Klik Jommm

Friday, March 29, 2013

Jalan Petang

Lately kitaorang jarang balik Serendah, so banyak jugaklah masa terluang kat rumah. Being isteri yang bekerja, weekend apa lagilah kerja aku kalau tak membasuh, mengelap, mengemop, menyapu, memberus, merendam dan sewaktu dengannya, so hari cuti aku memang bz mengadap rumah yang berhabuk tu dan kadang-kadang bila dah penat sangat buat kerja rumah, nak keluar beli barang dapur pun aku dah malas, rasa nak baring je. Tapi since dah ada anak, kesian pulak aku dengan Aish tu, asyiklah duduk rumah je, kalau tak duduk rumah, ikut kitaorang pergi beli barang dapur, bosan benor hidupmu Aish, sebab tu Mommy nak bawak awak jalan kat padang, kasi jumpa orang sikit, asyik pergi mall je, nanti padang pun tak kenal.



Minum petang dulu kat mamak, kitaorang makan roti canai, Aish makan biskut je ye nak



Tetiba dah sampai, korang tau kat manakan? dataran eh, aku pun tak ingat nama tempat ni, kemain ramai orang, siap berpiknik bagai. Aish dah besar and pandai berlari nanti boleh bawak lagi, main bola dengan daddy kat sini. Nampak tak dinding belang-belang kat belakang tu, kat situlah aku PreWed dulu, masa Aish jauh di langit ketujuh..hehe.



Amboiii..haha. Aish tak peduli pun, dia sibuk main kunci, kemain panas masa ni.


Daddy ambik dan terus letak atas rumput, suami aku cakap biar dia rasa rumput, aku pulak risau dia gatal. Kang kalau gatal, siapalah tukang entertain nanti, omak kau ni hah jugak



Tak pakai kasut, tu lagi aku risau, takut cacing, eh aku ni kan over risau, macam tak tau pulak






Aish happy tau, melompat-lompat, lepas ni boleh bawak lagi, cuma maybe kena bawak lewat sikit, sebab masa ni panas, silau mata. Nanti nak bawak Aish jogging pulak, tapi tiap kali weekend asyiklah bangun lewat, padahal setiap malam Jumaat sebelum tidur asyik niat nak bangun awal, bawak Aish pergi jogging, asal pagi je terus mood merundum, tidur lagi sedap, habis camne. Bye and happy weekend, minggu ni tak balik Serendah sebab nak buat projek juta-juta untuk Aish.

Thursday, March 28, 2013

Puding Oat untuk Baby

Hello, first time ni buat puding untuk Aish, kesian benor, anak dah dekat setahun baru nak bagi dia makan puding, ni pun aku stumble upon one blog yang rajin sangat masak untuk anak dia, terkagum kejap. So aku ingat-ingat dalam kepala je resepi dia, senang je, sesuai la untuk aku yang anak takmo berpisah ni, aku bagi dia main botol, aku buat cepat-cepat. Aku tau korang dah expert buat puding untuk anak tapi aku tetap nak share, manalah tau ada orang yang baru nak belajar tetiba terbaca blog aku, kan ke pahala tu kongsi ilmu..ececeh

Ok resepinya ya puan-puan

Sebiji telur
1/4 cawan oat
1/2 cawan susu (EBM or formula)
Buah ikut apa yang ada dalam peti (aku pakai prune)
Campur dan kukus sampai masak (aku kukus dekat 40 minit tau, sebab aku risau tak masak bebetul, ko nak masuk oven pun boleh, lagi cepat)



Sebelum



Selepas

Senang je kan, sambil pejam mata pun boleh siap, dah siap aku keluarkan dan sejukkan, suap la dekat Aish, dia makan 4-5 sudu ok je, masuk 6 sudu, dia buat muka nak muntah (wek..wekk) lepas tu dia terus muntah keluar balik semua yang dia makan tadi..hmpphhh tak suka la tu. Aish ni aku buat pasta pun dia muntah, aku syak dia geli makan benda yang lemak-lemak creamy ni, nanti aku cuba bagi la, kotla dia mau pulak kan

Penat mak ko berkejaran ke dapur memasak..sobsss, takpelah lepas ni aku test resepi lain pulak. Bye


Tuesday, March 26, 2013

Aish @ 10 months


*Makin galak merangkak and memanjat

*Dah tak mau makan bubur, nak makan nasi pulak

*Makin kerap tepuk tangan, kalau dulu susah gila nak tengok dia tepuk

*Dah pandai tengok tv, kadang-kadang kalau happy sangat tengok kartun, tetiba je tepuk tangan

*Kita cakap bye bye je, cepat-cepat dia lambai, kemain gemalai tangan tu melambai

*Mulut makin bising

*Baby ni genius kan, kalau dia pegang remote je, dan-dan dia halakan kat tv and tukar channel..grrrrr, tau je dia kegunaan remote tu, ni mesti sebab dia peratiiii je cara aku tukar channel, tapi dia main tekan je button tu, alih-alih tengah syok tengok tv lain, dia alih ke tv lain, heiii budak kecik ni, picit kang.

*Dah pandai menangis kalau daddy pergi kerja

*Gigi dah 4 batang

*Kalau kita bacakan dia buku, habis je baca, dia akan menangis, sebab nak suruh bacakan lagi, especially kalau buku favourite dia. Buku favourite baby mestilah buku gambar binatang, berbuih mulut mak hang nak buat bunyi binatang, sepanjang hidup baru aku tau bunyi Panda adalah na na na na. Tak pernah ku dengar panda berbunyi..hahaha aku ingat panda tu diam je takde bunyi, rupanya berbunyi jugak ye..kahkahkah

*Aish jenis tak takut orang dan ramah sangat dengan senyum, dari kecik dia begitu

*Kalau dia tengah makan, sibuk nak suapkan orang jugak apa yang dia makan

*Hujung-hujung 10 bulan dia dah mula kurang selera makan, sebab dia nak mak dia masak yang lebih sedap dari sedap, camne tu

*Susu pun dah kurang, nasib baik berat tetap naik walaupun tak banyak. Tapi malam susu tetap macam biasa, 4 botol x 5oz.

*Setiap kali berdiri, mesti nak jengketkan kaki, daddy cakap macam pakai high heels, bila la nak berjalan dik kalau asyik pakai high heels je, kena letak tapak kaki tu, baru boleh menapak.









Pantang jumpa stereng

 


Monday, March 25, 2013

Aish warded

Life has been so hectic lately, jangankan nak update blog, nak update diri sendiri pun tak nyempat (insert icon rambut kembang dan bermata panda) Aish tak sihat, kalau anak tak sihat, aku pun tak lena tidur, kesian dan risau. Aku asyik cuti je dari 2 minggu lepas, gilir-gilir dengan En. Syg menjaga anak. Kalau Aish tak sihat aku tak berani nak hantar dia ke rumah babysitter, orang jaga dengan kita jaga sendiri tak sama. Aish dah sihat baru aku yakin nak hantar. Aku memang akan ambik cuti or alternatif lain aku akan hantar dia rumah mertua kat Rawang and kitaorang akan berulang alik ke Rawang everyday.



Budak demam membaca


Neb pukul 4 pagi, sebab kahak dia banyak, masa ni redha je, tak mengamuk pun

Aish demam on off dekat seminggu, lepas makan ubat, baik kejap, lepas 2-3 jam panas balik, batuk, berkahak, selesema. Kesian sangat aku tengok dia, tak sampai hati nak pergi kerja, bila tak sihat manja dia lain macam, pantang bangun, dia menangis melalak-lalak, air mata air hingus semua keluar, senget pinggang aku duk mendukung dia sambil buat kerja. Makan pun tak mau. Kitaorang kalau anak demam memang gilir-gilir bangun ambik temperature dia, naik je tinggi sikit, be it pukul 3-4 pagi sekalipun memang terus shot emergency, aku selalu pergi DEMC sebab pagi buta camtu takde orang, 2-3 orang je kalau ada pun, so servis pun cepatlah. Aish start demam petang Rabu (13/03/13) lepas balik dari rumah babysitter, Khamis aku EL, dia demam sampai 39.8, aku sorang-sorang kat rumah dengan dia, ubat bontot pulak aku tak letak dalam peti ais, so dah cair, tak boleh masukkan dlm punggung dia, berterabur aku kutip barang Aish sambil dia menangis, dukung dia, letak kat carseat, habis semua lubang aku langgar nak pergi klinik Seksyen 7, kemain melambung anak aku, gila aku takut, biasa kalau panas sangat aku mandikan dulu sebelum pergi klinik, tapi sebab aku sorang, aku takut nak lengah-lengah.



Baru check in wad, Domo purple kat blakang tu tak boleh tinggal, tu penghibur di kala duka, peneman di kala suka



Dapat gift dari nurse, tukul angry bird pink

Jumaat pun aku cuti jugak, bawak jumpa Paed dia, Paed tanya nak warded tak, suami aku terus cakap nak. Kalau duduk rumah pun same je, lagi la ko risau, 3-4 pagi nak berulang emergency je, baik aku duk wad, so at least kalau anak dah panas sangat, aku call je nurse, nanti nurse datang ambik temperature and bawak ubat sekali. Aku boleh spend time dengan Aish 24jam, tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, bertapa je dalam bilik dengan Aish. Tu pasal aku suka duduk wad, lebih terjaga and dekat dengan doktor and nurse kalau apa-apa. Aish warded dari Jumaat sampai Ahad, Isnin sampai Rabu mertua aku yang jaga, tapi Aish still tak sihat, asyik demam on off. Khamis (21/03/13) follow up dengan Paed balik, Aish baru baik demam, tapi selesema, batuk and kahak still ada, so stop antibiotik makan, aku kena berulang 3 hari berturut untuk ambik jab antibiotik. Sakit kot jab antibiotik tu Aish menangis senyap sunyi, menganga je.



Aish tidur dengan supermodelmommy, ni En. Syg punya kerja, kitaorang tidur dia sibuk capture.



Jalan-jalan dalam wad

Tapi alhamdulillah, as of today, selesema dah kering, batuk tinggal sikit je lagi, kahak je yang still degil, esok follow up lagi, aku rasa memang doktor akan pam keluar kahak dia, tu yang aku tak sanggup, sebab parents tak boleh ikut, boleh tunggu kat luar je, ko boleh dengar anak melalak je nanti, memang aku lari jauh-jauh la, aku takut aku tersepak budak fisio tu je nanti. Hari Jumaat lepas baru aku hantar rumah babysitter semula, sakan Aish menangis, sebab lama spend time dengan aku..hehe. Hopefully lepas ni janganlah demam lagi, kesian sangat tengok dia. Perrrgggh boring gila entry ni (sila bayangkan perempuan rambut kembang bermata panda tengah menaip, otak tak boleh produce ayat best sebab asyik fikir nak publish entry cepat-cepat dan sambung kerja yang melambak, cuti lama hari tu hoiiii). Bye.


Tuesday, March 12, 2013

Menu Hari Ini


Aish dah tak mau makan bubur nasi, lepas 2-3 sudu dia nak muntah, kadang-kadang dia makan sikit je, yang lain dia luahkan balik. Aku dah perasan dari last week, tapi aku takut nak bagi dia makan nasi, gigi baru 4 batang aku takut dia tak boleh kunyah je. Hari cuti hari tu baru aku start bagi dia makan nasi and dia makan macam biasa, bersudu-sudu dan tak tersedak pun, dah bagi dan tengok sendiri baru aku yakin sikit nak buat bekal nasi hantar rumah babysitter. So menu hari ni, nasi air lebih, so that senang babysitter nak lenyek sebelum bagi dia makan nanti, sup ayam, brokoli dan carrot dengan scramble egg yang aku goreng dengan unsalted butter kacau laju-laju kasi telur tu halus. Makan ye nak, menongkat mata mak ko masak pagi tadi (amboi macam masak rendang je bunyinya).


Monday, March 11, 2013

Aish @ 9 months



Update ringkas je ni, tak boleh nak membebel pepanjang

* Merangkak dengan banyak, dia dah boleh merangkak since 8 months tapi lepas 2-3 tapak mesti turunkan badan dan menyusur, but bila dah 9 bulan bertapak-tapak dia merangkak, baru tau agaknya merangkak lagi cepat dari menyusur

* Pandai duduk sendiri, dari apa position pun either baring, meniarap or position merangkak sekali pun dia dah tau tolak badan dan duduk sendiri

* Dah mula memanjat dan meniti, pantang lepas habis semua dipanjatnya, paling favourite, panjat mommy

* Dah tak mau makan bubur rebus-rebus ni, nak tumis-tumis, nak yang sedap je..hamboihh. Masih suka makan.

* Minat sangat dengan buku or flash card, setiap kali tunjuk dekat dia, kemain lebar senyum. Paling minat tengok lagu Twinkle Twinkle Little Star

* Suka panjat walker dan tolak sambil dia berjalan, kalau lepaskan dia kat lantai, aku akan letak walker atas meja makan, takut terlepas pandang, nanti dia panjat dan tolak, tersungkur kang nangis mak kau.

* Jarang demam tapi kerap sangat selesema

* Masih tak boleh tinggal sorang-sorang, kalau mommy hilang, sekerat tekak dia melalak. Sebab mommy adalah sangat adorable dan tidak boleh hilang walau sesaat dari pandangannya (pengsan)

* Masih bangun malam untuk minum susu setiap 2 jam, orang cakap kalau baby makin besar makin nyenyak tidur, tapi anak aku sama je..hahaha. Dari dalam pantang begini, sampai dah dekat nak setahun ni pun masih begini. Dia akan minum 5oz x 4 botol every night. Janganlah ko cuba-cuba nak skipkan susu dia, nanti dia akan menangis-menangis-menangis tanpa henti sampai dia dapat susu or ko yang akan menangis-menangis-menangis tanpa henti sebab tak cukup tidur.

* Aku dah ajar tidur sendiri atas tilam single, mommy n daddy atas katil, one of the main reason sebab aku takut dia jatuh katil, katil aku tak boleh dirapatkan kat dinding sebab ada built in side table. Masa mula-mula ajar dia tidur bawah, aku tidur sekali dengan dia, sekarang dia tidur sorang-sorang, tapi tak sampai 2 jam confirm aku or suami akan tidur sekali dengan dia kat bawah, kesian pulak, lagi pun dia kerap bangun, tak larat nak turun naik, turun naik.

* Itu saja, sekian, bye




Thursday, March 7, 2013

Aish and his toothbrush

Tajuk macam cerita dongeng kanak-kanak pulak. Aish dah ada 4 batang gigi, 2 atas, 2 bawah. Sebelum ni aku gosok gigi dia pakai kain napkin je, tapi sejak gigi atas dia keluar, setiap kali nak cuci mulut dia memang dia ngap sekali dengan jari aku sekuat hati, rasa nak putus. Tu baru jari, belum lagi kalau dia gigit masa bf, amboi sengaja dia gesel-gesel gigi atas dengan gigi bawah dia, sampai luka cik N aku ni, 2-2 belah luka tau, rasa macam dalam pantang balik sebab masa pantang dulu cik N aku luka teruk jugaklah. Pedih-pedih pun kena jugak bagi dia, kalau tak mood tarak baik. Dah 4 batang gigi baru aku hegeh-hegeh nak belikan dia berus gigi



Aku beli berus gigi ni je. Stage 1 for 0 months to 2 years (seingat akulah..haha aku pun tak berapa nak ingat) RM 7.90, letak harga terus, ko tak sempat tanya aku dah tolong jawabkan dulu.



Ni ubat gigi untuk baby under 1 years old, boleh pakai start baby umur 3 bulan sampai 2 tahun, takde fluorida, jangan pulak korang bagi Kodomo Lion tu kat baby korang tau, kurang sesuai, ini lebih sesuai. Tapi ubat gigi ni ada susu dan jugak putih telur, if your baby allergic dengan 2 benda tu, automatik tak sesuai jugak, so gosok jelah ngan air suam je. Aku jumpa perasa Apple Banana je, perasa lain aku tak tau wujud ke tak. Aku dah makan ubat gigi ni..hahaha siap makan tu, rasa dia ok, rasa apple tu agak kuat jugaklah, manis sikit je. Harga RM25.70. Beli kat Guardian, keluaran GSK (glaxosmithkline)



Mangsa tersenyum mesra



Ok, nganga, mula-mula gosok bawah dulu, kita kasi puterrrr-puterrrr ini berus dekat gigi cinonet, lepas tu puteerrr-puteerrr pulak kat gigi atas, amacam sedap tak dik? Mula-mula dia tak bagi aku gosok tau, lepas rasa manis ubat gigi, terus menganga merelakan gigi digosok.



Dah sedap apa lagi, nyonyotlah berus gigi terus



Lepas tu terus rampas and berus sendiri






 New addition to Aish's corner

 THE END


Friday, March 1, 2013

Aqil Hamzah 1st Birthday Party

Happy Birthday Aqil Hamzah, semoga jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat

                                                                                From: Mommy, Daddy and Aish Yusuf


Tu aku tulis kat guestbook dia..hahaha, kelam kabut sebab nak cepat, nak tukar pen kaler lain pun suami aku dah sebut "mommyyyyyyyyy, nak cepat ni" amboiii i nak tulis kaler pelangi pun tak sempat, baru nak lukis pokok, kereta, rumah tepi sawah ada selipar dua butir depan tangga batu, kemain rumah tepi sawah tapi tangga batu, orang miskin katanya, ada budget buat tangga batu je, buat rumah batu tak cukup budget..haha. Ohoooiii panjang betul melalut, terlupa pulak aku tengah busy ni, tapi takpe tangan yang baru tumbuh atas kepala ni tengah buat kerja, tangan yang kat bahu ni je yang tengah menaip, octopus katanya.

Aku sampai agak lambat kat birthday party Aqil, sebab kitaorang ada hal sikit pagi tu, sampai je rumah bertempiaran masing-masing bersiap, pukul 4 lebih baru sampai KFC Extreme Park, segan pulak nak masuk sebab dah lambat, masuk je pintu, kemain lebar senyum Erina sambut, salam Aty and Wawa, lepas tu suami terus pergi makan dan aku jaga Aish, so sempatlah beramah mesra dengan Aty kejap, ambik gambar, borak pasal anak, tak lama lepas tu baru K. Mimy and Mommycha sampai, lepas ambik gambar, bagi Aish kat daddy dan aku pulak makan cepat-cepat. Aku mampu pandang je diaorang bergambar sesama sendiri masa aku tengah menelan makanan, menelan ok, mana sempat nak mengunyah dah, sebab kitaorang memang rush sangat..waaaaaaaaaa jeles. Suami aku nak pergi dinner malam tu, reunion dinner Sekolah Alam Shah, baju dia tak cari lagi, kot tah letak mana, tie tak prepare, baju tak iron, kasut tak kiwi, lelaki biasalah dah last minute baru nak siapkan, padahal 2 bulan sebelum dah tau tarikh dinner. So siap je makan, terus salam and balik, aku hantar suami balik rumah dulu sebab dia nak siap dan terus gerak ke Putrajaya, aku and Aish zass ke Shah Alam semula fetch adik aku kat Seksyen 7, nak teman tidur.

Tq Erina sebab jemput kitaorang, seronok sangat, cheese tart sedap, tu je pun yang aku sempat makan, KFC janganlah ko cakap, ko pun tau KFC tu sedap, happening sangat sebab ada Chicky and games, masa game tu aku tengok mak ayah baby yang seronok lebih...hahaha, baby melangut je tengok Chicky. Seronoklah, lepas ni sape nak buat birthday party anak sila ajak aku, aku nak pergi. Ok dah, mari tengok gambar.



Birthday song for birthday boy..Aqil ketakutan masa ni..hehe takut Chicky



Happy birthday Aqil yang kacak bergaya



Aish tengok je Chicky, tak tau nak takut ke nak suka



Aty and Qaleef


Aty, Qaleef, Wawa, Naila, Mommy and Aish

3-3 pun ber peplum



Haa yang ni tak payah kenalkan, memang korang dah kenal pun kan



Si kecik yang kuat melasak hoi, sakit pinggang mommy duk menangkap dia, panjat sana, meniti sini, kalau atas katil nak terjun je, bukan dia tau turunkan kaki dulu. Kalau duduk berdua dengan dia memang tak tinggal la, takut jatuh, sebab terlampau lasak. Grill tingkap pun dia panjat..sobss. Tapi masa kat birthday party ni bukan main lemah lembut, diammmm je, dia dok peratiii je


Gojes BloggerMom..auwwww, group name kat FB ye, nanti ko ingat aku perasan gojes pulak..huhu




Erina, Mommycha, Saye :), Aty, K.Mimy and Wawa



Ini Aish keletihan lepas attend birthday party, masa ni otw fetch aunty dia.



Sebelum balik dengan family Erina, mintak apa tu Aish?

Bye, kerja bertimpa-timpa ni.