Klik Jommm

Friday, November 29, 2013

Masak dan Makan

Salam,

Selama 2 tahun kahwin ni, tak pernah aku masak asam pedas, sebab En. Syg gastrik, so tak berapa elok makan pedas-pedas, tapi masa zaman bujang pun tak pernah ku masak, sebab family aku bukanlah berhantu sangat dengan asam pedas, jarang kot Ma aku masak. Tiba-tiba suami mintak asam pedas, first trial berjaya, ikut resepi mak mertua, second trial aku campur resepi mak mertua dengan resepi Kak Azrine, pun berjaya, ehemssss. Sape nak makan asam pedas, mai datang umah..muahahaha



Asam Pedas Ikan Tenggiri

alamak, tetiba tertelan air liur



Aish kan suka makan mee, penat mak dia ni perah otak fikir resepi mee untuk baby. Mula-mula dulu rajin la jugak ikut resepi senonoh, sekarang semua pun dah tak senonoh, habis takkan aku nak ulang resepi sama hari-hari. Aish makan mee untuk lunch and dinner, setiap hari, setiap masa, dah habis resepi senonoh aku cuba. Sekarang aku main tibai je buat resepi sukahati aku, memang tak senonoh

Rebus spagethi, tumis bawang putih and bawang besar dengan butter, masuk ayam, dah masak sket, aku letak sayur campur, letak sos tomato, letak air, letak spagethi, kacau siap. 

Aish tak kesah pun, asal mee dia ngap saje. Kalau nasi jarang dia nak makan, so aku masak ikut selera dia je. Oklah, bye!




Thursday, November 28, 2013

Aktiviti Public Holiday

Salam,

Cerita lama, ku korek-korek, jumpa pulak gambarnya dalam laptop nih. Hahaha boleh la buat update hari ni, ni memang entry sampah ok, thanks sebab sudi baca..muahaha, pun bolehhh aku ni. Haihhh memang tak sempat nak godek gambar lain, bz sangat ni.

Lately hari cuti pun, daddy kerja, so pandai-pandailah Mommy and Aish membawa diri. Aku tak berani nak keluar berdua dengan Aish kat mall, tak berani sebab aku takut tak dapat control dia. Aish tu manjang nak lari, habis barang dekat rak jualan nanti ditepisnya, hilangkan aku nak window shopping, alih-alih kena spend duit bayar semua barang yang pecah or rosak ditepis dek anak teruna, so aku lagi suka duk rumah kot. Baik aku kemas segala ceruk yang dah lama tak dikemas.

Pagi-pagi sebelum pergi office, daddy bawak pergi breakfast kat McD







Anak ini sudah seberat 11kg, bagai nak patah pinggang mendukungnya, dahlah pagi-pagi takmo jalan sendiri, nak mommy dukung sampai parking, dari tingkat 8 ke parking kereta..huwaaaa, berapa kali aku berhenti nak betulkan kuda-kuda kaki, takut terlentang anak beranak.

Hari tu dah set dalam kepala nak kemas "mini market" dalam kabinet dapur. Alaaa stok barang la, korang pun confirm ada "mini market" jugak kan. Stok gula, stok tepung, stok susu anak, stok susu pekat, segala stoklah. Mak mertua aku panggil "mini market".

Sekali aku kemas..haaa kau, banyak gile yang dah expired..fufufu. Ada satu balang oat tak dimakan pun dah expired, tu suami aku la tu. Oat tu officemate dia hadiahkan dari zaman baru kahwin sampai Aish dah almost 2 tahun ni ha, manalah tak expired oii.

Sempat kemas fridge jugak, sejak beli tak pernah kemas bersungguh-sungguh, dah almost 2 tahun fridge ni, kemas sikit-sikit tu adalah.



Preparation sebelum mengemas, kena sediakan segala besen and dulang untuk keluarkan semua barang, lepas tu baru lap setingkat demi setingkat. Masa mengemas ni, Aish tak tidur, aku buang, dia kutip balik dari tong sampah. Yang aku nak simpan, elok pulak dia pergi buang..sabor jelah. Sambil mengemas sambil lari-lari masakkan lunch untuk Aish. Aku pulak kalau dah start mengemas, tak makan pun takpe, sebab kalau aku masak kang, bertambah pulak kerja aku nak mengemas dapur, membasuh pinggan, senang cerita tak payah masak, makan roti pun jadi.



Teman encik pembantu makan sat, kalau tak diteman, aku takut dia terjun dari high chair. Aish suka mee, so aku memang rajin masakkan dia mee, biasa aku pakai spagheti, buat sup, buat goreng, kalau nak beli mee biasa tu cepat sangat expirednya nanti, spagheti tahan lama kan. Lagipun orang cakap mee kuning tu tak elok sangat bagi baby, ada asid borik eh?






Dah siap kemas, baru tau yang fridge aku ni besar rupanya..muahahaha. Selama ni kemain sempit, macam-macam disumbat, dah kemas baru nampak lapang. Percaya tak satu hari cuti, aku cuma sempat kemas mini market and fridge je. Gitulah beranak kecik, jap dia poopoo, jap nak mandikan dia, jap nak kasi dia makan, jap nak ayunkan buai, jap kena bacakan buku, jap kena teman dia main.

Oklah, bye!

Eh, jap..jap, nak tau tak since aku kemas mini market and fridge ni lah aku jadi addicted dengan recycle, sekarang aku ada satu kotak untuk aku kumpul barang recycle saja. Bila dah penuh kotak tu, aku hantar ke pusat recycle, dekat office aku je. Tahukah anda (ewahhh) tak sampai seminggu kotak recycle aku tu penuh dengan barang recycle, serius kita memang takkan sedar sebenarnya banyak barang yang boleh kita recycle until kita kumpulkan sendiri, nanti aku tunjuk kotak recycle aku eh, serius seronok :) hopefully bertahan sampai bila-bila, janganlah hangat-hangat tahi ayam je.

Ok, bye!



Mommycha 1st Giveaway

Salam,

Lama aku tak update, tetiba timbul sebab nak join GA Mommycha.




Micha cakap buat entry ringkas, ni dah habis ringkas aku buat. Ni gambar candid masa kat Wad DEMC, Aish demam panas, ternyata begitu sopan aku tidur.

Micha, no. 6 pun jadilah..muehehe. Aku saje join, nak support kengkawan, lepas ni akan cuba merajinkan diri join GA korang, mai la buat GA bebanyak, aku nak join.

Ok, bye!, nak gi lunch date dengan En. Syg.


Friday, November 22, 2013

Potong Rambut..lagi

Salam,

Rambut Aish cepat betul panjang, bila dah panjang mulalah aku rimas, sebab rambut dia gulung-gulung gitu, masa mandi kemain lawa, tapi bila dah kering, macam tak sikat, melentik sana sini, bergumpal je dia..ngehehe. Daddy selalu nak simpan rambut Aish, konon nak bagi macam afro (sebab masa baby, daddy ada gambar rambut afro), of course la aku membantah sebab budak tu aktif ke hulu ke hilir, berpeluh-peluh, sure dia rimas kalau rambut panjang sangat. Nasib baik Atok Rawang sependapat dengan aku, kalau tak dah lama Aish berambut afro (tak boleh aku bayangkan mendukung anak berambut afro, kompom aku terlanggar dinding sebab tak nampak jalan..muahaha)

Balik Rawang, bawak Aish gunting rambut kat kedai





 Dia taknak pakai selubung plastik tu, so terpaksa tanggalkan baju dia



Mula-mula je diam, lepas tu haaa terus bersilat, siap jerit sekali


Terpaksa nenek dukung, tu pun jerit-jerit kecik jugak


Sambil layan Upin Ipin. Haisshhh aku risau betul sekarang ni, risau Aish addicted dengan gadget, kitaorang memang takde belikan dia tab pun, so dia selalu tengok video dari phone daddy dia je, tapi sekarang pantang nampak daddy, memang dia mintak phone je, selagi tak dapat selagi tu merengek. Selalu pesan dengan daddy, selagi dia tak ingat or mintak, jangan bagi. Aku lebih suka dia explore mainan, kumbah mainan or sepahkan rumah dari dia mengadap gadget. Sekali sekala boleh la, kalau kerap sangat tak bagus la.
 


Abang askar dah dia :), memang sengaja potong pendek macam ni, so lambat sikit panjang nanti.

Ok, bye!




Thursday, November 21, 2013

Menyimpan Walker

Salam,

Aish Yusuf dah setahun 7 bulan baru aku hegeh-hegeh nak simpan walker dia. Bayangkan dah berapa lama walker tu duduk tegak takde orang naik, bukan satu tapi 2, naik semak mata aku, kejap aku letak dalam bilik ke-3, kejap beralih ke bilik Aish. Aish pulak pantang nampak walker, dia sibuk memanjat nak naik, duduk tak sampai 5 minit, dah menjerit suruh angkat. Elok aku angkat dia keluar, kang dia panjat walker satu lagi, terbantat segala kerja aku.

Weekend baru ni aku kemas rumah, ku kemas sekali dengan walker, aku lap dengan kain lembab, tanggalkan seat dan basuh, lepas tu tayang kat depan suami minta dia tolong lipatkan. Kalau tak buat gitu, alamatnya sampai dapat baby baru pun walker tu masih setia kat situ.



Masa ni Aish baru 7 bulan, beli 2 sebab babysitter mintak, yang Aish naik tu kitaorang letak kat rumah sendiri, yang Mydear tu hantar rumah babysitter



Lepas setahun, yang Little Bean masih cantik dan elok, yang Mydear dah ala-ala gitu..hahaha. Biasalah letak kat rumah orang, ramai pulak babynya, yang besar pun nak naik, so belah belakang dah patah sikit, tapi masih teguh lagilah, boleh lagi nak pakai.



Tempat sandar dia pun dah terkepak habis, aku rasa makcik tu basuh dalam mesin kot, tu pasal terkepak plastik dalam tu, habis tahi lalat seatnya sebab makcik tu letak kat garaj rumah dia berpanas berhujan berbulan-bulan. Hari-hari aku ambik Aish aku tengok je walker tu tersadai, malu nak tanya boleh bawak balik ke tak sebab dia tak pernah suruh aku bawak balik, so aku ingat maybe baby lain nak pakai, tapi lepas berbulan-bulan aku ambik je la diam-diam, mainan atas walker tu pulak dia sidai kat pagar..wuahahahaha, sekali aku angkat habis keluar semua air hujan dari dalam mainan tu, aku bawak balik dan lap je lah. Walker ni dah rupa 5 orang anak dah pakai..kuakakaka. Eh aku tak marah, mungkin makcik tu malu nak suruh aku angkut bawak balik kot, yang aku pulak malu nak tanya, nak buat camne..penyegan..puihh



Yang kat rumah, mestilah tip top lagi, dulu masa Aish baby ada jugak aku suap dia makan dalam walker, so setiap kali sebelum aku tidur, aku akan lap walker ni dengan kain lembab..sayang woo, daddy pun sayang walker ni. Kadang kalau Aish termuntah kena seat, aku terus basuh dan sidai.



Dah siap lap, berkilat macam baru, nanti aku beli seat baru jelah untuk walker Mydear tu, tak gamak pulak nak letak baby dalam seat yang dah bertahi lalat gitu. Tapi aku tetap simpan seat lama tu, bila baby dah almost 7 bulan nanti baru cari seat baru, so seat lama tu boleh jadi contoh (eh, cara aku cakap macam aku tengah mengandung pulak sekarang..kuakakaka, berangan dulu woiii, saya belum ngandung lagi)



Seat lama, dah ku basuh, tunggu nak simpan je lagi. See u in 2015 yeh walker-walker ku, insyaallah kalau rezeki datang macam yang dirancang la :). Ok, bye!



Wednesday, November 20, 2013

Popular Book and Music Fair, Summit USJ

Salam,

Minggu lepas officemate ajak ke Summit, ke Popular Book Fair ni, laju la aku nak ikut, sebab dah plan nak beli flash card baru untuk Aish.  Macam menarik sebab officemate cakap ada up to 70%. Memang murah tapi agak mengecewakan sebab buku untuk baby and toddler sangatlah terhad. Dahlah terhad, buku yang ada pun dah banyak yang rosak, so dia jual murah-murah je, buku baby yang kecik sebesar tapak tangan kita tu, dapat lah dalam RM3.00 je, kalau besar sikit RM5.00, kalau yang elok tu dalam RM9.00 ke atas, masih murah tapi bagi aku pilihan sangat terhad.

Tapi kalau ko berhajat nak beli buku untuk diri sendiri memang sesuai lah ke sini, sebab agak banyak jugak pilihan english and malay novel, buku masak, buku motivasi, alahhh macam kedai buku jugaklah, banyak pilihan, tapi lagi banyak buku chinese, ada vcd lagu baby jugak. Kalau korang dekat dengan Summit USJ pergilah tengok, mana tau ada yang berkenan ke. Book fair ni sampai 24 November.










Jenuh jugaklah aku membelek buku nak cari buku untuk Aish. Flash card aku tak jumpa, tak tau lah ada ke tak sebenarnya, lupa pulak nak tanya. Dah alang-alang datang rasa rugi pulak kalau tak beli apa-apa, belek punya belek jumpa buku Fisher Price ni, tebal gila material dia, memang peluh tiak la kalau Aish nak kepakkan nanti..heheheheh, dan sangat berat, harga RM12.00 je. Gambar cantik dan sangat colorful, ada cerita pendek setiap page tapi dah rosak sikit, so sebelum bagi Aish aku selotape dulu. Aish suka buku ni, dia tak larat nak angkat sebab berat, so dia heret je dan bagi kat aku suruh baca..a;ldjedkjdlkjkgjeoeleo (aptb). Ok tu je, bye!


Tuesday, November 19, 2013

Update: Room/Playroom (Alphabet and Numbers)

Salam,

Korang biasa tak kalau pergi rumah orang yang ada anak kecik, mesti ada poster huruf, nombor, jenis bintang etc yang diorang akan tampal ke dinding. Tak kiralah dinding ruang tamu or dinding bilik anak tu sendiri, yelah aku pun tau tujuannya untuk senang nak ajar anak kan, tak payah belek buku, sambil lalu je boleh ajar apa itu ABC and 123. Aku suka idea tu sebab memang senang nak ajar anak, tapi aku taknak lah tampal poster macam tu dalam bilik Aish, aku nak something different, yang cantik dan kemas kat mata aku dan something yang Aish tengok nampak menarik kat mata dia sebab colorful, so solutionnya, kenalah aku buat sendiri poster macam tu, aku boleh design ikut suka hati sendiri ye dak.

 Ikea, RM229

Hmmm xpe, acik buat sendiri jelahh


Idea datang bila tengok poster dan frame ni, dah lama..sebelum Aish lahir lagi aku dah aim..muahaha, ok aku memang kuat berangan. Tapi nak siapkan tu mak oiii bercinta tau dok..grrrr asyik bz je, memang tak sempat nak lari jap ke kedai printing. Setelah memaksa diri, siap ugut diri sendiri ni, selagi aku tak siapkan, aku takkan pergi Kaison, muahaha, aku tak pernah pergi Kaison (mihmihmih) dan aku sangat teringin nak pergi, tapi disebabkan dah almost 2 bulan aku biarkan frame Ikea tu terbengkalai, aku gunakan Kaison sebagai ugutan untuk diri sendiri..wahahaha..boleh? Kalau aku tak buat macam tu sampai bebila pun aku akan asyik menangguh..grrr.



Ni frame yang aku beli kat Ikea hari tu, dah almost 2 bulan terbengkalai tau, sekarang tinggal lagi frame RIBBA tu je yang belum aku siapkan, so lawatan ke Kaison akan ditangguhkan sampailah aku siap print gambar untuk frame tu. Hai Kaison, see you next year..eh, macam lama je lagi nak menangguh tu..ngehehe. Reasonnya sebab kalau pergi Kaison, confirm aku akan beli barang deco lain, haa lepas tu yang sedia ada ni memang terbengkalai, sebab tu aku paksa diri untuk siapkan yang dah ada dulu.

Jom tengok hasil google aku, pening nak fikir design..holoh holoh macam la ko designer sangattttt










Paling suka yang ni, sebab straight forward, takde gambar binatang bergayut kat huruf dia, kang confuse Aishku itu dan colorful, nampak ceria and comel and cute and lawo and ... ok memang suka yang ini, mari kita realisasikannya.



Dah siap, selangkah ke Kaison..miahahaha.


Aku ambik frame saiz A3, mulanya nak ambik warna hijau dua-dua, tapi En. Syg suruh ambik biru jugak. Plan dalam kepala nak buat huruf jawi sekali, tapi tak reti, dalam laptop aku takde huruf jawi, takpelah Aish, mommy ajar ngaji pakai buku je lah eh. Tak pun aku order jelah nanti..hahaha tapi nak order kat sapa eh?





Belum gantung, gantung kat mana nanti aku tunjuk ye. Kaison, wait for me!

Ok, bye!


Friday, November 15, 2013

Potluck bersama Habitat

Salam,

Tak sangka dah almost 8 tahun aku kenal diaorang, dari satu office sampailah semuanya bawak haluan memasing, but still sampai sekarang masih berkawan.

Dari zaman couple lepas tu jadi single sampai bercouple semula, pastu putus cinta nangis bawah meja office, couple balik, tunang, kahwin, pregnant, jadi mak orang, they were there for me, always T_T

Dulu masa zaman bujang, bosan-bosan "jom gi KL" g lepak sesama usha cikaro pakwe, gi Uptown, Downtown, 2-3 hari sebelum raya tetengah malam pergi jalan tar bersesak-sesak cari kebaya, gembira sesaja bila dapat buat benda tu semua sama-sama. Pergi holiday merata, Pangkor, Langkawi, Kuantan, Cherating..name it apa yang kitaorang tak buat time bujang bersama, pantang sorang buat cadangan, jom saje. Cer sekarang..hahaha of course la dah tak sama, masing-masing dah kahwin ada anak suami, tak macam dulu dah, sekarang pun dah jarang sangat jumpa, tapi sesekali memang akan buat gathering jugak melepas rindu. Dulu masa takde anak gathering kat luar la paling seronok, tapi bila semua pun dah beranak pinak, bila nak buat gathering je, memang aku offer untuk buat kat rumah aku. Barulah seronok bergathering, sebab boleh longgok mainan kat anak-anak while kitaorang bergosip, kalau kat luar, confirm tak boleh bergosip sebab duk sibuk mengejar anak.

Ahad baru ni kitaorang buat gathering lagi, macam biasa potluck..baru seronok share-share makanan kan. Mulanya aku plan nak buat donut ball, sekali En. Syg ada game bowling dengan officemate dia Ahad tu, habis camne aku nak gentel donut dengan Aish? Mau bergaduh anak beranak kang, aku gentel pakai tangan, dia gentel pakai kaki..nangis wehh. So, aku buat dadih je..wahahaha, aci dok??



Malam sebelum potluck aku buat, actually ni first time buat dadih..ngehehe, senang lahaiiii, lepas ni boleh buat menega pulak..keskess









Dah macam kenduri ye dok, alas suratkhabar je, sabor je lah dengan tuan rumah ni. Lepas ni memang kena beli saprah, senang nak hidang kat bawah kalau orang datang.

Lepas bergosip dan minum petang, terus bawak anak-anak mandi pool, upah katanya. Hujan non stop, nasib baik dalam pukul 6, berhenti jugak hujan, terus memasing turun lelaju bawak anak.







Alisha Medina..menggeramkan, the only baby girl dalam habitat, anak kitaorang yang lain semua boy



Aktiviti wajib sebelum balik is bergambar family



Tengah set up, kemain Aish dok depan sekali..hahaha



Freestyle




Rose edit..aku suka..hahahaha


Pukul 8 lebih memasing gerak balik, see u again korang, nanti kita buat potluck lagi, akan ku realisasikan donut ball tu nanti..huahuahua. Ok, bye!