Klik Jommm

Thursday, December 22, 2011

Nasi Ayam buatan sendiri

yang sedap..eh. Masa birthday Sultan Selangor hari tu, Isnin kan cuti, En. Syg kerja kat KL, so dia tak cuti. Takut bosan duduk kat rumah sorang-sorang, aku hangkut adik dari UiTM Shah Alam dengan tujuan ajak dia buat nasi ayam sesama. Buat sorang-sorang tak seronok. So aktiviti di waktu pagi selepas En. Syg pergi kerja adalah ke Mydin USJ, beli barang dapur



pilih-pilih bawang nak buat bawang goreng

Dah siap beli barang semua, chalooo kita bergerak balik, kang lambat lak boleh lunch.


Otw nak g parking, nampak pulak CoolBlog, kesian aku tak pernah pun minum benda alah ni, so Kak cik belanja :D senyum gumbira


uishhh sedap ghopernya (maklumlah orang kampung, baru nak belajar minum air orang bandar)

Ni first time sebenarnya aku nak buat nasi ayam, tak pernah buat. So lepas google resepi, baca lebih kurang, call Mama pulak tanya resepi dia, ingat-ingat lupa lebih kurang. Ok mulakan


Memula rebus ayam, disebabkan periuk yang sedia ada kat rumah kecik, terpaksa keluarkan periuk kesayangan, sayang gila periuk kaca ni, lepas buat nasi ayam terus simpan balik. Orang jakun dapat benda mahal sikit, memang macam tu.

Lepas tu buat sup, masak nasi, buat bawang goreng, potong daun sup, goreng ayam and buat sambal..heee lupa nak ambik gambar, alah korang mesti hebat punya buat nasi ayam kan. Senang je rupanya buat nasi ayam ni, En. Syg pun cakap sedap for first timer macam aku, kira oklah tu kan. Ok lepas ni nak belajar buat laksa pulak.

Lama jugaklah aku berdiri tepi dapur sebab banyak sangat eh nya..baru nak belajar kan, sampai naik cramp kaki, lepas makan terus berdebuk tidur, adik aku yang mengemas, tak dapek la nak nolong.



2 comments:

  1. nasi ayam sedap..mmg mknn kegemaran kuarga saya,,sama la dgn laksa tp nak buat laksa leceh dan remeh la..nak mkn 2 org mmg penat je nnt..tp sejak ngandung loya dengan ayam..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. yaati: sy fav laksa, tp bila pregnant, bau kuah laksa pun loya, cane nak makan..huhu

    ReplyDelete