Klik Jommm

Friday, September 13, 2013

Roti!!!

Salam,

First time Aish beli roti, tapi mommy yang pilihkan and duit pun pakai duit mommy.  Aku rasa last time aku beli roti dengan orang yang jual naik motor ni masa aku kecik kot, lepas tu tak pernah dah, aku rasa susah dah nak jumpa orang berjual macam ni. Ni pun kebetulan kitaorang dah siap-siap nak balik Jelutong, tetiba jiran MIL tahan motor ni, so kitaorang pun gegas keluar kereta gi beli sama.



Jiran MIL aku bagi jajan kat Aish, naik je kereta, aku yang makan. Tak boleh ajar anak makan jajan, tak elok, maknya makan takpe..haha. Masa ni hujan renyai-renyai, sebab tu mak mertua aku tutupkan kepala Aish dengan towel.



"Hmmm..macam sedap je ni"



Biar mommy pilihkan ye dik



 Aish bayar



Uncle pulangkan baki

Roti yang aku pilih untuk Aish tak sedap..haha, kering semacam, nak bagi Aish makan pun tak sampai hati, so aku yang makan, nasib baik ada beli roti Gardenia sekali hari tu, boleh replace untuk Aish. Ohhh esok dah cuti, 3 hari oiii so aku nak balik Pahang. Benda yang paling aku rimas sekali bila nak balik kampung adalah packing baju, rimas, rasa nak bawak semua, pakkal aku takde lori, kalau idak, semua ku angkut, senang, tak pening kepala, dahlah kena packing untuk diri sendiri, suami lagi, anak lagi, alangkan balik Rawang tetiap minggu tu pun kemain fed up aku nak packing baju, sabor jelah. Ok, bye!




Thursday, September 12, 2013

Resepi: Spagheti Sup Daging untuk Aish

Salam,

Dah makan?? Semalam aku baca blog Anis, baru teringat nak share resepi yang aku buat untuk Aish baru-baru ni. Alaaa resepi untuk budak, senang je, tapi aku nak share jugak sebab Aish yang sekarang makin kurang selera makan dia, boleh makan resepi yang aku masak ni sampai habis. So aku agak, sedap la tu kannnnnnn, tinggal dia je tak pandai nak cakap yang masakan campak-campak mak dia ni sedap..ngeh..ngeh. Aku share ni pun bukan nak cakap aku ni pandai masak sangat, tapi yelah kalau dah hari-hari masak untuk anak, buntu jugak dibuatnya, dah tak tau nak pusing resepi yang mana, balik-balik itu. Nasib baik Anis share resepi tomyam baby tu, lepas ni boleh aku test, kalau tak idoknye aku terfikir nak buat tomyam untuk anak sendiri.



Bahan-bahan

Spagethi
Daging cincang
Tomato (potong dadu kecik-kecik)
Bawang Putih (tumbuk kasi pecah je)
Sayur cincang kecik-kecik (aku pakai kubis panjang)
Ikan bilis (buang semua tulang, dan tumbuk halus-halus)
Air
Tofu telur dan tauhu lembut
Garam (kalau mahu)

1. Mula-mula rebus bawang putih dengan air
2. Bila dah panas dan hampir menggelegak masukkan tomato
3. Bila dah menggelegak masukkan daging, ikan bilis tumbuk
4. Agak-agak daging dah hampir masak, ko masukkan spagethi. Jangan lupa patah-patahkan kasi pendek, senang anakmu nak makan nanti, masa ni aku buat api kecik je, sebab kita nak rebus spagethi tu sampai masak dalam sup
5. Bila spagethi dah hampir lembut dan masak, ko masukkan sayur, tofu telur dan tauhu
6. Jangan lupa check spagethi ye, once dah betul-betul masak, tutup api dan boleh kasi anak makan

Senang je kan, sedap sebab spagethi tu ko rebus dalam sup, memang serap rasa dia, aku suka rebus api kecik sampai sup hampir kering, berair sikit-sikit je, aku tumpang makan dengan Aish sekali. Kadang kalau ko dah letak ikan bilis, tak payah letak garam pun ok, sebab rasa masin ikan bilis tu dah ada. Pandai-pandai la agak ye, nak tukar daging kepada ikan pun boleh, sukahati ko lah. Selamat mencuba..wahhh chef sangat bunyinya ni. Ok bye!

Tuesday, September 10, 2013

Room/Playroom for Aish Yusuf

Salam,

Semalam malas update, malas terlampau, so hari ni kena merajin-rajinkan diri. Oh btw, hari ni nak cerita pasal bilik untuk Aish. Hmmm aku pun tak tau nak panggil apa eh, aku rasa lebih kepada bilik kot instead of Playroom, sebab aku plan nak letak barang Aish dalam ni, semua barang Aish, be it baju, toiletries, mainan, semua lah. Mungkin cuma ada 2-3 toys yang aku buat hiasan, yang lain lepas Aish siap main, semua aku nak lanting dalam kotak mainan, dan kotak itu akan ku simpan dalam almari. Ok, or maybe kena panggil bilik aktiviti, bilik belum siap, ko dah kepoh nak panggil bilik apa eh..haishhh. Aku baru buat first stage sebenarnya..hahaha, cat pun belum lagi, kena tunggu weekend baru boleh cat, last week balik Rawang, minggu ni balik Pahang, so minggu depan baru boleh start cat. But initial plan dah ada dalam kepala, dah aim pun barang yang nak dibeli, feature wall pun aku dah set macam mana, theme color pun dah ada dalam kepala juga, nanti slowly aku update bila dah siap sikit-sikit eh which may takes 3-4 months lagi kot progressnya, sebab sekarang tengah gigih kumpul duit dalam tabung ayam untuk bajet deko bilik Aish ni and aku paksa suami kumpul duit itu, aku kumpul idea je..ngehngeh. Gitulah bila dah ada rumah sendiri, nak deko pun kena menabung tau, dan bila dah ada rumah sendiri, setiap apa yang kita beli mesti kita nak yang the best, bukan main beli je, betul tak anak-anak??

Bilik untuk Aish ni bilik kedua dalam rumah aku, tak besar pun, tapi muat lah untuk si Aish Yusuf tu nanti..haha, sebab tu aku plan betul-betul, tak mau beli banyak perabot, takut sempit, memang plan nak beli almari, drawer and set meja untuk toddler tu, that's all. Yang lain, dah ada kalu, baru aku kepohkan, kang apa pun takde, ko dah sibuk mengepoh. Mari kita tengok first stage dulu



Satu rumah aku ni memang owner dulu cat kaler putih, takdok feature wall, senang kerja ku. Setiap bilik ada wooden panel kat siling dan lantai, tu yang kaler coklat tu wooden panel la tu. Memula dulu aku plan nak cat wooden panel satu rumah ni warna putih, tapi...tapi..tapi..semua pintu kat rumah ni kaler coklat, bertabah kah aku nak mengecat pintu jadi kaler putih jugak?? So aku tau aku ni tak begitu tabah kot, so aku biarkan je lah semuanya dengan warna asal, or mungkin kena syelek semula kasi berkilat memancar-mancar..gitu.

Disebabkan ada wooden panel, sebelum kerja mengecat, kena la tampal masking tape dulu, kang masa ko tengah cat bersungguh-sungguh, tak perasan pulak tercat dengan wooden panel sekali..haruu, dah satu kerja nak mengikis pulak.

Eh lupa pulak, nampak tak kat dinding tu macam ada frame, kat dalam frame tulah aku nak buat feature wall nanti, yang luar frame tu aku nak cat biasa je.


Ni wooden panel belah bawah, kena extra cover, sebab takut cat menitik



Tangga yang membuatkan aku berulang alik ke Mydin, nasib baik ringan, aku boleh bawak sebelah tangan je




Amboi..seksinya ko banggg..kalau buat kerja lelaki tetiba nampak suami sendiri seksi..Pannggg





Hari tu aku dah nekad dalam hati, tak mau cat bilik ni warna biru, sebab manalah tahu murah rezeki aku dapat baby girl pulak lepas ni, so boleh share-share main dalam bilik ni dengan Abang Aish, so aku plan nak cat warna turquoise. Dalam otak aku ni, turquoise tu warna biru kehijau-hijauan, tapi bila nak beli cat, orang kedai tu cakap, turquoise tu warna hijau kebiru-biruan, dah aku confuse pulak, masa tengah pilih warna cat, Aish sakan menangis sebab mengantuk, aku takut nak pilih warna hijau kebiru-biruan tu, aku takut jadi warna petronas pulak..aaaa tak suka, so aku terus zass pilih turquoise blue, mati-mati orang kedai cakap tu warna biru..iyelah biru lah kot tu, malas dah aku nak pening, punyalah takmo biru mula-mula, biru jugak akhirnya..pffttt, gasaklah, nanti aku deko bilik ni warna lain selain biru, kasi nampak unisex sikit. 



Biru pun birulah labu, pening tengok warna banyak sangat, aku beli cat Dulux ICI, washable, pearl glow, 3 liter, satu liter RM30++, ko pilih warna dulu, baru dia adun dengan machine. Aku nak cat the whole room, untuk feature wall aku pilih warna pekat sikit, sebenarnya dark blue pun cantik as feature wall, tapi bilik tu kecik, aku taknak yang gelap sangat, kang nampak lagi kecik, so beza warna feature wall aku dengan dinding yang lain tak ketara sangat, but still warna untuk feature wall tu pekat sikit, dah cat nanti baru nampak bezanya kot, sekarang dok dalam tin, nampak lebih kurang je.

Ok tu je update hari ni, 2 minggu lagi baru update bilik yang dah siap cat okeh, doakan aku berjaya..hahaha.

Thursday, September 5, 2013

Aish @ 16 Months

Salam,

Dulu masa Aish belum setahun, setiap bulan aku update perkembangan dia, sebab baby bawah setahun dia punya tumbesaran tu kan cepat, lepas setahun aku update setiap 2 bulan. Dah 2 tahun nanti aku nak update setiap 6 bulan or bila-bila ada perkembangan baru...gituuuu mak-mak sangat kan. Hopefully untuk anak kedua pun aku masih gigih update macam sekarang ni. Ok mari zasss kita tengok perkembangan Aish, ni pun aku update mana yang aku ingatlah ye, tapi yang no. 1 ni aku paling ingat, akan terpahat di ingatanku sampai Aish ber anak cucu..hahaha

* Dah pandai jalan..yeay!! 

Ye, dah setahun 4 bulan, baru Aish pandai jalan, ishh ishhh ishhh, terkejut ke kak?? hahaha. Mulanya aku tak risau sangat, tapi bila dah hampir setahun 3 bulan belum jalan jugak, aku risau la ko, sebab Aish bukan kategori lambat, dia kategori sedang-sedang, meniarap 4 bulan, menyusur 7 bulan, merangkak, duduk and memanjat 9 bulan, so aku jadi takut bila dia just berdiri, tak jugak menapak ke depan, kadang aku tolak suruh dia melangkah, tapi dia jatuh, idak jugak di angkat kakinya, siap aku la tolong angkat kan. Kiri kanan, kiri kanan aku tolong angkat dan letak ke lantai, kira nak ajar cara menapak la..hahaha. Hari-hari aku ajar ye, jangan ko cakap aku mak yang tak encourage anak pulak..marah ai nanti, tapi i have to admit, dia adalah terlalu manja, nak berdukung setiap masa. Sekarang pun dia masih suka merangkak dari berjalan, kalau nak tengok dia jalan ko kena dirikan dia dan paksa, tapi sekarang aku dah tak risau, sebab aku dah tahu dia dah boleh menapak, dia je yang memanjakan diri sangat, tapi setiap hari aku tetap paksa dia berjalan..hahaha, ini omak yang garang.

"Berjalan ko sekarang!!!" amboihhh garang sangat ni :D

* Pandai cakap "Dah" dan "Nak"

*Dulu setiap kali menangis mesti dia sebut "Maaa" Maaa", sekarang "Mamaaaaa" "Mamaaaa"

"Siapa Mama ko??!!" amboiihhh garang lagi. Padahal kemain berlari pujuk mulut moncong setiap kali anak nangis. Ololololololo sayang mommy ni, meh meh.

*Kemain pusing-pusing tangan isyarat habis, ko tau tak macam mana?, ishhh susah la nak tunjuk. Maybe aku kena buat video lalu upload di Keek. Eh lupa aku takde Keek, Instagram pun jauh sekali.

*Pandai salam cium tangan, tu dia dah pandai since setahun kot. Sebab Daddy selalu ajar.

*Lambai dan sebut byeeee, but most of the time mesti bunyi "baaaaa"

*Rajin panjat kabinet tv and main plug..heii geram je aku, memang tak boleh tinggal dia sorang-sorang. Tau-tau je dah berdiri sebelah tv.

*Kalau baru lepas balik dari rumah babysitter, aku langsung tak boleh jauh dari dia, kang dia menangis meratap hiba minta dukung. Abis camno den nak masak?? Memang kena tunggu daddy balik pukul 8.30 kang baru boleh ku masak. Nasib baik dapat suami yang memahami, yang tak pernah marah kalau lambat masak walaupun dia tengah lapar, yang tak pernah marah kalau rumah bersepah, kain tak sempat lipat, boxer dia habis sebab isteri tak basuh baju seminggu. Setiap kali cakap sorry, dia akan cakap, takpe..kan kita ada anak kecik, orang gila je yang akan marah. Tak ke terharu isteri mithali ni..terima kasih bang..eh tetiba abang...ooo hari ni hari Khamislahhhh. Tiba lari tajuk..(icon peluh kat dahi merecik-recik)

*2-3 bulan lepas kemain susah nak makan, peluh tiak mak masak, baru hulur sudu ke mulut dia, habis dia tepis, bersepai ke lantai. Urut dada aku ni. Sejak 2 hari ni kemain berselera la pulak, menganga macam mulut burung, maybe musim hujan, so perut pun lapar ye nak.

*Makin cheeky dan banyak akal.

*Marah kalau tak dapat apa yang dia nak. Jari kemain melentik-lentik tunjuk ke barang yang dia nak. Aku rasa semua budak pun begitu kan.

*Masih bf sehingga kini..sobss terharu dengan diri sendiri. Walaupun dah tak fully, tapi ada la jugak.

Tu yang aku ingat setakat ni, kalau ada yang tertinggal kita jumpa 2 bulan lagi baru aku updatekan sekali harung. Ok, bye!



Rajin benor menyelongkar KC aku, memang tak boleh buat apa dah, pernah beli pelekat untuk kabinet tu, tapi sekali dia kopek je habis tercabut, pakai tak sampai berapa hari T_T. I hetchu Daiso, you tipu ai!!



Dah siap main, dia susun balik, tunggang langgang



Tengah syok mommy tengok tv, dia tukar channel, amboiii sabor jelah. Kalau tukar sekali je takpelah, ni tukar berkali-kali, pening aku. Kalau Astro tu teroff, pandai pulak ko menangis ketakutan sambil tunjuk tv.



Look at me mommy!





Bosan tunggu daddy



Jatuh 2 minggu lepas kat rumah babysitter. Takpelah dik, baru Hero namanya

Ok, bye! Ini betul-betul bye :)




Wednesday, September 4, 2013

Aktiviti Sabtu

Salam,

Ni aktiviti hari Sabtu 2 minggu lepas......









Wordless Wednesday..larikkkkkkkkk. Ok, bye!



Tuesday, September 3, 2013

Gambar Raya Family Saya

Salam..

Hahaha..over tau, ni sebab si Leenda lah yang suruh upload gambar side family aku pulak. Tapi ni gambar raya tahun lepas, tu pun kitaorang ambik on raya ketiga kot seingat aku. Tahun lepas memang giliran beraya kat rumah family aku di Temerloh, tapi raya ketiga baru sempat nak ambik gambar sefamily. Tema baju raya tahun lepas is HIJAU, tapi bila dah banyak family kecik-kecik ni, masing-masing balik bawak warna hijau versi masing-masing, aku hijau terang, Along aku hijau lumut, adik lelaki aku emerald green, parents and adik-adik aku yang belum kahwin hijau suka hati ko..kahkah, paling best adik lelaki aku pakai hitam, tampaq kang tau la.

Family aku besar, kitaorang 6 beradik, aku anak kedua, 3 orang dah kahwin, 3 orang belum. Sekarang cucu dah ada 4 orang, tapi Aish is still the only grandson, 3 lagi cucu perempuan. Adik lelaki aku yang belah kanan tu sebaya En. Syg. En. Syg muda setahun je dari aku. Adik lelaki aku kahwin dulu dari aku on 2010, aku kahwin 2011. Adik beradik kitaorang semua muka lain-lain..tak taulah kalau korang tengok ada iras ke tak, tapi kalau kitaorang jalan sesama adik beradik, takde orang perasan pun kitaorang ni adik beradik. Ma aku ada darah mamak sikit, tu pasal Ma gelap sikit, tapi dalam adik beradik, akulah yang paling cerah dan yang paling kurus, sebab aku banyak ikut side Pa. Yang lain ko tengoklah sendiri.



Along (kakak aku), Sara (anak buah), Abg Long (abg ipar), family aku, Ad (adik no.5), Sham (adik no. 3), Amani (anak buah), Asha (adik ipar)

Adik (bongsu), Pa, Ma, K.cik (adik no. 4)

Tahun depan, kita beli kain sekayu, so that semua sama warna..hahaha

Dah tu je, nak gi Mydin USJ sat lagi nak tukar tangga, salah beli saiz da, pendek sangat, tak sampai nak panjat ke siling. Ada projek baru dengan suami, nanti dah siap baru update, belum siap kita diam-diam dulu..hahaha, macamkan orang nak tau sangat..puihh. Ok, bye!



Monday, September 2, 2013

Beraya bersama Gojes: Ctmah, Erina dan Mommycha

Salam,

Ni namanya entry lapuk..ok bukan lapuk lagi dah, ni dah boleh dikira entry lapuk terlampau or super lapuk..kehkeh mandai aku je buat ayat. Maafkan daku, terlambat mengupdate, ini semua salah suami sebab lambat transfer gambar, walaupun gambar aku seciput je, tetap jugak nak ku tayang buat tatapan semua.

Ok jap, bila eh tarikhnya ni (tengok kalendar seminit). Apaaaa...17 Ogos?? gile lamaaa..hahaha, baru aku perasan hari ni. Ehem..baiklah kita mulakan semula ye. On 17 Ogos buat pertama kalinya Gojes beraya beramai-ramai, ni kira rumah mula-mula yang kitaorang beraya, 3 rumah sekaligus dalam sehari.

Rumah pertama di Sek. 24, rumah family Ctmah Rahim meraikan hari lahir pertama puteri comel lote dia, Alisha Kaisara. Sebenarnya adik aku dulu pernah duduk kat Jalan Kobis Bunga tu, betul-betul belakang rumah mertua Ctmah, masa aku bujang rajin jugak aku tidur rumah dia, ntah-ntah banyak kali kot aku terserempak ngan Ctmah tapi tak kenal je la..hehe


Aish Yusuf dan Asrul Sani..auwww tetiba comel sangat bunyinya



Hai Yumie


Suamiku membawa diri dengan anaknya


 Gojess oiiii




Aish jalan pengantin sambil tengok bird, lepas balik dari rumah Ctmah, kitaorang terus gerak ke rumah Ena kat Seksyen 18, ada majlis tahlil and bacaan yassin untuk Arwah Aqil. Kat rumah Ena aku takde gambar, sebab suamiku kalut mengulit anak dia while aku pulak join baca yassin kat dalam rumah.

Habis je majlis kat rumah Ena terus kitaorang berdesup ke Putrajaya rumah Mommycha, aku ni feeling-feeling tau jalan sangat la kan, siap Yumie pulak ikut belakang kitaorang, memang masaklah sesat barat dalam Putrajaya tu, berapa kali pusing and berapa kali berhenti, sempatlah jugak anak kitaorang tidur lena..hahaha. Naik berasap menelefon Mommycha, berasap mulut Mommycha guide jalan, ehhhh sesat jugoookkkkk..kahkahkah..sabor jelah. Memang dasarr.


Tapi walaupun sesat barat, kitaorang masih peserta terawal yang sampai rumah Mommycha, aku bayangkan dah huru hara dah rumah tu dengan anak-anak Gojes yang lain. Rupanya d'orang pun sesat jugekkk..haha


Percubaan Wawa menimang anak bujang 10kg ku, daya ko ye, aku tak sangguppp, patoh riuk pinggang ni haa


Daddy Gojes



Mommy SuperGojes

TQ Ctmah, Erina and Mommycha, makanan semuanya sedap-sedap and layanan pun terbaik la. Tahun depan kitaorang datang raya lagi ya, confirm tak sesat dah :)

Ok, settle hutangku..bye!