Klik Jommm

Wednesday, February 29, 2012

Aktiviti setiap hujung minggu

Kalau tak balik kampung, apa lagi, ke pasarlah kami 2 beranak. Eh, macam syok pulak sebut 2 beranak kan, lepas dah ada baby boleh sebut 3 beranak..ahaha..comelnya bunyi tu. Macam bunyi binatang-binatang, ahahaha perempuan gila banyak kerja, camnilah bila stress, merepek tak tentu hala.



Ok mulakan, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, terus ke pasar. Tak payah mandi, sebab balik dari pasar nanti tetap bau ikan jugak, so tak perlu membazir air. Sampai pasar Seksyen 6, makan nasi lemak dulu..fuiyooo..tengok telur kuning cair meleleh, terus terliur.



Suami berbaju belang tengah mengshopping lala dan udang kecik, isteri kena tunggu jauh-jauh sebab suami risau isteri jatuh sebab lantai pasar licin.



Balik dari pasar, kerja tetap En. Syg adalah menguruskan bahan mentah, dia kena siang semua ikan, daging, ayam dan packing siap-siap dalam fridge, so by the time aku balik kerja dan nak masak, tinggal thaw kan je, tak payah sibuk nak potong sana potong sini, lambat. Balik dari pasar, kerja tetap aku baring depan tv baca sokabar sambil tengok tv.





Tupperware Fruta hijau by Ikea, berbaloi-baloi, RM15 dapat banyak gila tupperware, tapi nipislah, sesuai letak dalam fridge, agak dah pecah nanti, beli lagi, murah je pun, satu fridge ni aku pakai tupperware yang sama, baru cantik, seragam je. 



Lepas habis baca paper, kerja aku laundry. Bukan yang basuh mesin je, yang berus tangan pun ada, kalau dulu bolehlah jugak nak bertenggek-tenggek, sekarang aku bersila terus atas lantai bathroom. Mana baju yang aku sayang tu memang basuh tangan, baju kerja En. Syg semua basuh tangan.  Kalau agak tak larat, aku panggil dia suruh bilas.



Hari cuti, aku memang cuti memasak jugak, itu semua kerja suami..ahaha, ni salah satu lauk En. Syg masak for lunch, resepi family dia, daging masak apa aku pun tak ingat, so sambil masak sambil ajar aku,  ni bukan daging masak kicap tau, dia ada letak rempah sup sekali. Sambil dia masak, aku buat stock bahan masakan untuk seminggu.



Cili kering, bawang besar dengan bawang putih, blend siap-siap letak dalam fridge. Nak masak tinggal thawkan bahan mentah, siang sayur, terus masak, tak payah sibuk nak mengopek sana, memotong sini



Siap makan, aku buat kerja rumahtangga, menyapu, mengemop, mengemas, mengelap, melipat, mengiron. Kalau iron baju, aku iron untuk seminggu terus, tak larat nak iron hari-hari, balik kerja dah penat memasak, tak kuasa nak iron baju lagi, dah lah iron baju adalah kerja yang paling aku benci. Kalau iron baju En. Syg memang tak tolong, kalau lipat baju dia tolong, tapi kalau dia melipat, ada lebar, ada nipis, ada lipat ke kanan, ada lipat ke kiri, kalau bedsheet tu, sebab besar sangat, di gulung-gulungkan je, udah rupa apa almari aku.



Sambil aku iron baju dengan muka yang membencikan, aku longgok ikan bilis depan dia. Kopek ikan bilis pun kerja En. Syg jugak, kadang kalau mengantuk pun, dia nak jugak buat sampai habis, bagus-bagus aku suka, kalau tolong iron baju sekali lagi aku suka.

Dah petang-petang sikit, dia buat jemput-jemput pulak, aku tak boleh tolong, kerja aku banyakkkkkkkkk


 
Aku suka yang garing-garing sikit.

Lepas minum petang, dia tidur, tengok dia ada masa nak berehat, aku mana sempat nak tidur, panjang lagi list kerja rumah aku (sambil mop lantai dengan gigih).



Kalau weekend tak balik kampung, menu dinner kitaorang adalah lamb chop, En. Syg yang masak, dia kan suka makan kambing, kalau hari-hari makan kambing pun takpe. Tapi tak selalu sangatlah, boring pulak aku, kalau asyik kambingggggggg je manjang. Pastu kan, pastu kan, pastu kan..hari tu dapat makan maggi, ya allah sedapnyaaaaaaaaaaaaaa, dah lama gila aku tak makan maggi, aku suruh En. Syg masak maggi, aku ingatkan dia takmo, laju dia pergi masak lepas tu  dia bagi aku makan..wahhhh rasa sungguh syurga dunia, ok, ok janji ni first and last.



Alahai, siap letak fishball, tq sayang..alah..alah..sedapnya

Ok, kerja yang ke 8juta 845ribu 532 sedang menunggu..bye

Tuesday, February 28, 2012

Shopping barang baby 4

Hari ni memang super bz, sebab semalam aku cuti untuk buat check up. So kerja office adalah beratur lebih panjang dari keretapi. Minggu lepas punya pun dah sedia panjang, tambah pulak lagi yang minggu ni punya, email berlambak-lambak minta dibaca dan direply. Jadi hari ni aku boleh merepek pendek-pendek je, buat hilang rindu korang..aicehh.



Hari tu pergi Giant, sempat beli 4 barang saje. Storage box untuk simpan baju baby, penyangkut baju and diapers. Aku beli brand PetPet 64 pieces, tak berani nak beli banyak-banyak, nak try and error dulu, kotlah anak aku tak sesuai dengan PetPet. Agak-agak tak sesuai, suruh bapa bayi lari pergi kedai beli Huggies, tak sesuai jugak, lari lagi pergi beli Drypers, agak tak sesuai jugak lari lagi pergi beli Mamypoko, kalau dah habis semua brand tak sesuai jugak, aku pakaikan lampin kain je, pastu mak ko ni lari sebab tanak basuh lampin anak..haha tak boleh harap punya mak.

Ok, kerja yang ke 8 juta hari ni sedang menunggu untuk disettlekan. Babai.

Thursday, February 23, 2012

Baby Fair at Aeon Jusco outlet

Sape suka shopping? Sape yang tak beli baju baby lagi? Cepat pergi Aeon Jusco, ada baby fair, aku tengok kat FB Aeon Jusco, dia kata semua outlet in Malaysia buat baby fair ni, urggghhh, aku baru je beli barang baby kat Jusco hari tu, cess betul, takpelah takde rezeki. Dah pergi nanti, korang bagitau aku best ke tidak eh. Minggu ni jangan lupa pergi KLCC's baby fair eh, lepas tu 9-11 March kat Midvalley pulak. Kalau rajin aku pergi, tapi mungkin ambik cuti dan pergi hari Jumaat, kose nak meredah orang reramai hari minggu nanti.


Hari ni panas gila, resah gelisah aku duduk dalam office ni, jap g meeting room, on aircond kuat2, jap masuk office balik, rimas rasa nak tanggal semua baju. Rimas, rimas, rimas..bye nak g meeting room semula, sejukkan badan.

Wednesday, February 22, 2012

Multi Tasking

Dulu masa zaman anak dara, mana nak reti multitasking ni. Cara-cara multitasking pun makan sambil tengok tv, atau lipat baju sambil tengok tv, sudahnya program tv habis, baju tak habis-habis lagi dilipat. Sekarang, kalau hari cuti je mencicit rendam baju, sapu ruang tamu, buat breakfast sambil pilih baju nak masuk mesin, basuh bilik air sambil mandi, mop lantai sambil tengok tv, lipat baju sambil baring..eh..

Kalau bab masak lagi hampeh, kalau nak letak 2-2 kuali atas dapur, alamatnya satu menu mesti hangit. Tapi sekarang tidak lagi..macam iklan ko..haha. Sekarang lepas penat meredah jam, sampai je rumah, tempat pertama dituju adalah fridge, keluar kan barang-barang beku, rendam, capai sayur, siang depan tv, lelaju sedia bahan, azan maghrib je, terus pergi sembahyang, lepas sembahyang, sambung masak sampai suami balik, hidang, makan, kemas meja, supervise dapur. Supervise dapur pun masuk sekali, sebab lepas makan, En. Syg akan basuh semua pinggan, tapi lelaki, basuh pinggan lepas tu tinggal, sinki tak berlap, kabinet tak lap, lantai tak sapu, tingkap tak tutup.



Sup sayur dan ayam masak halia



Lala goreng berlada dan kacang buncis



Kangkung goreng dan ikan goreng



Bihun sup


Multitasking sangat kan, menyampah tak korang rasa..haha. Alah sebab masak senang bolehlah nak masak sekali jalan, cer masak kari ke gulai ke, tak ke mengagau-gagau. Ini menu dinner hari kerja, buat yang ringkas dan cepat je, sebab by the time En. Syg sampai kena make sure semua dah siap. Aku kahwin dengan lelaki gastrik kronik, so kena jaga perut dia, tapi dah jaga pun tetap sakit. 

Suami aku tu tetiap bulan appointment dengan pakar, dah bertahun-tahun, dari KPJ ke DEMC, CT scan lah, apa yang masuk kamera dalam mulut tu, tu pun banyak kali dah buat, ubat berkati-kati, tak jugak baik walaupun baru ni pakar cakap luka kat usus dia dah kurang. Aku tengok dia sakit sama je, ke dia buat-buat sakit..hehe. Aku rasa kena buat perubatan Islam pulak kot. Dia bukan stok yang lambat makan sakit, lepas makan ok. Taaakkkk, dia sakit sepanjang masa, tak pernah berhenti, ko makan ke, ko tak makan ke, tetap sakit. Dia muntah melewah-lewah, ko daya nak tengok laki hari-hari macam tu? Masa baru-baru kahwin dulu, hari-hari muntah, melebihkan aku pulak yang mengandung. Sekarang dah kurang sikit. Gambar kahwin kat Temerloh pun takde buat outdoor, sebab dia gastrik, sampai je depan rumah, muntah dalam longkang. Sampaikan dia pernah cakap "saya rasa nanti saya mati sebab sakit perut". Kadang-kadang aku ketawa dengar statement dia, kelakar ok "mana ada orang mati sebab gastrik, takkanlah sayang", kadang-kadang aku cakap camtu sebab nak comfortkan dia je, sian sayang mucuk aku tu. Sebab tu walaupun sekarang kaki aku bengkak macam mana pun, tak larat macam mana pun, aku bangun jugak pukul 6 pagi setiap hari nak buatkan dia breakfast, walaupun dia selalu tak bagi aku bangun, tak sampai hati nak biar dia berlapar sampai office baru dapat makan. Tak ke mithali aku ni..haha, nak jugakkk.


Tuesday, February 21, 2012

Barang Mummy and Baby

Dalam banyak-banyak persiapan pantang, kain batiklah yang aku nak siapkan dulu. Sebab? sebab aku nak cilok kain batik Ma aku..hehe. Di sebabkan takkan balik Pahang lepas ni sampai habis pantang, so balik baru-baru ni, terus aku pau Ma kain batik 5 helai. Mak-mak setakat 5 helai apalah sangat, Ma aku punya stok kain batik tak berjahit penuh satu kotak paras pinggang dia. Masa aku mintak kain batik, tertonggeng-tonggeng Ma memilih kain batik dalam kotak, mana yang dia sayang tu, dia tak bagilah. Aku tak kisah pun, asal kain batik sudah, tu pun buat syarat nak pakai dalam pantang je, agak-agak dah slim nanti, sarung seluar je senang. Kain batik ni leceh, melondeh-londeh, rimas aku.






Aku mintak 5, tapi Ma cuma sempat jahit 4 je, lagi 1 nanti dia bagi masa datang rumah aku bulan depan. Aku ada 2 helai je kain batik, tu pun Ma kasi masa aku belajar dulu, sampai sekarang elok lagi sebab jarang pakai. 7 helai cukuplah kot buat rotate.



Stokin Giant RM0.99 je satu, aku suka sebab nipis dan pendek. Aku sejak azali tak suka pakai stokin. Masa sekolah dulu, dalam kelas confirm aku tanggal kasut dan stokin sebab rimas. Tidur pakai stokin, tak mungkin berlaku, orang cakap kalau tak nak cramp masa pregnant, tidurlah pakai stokin. Biarlah cramp, takmo aku pakai stokin.




Ni semua Along aku bagi, barang anak dia dulu. Aku memang tak beli lampin, sebab nak buat apa? Bukan anak aku nak pakai lampin pun, tapi dah Along nak kasi, ambik jelah, boleh buat bedung kan sebab kain dia nipis, kain bedung Bumble Bee yang aku beli tu agak tebal sikit, kesian baby panas nanti. Along bagi banyak tapi aku ambik 6 helai je. Barut pun banyak dia nak bagi, tapi aku ambik 9 helai je, nanti nak beli lagi 5 helai size S. Mitten and booties pun banyak dia nak bagi, tapi aku ambik sepasang je. Kaler lain semua aku dah ada. 

Barang baby yang nak dibeli tinggal barut, minyak telon, spray air dengan bath tub je lagi. Yang lain-lain tu macam stroller, car seat, baby cot and breastpump, kita tunggu sponsor terbesar bulan 4 nanti..tabung ayam besar sangat, tak penuh-penuh lagi..pheww. Lain-lain tu aku tak kisah, lepas pantang pun boleh beli, breastpump tu aku nak dulu, insyaallah sebelum bersalin akan ku beli, sekarang tengah survey lagi, nampak Medela, nak Medela, baca review Spectra, nak Spectra pulak, bila dah beli botol susu Tommee Tippe, tetiba nak seragamkan semua pun Tommee Tippee, confuse-confuse, hari-hari pun tengok breastpump online, google reviewlah. Satu lagi tengah survey set bersalin, punnnnn confuse jugak, banyak sangat, tapi yang penting takmo makan jamu, sebab tak elok untuk baby kalau nak bf. Hopefully berjayalah azam bf aku ni.

Monday, February 20, 2012

Aktiviti Ahad

Seperti biasa, aktiviti hujung minggu, kalau tak balik kampung, kemana lagi? ke pasarlah kita. Barang dapur habis langsung, sebab minggu lepas tak pergi pasar. Minggu lepas kitaorang balik kampung, balik dari kampung pun hari Isnin malam, hari kerja memang tak kose la aku nak ke pasar, penat meredah jam lagi. So last week makan cara-cara kais pagi, makan pagi, kais malam, makan malam, korek-korek apa yang ada dalam fridge jelah. Nasib baik 2 minggu lepas pergi pasar beli barang agak banyak jugalah, adalah jugak benda yang nak ku korek-korekkan, kalau tak, korek ais dalam peti je lah.

Otw nak ke Pasar Seksyen 6, kitaorang akan lalu roundabout stadium tu, tiba-tiba terus ajak En. Syg beli barang kat pasar stadium, dah lama tak pergi. Last sekali masa zaman kebujangan dulu kot. Zaman bujang pergi pasar beli makanan siap je, mana ada nak tengok barang basah ni, dulu duduk rumah sewa, agak takde lauk, makan roti je pun jadi. 



Suami mithali bersama troli



Isteri mithali pergi membeli..hak tuih..ehem, kelihatan kurus dari belakang



Kelihatan lebar dari tepi..haha, En. Syg selalu tanya kalau aku pakai baju ni, "awak tak rasa pelik ke pakai semua kelabu". Eh aku suka baju kelabu ok, fav color. Kalau dapat pakai uniform kelabu ni, terasa jelita..haha



Ikan-ikan, ikan patin pun ada, tapi aku tak beli, nama je suka makan ikan patin, tapi tak reti masak, makan aku reti.



Breakfast lepas membeli-belah, teh tarik dan bihun sup. Tak sedar diri HB rendah, nak jugak minum kafein, tapi aku cuma minum bila teringin je. Kalau asyik nak minum je, kang En. Syg dia punya jeling sampai nak juling pastu hep hep kan aku.



Bihun sup aku dah sampai, tengah tunggu En. Syg pergi cari Nasi Kerabu, aku yg suggest dia makan nasi kerabu, sebab aku nak kecek sikit.

Lepas breakfast ingat nak jalan-jalan, tapi hujan, so terus balik. Sekarang, setiap kali minum kafein, konfirm aku pening-pening lalat, tak tau kenapa, ke aku yang psycho diri sendiri?



Friday, February 17, 2012

Shopping barang baby 3

Daya ke nak baca lagi..hehe, dah katanya goal bulan ni nak beli semua barang baby, so memang takde kerja lainlah. Setakat ni baru 70%, ada lagi 30%, barang aku pun tak habis lagi beli. Barang baby tinggal sikit je lagi, barang aku yang tak beli-beli. This time shopping kat Jusco Bukit Tinggi pulak.



Motif gambar perut?



Memilih baju sambil membebel-bebel, jumpa baju, tak jumpa seluar, naik lenguh mencangkung, dahlah jentera berat, nak bangun balik memang seksa.



Hasil di Jusco, bila tengok balik, eh sikit jugak. Aku beli travelling mattress, 4 helai towel, toiletries travelling set nak bawak ke hospital (tapi rasanya nurse tak mandikan baby pakai toiletries kita kan? Baju lengan pendek and seluar pendek 2 pasang, lepas tu tambah mitten and booties lagi 2. Pastu En. Syg ambik krim montot, aku ambik nasal aspirator. En. Syg cakap kalau anak selsema dia boleh sedut manually je, ok kita tengok, mau ke tak mau dia menyedut hidung anak dia nanti. Tabung ayam En. Syg susut lagi RM200++..kachingg, itu kira sekali dengan barang akulah. Nanti aku update shopping barang baby 4 pulak eh..muntah korang baca. Dah habis semua shopping nanti, aku listkan berapa budget untuk barang baby, aku budget sederhana je, semua aku beli yang basic-basic je dulu. Eh, dah pukul 6 nak balik, esok cuti yeay!

Thursday, February 16, 2012

First time

Lately badan cepat penat, kalau baring, rasa taknak bangun, kalau salah duduk, sakit pinggang, kaki kejap bengkak kejap surut. Nak layan suami pun malas kekadang, nak pulak dapat suami yang tak boleh aku hilang kejap. Dah bagitau nak masuk toilet, tak sampai 5 minit dengar dia terjerit-jerit "Rin, rin awak kat mana?". Kalau tak menyahut, sungguh dia bangun pergi cari, semata nak tanya buat apa. Macam semalam aku dah cakap nak tengok tv, dia nak tidur dulu, sekali terjaga dah terjerit cari aku "Syg buat ape? tak mengantuk ke?". Aiyoohh nak berkepit je, mentanglah sekarang ai seksi..eh..haha (dulu kan kurus keding)

Ok mukadimah melalut, En. Syg tak pernah temankan aku buat checkup kat KK, bukan aku tanak ajak, aku rasa membuang masa je, bukan dia boleh masuk sekali bilik doktor pun. Setiap kali checkup, sehari sebelum baru aku bagitau "esok saya checkup" dia mesti marah sebab dia nak amik cuti nak temankan., aku pulak bagitau sehari sebelum, tak sempatlah nak amik cuti. Tapi last week dia ambik cuti sebab nak temankan jugak, ok baiklah, mehlah temankan.



Bangun pagi, sikat rambut leper, temankan isteri, lepas tu isteri ada tegur pasal something, terus kecik hati, diam main game, asyik kecik hati je skarang mentanglah ai seksi..eh



Lepas tu bila tau aku amik gambar untuk blog, terus nak tolong capture skali, dah hilang kecik hati. Kecik hati di postpone hari lain.



Nurse kat KK Serendah semua baik dan lemah lembut, suka.

Dah tu je entry hari ni, wassalam ;)


Wednesday, February 15, 2012

Ikan Bakar

Sebelum pergi beli barang baby, singgah makan dulu kat Fend Ikan Bakar, SS6, Kelana Jaya. En. Syg bawak sebab dia dah pernah pergi dengan member dia hari tu dan dia cakap sedap. Ok takpe kita ikutkan saje, tak sedap kalu, kita kasi kutuk dia, boleh buat cenggitu ngan suami, derhaka sungguh.  

Kalau ikan bakar ni, aku suka ikan pari. Tapi orang mengandung takleh makan eh? ke aku yang buat assumption sendiri, bukan dia tajam ke? ke boleh makan? ke tak boleh? ok tak tau, sebab tak berani, suruh En. Syg yang ambik ikan pari, aku ambik ikan talapia. Tapi sudahnya aku jugak yang habiskan ikan pari En. Syg, pusing balik sama je. Ngade sangat kan.



Source: Google

Aku pergi lunchtime, tak ramai sangat orang. Tapi dia memang jual ikan bakar je semata, takde sayur, ada ulam-ulaman je. Nasi of courselah ada kan. Satu set depends on ikan apa yang korang ambik. Sedapppppp, air asam dia pun terbaik, pedas meleleh-leleh air hidung.



Saya punya, set ikan bakar ada kuah kari dan air asam.



Suami punya, dah hujung-hujung jadi aku punya jugak, air kaler oren tu nama dia Chekong, ada chekong mangga and kelapa laut. Dia macam jeli-jeli sket, ada nenas dengan laici sekali. Rasa oklah not bad.


 
Si montel hidung kembang say hi ;p

Tak jadi kutuk suami, nanti nak pergi lagi.


Tuesday, February 14, 2012

Shopping barang baby

Ok, ni part 2. Part 1 dah ku habiskan RM400++ Parkson Voucher, part 2 ni kena korek tabung ayam sendiri (lari senyap-senyap masuk bilik, korek tabung ayam En. Syg..haha). Takdelah memain je, dik kemain mahal baju ko dik, baju kecik je, tapi sehelai dekat RM20.00, tu belum kira seluar lagi. Hari tu pakai voucher, main tengok sipi-sipi je harga, "Apa? RM30 sehelai, ok ambik, yang tu? RM40 ok amik jugak" wah mentang pakai voucher, skang tengok harga.."Apa, RM19.90 dapat baju je?" baju kecik ko lagi mahal dari baju kecik mummy tau..eh..hahaha. Ok gurau-gurau, tidaklah aku berkira nak beli baju anak sendiri, lagipun tahan lama, sok anak yang next pun boleh pakai lagi. Itu cerita part 3, skang nak cerita part 2 dulu.

Aku suka survey online baby store sebenarnya, tengok-tengok harga, banding-banding harga, ada online store yang murah ada yang sedikit mahal, pandai-pandai sendirilah survey kan. Dah survey 2-3, aku decide nak pergi MyBBStore dekat Kelana Jaya, sebab dekat dengan rumah, aku nak pergi OneBabyWorld, tapi humangaih kemain jauh, so takpe pergi MyBBStore jelah sebab harga diaorang pun lebih kurang sama. 




Tapi ye anak-anak, menjadi pasangan yang buta jalan ni susah, aku buta, En. Syg pun buta. Dah print map siap-siap, satu KJ tu dah pusing, sampai aku naik fed-up and ajak En. Syg balik, 2-3 kali call MyBBStore tanya camne nak pergi sana, kemainlah susah, susah sebab rupanya ada construction kat simpang masuk Zenith Corporate Park tu, camnelah nak nampak dengan bulldozer berselirat kat depan tu, zink buat tutup site lagi, nasib baik sampai jugak akhirnya. Kecik je kedainya, adalah 2-3 barang yang aku nak takde, nasib baik 2-3 barang je, kalau semua pun takde memang menyirap aku. Berpeluh ketiak mencari kedai..ceh statement cam ngayuh basikal je kan. 



Hasil belian di MyBBStore

Bila tengok balik, laaa sikit je. Papa Diaper bag tu aku beli yang besar, senang, sampai anak besar pun boleh pakai lagi buat beg balik kampung. Sapu tangan pulak aku beli Bumble Bee ada 8 helai terus, kain dia lembut je. Receiving blanket Bumble Bee tu memang dah lama teringin, kebetulan masa tu stok baru sampai, aku ambik je walaupun harga dia RM49.90, sebab hari tu ada nampak kat mana ntah, harganya murah sikit, malas nak fikir. Ketik kuku First Year RM9.90 je dapat 2, aku panggil ketik kuku, korang panggil apa ye? Pemotong kuku eh?



Ni brand botol susu idaman sejak zaman anak dara, gila berangan tak ingat..haha. Masa tu temankan adik aku beli botol susu untuk anak dia, first time tengok Tomee Tippee terus jatuh hati. Satu lagi aku suka Momma, nak pulak bila botol tu pakai baju sejuk zip-zip tu, ya allah comel rasa nak baling ke dinding. Tunggu anak dah besar sikit nak beli Momma pulak. Tu pun kalau dia mau. Aku beli 5oz twin pack dengan 9oz twin pack warna biru, sebab geram tak tahan tengok kaler-kaler. Ok, perbelanjaan di MyBBStore: RM261.50, kachinggg, (lari senyap-senyap masuk bilik lagi cari tabung ayam En. Syg lagi satu..heee). Bye sayangggsssss.


Friday, February 10, 2012

Rumah Baru

Rumah ni start buat dari sebelum aku kahwin lagi tau, masa tu Pa berniat nak buat kenduri aku kat sini, tapi bila tarikh kahwin makin dekat, tetaplah tapak je yang ada, seketul batu pun tak letak lagi, masa tu baru siap ratakan tanah je. Pa suruh aku tangguh kahwin dan tunggu rumah siap, tapi aku tak nak. Nasib baik aku taknak, kalau tak, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi aku ni, masih lagi bertunang-tunangan ngan En. Syg, baby pun tak wujud lagi..hehe, gila lama nak settle rumah ni. Rumah yang kitaorang duduk sekarang kat taman, rumah ni Pa buat kat kampung dia, dalam 10 minit dari rumah sekarang. Lepas rumah ni siap, rumah kat taman tu akan buat homestay, kalau jadi nanti, aku kasi iklan eh, boleh lah sesapa yang nak kahwin dengan orang Temerloh sewa.



Design sendiri, beli barang pun sendiri, tapi bukan buat sendiri, upah Indon buatkan



Living hall




Ni bukan Indon, ni suamiku, En. Syg kena dera mengecat rumah dengan abang ipar aku. Itu aktiviti lelaki, aktiviti perempuan pulak, memasak, lepas tu packing-packing bawak ke rumah ni, berkelah.



Lunchtime, berkelah dalam bilik kedua



Dah katanya balik Temerloh, tak lengkap kalau tak masak Tempoyak Ikan Patin, aku makan berketul-ketul, takut tak sempat dah nak makan nanti, tak taulah bila lagi nak balik Temerloh, sebab aku kan dah sarat lepas tu nak berpantang kat Rawang nanti. Hujung-hujung pantang kot baru balik Temerloh. Lama jugaklah kena "puasa" makan ikan patin. Hopefully rumah sempat siap sebelum aku bersalin, dah lama sangat kot projeknya, mengalahkan buat rumah banglo, dari belum kahwin, dah kahwin, dari tak mengandung, dah nak bersalin dah ni. Oklah tu je, bai

Thursday, February 9, 2012

Kenduri Doa Selamat

Syukur alhamdulillah, settle jugak akhirnya. Mulanya kitaorang nak buat kenduri ni masa cuti CNY hari tu, tapi tak jadi, so postpone masa cuti 4 hari baru ni. Aku buat di Temerloh, buat tahlil dan doa selamat di masjid je. Tu pun berebut slot dengan orang lain. Aku buat hari Sabtu lepas Asar.  Sabtu malam dah ada orang nak buat kenduri doa selamat Ahad tak boleh sebab masjid nak buat persiapan Maulidur Rasul, Isnin sambutan Maulidur Rasul di masjid, Isnin sah-sahlah aku dah nak balik Shah Alam, so Sabtu pagi gerak dari Shah Alam sampai je rumah, Ma dengan adik-adik aku sibuk masak kat dapur. Menu adalah laksa, pulut kuning dan 3 jenis kuih. Tu Ma yang decide, i folloowww



Pemotong limau, aku sakit pinggang duk potong timun sorang-sorang, so aku meh meh kan dia. Meh sayang meh, meh tolong meh. Lepas habis potong limau, dia pulak sakit pinggang, eh bukan sakit pinggang je, sakit perut, mengantuk, semualah, terus berhenti lepas tu sambung tengok tv, cis betul, alasan semata.

Rumah aku bersepah-sepah kan, ni bukan rumah ni bilik stor..haha, rumah baru tengah buat lagi, tah bila nak siapnya tah.



Pulut in progress, laksa dah siap masa ni




Nak dapat satu tupperware, hilang pinggang rasanya



Jemputan



Masa ni aku tengah sibuk isi laksa dan bahan-bahan dalam mangkuk, lupa terus nak ambik gambar sendiri, tapi kenduri adalah sukses, dapatlah air doa selamat 2 botol.

Kenduri settle, goal bulan ni nak settlekan semua barang baby, takmo tangguh lagi dah.