Klik Jommm

Wednesday, October 19, 2011

Samseng jalanan

Korang mesti suka tengok cerita Cinta Elysa tu kan, ala yang Fasha Sanda bercinta dengan samseng tu, tak menahan betul bila En. Syg suka tengok cerita tu, feeling habis and dia suka gile dengan Aril tu, dia cakap samseng tu ada gaya, apa jadah samseng ada gaya. Inilah akibat bila takde Astro kat rumah, suami tergila-gilakan drama swasta..haha. Kalau balik rumah mak dia, ada dia nak layan drama-drama ni, takdeeeee, harammmm, aku nak tengok cerekarama malam sabtu pun tak boleh, dia sibuk nak tengok bolalah, golflah, movielah.

Intro kemain panjang, sebenarnya nak cerita pasal tengahari tadi. Aku keluar makan dengan En. Syg, dia MC hari ni pergi hospital, dia gastrik kronik, so memang kena pergi hospital. Dahlah MC, nak makan sedap-sedap pulak tu, nak makan sedap-sedap mestilah mahal, pau isteri pulak tu..cis..ciss..cisss, nasib baik tak sihat. Jumaat ni dia dapat gaji nak pau dia pulak. 

Otw balik ke office aku, kitaorang lalu satu jalan ONE WAY ni, jalan kat office aku manjang semua pun ONE WAY. Kalau dah ONE WAY nak pulak kawasan office, kereta double park penuh sepanjang jalan, so memang sempitlah jalan kan. Ada pulak satu kereta cerdik pandai mana tah dia belajar pergi buat jalan tu 2 WAY, so bertembunglah kereta kitaorang ni, dah sah-sah tu jalan ONE WAY of courselah ko kena bagi jalan kat aku, aku di pihak yang benar ok, dia dah nampak kereta kitaorang lagi ditekannya minyak sebab dia nak jalan dulu, lepas tu dua-dua berhenti tengah jalan, bertembung, sesedap rasa dia buat isyarat tangan suruh laki mak ketepi, dia nak lalu. Wahhhh laki mak punnnnnn, kan dah belajar dengan Aril, dia takmo mengalah, dia suruh pulak orang tu ketepi. Apalagi hangin lah driver kereta tu, dia tekan minyak sekuat hati dan brek betul-betul depan kereta kitaorang, sikit lagi nak cium kereta laki aku, wah..wahhh ko molek perangai, dia takmo mengalah, dia suruh jugak laki aku ketepi. En. Syg ehhh dia.. perangai boleh tahan juga, dia buat tak tahu je, aku pulak yang jenuh buat bahasa isyarat nak bagitau ini jalan ONE WAY bengappppppppppp!! Lama jugak la, memasing takmo mengalah, lama tu barulah driver tu masuk ketepi bagi jalan, aku rasa dia paham kot bahasa isyarat aku, tu pun cara drive macam nak langgar kereta kitaorang je, ada aku kisah, eh berapi-api je aku rasa, nak je aku keluar kereta sekeh-sekeh kan kepala driver bengap tu, suka hati ko je kan. Dahlah salah jalan, buat pulak perangai samseng ko. Tampor kang baru tau. Eh, serius aku geram, kalau ingat balik rasa berapi-api je, tapi ibu mengandung tak elok marah-marah ni, nanti darah tinggi naik..haha, eh lupa hari ni kena pergi klinik check darah. Dah tu je nak cerita, bye!


Tuesday, October 18, 2011

Masakan Pertama

Since kahwin dan duduk sebumbung, dekat 3 bulan jugaklah aku tak masak. Bukan taknak masak, dapur takde. En. Syg takmo beli sebab kitaorang akan pindah lagi, so memang taknak beli barang banyak-banyak, nanti susah nak pindah. Tapi tunggu punya tunggu, lambatnye la hai nak dapat rumah, tekak dah naik muak makan kat luar, sampai tahap tak tau dah nak order apa. Bukan aku je, En. Syg pun sama, dia kata geli tekak makan kat luar, tau takpe. Nasib baik ada orang kasi hadiah kahwin dapur gas, kan mudah kerja, angkut saja dari rumah mertua, tu pun jenuh gaduh-gaduh manja aku cakap aku nak masak jugak ceeeee bajet macam pandai je kan.

Masa tak mabuk sangat, rajin jugaklah aku masak, bila dah start pening dengan bau tumis, kirim salam. Mau aku pengsan kat dapur sambil menumis kang. Sape yang susah?? ahkakkk jugak. Dahlah En. Syg balik kerja memalam buta, kang kalau aku dah pengsan, sape nak tutup api dapur, terbakar kang, sape nak mengganti rumah orang..haha..over imagine aku ni. Masakan pertama, of courselah yang paling senang..



Spagheti, senang je kan
 

Ni masakan hari ke-3 dah kot, periuk tu bukan keje aku, tu En. Syg
Cuba tengok lauk letak dalam apa..haha, biasalah rumah bujang lagi. Ma aku ada bagi set pinggan mangkuk, tapi aku malas nak bawak, takut pindah nanti nak angkat ke hulu hilir tu yang tak kuasa. Tu jelah nak tunjuk pun, banyak-banyak kang muntah pulak. Walau taklah sesedap mana, tapi lagi puas rasanya masak sendiri dari makan kat luar. Kalau makan kat rumah En. Syg memang makan menambah-nambah, hari-hari sebelum balik kerja mesti tanya aku masak tak. Sekarang ikut mood, kalau sihat aku masak, kalau tak sihat, memang kena beli je lah. Bab menumis tu yang aku tak tahan, loya. Hari ni pun loya juga sebenarnya, tapi kesian kat En. Syg sebab semalam dah makan luar, so hari ni ingat nak masak jugalah. Ok bai, nak balik cepat ni, nak beli lauk.


Monday, October 17, 2011

Update Baby 2


Baby at 13 weeks 5 days

Masa scan ni elok pulak baby tengah berpusing 360 darjah dalam perut aku, satu pusingan dia buat. Nampak tangan kecik dia terkapai-kapai nak pusingkan badan. Nampak jugak tulang belakang, tulang lengan, tulang jari kecik-kecik pun nampak. Aku senyum je, En. Syg lah excited, dia cakap insaf bila tengok. Dah lahir nanti, mummy nak gigit jari kecik tu, geram. Semoga baby sihat dan sempurna..amin.

Friday, October 14, 2011

Yang ku idamkan ;p

Sejak 2 hari lepas aku adalah sangat mengidam, teringin dan mahu makan brokoli cicah thousand island...oooo lala. Sayur-sayuran adalah feveret sejak dulu, waktu anak dara, waktu masih single dan belum punya baby dalam perut, sekarang lagilah. Dulu kalau makan salad hari-hari pun takpe, nasi tolak tepi sebab tu berat 43kg je. Tapi sejak mengandung, walaupun pening sepanjang hari, aku boleh makan nasi breakfast, lunch and dinner, asyik nak nasi je, sampai berat naik mencanak-canak, dari 45kg (tu berat yang diusahakan sambil menangis paksa diri makan nasi, nak nampak solid punya pasal masa kahwin) sampai 50kg sekarang, ye baru 3 bulan sudah 50, hari-hari timbang dirumah dan jadi takut sendiri. Tapi lepas checkup kat KK hari tu, dah macam takut nak makan nasi banyak sangat, takut berat melebih-lebih, takut kena minum air gula. Kalau ikut timbang dekat rumah aku, berat dah 50kg, tapi bila timbang kat KK baru 48kg, lega sangat hari tu, dah terbayang air gula melambai-lambai for next checkup kalau aku tak kawal makan. Jadi sekarang dah kurang makan nasi, lebih sayur dan lauk, dan hari ni teramatlah teringin nak makan salad for dinner, tak sabar nak balik, cepatlah pukul 6. Nak makan brokoli krup krap krup krap..sedapnya. 

Hari ni demam dan air hidung meleleh bak air terjun, jadi boleh buat alasan takmo masak dan nak makan salad je kat suami..hehe. Suami, hari ni sila makan di luar. Oh satu lagi perut aku besar macam dah 5 bulan tau, rasa malu sangat nak jawab baru 3 bulan kalau orang tanya, tak sesuai dengan kebesaran perut, tipu boleh?? Seluar kerja tak boleh zip langsung, pakai baju kurung pun aku tak zip, cuma letak kerongsang je, pinggang kain tu pun dah sampai ke atas perut, tergantung-gantung kain macam nak harung banjir..sobsss. Aku nak update lain sebenarnya, tapi picture takleh upload, sakit hati aku, so Isnin baru update bergambar, tu pun kalau PC ni bekerjasamalah. Ok dah pukul 6, nak balik..bye



Eh dah boleh uploadlah, ngadelah PC ni aku dah nak balik baru bekerjasama. Hai suami mucuk macam bantal golek buat peluk2 dikala malam, dia pun demam jugak..hehe..saling jangkit menjangkiti tapi 2-2 tak MC hari ni, kengkonon rajin.



Wednesday, October 12, 2011

Buku Pink, Tag Hijau..arrrrghhhh

Aku dah buat, isnin baru ni, masa baby genap 13 minggu. Syukur alhamdulillah dah 3 bulan, pening dah kurang sikit, sebu perut pun dah tinggal manja-manja je. Tapi tetaplah tak larat nak layan suami, suami, sila layan diri sendiri, sampai En. Syg merajuk dan asyik cakap dia rasa macam orang bujang dan dia nak carik gf lain..apaaaaaa..gf lain..ololololo meh sini meh, cakap camtu je, melebar senyum dia..gataiii..nade-nade je daddy ni kan nak attention jek.

Aku buat buku kat KK Serendah, malas aku nak mengharung jem ke KK Puchong, dahlah orangnya berbulus-bulus. Mak mertua aku temankan, comel gila, walaupun dia baru baik demam, nak jugak temankan, berebut-rebut dengan adik ipar nak temankan. En. Syg kerja sebab Jumaat sebelum tu dia dah cuti pergi Penang. Sambil-sambil tunggu giliran, mak mertua aku usha tempat checkup baby, dia cakap "Kita kena tengok ni rin, nanti time kita nanti dah senang" Amboi excited, maklumlah cucu pertama dia. Nasib baik mak mertua temankan, takdelah aku boring sangat.

Part paling takut ambik darah, aku memang fobia dengan darah, seumur hidup tak pernah ambik darah, derma darah jauh sekali sebab berat tak pernah cukup. Aku punya takut sampai naik darah tinggi 140/90. Terkejut jugak bila nurse cakap "darah tinggi awak ni, awak berdebar-debar ke"...a'ah aku takut gila sebab lepas tu nak kena ambik darah, so nurse tu suruh ambik darah dulu, nanti baru repeat semula ambik tekanan darah.

Tapi kan..kan kannnn, ambik darah ni tak sakit lah, at least tak sesakit yang aku bayangkan. Aku bayangkan jarum dia besar, lepas tu dia sedut darah banyak. Memang aku tak pandang langsung, dah siap baru aku tengok, ohhh kecik je jarum dia..hehe, tapi kalau ko suruh ambik darah sekali lagi, tetaplah aku takut, aku takut sampai menangis masa En. Syg call. Lepas tu malam sebelum tu aku tak boleh tidur sebab takut, aku rasa tu pun satu sebab jugak kenapa darah aku naik.

Siap ambik darah, repeat balik tekanan darah, dah normallah..huuuuuu 120/80. Tapi tetaplah nurse tu nak letak jugak tag hijau, and sekarang ni selang 2 hari aku kena ambik tekanan darah kat mana-mana klinik and suruh doktor catit, 2 minggu dari sekarang kena pergi KK Serendah semula doktor nak jumpa..baiklahhh. Terbantut hasrat nak pergi private terus. Government ni best sebab checkup dia detail and nurse dia baiklah, tapi bab menunggu tu, masyaallah aku ni kurang sabar sikit. Bila En. Syg tengok buku pink government dengan buku pink private yang aku dah buat masa 2 bulan haritu, terus dia suruh checkup dengan KK sebab detail, private ni cincai-cincai sikit..oh maiiiiiiiii, merataplah daku sambil menunggu nanti, takpelah demimu nak, demimu.



Borang blood pressure yang perlu dipenuhkan, semalam dah buat, normal. Tu pun doktor tu asyik cakap, awak fikir benda lain eh sambil ambik bp aku..sebab aku kepoh cerita yang bp haritu aku nervous masa nurse ambik.

Thursday, October 6, 2011

Goodie Bag

Ok, ok lepas ni tak update cerita kahwin dah, ni yang last ok. Semalam aku sihat, so rumah memang licin ku kerjakan, habis pinggan mangkuk aku basuh, baju semua aku susun cantik, sebelum ni En. Syg campak, aku campak, dia kubar aku pun kubar jugak, tunggang terbalik bilik, baju merata-rata, tak berlipat, lipat terbalik, yang lembab, baju tak basuh dimana-mana, tapi sebab semalam sihat and dah lama ku tahan mata ini, akhirnya bilik cantik meletup, bahagia rasa. Dah lama tak rasa sihat, alhamdulillah, sekarang dah makin ok sikit, walaupun weng-weng tu ada lagi.

Cerita goodie bag, akak aku suka, dia kata senang dan jimat, isi dalam di sponsor Ma aku. Bahulu, sumi dan 2 jenis kerepek kot, ntah aku rasalah. Pengantin tak tau sebab pengantin sibuk dengan handbouquet, baju pengantin, bilik pengantin, inai, bunga telur, pelamin dan segala-gala yang berkaitan dengan diri sendiri sahaja..haha selfish gila. Goodie bag, korang bungkus ai nak buat tak tau je, ai bz okeh. Gila bengang adik beradik aku..hoii ai pengantin, takkan semua ai nak buat, begitu kau. Aku dah buat siap-siap goodie bag ni, diaorang tinggal isi barang dan stapler kan je doily paper beriben biru dengan paper bag putih tu. Senang je kan.



Ni kepalanya, jenuh aku mengentel 500 riben and tampal dekat doily paper



Masuk barang, stapler, siap


Cop tu pun aku cop siap-siap

Selesai sudah cerita kahwin, lepas ni boleh cerita hal lepas kahwin pulak. Ok, bai.

Wednesday, October 5, 2011

Bilik Pengantin

Salam semua, dah lama gila tak update. Kesihatan tak mengizinkan, kalau aku ok, aku buat kerja laju-laju, kalau tak ok, aku melepek je kat office ni, so manalah ada masa nak update, tapi hari ni ok dan tengah tunggu system update, so boleh update blog jap. Dah dekat 4 bulan kawen, dah nak beranak pinak dah, entry kahwin tak habis-habis..haha, tapi tak kira nak update jugak. Kali ni nak tunjuk bilik pengantin kat rumah mertua je lah, sebab aku lupa ambik gambar bilik pengantin kat rumah sendiri. Actually En. Syg surprise kan aku, 2-3 hari lepas majlis kat Temerloh, kitaorang balik Rawang, tiba-tiba je tengok rumah dia dah extend, ada bilik baru buat..suka mak tauu.




Gile lambat nak upload gambar, so aku letak 2 ketul ni je lah eh, berbulu dah ni menunggu. Entry pendek je, esok kalau sihat aku update lagi so doakanlah aku sihat-sihat je. Btw baby dah 3 bulan, nak pergi buat buku pink kat government, aku nak ambik cuti buat buku pink kat Serendah, sebab kat Subang ni mana ada Klinik Kesihatan, kalau ada pun nun di Puchong, tak kuasa nak mengadap jam, dah lah orang pun berbulu-bulu kat situ, aku sejak azali memang takde kemahiran menunggu lama-lama, boleh membuatkan aku naik darah, so lepas dapat buku pink aku pergi check up kat private jelah, buku pink buat syarat, tapi sampai sekarang still confuse nak bersalin kat mana. En. Syg kata dia ikut je, private ok, government pun ok, tapi family mertua suruh government, nak pulak adik ipar aku doktor kat Hospital Selayang, dia pun suruh beranak government, aihhhh confuse.