Klik Jommm

Friday, December 30, 2011

Durian ohhh

Sekarang kan musim durian, aku pulak memang suka makan durian. Balik Pahang minggu lepas otw dalam kereta, En. Syg duk sebut-sebut nak makan durian. Yang aku tak faham dia ni, bila ayah dia beli kat rumah, takde pulak dia nak makan, bila takde tu yang dia teringin. Kitaorang balik minggu lepas pun sebab nak pergi kenduri kahwin ex-housemate En. Syg kat Felda Purun, so otw ke Felda Purun tu nampaklah banyak gerai durian, singgah sekejap, kitaorang pilih gerai Melayulah, nak pulak kakak yang jual tu tengah pregnant.



Sekilo 3 ringgit, murah gila kan, tapi durian kampunglah, isi dia pun lembik-lembik je





Dia cakap dia jual murah sebab dah banyak sangat durian



Otw balik Subang, banyak pulak jumpa gerai jual durian tepi LPT highway, En. Syg pun berhenti lagi, this time tak taulah durian jenis apa, tapi sekilo RM12, kitaorang ambik sebiji je, sebab nak makan berdua je pun



Ni dapat RM15, tebal gila isi dia, lemak pulak tu..sebiji ada 6 ulas je, aku makan 2 ulas, tak berani banyak2






Orang puas hati dapat makan durian sedap, berkali-kali cakap puas hati

**Entry pendek, sebab nak rush balik, Happy New Year everyone


Thursday, December 29, 2011

Pengidaman Hari Ini


Hari ni teringin nak minum bandung cincau, teringat-ingat minggu lepas ada beli bandung cincau lemakkkkkkk je rasa dia. Dari pukul 12 tadi dah, mula-mula aku buat tak tau, malas nak menapak punya pasal (lunch hari ni officemate tolong tapaukan) tapi sampai pukul 4 ni asyik teringat je. So terkedek-kedeklah aku sorang pergi beli bandung cincau sambil membawa pinggang yang sakit ni. Sampai USJ Murni (restoran dekat office aku) 

"cincau takde kak"

Dahlah penat aku berjalan, nak tak nak terpaksalah jugak beli air bandung je, boleh tahan lemak jugak rasa dia, kalau ada cincau ni lagi umpphhh. Aku ni jarang sangat mengidam yang teringat-ingat berhari-hari kalau tak dapat. Macam minggu lepas aku teringin nak minum Coolblog Chocolate, tapi malas nak pergi Mydin nun semata nak beli Coolblog. Aku pesan je kat En. Syg, tapi bila mengenangkan dia balik jauh-jauh dari Damansara, mengadap jam lagi, sampai umah pun dah dekat pukul 9, aku cakap dengan dia, takpelah aku tunda je pengidaman aku, dapat pulak laki lurus macam tiang, dia cakap "OK". Walaupun dalam hati, sweetnya lah kalau tetiba dia bawak balik Coolblog tu eventhough aku cakap tak payah. Kalau aku cakap camtu kat dia, mesti dia cakap 

"Perempuan ni complicated la, nak cakaplah nak, tak nak cakap taknak, ni mulut cakap lain, hati nak lain..ishhh tak faham"..haha

dan sampai hari ni pun aku belum minum lagi Coolblog tu, dah lupa dah.

Terima Kasih Ayah

Minggu ni first week duduk rumah sendiri, jadi paham-paham sajalah macamana keadaan rumah aku sekarang. Tunggang-langgang macam kapal karam, kitaorang tidur pun dalam timbunan kotak dan beg, tak sempat lagi nak mengemas. Hari Isnin hari tu kitaorang decide angkat semua barang dari rumah sewa di Subang, so secara rasminya aku sekarang penduduk Bukit Jelutong. Tak boleh lagi nak sambung tidur lepas Subuh, macam masa duduk di Subang dulu, sekarang gigih menghadap jam sebelum sampai office, nak-nak pulak jam depan Summit USJ, subhanallah, saboooorrr jelah. Masa bujang dulu, jalan kaki je pergi office, dah kahwin pindah USJ16, kena drive pergi kerja, 5-6 minit dah sampai office, takde jam, takde tol. Sekarang, tengah belajar jalan mana yang tak jam time pergi dan balik, tengah try and error. So hari ni takmo ikut depan Summit lagi dah, nak ikut jalan lain pulak.

Sekarang jugak busy membeli barang rumah..sobss..sobbss..habis duit, so untuk permulaan ni, beli barang basic jelah dulu. Fridge, washing machine and katil, yang lain tunggu lepas baby lahir, kang tak berbaju pulak anak aku. Kesian agaknya tengok anak menantu bergolok-bergadai nak beli barang rumah, pak mertua dengan baik hati menghadiahkan fridge sempena masuk rumah baru, laju je kitaorang berdua tuju Harvey Norman kat Citta Mall beli fridge idaman hati.



Bye-bye mini bar, sempat pakai 3 bulan lebih je, lepas ni nak lantingkan kat adik ipar 



Fridge idaman En. Syg, dia kata nak kaler yang pelik, takmo silver, aku ikutkan aje. Thank you Ayah, bila tengok fridge, teringat ayah, bila tengok ayah teringat fridge..boleh?

"Ayah, washing machine pulak cane?"
Pangggg!!!

Tuesday, December 27, 2011

Western dinner

Hari tu teringin sangat nak makan mashed potato lagi, kebetulan pulak En. Syg half day, so aku suruh dia buat mashed potato, bila fikir-fikir..hmmm takkan nak makan dengan nasi, ok kita buat grilled lamb, first time nih. Balik kerja berdesup aku singgah Mydin, beli barang, balik laju-laju sebab lapar. Sampai rumah nampak suami tengah terbaring menonton tv dengan senang hati lalu berkata "saya tunggu awak balik, baru nak buat mashed potato, tak seronok masak sorang-sorang" Ya Rabbi, aku punyalah lapar, ingatkan sampai rumah bolehlah makan mashed potato dulu, alih-alih siapa yang campur tangan dalam pembuatannya..ye aku jugak, nasib suami ambik alih grill lamb.





This time aku tak blender, main lenyek-lenyek je, takut cair sangat macam hari tu






Sayur-sayuran rebus



Macam rentung je kan..tapi sedaplah sangat, aku beli yang togel saja, tak beli yang marinate pun, makan dengan mint sauce..huiyooo. Daging ni ko sapu dengan butter and garam sikit, lepas tu letak dalam pan macam ni. Gambar mint sauce lupa nak ambik.




Boleh makan, En. Syg terlompat-lompat kesedapan..haha, serius aku gelak guling-guling. Punyalah dia seronok, sebab lamb ni memang favourite dia.


Friday, December 23, 2011

Thank you Sayang

En. Syg paling suka online shopping. Dia kalau boleh semua nak beli online, barang baby pun suruh beli online, tapi aku tak puas hati kalau tak boleh tengok dan pegang. Sampai satu tahap almost everyday ada je parcel sampai kat office aku, sampai aku cakap dengan dia..udah-udahlah tu banggg, dah banyak sangat ni, jimat simpan duit pulak. So baru-baru ni bila dah start bayar rumah, dia pun stop online shopping. Tapi semalam ada parcel baru sampai kat office aku



Hmmm..



All about my 1st Year, hari tu baru je terbaca pasal buku ni kat blog Kak Mimi (mimiziouslicious), bila aku tanya En. Syg, dia cakap dia beli kat Milkadeal RM37++ tambah posting RM8.00 and dia dah lama usha buku ni since Abg Nara buat teaser, siap cari kat Ebay lagi. Kira nak buat surprise la kat aku kononnya. Ye, saya surprise semalam, tiba je ada parcel besar gabak sampai. TQ sayang



Eh, ni bagi kat baby ke bagi kat maknya?

Buku ni hardcover, so ko boleh update pasal baby dari hari pertama dia lahir sampailah dia umur setahun, lepas tu simpan bertahun-tahun, bila anak dah pandai membaca baru ko bagi dia. Jangan ko bagi masa dia baby, nanti penuh kesan gigitan je, takpun dia menangis tertimpa buku, buku ni besar.




Boleh letak gambar jugak


Ok, gi usha Milkadeal sekarang, sebab original price dia RM49.95. Tapi aku tak tahulah promo ni ada lagi ke tak. Selamat hari jumaat, esok nak balik Temerloh..yeay yeay

Thursday, December 22, 2011

Nasi Ayam buatan sendiri

yang sedap..eh. Masa birthday Sultan Selangor hari tu, Isnin kan cuti, En. Syg kerja kat KL, so dia tak cuti. Takut bosan duduk kat rumah sorang-sorang, aku hangkut adik dari UiTM Shah Alam dengan tujuan ajak dia buat nasi ayam sesama. Buat sorang-sorang tak seronok. So aktiviti di waktu pagi selepas En. Syg pergi kerja adalah ke Mydin USJ, beli barang dapur



pilih-pilih bawang nak buat bawang goreng

Dah siap beli barang semua, chalooo kita bergerak balik, kang lambat lak boleh lunch.


Otw nak g parking, nampak pulak CoolBlog, kesian aku tak pernah pun minum benda alah ni, so Kak cik belanja :D senyum gumbira


uishhh sedap ghopernya (maklumlah orang kampung, baru nak belajar minum air orang bandar)

Ni first time sebenarnya aku nak buat nasi ayam, tak pernah buat. So lepas google resepi, baca lebih kurang, call Mama pulak tanya resepi dia, ingat-ingat lupa lebih kurang. Ok mulakan


Memula rebus ayam, disebabkan periuk yang sedia ada kat rumah kecik, terpaksa keluarkan periuk kesayangan, sayang gila periuk kaca ni, lepas buat nasi ayam terus simpan balik. Orang jakun dapat benda mahal sikit, memang macam tu.

Lepas tu buat sup, masak nasi, buat bawang goreng, potong daun sup, goreng ayam and buat sambal..heee lupa nak ambik gambar, alah korang mesti hebat punya buat nasi ayam kan. Senang je rupanya buat nasi ayam ni, En. Syg pun cakap sedap for first timer macam aku, kira oklah tu kan. Ok lepas ni nak belajar buat laksa pulak.

Lama jugaklah aku berdiri tepi dapur sebab banyak sangat eh nya..baru nak belajar kan, sampai naik cramp kaki, lepas makan terus berdebuk tidur, adik aku yang mengemas, tak dapek la nak nolong.



Wednesday, December 21, 2011

Pakar Sambal

Dah lama sangat tak update blog, Isnin bz, semalam cuti pergi check up n minum air gula, berharap sangat nurse kat KK tak call aku, takut ok kalau ada diabetes. Sekarang Sabtu Ahad bz berpindah, nak patah pinggang aku mencuci rumah, En. Syg pulak demam selesema. Olololo, masa nak pindah ni lah dia nak demam, maka nak tercabut pinggang ibu mengandung ni menyapu sawang, menyapu sampah, mengelap lantai, mengemas dapur. Dia adalah jugak tolong, tolong mop 3 bilik, lepas tu angkat barang berat, sambil sesekali menyedut hingus..yikesss. Ok, cerita pindah lain hari eh, panjang ceritanya, penat tapi happy dah boleh duduk rumah sendiri.

Hari tu En. Syg ajak member dia main golf di Serendah, so secara tak langsung, lunch kenalah buat, awal-awal lagi member dah pesan nak makan kat rumah mertua. Family mertua aku ni memang excited meraikan tetamu, kalau ada tetamu datang, dia punya bersungguh masak tu memang tak boleh lawan. Aku ni pulak segan sikit nak masak kat rumah mertua, yelah tak sampai hati nak bagi pak mertua makan masakan aku, kang kalau tak sedap, cane? So selalunya aku tolong sikit-sikit je, this time kena buat 3 jenis sambal, ohhh aku suke sebab boleh duduk bersila, tak payah ke hulu ke hilir.



Sambal kuini, faveret satu rumah, kalau dapat sambal ni makan nasi seperiuk pun tak perasan..sedapppp



Sambal tempoyak, aku tak suka



Sambal belacan in progress, lepas dah siap lupa nak ambik gambar



Workstation, 3 sambal kenalah ada workstation ye tak..haha, menumbuk sambal sambil hadang muka pakai tutup mangkuk kaca, takut sambal masuk mata.



Dah terhidang

P/S: hoiii bila lah nak dapat lesung batu sendiri..asyik lupa je nak cari, skang bz cari barang rumah, lepas settle barang rumah, bz nak cari barang baby pulak, sape nak tolong carikkan lesung batu?? En. Syg takmo lesung yang kaler putih tu, sebab dia takut sambal tercampur dengan debu batu. Jenuh dah aku cari kat Subang ni, taktau lah kat mana ada jual lesung macam mak-mak kita tu.