Klik Jommm

Friday, December 9, 2011

Mee goreng mamak



Hari ni En. Syg MC, ada appointment dengan doktor. So pagi tadi sempat touching-touching dengan dia, pergi kerja dengan perasaan yang bergumpal. Dalam pukul 9 lebih tetiba call cakap nak hantar mee dia masak, terus sejuk hati. Lagi sedap dari kuay teow hari tu..huuuuu

Thursday, December 8, 2011

Masterchef saya

Kebizian melanda, tapi nak jugak update. Asyik entry masak jek, naik bosan dah korang, aku pun dah bosan, tapi lately, memang hidup aku membosankan, duduk di rumah je, tak kemana-mana, nak update hari ni, korek cerita semalam, kalau semalam buat rutin sama je, memang tak boleh nak update, tak de cerita.

Semalam En. syg bersemangat waja nak buat Kuay Teow goreng, semangat sampai dia tengah drive pun asyik call aku berkali-kali tanya,

"dah blend cili?" 
"udang ada beli tak?" 
"kalau awak nak beli kerang boleh juga"
"belikan saya kicap cair"
"tolong keluarkan kuay teow dari peti"
"ada tak beli daun kucai"
"nanti rebuskan udang half cook eh"

eh, nak tunggu dia sampai tu memang berpuluh-puluh kali dia call, dia cakap excited..bahaha. Sebab first time nak buat kuay teow sendiri. Asal sampai traffic light je call, asal jammed sikit je call, terganggu chef assistant ni nak sediakan bahan tau.




Sampai rumah, tukar baju, masterchef pun bermula

Hoi, tunggang langgang dapur

"Syg, saya masak asing-asing, saya buat untuk satu orang makan, satu orang makan eh, nak test dulu"

"Iye, baiklah"



Macam sedap, macam je baru. Aku tengok je dia masak, biarkan aje



Bersepah sekali, first attempt, terhangit, kulat-kulat muka isteri kena makan, tawar pulak tu. Second attempt, ok sikit, still tawar. Third, aku suruh buat basah sikit, aku tabur garam, baru ok rasa dia, tengok isteri jugak kena campur tangan.

"ish, yang third ni sedaplah sayang, boleh buka kedai ni, cepat syg cakap jujur, sedap ke tak"

Serba salah aku.."mmm..bolehlah, tapi tak boleh buka kedai lagi, tak laku, sendiri makan boleh..hehe"

Lepas makan, baby bergolek-golek "baby suka sebab daddy masak sedaplah tuu" 

Cis perasan!


Wednesday, December 7, 2011

Mashed Potatoku

Hari ni bakal bz, so update secara laju, semalam aku berjaya buat mashed potato, first time nih. Tu pun taklah menjadi sangat, tapi bolehlah. En. syg takde, dia dinner dengan budak sekolah dia, ex-student Alam Shah ni romantik gile eh, siap ada anniversary dinner..haha. 6th Dec genap 15tahun diaorang jadi student Alam Shah, boleh?? Yang tak menahan tu student Alam Shah kan semua lelaki, romantis betul diaorang nih. Takpe suami takde, boleh buat makanan kesukaan sendiri je.

Eh, jom cite pasal mashed potato, yang pandai buat mashed potato ni En. Syg, aku tak pernah buat, so call dia tanya resepi and google jugak

Jom tengok resepi


Garam sikit, susu lemak-lemak sikit, potato, bawang putih, pepper, tu yang aku ada

Yang aku takde: butter and mayonis, takpe untuk mulut sendiri takyah proper sangat, dah pergi kedai dekat rumah tapi takde, malas nak pergi beli tempat lain.


Pastu rebus kentang sampai empuk, campak sekali bawang putih dengan garam sikit dalam periuk 



Blend (better lenyek je, so takdelah blender terpaksa berkerja keras, macam nak meletup blender aku semalam, so terpaksa letak susu banyak sikit, mashed potato jadi lembik..sobss) kentang yang dah direbus, masuk susu sikit, butter, mayo, pepper, air takmo eh. Siap!

Jom buat gravy pulak


Sos tiram, kicap adik manis satooo, BBQ sos (aku takde..sobss) black pepper yang biji tu, takmo yang halus-halus, tepung jagung, bawang putih

Cincang bawang putih, tumbuk black pepper kasi pecah, jangan banyak sangat black pepper, (aku pakai yang instant je), tumis, lepas tu tuang sos tiram, kicap manis sikit, BBQ sos,lepas tu masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air, kacau jangan kasi berketul. Siap!

Hoi senangnye, tapi sedap ke tak Cik Erin?


Macam rupa dodol, lepas tu gelabah sendiri, tambah air takmo kasi pekat sangat, rasa ok, tapi rupa hampeh



Walaupun ok-ok je, habis jugak dimakan, lepas ni kena beli barang lengkap, baru syiookk ooo

Tuesday, December 6, 2011

Magazine ibu ibu

Hoi, bz gilelah sekarang, nak update memang tak sempat, ni pun curi-curi jek. Kerja beratur menunggu giliran, nasib baik setiap kerja ada commission, tu yang buat semangat sikit, walau kekadang pening jugak, tapi bila memikirkan duit mengalir masuk, huii bahagia.
Ok, mari cerita pasal magazine ibu-ibu mengandung, orang dulu-dulu tak macam kita, banyak info pasal pregnancy boleh dapat especially thru internetlah kan. Tapi kalau tak baca magazine ibu-ibu ni macam tak lengkap pulak, tapi kalau ko terlebih baca pun bahaya jugak, sebab bila too much info ko akan jadi takut, makan ni tak boleh, makan tu tak boleh, kalau ko makan anak ko akan jadi begini2 atau begitu2. Macam pagi tadi baru terbaca fluorida adalah bahaya untuk ibu mengandung, nanti anak cacat..ehhh, kose aku, semua pun tak boleh, mak kita dulu boleh je, sihat walafiat je anaknya. Orang yang buat iklan pun agak-agaklah, punyalah nak bagi laku produk dia, siap buat statement camtu, menakutkan ok. Kekdahnya orang sekarang apa pun tak boleh, makan ikan tenggiri pun tak boleh, aku tanya mak mertua, dia kata dia ok je dulu, boleh je makan. Ntah tak paham, nasib baik aku tak suka sangat ikan tenggiri. Itu info yang aku dapat dari magazinelah. Kadang-kadang bila terbaca, baru recall balik "eh, alamak hari tu aku ada makan la" pastu mulalah risau..haishhh. Yang penting sebenarnya doa banyak2 dan tawakal jelah. Baru-baru ni jugak terbaca, kalau ko pregnant baby boy, tak boleh pakai perfume, sebab takut anak ko ada masalah kesuburan..hoii choilah, takkan nak biar ketiak berkerak bau dek orang pulak..memacamlah. Eh, info aku bagitau korang ni dah buat korang takut ke? hehe

Kalau cakap pasal magazine ibu-ibu ni, of courselah ko akan ingat PaMa kan, tulah magazine paling glamer pun, tapi kalau magazine glamer2 ni, iklan dia pun aduhaiiii lagi banyak dari info. So, aku baca magazine ni....



 Ok, En. Syg yang beli tetiap bulan, aku baca je, masa mula-mula pregnant kan bulan puasa, tetiba je En. Syg balik bawak Mami Baby, cover dia Sheera ngan baby dia. 5 bulan, 5 mag.




Ni keluaran Disember, comel kan budak ni, rasa nak tenung hari-hari. "baby, baby laki ke pompuan?" Dapat baby girl, comelnye la haiii, eh tak kisahlah. Ok, nak balik, nak buat mashed potato hari ni, teringinnnnnnnn sangat. Bye


Friday, December 2, 2011

Stretchmark cream saya

Bila blogwalking semua orang cerita pasal persiapan barang baby, beli baju, beli lampin, beli kasut..huiii seronok. Aku?? satu pun tak beli lagi, bukan tak excited, excited tapi insyaallah, panjang umur, murah rezeki bulan ni aku dengan En. Syg akan pindah rumah sendiri. So, takmo la kalut nak pindah rumah, kalut beli barang baby, nak mengangkut sana sini payah la pulak, dah elok settle pindah rumah, baru nak start kumpul barang baby tu pasal sekarang tak sabar nak pindah, baju baby melambai-lambai mintak dibeli..haha. 

Excited diam-diam, semalam pergi Mydin USJ beli barang dapur, saja lah singgah tempat baby, saja feeling-feeling sendiri tengok baju, tilam, seronoknya..tak sabar nak beli, dah beli nanti mesti hari-hari duk cium baju baby je kan, psycho gila serius tak sabar nak scan minggu depan nak tau gender

Ok sekarang nak cerita pasal stretchmark cream, dulu masa belum kahwin, bila tengok officemate pregnant, siap bagitahu dia, nanti belilah Bio Oil, elok untuk stretchmark, wahhh orang lain pregnant ko lebih-lebih pulak kan, takdelah aku tolong dia je, sebab dia tau aku banyak baca blog, so taulah sikit-sikit pasal pregnancy ni. 

So bila masa sendiri pregnant, dalam sebulan lebih tu aku dah sibuk survey pasal stretchmark cream, aku terbaca dalam suratkhabar pasal Pureen stretchmark cream ni, sebab kat iklan tulis ada cocoa butter, shea butter, collagen kejadah-kejadah, En. Syg nak belikan Bio Oil aku taknak, nak jugak yang Pureen ni, ke hulu ke hilir cari kat butik baby, tak jumpa. En. Syg suggest yang lain pun tak mau, dia cakap aku adalah perempuan yang selalu terpengaruh dengan iklan..mana adee ohhhh. Akhirnya En. Syg jumpa dekat Guardian (eh tapi semalam dah jumpa dekat Mydin, harga RM28++) dan dia belikan, masa tu baru pregnant sebulan lebih, perut aku oversize, sebulan lebih pun dah besar, so aku start apply stretchmark cream ni dari awal pregnant sampai sekarang dengan harapan tak wujudlah stretchmark kat perut aku ni, sampai sekarang hari-hari suh En. Syg tengok perut kotlah ada stretchmark yang aku tak nampak, alhamdulillah takde lagi.

"Tapi kat bon-bon ada selulit sayang..1..2..3" gigih kira selulit kat bon aku

"Tak payahlah kira!"

Pastu dia mintak stretchmark cream aku nak sapu kat bon, aku taktau la berhasil ke tak stretchmark cream ni dekat selulit..haha 



 Baru sebotol tak habis-habis, asyik lupa je nak sapu 2x sehari, kadang sapu sekali je, kadang lupa langsung.


Thursday, December 1, 2011

of being sick

Hai everyone..ceyyy ceyyy speaking pulak dia. Eh, tak..tak, dah sihat dah pun, cuma minggu ni tak tau nak update apa, sebab minggu lepas tak sihat dan duduk dirumah saje, kalau nak merepek tak tentu hala ni, tak retilah eh, bukan selalu buat ke?. Ahad malam tu aku memang tak boleh tidur langsung, tiba-tiba sakit perut memulas, lepas membuang, tiba-tiba pulak muntah, habis semua nasi goreng pattaya keluar. Siap muntah mengadu kat En. Syg, dia cakap biasalah tu sambil mamai..boleh?. Aku tak boleh tidur lagi sebab perut tak sedap, lari pergi toilet sekali lagi, muntah 3 kali, pun keluar nasi goreng pattaya lagi, hoi banyak betul aku makan, asyik keluar nasi je. Bangun pagi tu En. Syg gorengkan paratha, aku makan sikit, minum air masak sikit, muntah lagi, habis semua paratha keluar. En. Syg ajak pergi klinik, klinik penuh dengan budak nak sunatlah pulak, terpaksa pergi klinik lain kat Rawang, dahlah pening naik kereta, sampai klinik doktor check lebih kurang, dia kata banyak angin. 

Balik rumah sebelum makan ubat, aku makan roti sekeping dengan air masak sikit, muntah lagi keluar habis roti semua. Lepas makan ubat aku tidur, tengahari mak mertua buat bubur nasi untuk aku, aku paksa diri makan semangkuk sebab lapar sangat. Habis makan baru je masuk bilik, muntah habis bubur semangkuk, gila tak larat. Aku terbaring tidur sepanjang hari, En. Syg baik betul, aku order je dari katil, selamat semua sampai, aku jerit je suruh picit, sambil tengok bola pun dia boleh lari masuk bilik picitkan aku...siap mandikan, sabunkan, syampukan, lepas tu ambik gambar aku terbaring, dia cakap boleh masuk blog, motif sangat nak upload gambar sendiri berkain batik, muka sememeh macam orang baru lepas pantang kan..hehe. Masa terbaring tu asyik terfikir, ni baru sakit macam ni pun aku rasa dah tak larat, kalau bersalin nanti boleh ke? Serius takmo fikir, nak doa yang baik-baik je, moga smooth semuanya. Dah tu je nak update, annoying gile kan update pasal sakit sendiri..bye


Friday, November 25, 2011

Tengok bola

Huiiii bz gilaklah minggu ni. Ni pun tengah bz, tapi sempat lagi taip-taip blog..hehe. Ni cerita hari Isnin lepas masa tengok Malaysia lawan Indon for Sukan Sea, eh, dah dekat seminggu baru hegeh-hegeh nak update, orang lain update sepantas kilat kan, aku update macam semut.

Petang Isnin tu, tengah sibuk fikir-fikir nak masak apa for dinner, En. Syg call bagitau member sekolah dia ajak makan di rumah. Wooo weee, tak payah masak, seronok. Lepas balik kerja, En. Syg terus ambik aku kat rumah.



Tuan rumah baju biru yang berdiri, yang lain tu semua member sekolah En. Syg, semua datang bawak isteri masing-masing, anak-anak je belum ada lagi, semua pun pengantin baru..ewahhh, aku sorang je yang dah pregnant. Kesian tengok isteri tuan rumah, kitaorang tengok bola, dia asyik berulang alik ke dapur je, balik kerja terus masak.



Tuan rumah masak lamb dengan mint sauce, sedapppppppppp, teringat-ingat. Lepas tu masing-masing bawak pizza ngan sate, En. Syg bawak jajan je. Aku?? bawak perut..hehe.

Orang lain tengok bola sungguh2, En.Syg asyik suruh aku pejam mata, takut aku stress, dia kata nanti baby pun stress..haha..tak kira nak tengok jugak, walaupun kekadang stress sampai tarik-tarik rambut suami..hehe, En. Syg menahan je.



Aku makan tak sudah-sudah, masa balik tu pun tak puas lagi makan, tapi seganlah pulak, orang lain tengok bola, aku dok ulang alik ambik makanan depan diaorang, pipi aku tak cembong macam tu, tu sebab En. syg nak ambik gambar, aku simpan sate kat pipi, owhhh berat dah 52.5, tak pernah seumur hidup berat naik cecah 50kg..rasa syok pulak tengok badan berisi je, dulu kurus kering.

Apepun, tahniah Harimau Muda, mak vangga ngan uolsss *tetiba*. Para suami menjerit sampai kena sound dengan orang sebelah rumah..huuu. Nasib baik tak kalah, kalau kalah aku stress seminggu, sebab tu aku tak suka tengok Malaysia lawan ni, kalau kalah seminggu aku kuciwa, teringat-ingat, terkenang-kenang, termimpi-mimpi..dahsyat aku ni, emo sangat.