Klik Jommm

Thursday, November 10, 2011

Hari Raya Haji

Raya Haji baru ni of courselah balik Pahang sebab Raya Puasa hari tu dah balik Rawang kan. Barulah namanya adil dan saksama. Lama gila kot aku tak balik Temerloh, last time masa Raya Puasa hari tu, tu pun mabuk jangan cakaplah. So balik baru ni memang gegila melepas rindu dendam kat masakan Ma, teringat-ingat teh Ma buat, lazat gileeeeee, kaw jangan cakaplah. Tapi aku boleh minum sikit jelah, tak elok pregnant minum kafein kan.

Pagi raya, kitaorang yang perempuan siapkan breakfast, aku memang ngelat jelah, aku tak boleh bau tumis-tumis ni, aku tolong sipi-sipi je, pastu buat air je..haha, takpe menantu perempuan Ma aku rajin ke dapur, so anak perempuan Ma ni boleh buat-buat malas. Menu pagi raya Nasi Tomato dengan Laksa. Siap breakfast, yang lelaki pergi sembahyang raya, yang perempuan bersiap sambil menguruskan anak-anak (wahhh cam ramai je anak diaorang kan, padahal akak aku anak sorang, adik lelaki aku pun anak sorang, anak aku in the making)



Balik sembahyang, sambung makan lagi, oh kitaorang wajib berbaju melayu dan berbaju kurung di pagi raya haji, bukan pagi je the whole day.





Siap makan, rehat-rehat kejap, lepas tu gerak balik kampung Pa aku kat Kerdau, dekat je, dalam 15 minit dari rumah kitaorang, pergi beraya rumah sepupu Pa.






Anak buah yang digerami, dah setahun sebulan, takmo jalan lagi dia, bila kitaorang pimpin jalan macam ketam, senget sebelah..haha nasib comel




Adik bongsu aku, makan mee kari kat rumah ni, syok gile, sedap



En. Syg takmo makan, memula jelah, lepas tu aku cakap mee kari sedap, dia pun sibuk nak makan.

Balik dari kampung, kitaorang tidur jap, dalam pukul 4, family ayah sedara aku pulak datang, penuh satu rumah, seronok. En. Syg cakap first time dia pakai baju melayu satu hari on Raya Haji dan pergi beraya. Meriah kan, so kalau camni, tetiap tahun Raya Haji, kita balik Pahang la eh..haha. Tapi yang paling seronok bila berkumpul semua 6 beradik, 3 menantu dan 2 cucu, request pulak macam-macam suruh Ma masak, perghhh rasa takmo balik Subang dah. Dapat pulak makan mee goreng, tempoyak ikan patin dengan budu, serius sedap, huiii bertakung-takung dah air liur ni, bulan depan nak balik Pahang lagi.


Wednesday, November 9, 2011

Surprise..surprise



Terima kasih cinta Sayang, walau kecik tapi sangat bermakna..srooooottttttt (sedut hingus sebab menangis keterharuan, siap ada kad loving-loving, engrave nama aku kat belakang iPod tu, mau tak touching-touching. Tiba-tiba je sampai kat office, i love u so much too ;p

Reply chatbox:

Sorry guys, chatbox aku gila, takleh nak reply korang kat situ. 

Zakiah: Hai zakiah, ahkak maluuuu, hari tu tak sempat nak lambai-lambai Miss Universe, tetiba je lepas amik nasi Zakiah dah hilang, puas akak buat tinjauan, tak jumpa dah..hehe

Nurulain: alamak, picture yang rin upload tu dah close up dah, nanti rin try test tengok balik cd from photographer eh, kotlah ada yang lagi dekat. or else nanti rin cari balik majalah pengantin, sebab baju rin pakai ni ada masuk majalah pengantin hari tu (tah mane aku campakkan majalah aku)



Thursday, November 3, 2011

Shogun (Japanese Buffet)

Ni cerita lama terperam, cerita masa bulan puasa hari tu, En. Syg teringin sangat nak makan kat Japanese buffet ni, selalunya makan kat Sushi King je. Masa ni dah tau aku pregnant, so aku memang tak bolehlah nak makan sushi kan, tapi demimu suami, kuturutkan jua. 



Shogun, Sunway Pyramid

Harga satu kepala aku tak ingatlah, aku rasa dalam RM50++ kot, harga dia berbeza mengikut hari, kalau weekend of courselah mahal sikit. Tapi makanan dia bukanlah semuanya sushi, ada makanan yang dimasak jugak, ada nasi, ada ikan, ada pepahat, ada udang. So aku makan yang dimasak je..sobsss..sobss walaupun air liur meleleh-leleh nampak oyster. Geram je tengok, makan kang



Berulang alik amik makanan sampai nak penuh meja


Oyster yang sungguh menggoda, geram je aku tengok En. Syg makan, tapi kutahankan labu.


Shark Fin soup



Dia kalau buat muka feeling, malas nak layan.

Hari ni nak makan luar, takmo masak. Pray hard dalam hati dia tak ajak pergi Sushi King, kang terkebil-kebil aku tak tau nak makan apa. Japanese food aku boleh terima sushi dengan steamboat dia je, cook food dia memang aku tak suka, tak boleh nak telan, tak sedap. Eh kenapa lately asyik cerita pasal makan je eh?


Tuesday, November 1, 2011

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Ni cerita 2 minggu lepas, elok mak mertua aku masak kari kepala ikan untuk dinner, tiba-tiba mak sedara En. Syg call ajak makan ikan bakar di Jeram. Dah orang ajak, nak belanja pulak tu, laju je memasing siap, dah terbayang kesedapan makan ikan bakar, serius dah lama tak makan seafood. Nak ke Jeram ni ikut Latar takes about almost an hour jugaklah dari Rawang, nasib baik ada Latar, kalau tak, takde de nak menyusahkan diri drive jauh-jauh semata nak makan ikan bakar.

Restoran dia besarrrrr gilee, ramainya orang, berbulus-bulus. Kalau dah ramai, faham-faham jelah, servis pun lambat sikit. Kerang rebus yang pertama sampai.



Ibu mengandung apa lagi, nak pulak kerang ni depan mata aku, aku rasa akulah yang makan paling banyak.


Menu kedua sampai, sotong goreng tepung, sotong dia pun besar. Ni orang yang paling mengidam nak makan sotong goreng tepung siangnya, alih-alih rezeki bergolek, ada orang nak belanja malamnya. Bagus-bagus, sila mengidam lagi, murah rezeki, baru sebut siang, sotong datang bergolek malam.



Udang besar punya



Ni meja kitaorang, semua adik beradik bapa mertua aku, lauk memang banyak gila, menyesal pulak makan nasi banyak, sebab lauk datang satu-satu, ada ikan siakap stim, ada ikan bakar, ada ikan masak pedas, memacam lah, tapi aku tak ambik semua gambar, maklumlah duduk paling hujung, lauk sampai pun dah koyak rabak sikit..hehe, orang yang di hujung sinun dah ambik dulu sebelum pass pass. Kalau tanya aku, hmmm so-so je, bolehlah, tapi bila aku google and baca review orang lain, ramai cakap sedap, tak kena kot dengan selera aku. Tapi mak mertua aku pun cakap kurang sedap or aku rasa sebab ramai sangat orang malam tu, so kualiti dia dah kurang sikit kot, ntah tapi kecewa sikitlah. Nantilah kalau ada masa aku nak pergi sekali lagi, cuba pergi siang pulak, kotlah sedap kannn.

Oklah ni banner Aroma Ikan Bakar, aku ambik dari FB diaorang, korang gilah try, dia tepi laut, kalau pergi siang memang cantik. Tiba-tiba teringin nak makan ikan bakar pulak..slurppp, nak balik buatlah. Oh, tadi baru baca FB Aroma Ikan Bakar, dia kata nanti dia keluar dekat JJCM. Bye 


Monday, October 31, 2011

Maternity wear

Alhamdulillah hari ni dah 4 bulan. Dah lama tak update, minggu lepas memang tak sihat, 2 hari sakit perut, Jumaat MC. Bila scan, baby ok, yang tak oknya aku, perut masuk angin, seksa gila, ni sebab kurang selera makan lately, makan nasi sejemput je. Lepas tu merasalah masuk angin 2 hari, sakit sampai tak boleh tidur, menangis-nangis. Syukur dah sihat. Tapi lately loya makin menjadi-jadi, pantang bersin, bersinnya pendek je, loya yang melebih-lebih. Masa 3 bulan hari tu, aku takdelah niat nak beli baju mengandung lagi, awal sangat kot, lagipun malulah nak pakai awal2 walaupun perut aku orang tegur dah macam 5 bulan..sobsss. Tapi masa aku balik Rawang ke rumah mertua hari tu, ibu mertuaku yang comel tanya "dah tengok baju yang mak beli untuk ko?" 






Cantik tapi besar sikitlah, aku ingat dah 3rd trimester baru nak pakai baju ni kot. Susah-susah je mak ni *_*. Ni lantai rumah sewa aku, bergumpal-gumpal tikar getahnya, rumah sewa, so aku terima jelah seadanya.



Dari satu membiak jadi 4..hehe. Yang 3 lagi ni pun mintak mak mertua dan adik ipar yang belikan, tapi aku tak pakai pergi office lagi. Gigih aku pagi-pagi letak kerongsang dekat kain baju kurung, dah tak boleh nak zip, seluar kerja, memang dah tak boleh masuk pun, skinny jeans semua dah simpan, high heels pun dah simpan, pakai flat je sekarang, nak pakai wedges pun En. Syg tak kasi. Aku memang nak beli baju maternity yang boleh pakai even lepas bersalin pun, tu ingat nak beli nursing wear terus buat pakai masa pregnant, sebab kebanyakan nursing wear aku tengok cutting dia orang pregnant pun boleh pakai, jimat kan, boleh pakai sekali harung je, takdelah rugi nanti. Dah nak masuk 5 bulan baru aku start pakai maternity wear kot, so takdelah malu sangat nanti, En. Syg je bising suruh aku pakai jugak sebab dia takut anak dia tersepit..hehe. Padahal bukan anak dia yang tersepit, lemak bini dia ni hah yang tersepit, perut banyak lemak, sebab tu buncit mengalahkan 5 bulan. Oklah c u guys tomorrow ;p

Tuesday, October 25, 2011

Moh ke Kyoko

Kyoko bukan Tokyo tau. En. Syg sebelum kenal aku lagi dia memang ada fav hairstylist dia sendiri, dah bertahun jugaklah dengan hairstylist yang sama, dari Aida mula kerja di Loreal sampailah Thomas & Guys, dia ikut je Aida tu. Dia asyiklah kutuk-kutuk salon yang aku suka pergi, dia cakap tah hape2. Eh, biarlah ai suka tauuuu. Dia asyiklah jugak suruh-suruh aku buat rambut dengan Aida, nak ajak kongsi hairstylist, kalau aku ajak dia teman pergi salon kesukaan kat Taipan, mesti dia tak mau, nak jugak aku buat ngan Aida. Akhirnya jodoh kami sampai..sebab salon kesukaan aku pindah..sob..sobsss. First time buat rambut dengan Aida sebelum kahwin, sampailah sebulan lepas kahwin, aku rasa 2-3 kali je kot sempat dengan dia, En. Syg of courselah tetiap bulan pergi gunting dengan dia.



Aku n aida, masa ni nak colour rambut, baru lepas kahwin dalam 2-3 minggu kot. Pehal nampak tua aku ni, ohh lupa memang dah tua pun.


Aida buat rambut kinting-kinting for free, sebab dah lama sangat dia berkawan dgn En. Syg dan dia tau En. Syg suka aku rambut kinting-kinting, tetiba je lepas kaler rambut dia keluarkan curler, pastu terus kinting-kintingkan. Aku ingat En. Syg suruh, tapi dia kata dia saja nak buat..auwww terus balik takmo mandi. Dahlah pagi tu masa g kaler rambut memang tak mandi

Tapi jodoh memang tak panjang, baru-baru ni dia berhenti kerja dan balik Johor, maka terkontang-kantinglah En. Syg ditinggalkan, tak tau nak potong rambut kat mane dah. Dia boleh biar rambut dia tak berpotong sampai 2 bulan. Lepas tu bila budak office tegur cakap dia makin selekeh, marah pulak, dah memang selekeh pun..haha

Minggu baru ni kitaorang balik Serendah, En. Syg dah stress rambut panjang sangat, terus ajak aku pergi Pekan Serendah, yeay moh ke Kyoko, walaupun kedai gunting rambut amoi-amoi je, dan aku agak cuak bila tengok dia nak potong rambut En. Syg, aishhh hodohlah laki aku ni kang, tapi berbaloi2 ko tau, dia potong cantik dan murah pulak tu..owhhh sukalah


Pompuan gewdiks nak trim rambut, "Syg amik gambar satoooooooooo". Nampak perut tu? Dah macam 5 bulan..sobsss


Sebelum


Sedang


Selepas. Bertukar menjadi lelaki perasan kacak bermisai sotong

KYOKO, SAYA MESTI PILIH!!

Friday, October 21, 2011

Bubur buat bapa bayi

Bayi belum lahir, so praktis buat bubur dulu kasi bapa bayi yang makan. Eh, taklah aku buat bubur ni takde niat pun nak praktis untuk baby, memang nak kasi En. Syg makan sebab dia kena berdiet selama 2 hari dengan makan bubur tanpa sayur, kelmarin kan dia pergi hospital, so hari ni dia kena buat endoskopi, aku rasa aku eja dah betul dah kan, doktor nak jolok mulut kasi tengok apa ada dalam usus yang gastrik teruk sangat tu. Gastrik dia kronik. Makan sakit, tak makan pun sakit. Muntah almost everyday, lebih dari aku yang pregnant ni. Pening kepala la, susah membuang lah. So aku memang risau dan bebel2 kat dia suruh buat endoskopi sekali lagi. So aku yang mengandung ni, tak boleh lah nak harap dia buat semua kerja, aku kena buat sendiri jugak kadang-kadang, tengok dia pun melepek je hari-hari.

Dulu sebelum kahwin dia pergi KPJ, macam tak ok je, dah almost 2 tahun makan ubat, macamtu jugak. Setiap kali appointment, doktor bagi ubat, macam takde solution. Nak tau lah jugak nak kena operate kasi buang usus sikit ke, kena makan ubat seumur hidup ke, tapi doktor tetaplah begitu, bagi ubat je berkoyan-koyan takde buat apa2. Takde pulak dia suggest nak buat endoskopi sekali lagi ke or buat kolonoskopi pulak ke. This time En. Syg pergi DEMC, nak tengok pulak macammana, kalau ok terus buat dengan DEMC la kot lepas ni. Hei aku tengok dia asyik sakit je pun susah hati, dahlah aku ni pun tak sihat sangat sekarang, lagi nak layan sorang lagi pesakit..haha. Tapi demimu suami, ku gagahkan jua. Tapi  kekadang aku geram jugak dengan En. Syg tu, takmo makan ubat, fedup lah dia kata. Kang kalau aku suggest minum gamat, takmolah angin nanti lagilah kerap muntah, nak suruh minum susu kambing pun tak mau. Dah lah sakit, degil pulak tu, tak mendengar kata, kalau anak bolehlah aku piap-piapkan kan, ni bapak anak, cane ko nak piap.


Ikan bilis buat penyedap bubur kosong

  
Bubur nasi yang dimasak dengan penuh kecintaan, serius tak sedap, kosong je



Mummy makan karipap rentung je, punya lah asyik buat bubur, tak perasan karipap rentung, nasib baik boleh makan lagi

Semalam aku tak boleh tidur, so hari ni memang terbaiklah peningnya. Pray hard for En. Syg, hopefully dia ok, just gastrik, takdelah benda merepek-repek. Ni dah pukul 10.00am aku rasa dia dah pengsan kena bius kot. Aku tak pergi pun, sebab nak buat ape je kat hospital, dia pengsan bukan aku boleh teman pun. Cuma kalau bila dia dah sedar nanti, dia rasa tak boleh drive baru aku pergi ambik dia.