu



Langkah yang pertama, sila basuh dinding dengan sabun dan keringkan. Tapi aku mengantuk dan malas, sapu-sapu dengan tangan je, "eh, ok ni, tak payah la basuh-basuh"



Langkah ke 2, tanggalkan sticker dengan berhati-hati dan sepenuh jiwa raga..bila terkoyak sikit, terus cakap dekat pemilik sticker "alah RM2 je, minggu depan kita beli lagi"



Dah siap, tapi tiangnya senget..haha..senget sikit je


Aku tolong tampal, pemilik bilik bagi arahan..sini sikit..ha..sana sana.. Kalau dinding warna putih memang nampak lagi cantik, bilik ni dinding dia kaler krim..so tak naik sangat. owwhh suka bila tengok dah siap. Ok kawen nanti nak tampal wall sticker lah :).

P/S: Betty, masihkah kau ingat katil itu ;p