Klik Jommm

Thursday, March 10, 2011

Burlesque

Ok, sekarang nak cerita pasal movie ni, walaupun sebenarnya dah 2 minggu pergi tengok, atau mungkin dah tak ditayangkan lagi, baru aku hegeh-hegeh nak cerita. Kalau asyik cerita pasal kahwin ni, boring jugak, sebab kadang-kadang lepas tengok blog kahwin aku nak baca blog yang cerita lain dari kahwin. Sebab bila tengok preparation orang mula lah stress melanda. Tak banyak, sikit je stressnya, belum lagi kot. Macam En. Syg bagitahu aku semalam

"Saya tak stress lagi pasal kahwin ni, maybe tunggu bila dah tinggal 3 bulan baru stress kot"

Padahal dia tak sedar, wedding kita lagi 3 bulan setengah je sayang, sila bersedia untuk stress awal bulan depan atau mari ikut saya pergi beli barang doorgift dan stress sebab kena tunggu saya 8jam untuk pilih segulung riben yang anggun bergaya, mewah, jelita, disukai ramai, digilai semua dengan harga yang murah. Sure stress menerpa serta merta, gastrik melanda dan hidung kembang kempis nak ajak balik.



Aku tengok Burlesque dengan En. Sayang setelah hampir sebulan tak tengok movie. Mulanya dia taknak, tapi aku menggunakan kepakaran yang ada, terus cair hulur duit suruh beli tiket, see tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang pendirian..tiba2.

Jalan cerita dia memang tak kuat langsung, tapi bab menari, phewwww berpeluh mak, shekshiiiiiiiiiiiii. Menonggeng-nonggeng perempuan2 burlesque tu, penuh skrin besar tu dengan bon dia aje, uishhh stress aku. Hero dia cute, bila dia pakai singlet..umangaiihhh, mata dia..wau weeeeeeeeeeeeee, cair meleleh. Bila hero dia tak pakai apa-apa..fuyoooooooooooooo...eh, eh..astagfiruallahalazim. Apesal tak potong ni, bahaya betullah, terperanjat mak, serba salah, nak tengok ke, nak tunduk malu ke, nak tutup mata ke, bila tengok En. Syg, dia tengok aku, lepas tu aku gelak..hahaha. Eh, dia tak tunjuk semualah, dia tunjuk bon dia je, depan tu dia tutup dengan kotak biskut, kalau dia tunjuk semua, berkali-kali aku pergi tengok tak sanggup aku nak tengok, ada kang seminggu tak lalu makan. Tapi officemate aku Cik Fotogedik tengok 2 kali, tak pernah2 dia kata..owhh ko tengok ape haaaaaaaaa???

Tapi oklah, sebab puas hati tengok Christina menyanyi, yang lain biasa je. Bolehlah. En. Sayang tak pernah-pernah sejuk kalau tengok movie, walaupun aku berbungkus sakan, tiba-tiba bila tengok Burlesque, dia kata dia sejuk..eh, macamane boleh tiba-tiba sejuk ni, hmmmmmmm. Lepas tu sibuk nak tumpang tangan dekat hujung selendang aku. Masa nak keluar, dia cakap "Movie ni sebenarnya untuk lelakilah". Memanglah, sebab orang yang tak pernah-pernah sejuk tiba-tiba boleh jadi sejuk kannnnnnnnnnnnnnn.

4 comments:

  1. ahhahaahahaa.
    mak tgk 2 kalik sebab feeling2 tgk konsert si Christina yg bile dengar dia bukak mulut nyanyi jek meremang segala bulu mak ni nyah hihi. kalau nak tgk konsert dia yang bebetul harapan lah cukup duit di poket ;P
    lagi satu sebab merembes tgk si Jack. bak kater awak tgk mata dia, tgk dia pakai singlet adehlahai.

    *ouh jackkkk! - tiba tiba*

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. eh nape die sejuk? ha ha ha.. aiyyooorrrkkkk??!!!

    ReplyDelete
  3. Citer tu memang A ahh. Bila I tengok I rasa mcam dalam fantasi je tau tapi I takde ahh tgk kat wayng. I beli cd cetak rompak je. Memang feel ahh citer tu

    ReplyDelete
  4. cik fotogedik: owhhh jack ku...haha.. mmg shekshey terbaik.

    oshinz: tahnya, tibe2 dia ckp sejuk. tapi dia sejuk, peluk diri sndiri je..mane leh polok2..harammmm..haha.

    Ainee: feel, tgk jack lagiklah feellll ;p

    ReplyDelete