Lately, aku malas nak update blog. Well, macamni lah kalau orang yang hidup dalam kebosanan, takde apa pun nak update. Sebab semua hari sama sahaja, takde pun yang berbeza. Kadang-kadang kesian dengan diri sendiri. Kalau ada pun nak cerita, benda-benda kecik, tak perlulah kot. Orang nak baca pun bosan..haha. Tapi start minggu ni mungkin membizi sikit, nak speed up pasal doorgift, Ya Rabbi, dah March baru hegeh-hegeh nak settle doorgift. Hantaran pun belum fikir lagi. Semalam call Ma, tiba-tiba je dia cakap
"Eh, awak nak nikah lagi 3 bulan ni, dah kena siap-siap dah, family nak pakai baju kaler apa eh"
Laaa..aku ingat Ma lupa yang aku dah nak kawin, rupanya dia kira berapa bulan lagi..super comelsss. Pa lagilah comel, lepas aku set date kahwin secara berduet dengan En. Syg, aku tanya Pa
"Pa, pa tau tak kita dah nak kahwin?"
"Tak tau"
"Kita kawin 2nd Julai tau"
"OK"
Pastu secara senyap dia gegas-gegas cari tukang buat rumah, nak kahwinkan aku kat Kg. Peragap. Gila durhaka, set tarikh kahwin tanpa pengetahuan ibubapa.
Ahad lepas, masa aku tengah sedap melanding tidur (tak tahu kenapa aku suka sangat tidur awal dan bangun lambat sekarang..dasar pemalas) atau adakah itu tanda aku nak membesar? Tiba-tiba pukul 8.30 pagi tipon berbunyi..ada ibu mertua dalam bahaya..ada ibu mertua dalam bahaya..eh. Rupa-rupanya bakal ibu mertua call, maklumlah baru bangun tidur, berdehem2 dulu untuk pastikan suara bangun tidur tidak begitu kedengaran.
"Hello, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Erin, busy tak hari ni?"
"Taklah makcik, kenapa?"
"Datang Rawang boleh tak? K'orang nak buat surprise untuk Is (bakal adik ipar) dia baru lulus exam, nak buat makan-makan sikit, makcik nak masak ni, nak mintak tolong sebab makcik dah jemput adik-beradik datang"
"Oh ye ke..boleh-boleh jap lagi rin sampai"
Wah, berdesup chef emergency ni datang, terjun katil, mandi, kemas beg, terus balik Rawang sorang-sorang(make up pun tak sempat, En. Syg takde dia ada futsal tournament kat Kota Damansara) Tapi jalan kat Rawang tu, tau je lah jemnya masya allah. Kereta banyak, aku asyik baca doa menaiki kenderaan tak henti-henti, seram tengok bas laju kat selekoh, seram tengok motor banyak, bangla lintas jalan sesuka hati. Dah lah line tengah jalan tu dah pudar-pudar, aku takut je aku termasuk lane bertentangan, kang tak sampai Rawang, aku sampai tempat lain pulak. Boleh sakit jantung dibuatnya, sampai Rawang, tugas pertama chef emergency ialah buat air oren je (alah makcik, bagi la tugas yang mencabar sikit..haha konon, padahal buat air oren pun terkial-kial)
Gambar takde, maklumlah, chef jemputan sibuk memenuhi permintaan tetamu (sambil mengadap 2 mangkuk laksa), and congrats untuk Dr. Istiana. Dah jadi doktor pun..alhamdulillah.
i kalau bakal mak mertua call tiba2 je cakap hello assalamualaikumm HAHAHA..kalo mak sendiri takde pulaakk..:P
ReplyDeletemieza: uishhh..dan-dan jadi muslimah kan..haha..same la kita, kadang2 bila ingat tu mmg assalamualaikum la.
ReplyDelete2 magkuk laksa ke??cam lebih je..tapau lg..teehee
ReplyDeletenina: haha..2 mangkuk jelah..mane leh mkn byk2, depan bakal mertua kna sopan..huhu ;p a'ah tapau, balik tu makan lagi..laksa mmg feveret.
ReplyDelete