Dah lama sangat tak update blog, Isnin bz, semalam cuti pergi check up n minum air gula, berharap sangat nurse kat KK tak call aku, takut ok kalau ada diabetes. Sekarang Sabtu Ahad bz berpindah, nak patah pinggang aku mencuci rumah, En. Syg pulak demam selesema. Olololo, masa nak pindah ni lah dia nak demam, maka nak tercabut pinggang ibu mengandung ni menyapu sawang, menyapu sampah, mengelap lantai, mengemas dapur. Dia adalah jugak tolong, tolong mop 3 bilik, lepas tu angkat barang berat, sambil sesekali menyedut hingus..yikesss. Ok, cerita pindah lain hari eh, panjang ceritanya, penat tapi happy dah boleh duduk rumah sendiri.
Hari tu En. Syg ajak member dia main golf di Serendah, so secara tak langsung, lunch kenalah buat, awal-awal lagi member dah pesan nak makan kat rumah mertua. Family mertua aku ni memang excited meraikan tetamu, kalau ada tetamu datang, dia punya bersungguh masak tu memang tak boleh lawan. Aku ni pulak segan sikit nak masak kat rumah mertua, yelah tak sampai hati nak bagi pak mertua makan masakan aku, kang kalau tak sedap, cane? So selalunya aku tolong sikit-sikit je, this time kena buat 3 jenis sambal, ohhh aku suke sebab boleh duduk bersila, tak payah ke hulu ke hilir.
Sambal kuini, faveret satu rumah, kalau dapat sambal ni makan nasi seperiuk pun tak perasan..sedapppp
Sambal tempoyak, aku tak suka
Sambal belacan in progress, lepas dah siap lupa nak ambik gambar
Workstation, 3 sambal kenalah ada workstation ye tak..haha, menumbuk sambal sambil hadang muka pakai tutup mangkuk kaca, takut sambal masuk mata.
Dah terhidang
P/S: hoiii bila lah nak dapat lesung batu sendiri..asyik lupa je nak cari, skang bz cari barang rumah, lepas settle barang rumah, bz nak cari barang baby pulak, sape nak tolong carikkan lesung batu?? En. Syg takmo lesung yang kaler putih tu, sebab dia takut sambal tercampur dengan debu batu. Jenuh dah aku cari kat Subang ni, taktau lah kat mana ada jual lesung macam mak-mak kita tu.
gadis baru jugak pindah rawang ni...=)
ReplyDeletetatau pun dah pindah? *sentaps* so bila lah officially move out ke rumah baru? lesung batu boleh di cari di pasar malam atau pun kedai hardware. selamat mencari. :)
ReplyDeletegadis: rawang tu rumah mertua saya, sy skang duk subang, duk rawang katne?
ReplyDeletesira chan: huitt..baru pindah baranglah, orangnye blum, ada lagi ni hah kat block c..meh2 dtg umah..hehe barang dah sehelai sepinggang baru nak ajak datang..huhu
meleleh air liur tgk sambal kuini tu...sobs
ReplyDeleterina: hee sedap kan
ReplyDeletekita ada lesung batu, tapi pakai setahun 2, 3 kali je. zaman sekarang semua pakai blender. Beli bullet blender tu, buat sambal belacan pon pakai blender.
ReplyDeletePemalas lah katakan..heheee