Klik Jommm

Monday, March 28, 2011

Pelamin booked

Lega, kakak pelamin datang rumah malam Sabtu hari tu. Pong pang pong pang, dia balik. Aku ni jenis yang particular sikit, ok lah aku ni cerewet. Kalau ikut aku, aku nak kakak tu buat exactly apa yang aku mahu, kalau boleh aku nak membontot dia pergi beli barang, duduk mengadap masa dia tengah gubah bunga, nak tahu jenis kristal yang dia beli sampai aku ingat nak ambik gambar kristal pink aku dan send email dekat dia untuk pastikan dia beli kristal yang sama untuk pelamin aku. Susun kristal macam aku mahu, warna air kat bunga pun aku nak tau dia buat macamana. Nak tengok bunga dia jenis murah ke mahal, ada habuk ke tidak, aku nak tirai pelamin plain dan berat, supaya ada efek mewah, mewah kauuu, hover tau aku bayor nak murah..lempang ko kang. Ye aku penyibuk, sebab aku takut sangat aku tak puas hati, sebab aku cerewet nak mati. Tapi tak molek lah kan, kalau aku asyiklah menyibuk, kang kakak tu kata "haaa ko nak mewah sangat kan, pelamin ko 8 juta!!" Terus aku pengsan tak bangun-bangun. Jadi segala kecerewetan aku salurkan terhadap pihak sponsor meja makan pengantin iaitu Along aku..Hai Along  -___-"

Kakak aku naik tension bila aku tanya setiap detail bakal meja makan aku,

"Nak scallop kosong, takmo kain bunga"
"Bunga nanti buat macam ni, letak panjang, kaler putih je, jangan letak kaler lain"
"Lilin ni dah kuninglah, beli baru"
"Kain ni awak beli berapa semeter?"
"Cantik ke kalau buat macam tu?"

Semua komen nak kena penampar, dahlah fully sponsor, banyak hal pulak kau. Oh btw, kakak aku memang buat bisnes hiasan meja pengantin.

Pelamin aku nanti simple je, takde panel. Kakak tu pun cakap senang je nak buat. Buat simple tapi bergaya ok akak.





Rizalman..jatuh cinta T_T
hoih bukan aku jatuh cinta kat Rizalman, jatuh cinta kat pelamin ni lah








Comel gileee

4 comments:

  1. Suka semua!!!!:D saya pon kena cari pelamin nikah nie...huhu

    ReplyDelete
  2. waahh!!! pelamin! chantek sangat! <3 kita suka..

    ReplyDelete
  3. cik tie: mmg comey

    Q: i tadek pelamin nikah, nikah atas bantal jerk..haha

    adibah: kalo cantik cenggitu, tak makan la lepas kawen nanti. mahallll

    ReplyDelete