Klik Jommm

Tuesday, August 27, 2013

Beraya dengan Habitat: Mohsen

Salam,

Hari tu dah buat potluck dengan habitat kat rumah aku, so this time kitaorang join Open House pulak kat rumah Mohsen di Tasik Permaisuri, Cheras. Mohsen paling unik sekali dalam habitat sebab dialah satu-satunya lelaki..wahaha. Tak pasal-pasal kena join habitat sebab dia pernah kerja kat company aku ni dulu. Almost every year kot Mohsen buat open house, tahun lepas aku tak pergi, aku pun dah tak ingat sebab apa, so this time haruslah menggedik nak pergi.

Open House rumah Mohsen start around 7.30 malam hari Sabtu lepas, so after maghrib baru kitaorang gerak, lucky that suamiku dulu sekolah kat Alam Shah tu haa, so taulah dia jalan ke Permaisuri nun, kalau idak confirmlah sesat barat jugakk, tu pun hampir nak sesat barat sebab tak tau yang mana satu rumah Mohsen, last time aku pergi rumah dia (tak pernah masuk rumah dia sebab dia masih bujang trang tang tang oiii, lepak kat mamak dekat2 rumah dia je) masa bujang dulu. Banyak betul kondo kat situ, konfius ai, nasib baik Betty dah sampai dulu, so kitaorang cari je kereta Betty and lepak dalam kereta bersama-sama sambil tunggu Habitat yang lain.



Gambar masa potluck dirumahku hari tu, kotlah ada yang lupa, yang lelaki tu Mohsen.



Habitat ku sayang, Mohsen buat open air concept, takde khemah, hagak-hagak hujan kalu, lari la ko membawa lemang, ketupat and nasi impit segala cari tempat teduh..kihkih



Korang kalau bab bergambar, tengah ngumpat mulut juih pun boleh berenti semata nak senyum kejap, lepas tu sambung gosip balik.


Cantik kan

Menu pun sedap. Ada sate, nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, murtabak, kuih melayu..semua pun menu raya. Suami aku terkagum-kagum sebab Mohsin tu bujang-bujang pun boleh buat open house, terbaik la ko Mohsin.



 Orang pun takdelah ramai sangat menderu-deru, kira selesa la.



Aish dah ngantuk







Baru nak ngamuk, uncle Mohsin ambik, terus Aish jadi baik budi. Kesian tengok dahi Aish, lebam sebab jatuh rumah babysitter, tu baru anak lelaki kan dik walaupun hati mak dia ni asyik gundah gulana je bila anak jatuh..haisshhh. Kalau jatuh dalam jagaan sendiri, boleh la marah diri sendiri, ni jatuh dalam jagaan orang, takkan nak marah orang pulak..sobsss


Sementara Aish ada orang jagakan, marilah kita bergambar berdua feeling single





Habitat, ni gambar wajib sebelum balik, dah beranak pinak dah korang semua..aku je yang belum..ehemmm

Ok, bye!


8 comments:

  1. hamboi pic berdua tu sweet la...lupa pulak korang dah anak satu....ecehhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. heheheh sweet nya.kalau sy nk peluk suami cm tu xmuat lak.hehehe

    ReplyDelete
  3. silalah beranak pinak ye erin..bg adik comel cam aish tuuu

    ReplyDelete
  4. sakan sangat beropen house..hehehe

    ReplyDelete
  5. wah.. mkn2 lagik... dah lama xrasa feeling2 berdua... ihihih sempat lagik yek.

    ReplyDelete
  6. so sweet gambr berdua tu...:)

    ReplyDelete
  7. alahai sweetnya...macam pakwe makwe la plak...hehehe

    ReplyDelete