Maafkan saya di atas ketelanjuran kata semalam, maafkan lidah yang tidak bertulang ini. Post aku semalam kan aku janji manis nak tayang kasut nikah but sadly, petang semalam hujan, bila hujan turun, aku balik dari opis waktu malam (maklumlah opis dengan rumah adalah sekangkang kera, tidak perlu drive dan menghabiskan duit minyak dan parking, jalan kaki sajerk), bila balik waktu malam, maknenya sudah gelap, bila gelap kamera henpon cabuk tak dapat mencapture kasut nikah dengan warna yang betul dan cantik. Jadi kasut nikah aku kasi update minggu depan okeh.
So, mahu cerita apa sekarang..aaaaaaaaaa uuuuu. Oklah actually tarikh kahwin sudah ditukar, tapi tak berani lagi nak kasi tahu tarikhnya sebab this Sunday family En. Syg akan datang umah parents aku nak bercakap secara officialnya. Oh cuti tiga hari ni jugak akan tersangat dan terlampau bz, esok sampai jek Temerloh aku nak keluar beli cat, nak cat bilik pengantin, lepas tu nak beli barang hantaran sikit, lepas tu nak buat projek DIY bilik pengantin sikit. Minggu depan dah plan nak pergi buat kad kahwin, nak pergi buat rambut lagi, kasut sanding tak beli lagi, subang pun belum. Doorgift VIP ada yang nak tambah, belum beli jugak lagi. Pendek kata, Mei adalah bulan kesibukan terlampau. Design pelamin pun aku tak buat lagi ni..arghhhhhh, bila kira-kira balik, banyak jugak benda-benda remeh yang nak buat. Dah janji dengan diri sendiri, Mei ni aku nak speed lebih laju dari biasa, tiada lagi hari yang berlalu dengan berpoya-poya semata..ewahhh.
Aku tengok B2B semua buat checklist, aku tak pernah sekali pun buat, tapi dalam buku kahwin, penuh checklist. Disebabkan aku takde cerita hari ni, aku nak tunjuk buku kahwin yang sungguh tidak kelihatan seperti buku kahwin B2B, tiada riben, tiada renda, tiada apa-apa hiasan pun terlibat. Just plain black business notebook..haha. Officemate aku lalu lalang kat meja aku mesti berhenti dan tanya pasal notebook kahwin aku tu, sebab ianya kelihatan sungguh professional, macam buku appointment, langsung tidak kelihatan seperti buku kahwin-kahwin, diaorang mesti nak belek dan cakap "cantik hoooo, mane u dapat" -___-". Dan setiap kali diaorang belek, aku adalah sangat takut kalau diaorang buka buku tu, takut diaorang tau keadaan kewangan semasa perempuan serba kekurangan ini..haha, selalu mentera dalam hati "janganlah ko bukak, janganlah ko bukak"
Nah aku kasi tengok dalam, tu semua resit kahwin, aku selit je, dasar pemalas..haha