Klik Jommm

Tuesday, September 17, 2013

Mengecat: Room/Playroom for Aish Yusuf

Salam,

Asyik ingat hari ni hari Isnin je, padahal dah Selasa kan. Semalam gerak dari Temerloh pukul 6 petang, jammed macam hape sepanjang jalan, dah macam cuti raya pulak, ya allah sakit pinggang aku ni ha. Sampai Serendah (singgah rumah mertua sekejap) pun dah hampir pukul 9, dinner, tolong kemas dapur, terus calo balik Jelutong, Guthrie pun jammed, sampai rumah almost pukul 11 malam, what a long journey, padahal balik Temerloh je weiii, yang kalau tak jammed 2 jam pun dah boleh sampai. Ok tak baik merungut, alhamdulillah selamat sampai walaupun penat.

Hari ni nak share progress bilik Aish, En. Syg tolong catkan ketiga-tiga dinding dengan pantas dan tuntas, mulanya aku yang suggest nak cat bilik ni, dia pulak macam acuh tak acuh je, kemain berdegil aku pergi beli tangga sorang-sorang kat Mydin, tak tunggu dia pun sebab kalau tunggu alamatnya tertangguh la projek aku ni, bila dah ada tangga, dia pulak excited ajak beli cat, dia yang cat, dan balik kerja malam-malam excited nak buat feature wall, ni projek sape sebenarnya bangg, kenapa tiba-tiba projek ini bertukar tangan..haha baiklah, aku nak jadi mandur je lepas ni, tak sangka aku dapat buruh free, dahlah buruh free, seksi pulak tu..ehhh terpuji suami sendiri, aku kalau tengok suami bungkus sampah pun dah seksi sangat aku rasa, cer ko rajin sikit bungkus sampah bang, hari-hari pun ko seksi dimataku, ko tengokkkkk,  senang gile kan nak ambik hati isteri, bungkus sampah tanpa disuruh terus upgrade jadi lelaki paling seksi di Bukit Jelutong tauuu.

Disebabkan campur tangan suami, feature wall yang asal dah bertukar..poning mak ni, dahlah aku ni memang fail kalau buat decision, sebab hati ni selalu sangat berbolak balik, kejap nak yang itu, kejap yang ini, kejap ye kejap tidak..suami pun pening sekali..hahaha, sabor jela perangai aku ni.

Oklah, cukup-cukuplah merepek, mari tengok hasilnya...



Nampak kan beza warna tu, feature wall tu putih, belum buat apa-apa lagi, masking tape tu kitaorang baru test-test je, belum decide design lagi.









Cat yang aku pakai Sky High Blue, 13BG 72/151

Next week aku update feature wall pulak ye.  Doakan hati aku tetap, jangan asyik nak tukar je. Oklah tu je, bye!


13 comments:

  1. x sbr nak tgk feature wall plak
    chayok2 erin!

    ReplyDelete
  2. lawa la color ni..tak sabo nak tgk feature wall plak...

    ReplyDelete
  3. hahahaha buang sampah pon sexy ek?? lawak la rin ni...lepas ni i nak puji2 suami sexy la supaya lagi rajin dia buat kerja..

    biru ni sgt lawa la rin! sesuai je utk boy or girl pon

    ReplyDelete
  4. fuhhh cepat le update lg.aku yg excited nk tgk.haha

    ReplyDelete
  5. tak sabr nk tgk ni.. btw colour sgt lembut je..

    ReplyDelete
  6. sng je abg tu dpt title seksi kan.. nasib xpost pic dia kt sini.. hoho.. erin2..

    dah xsabo nak ada bby n umh ni woiiii..

    ReplyDelete
  7. Hehe...buang sampah klu laki sndiri mmg sexy sis..haha..cee tgok yg sllu dtg amik smph tu..kehkeh..ok..xbaik!!

    Tak saba btul nak tgok hasil feature wall playroom aish..yeahhh!!

    ReplyDelete
  8. tahun ni taun org mengecat umah...haha...asek la nengok org ngecat sampai aku2 terjebak...:p

    ReplyDelete
  9. cantik la warna tue...sejuk jer mata nie tengok

    ReplyDelete
  10. weh sukanya kaler biru nie..

    biru kewl mata aku nengoknya..cepat2 update bilik aish xsabo nie nak nengok!!

    ReplyDelete
  11. mesti aish xsabar nak tgk hasil mama papa iyeee

    ReplyDelete
  12. Wah rajin mama papa cat ni..mesti cntikkkk..xsabar... :p

    ReplyDelete