Klik Jommm

Tuesday, March 15, 2011

Kerabu Mangga..fuyooooo

Berpuluh-puluh eh rasanya dah beratus-ratus kali aku pergi Johny. Tapi setiap kali pergi pun mesti nak makan steamboat, apa jadah pergi Johny gi makan nasi goreng ye tak. Baik aku pergi kedai biasa je. Aku dengan En. Sayang biasanya pergi Johny mesti order berbelas-belas bahan mentah, siap suruh waiter tu kira, selagi tak cukup 13, memang sah tak cukup. Lepas tu masing-masing kenyang, dah tak boleh makan makanan lain dah. Tapi minggu lepas, kitaorang order siap-siap kerabu mangga sebelum operasi steamboat bermula, kerabu mangga terbaiklah k'orang pernah makan, memang sedap sambil makan sambil mengeluh kesedapan

"Sedapnya sayang, sedapnyaaaaaaaaaaa"

Sedap sehingga mengeleng kepala dan mejilat meja.


Dah separuh jalan, baru ingat nak amik gambar

"Haaa sayang baru saya ingat, rasa dia macam somtam kan"
"Laaa somtam tu kerabu mangga la"

T_T 

(tau tak En. Syg tak tau simbol menangis ni, haritu aku email kat dia, dia tanya ape aku tulis T T tu..haha..kesiannnn)

Sebelum ni aku pernah lah makan somtam, tapi takde la sesedap ni. Serius sos dia sedap, 2-3 hari ni aku asyik teringat-ingat je. Rasa minggu ni nak pergi lagi.


Penuh mulut sumbat kerabu mangga ... :D

Wedding Preps progress: Sekarang asal pukul 6pm je, aku terus kemas meja nak balik, sebab sampai je rumah, lepas masak n makan, terus sibuk menggentel riben untuk doorgift sampai pukul 11pm. Malam semalam, 30 down, 470 to go..pengsan.

4 comments:

  1. Wahh ye ke? Aini pun nak try ahh macam tu. Aini pulak otw folding like 8000 birds. Mati woo! AHhahahah!

    ReplyDelete
  2. "Sedap sehingga mengeleng kepala dan mejilat meja." hahaha. kalu berlaku prilaku pelik selepas mkn memg sah setaap!

    owh! memg tempting la itu kerabu mangga. must try neh.

    ReplyDelete
  3. blogwalking cni..xpe dear..truskn usaha tuk majlis u..chaiyok ok..

    ReplyDelete
  4. ainee: yes mmg kena cuba. 8000 birds...awat byk sangat, nak kasi sape?? ke nak buat hiasan dewan nih? kalau mcm u, i pengsan, bangun, pengsan, bangun, alangkan 500 ni pun hati merungut-rungut

    aieN; sedap, mmg sedap, taleh lawan kerabu mangga memana

    iedayah: thanks, ye berusaha keras neh.

    ReplyDelete