Klik Jommm

Thursday, August 1, 2013

Shopping Raya 1

Salam,

Hai semalam aku belanja suami makan Mekdi..hahaha. Muka stress je dia, dahlah ramai orang. Bukan aku kedek, tapi aku nak cepat, kalau gi Sushi King tu kena tunggu giliran tau, sebab ramai sangat orangnya, lambat makan, lambatlah boleh shopping ye dak. Aku nak cepat sebab nak beli macam-macam dalam masa yang singkat. Selamat lepas berbuka Aish terus tidur dalam stroller, senang sikit aku nak shopping.

Tapi hari ni nak cerita pasal shopping raya minggu lepas, shopping raya malam semalam esok aku cerita yeh. Aku dah lama gile teringin nak belikan Aish jeans colour tu, teringin gila nak pakaikan dia jeans warna merah and biru. Pernah cari kat H&M tapi takde, so minggu lepas kitaorang pergi SCM and singgah kat Cotton On Kids, barulah jumpa jeans colour. Lepas dok banding-banding antara jeans merah and hijau, akhirnya aku ambik hijau, takut pulak nak pakaikan Aish jeans merah, kang fancy sangat anak bujang aku, test hijau dulu, kalau agak-agak kacak, next time aku nak beli short merah.


Aku ambik jeans, daddy ambik singlet dua, nasib ada discount untuk singlet, kalau tak harga asal singlet ni sehelai RM40++ tak kose aku nak ambik kalau harga gitu.



Selipar raya mommy, tak nampak macam selipar Hari Raya kan, nampak macam selipar Deepavali, corak dia macam kolam. Aku ambik selipar je sebab dah berjanji dengan diri takmo beli kasut raya ini tahun.

Haaa, ni cerita semalam, semalam pun kitaorang pergi SCM jugak, aku nak tambah baju raya untuk Aish lagi, short and botol susu baru. Lepas tu pergi Brands Outlet sebab nak cari seluar colour hijau nak pakai together-gether dengan Aish, unfortunately kaler hijau dah takde saiz aku, first time aku beli barang kat Brands Outlet ni, saiz seluar kat sini pakai nombor 2, 4, 6, 8 semua gandaan 2, aku pun test saiz 2 and 4, rupanya aku saiz 4. Masa test saiz 4 tu, aku test pakai seluar kaler oren, turns out aku beli 4 helai seluar kaler hitam, kelabu, coklat gelap and jeans, semua aku ambik saiz 4, main ambik je tak try dulu, sebab En. Syg nak pergi beli kasut kerja pulak and masa pun dah singkat and muka suamiku pun dah ala-ala stress gitu. 

Kebiasaanya aku ni memang cerewet dan aku akan test semua pakaian yang aku nak beli walaupun saiz yang sama just to make sure aku selesa, menyesal gila tak try dulu sebelum beli semalam, sebab malam tadi dah sampai rumah baru aku try, sempitt nak mampppp, sakit peha aku, yang jeans tu lagilah sempit, tak boleh button, kalau button jugak, perut aku macam muffin top. Ko tau muffin top, perut menggelebeh di sekeliling pinggang seluar, sebijik macam muffin..arrrghhhhhhhhhhhhhh sesak nafas oiii. 

Jap lagi nak call Brands Outlet nak tanya boleh tukar ke tak hari ni, kalau tak boleh matilahhhh, mana aku nak campak 4 helai seluar tu..waaaaaaaa burn duit gitu je..sobssss. Dahlah dalam family aku lah yang paling kecik sekali, memang tak dapatlah kalau aku nak wariskan seluar tu kat sesapa, kalau sehelai ampun lah lagi, ni 4 helai..pfffftttt marah dengan diri sendiri. Kalau takleh tukar korang yang kecik molek nak beli dok?? hahaha..sempattttt. Oklah bye nak call Brands Outlet ni, debor2 I rasa, hopefully boleh tukar.


16 comments:

  1. sabo je la dik...sampai 4 beli ko tak fitting>???? boleh tukar rasanya tp bawa resit...cotton on singlet eh tu smart ok nak beli

    ReplyDelete
  2. baju aish sangat rawk! :)
    klakarla erin selipar deepavali tu..tapi cantek je..ipanema kot..hehe..
    ciannye suor tak kena saiz ye..Insha Allah bole tukar kot selagi simpan resit..

    ReplyDelete
  3. Sama la rinnn..aritu g Brands Outlet kat Ikano..try kaler lain size 6 cantik je..pastu pi amek kaler lain...skali kau ketattt..hahaha..menyesal x try yg biru tu...hmpphh..pastu esoknya beriya g Brands Outlet kat IOI mall je..nak beli yg mcm try before tp xde..terpaksa amek kaler lain..

    ReplyDelete
  4. hahahaha ayat muffin tu buat ku skt perut ok..klu ai pkai pkai jadi apa?? dodol top mungkin kahkahhhh

    ReplyDelete
  5. adoi..kan dah rugi..harap2 boleh tukar la ek sua tu...lawak la erin ni tau!eniway, sua Aish memang supercomel.nanti sila ambil foto Aish pakai pulak ye.....pasti cool!!:)

    ReplyDelete
  6. sayang nya duit... =( kalau lin, nak beli barang berkira2 sikit. kedek :P
    klu tersalah cm jadi kat u, menonggeng i...

    ReplyDelete
  7. rasa akak sis boleh je tukar..kalau uniqlo beli spentot tak blh tuko.eh tetiba!!

    ReplyDelete
  8. boleh tukar...rasanya dalam masa seminggu boleh nak wat penukaran...

    ReplyDelete
  9. blh tukar tk silap dalam masa seminggu

    ReplyDelete
  10. Gigih nak kena gi tukar balik, biasanya boleh tukar dalam masa 3 hari.

    ReplyDelete
  11. uiks sakan shopping! i sampai sudah nak belikan ayish seluar warna-warni tapi tak terbeli...hahaha

    eh slimnya u boleh pakai size 4! i 8 kot...kahkahkah

    ReplyDelete
  12. Wahhh..canteknye singlet aish! Kenan mama saif tengoknye..

    ReplyDelete
  13. giler sempoi soping suar xg try dlu.. haha.. harap leh la tukar..

    ReplyDelete
  14. ok bab muffin sangat klako..ekekkeke

    singlet aish omei..

    ReplyDelete