Assalamualaikum semua, terima kasih untuk semua doa dan wish. Aku cuma minta doa dari semua, semoga aku dan baby selamat dan sihat sampai bersalin. Aku pun baru-baru lagi ni, still takut-takut jugak, hopefully ini rezeki kami dan semoga Allah sentiasa melindungi.
Last period aku is on 11 Julai - 20 Julai, tu memang period paling lama, selalunya 8 hari, tapi lepas kahwin tiba-tiba jadi 10 hari. On 25 July masa aku pergi tengok Cik Betty di Ampang Puteri, perut aku masuk angin, senak sampai seminggu, nak ku kontutkan tak boleh, nak ku sendawakan pun tak boleh, lepas tu rasa lapar yang teramat macam gastrik, pastu asyiklah cer-ber seminggu tu, dan breast mula sakit macam nak period. Tapi baru habis period, takkanlah period lagi kot, melampau tu namanya. So menjadi pengoogle setia, aku pun mengoogle la, and baru tau sakit breast ni salah satu tanda hamil. So aku pun hint-hint kat En. Syg "tah-tah saya pregnant koootttt" Gile yakin je kan, padahal baru seminggu habis period.
Bila sakit breast and sakit perut tak baik-baik, tambah pulak aku demam masa hari kedua puasa hari tu, aku dah geram nak buat UPT, tapi En. Syg tak bagi, dia suruh tunggu dulu. So terpaksalah isteri ini bersabar walau hati meronta-ronta nak tau sebab musabab sakit breast dan perut yang berpanjangan. Sampailah aku miss period, masa tu En. Syg hari-hari tanya "dah period belum, saya harap sangat awak pregnant", eh pulak..hehe. So hari Jumaat (12 Aug) lepas sahur dan lepas minum air bergelen-gelen, yakin je aku buat UPT, dia kata 5 minit result, aku ni asyik lah berulang alik ke dapur sebab UPT tu takde garis langsung.
satu garis pun tak timbul, aku ingat rosak
Dah pergi kerja, dan google semula, baru tau yang aku tak boleh minum air, nanti air kenc cair macam air, so of course tak boleh detect..tekad aku hari Jumaat tu tahan kenc sampai petang ko, semata nak pastikan balik nanti air kenc ku pekat bewarna kuning diraja masa buat test nanti..haha.. Sampai rumah siap sembahyang Asar, projek pun bermula, mula-mula satu garis, lepas tu dua, wahhhhhhhhhhhhhh senyum leboooorrrrr je, terus duduk sebab macam tak percaya. Syukur alhamdulillah, En. Syg sampai je rumah aku buat soalan bijak pandai dulu
Aku: Sayang, awak rasa saya pregnant ke tak?
En.Syg: Entahlah, tak tau
Aku: Kalau pregnant UPT ni ada berapa garis eh?
En. Syg: Kalau pregnant 2, kalau tak pregnant satu.
Aku: Eh, mana awak tau
En. Syg: Semalam saya tengok kotak dia, kenapa?
Aku: Cuba awak tengok ni ada berapa garis (sambil tunjuk UPT yang aku dah buat)
En. Syg: Eh, kenapa ada 2 garis (buat muka pelik)
Aku: Sebab ada baby lah
Wah dia punya suka, terus tangkap aku nak peluk, pastu sengih-sengih kerang busuk, pastu tanya berkali-kali. "Betul ke sayang awak pregnant, ke awak conteng2 kat UPT tu?"
Sabtu minggu lepas kebetulan kitaorang balik Rawang, so terus pergi klinik di Rawang untuk sahkan. Alhamdulillah confirm dan baru berani nak bagitau family. Ohhh, saya adalah sangat happy..syukur sangat. Aku doakan sesiapa yang TTC (trying to conceive) tu akan dapat jugak rezeki yang satu ni, insyaallah. Aku doakan korang, korang doakan aku eh.