Klik Jommm

Tuesday, March 1, 2011

of everything

Hari ni mood kat office adalah sangat bersemangat. Terasa nak settlekan semua kerja hari ni sampai hujung tahun, hari ni jugak! lepas tu duduk melopong..teheee. Sebab utama adalah kerana, aku baru dapat MP3 lagu feveret yang selalu dinyanyikan dalam bilik air menggunakan lirik sendiri, tah betul tah tidak..tibai je. Yang penting melodinya betul. Ye, lagu Anuar Zain itulah, sedetik lebih. Feveret sampai dah berangan nak buat video nikah pakai lagu tu wehh ape loser sangat ko ni, sebab hakikat yang sebenar, aku takde videographer. Aku nak videographer tapi bila En. Sayang cakap

"Itu tidak perlu sayang"

Sambil mengetap bibir menahan diri untuk melawan aku berkata
"Baiklah" sambil berlalu dengan tenang. Eceh, tenang la sangat. See, saya dah bertukar menjadi tunang mithali, Asrul Sani sila berbangga dengan saya!

Tabiat annoying aku, bila dapat lagu feveret, maka aku cuma akan pasang lagu yang sama sebanyak 800 kali dalam sehari selama seminggu, atau mungkin 2 minggu, atau sampai aku bosan, bergantung pada budi bicara aku. So officemate dah tau sangat, terpaksa la korang dengar lagu yang sama sampai bernanah telinga selama berminggu-minggu.

Btw, ada satu lagi tabiat yang paling annoying, kalau dalam kereta, ada lagu feveret, bernanah la telinga En. Syg, bila aku nyanyi pun nak ikut cara penyanyi tu, kalau dia tarik halus, halus la jugak aku tarik, kalau dia tarik aaaaaaaaaa dia tu mengalun-ngalun, beralun la jugak gegendang telinga En. Syg busyuk tu. Yang mana kalau dia annoying sangat dia akan cakap "Eh, suara awak macam itik lah" sambil gelak-gelak. "Terima kasih sayang, tapi saya nak nyanyi jugak" pastu aku sambung nyanyi lagi. Haha..sayang, awak sangat comel sebab walaupun awak tahu awak akan dengar suara itik ini for the rest of ur life, awak masih nak kahwin ngan saya..hahaha.

Tengok, aku suka merepek cerita lain. Haisshhh..ok just nak bagitau, lately aku tak sihat sangat. Mood nak update blog kurang, adik lelaki aku (ayah si demok dibawah ini) baru lepas operation batu karang, doktor tebuk 3 lubang di buah pinggang (dia special case, muda-muda dah ada batu karang, doktor pun musykil, dia apatah lagi, bukan 2-3 ketul batu karang dia, dah serupa pokok dalam buah pinggang tu, naik bulu roma aku setiap kali tengok X-Ray dia) lepas operation, darah masuk dalam paru-paru, so doktor tebuk 4 lubang di paru-paru pulak nak keluarkan darah, yang membuatkan dia sakit nak bernafas sebab 2-3 minit, tiub tu pam darah dia keluar dari paru-paru. Ngeri, sampai aku tak lena tidur malam sebab terlalu risau. Adik aku yang kulit gelap tu dah jadi putih sebab pucat sangat, tak boleh bercakap sebab terlalu sakit, dah lah kena mengiring je all the time, sebab tiub kat buah pinggang still pasang lagi. Hopefully dia cepat-cepat recover.

Owhh..satu barang untuk VIP kenduri nanti dah beli. Sakit pinggang mengangkat dari kereta ke dalam rumah, rasa macam nak tercabut semua tulang si kurus keding ini. Ada lega sikit, sebab esok, 2nd March, genap tinggal lagi 4 bulan sebelum majlis, kenapakah panik masih belum menyerang?? Yang menyerang hanya perasaan tak sabar untuk berkahwin..haha gataiii nooo. Persiapan untuk kenduri tak difikirkan sangat, sebab yang lebih difikirkan persiapan selepas kahwin seperti baju yang sesuai untuk wanita berkahwin, yang mana patut didahulukan, baju tidurkah, baju kerjakah, atau baju jalankah (maklum lah lepas kahwin, duit kurang, nak beli baju pun kena agih2 dana, sudahlah semua baju dah buruk ladun) dan mekap yang sesuai dipakai untuk menyambut suami pulang dari tempat kerja (ok nak beli gincu merah menyala satu..auww). Ok sebelum mengakhiri entry hari ini, ini tribute untuk gadis TM yang rajin meneman kemana sahaja kaki ku melangkah, membeli doorgift, membeli wrapper, membeli riben, membeli sticker, membeli bedsheet, senang kata semualah, gadis TM ini sentiasa disisi. Terima kasih TM..eh.



Ya allah! mata panda dan kenapa saya kelihatan sunburn disini dan gelap dan tidak comel dan serabai dan busuk dan owhh lupa ini tribute untuk gadis TM, haruslah dia mencuri semua limelight saya..muntohh!!

babai sayang..;p

No comments:

Post a Comment