Klik Jommm

Wednesday, December 4, 2013

Pecal

Salam,

Korang pernah makan pecal? Alaaa makanan jawa yang semuanya sayur tu, kalau korang tak suka sayur confirm korang tak pernah makan. Aku ni nasib baiklah dari kecik Pa aku suka paksa makan sayur, so bila dah besar, kebanyakan sayur aku memang boleh makan dan suka, ada jugaklah yang aku kurang suka, tapi masih boleh makan. Dalam family aku, pecal ni biasanya Ma aku akan buat masa bulan puasa je, itu pun request dari Pa, dan selalunya aku memang tak makan sangat sebab ntahhh, bila aku tengok..hmmmm macam tak sedappp jeee.

Baru ni kan MIL aku pergi Perak, so tinggallah aku, En. Syg and pak mertua je dirumah. Pak mertua aku ni rajin sikit bab dapur, dia cakap dia teringin nak makan pecal, so dia ajak En. Syg buat pecal..muahahahaha, dia ajak anak dia buat pecal ok, dia tak ajak pun menantu ni buat (kihkihkih menantu plan dalam otak, masa diaorang buat pecal nanti aku nak tidur dengan Aish laa..wahaha) Eh tapi memang betul kebetulan time tidur Aish, so aku buaikan dia sampai aku pun tertidur, sedar-sedar En. Syg kejut ajak makan.













Masa aku makan ni, En. Syg dengan Pak Mertuaku dah siap makan, tapi aku tengok kemain kemas sayur tu, macam takde kesan kena godak pun (ye lah kalau dah makan, confirm la sayur tu bersepah sikit kan) Bila aku tanya En. Syg..jawapan dia "Ohhh saya kemas balik sayur tu tadi, saya ambik gambar nak suruh awak update dalam blog" T_T kenapa comel sangat ni??

Kemain sedap pecal ni aku makan, tetiba terfikir kenapalah dulu aku tak suka pecal, kalau balik minggu ni nak request pecal kat mertua ok dok?

Korang selalu tak masak kat rumah mertua? Aku pernah sekali je sebab masa tu memang takde orang, so aku masak sambal ikan bilis dengan sawi putih masak lemak putih. Kemain bangga suamiku bila dia tengok ayah dia makan bertambah..wahahaha kesiannnn. Aku segan nak masak sebenarnya, aku takut terkulat-kulat pak mertua aku makan nanti, kalau dengan En. Syg aku beranilah, dah kata suami sendiri, aku masak tak sedap dan dia komplen pun, aku takde hal. Tapi rasanya sejak kahwin sampai hari ni, masakan aku sedap belaka..tak gitu banggg???? hahahaha. Ok, bye!




Tuesday, December 3, 2013

Aish Demam Panas

Salam,

Masa Aish belum setahun dulu, agak kerap jugaklah dia demam, kadang down aku rasa sebab dia asyik demam je, setiap 2 minggu dia akan demam, dah macam jadi kewajiban pulak dah. Annual leave aku memang habis langsung siap negatif lagi sebab masuk wad or jaga dia sendiri kat rumah, kalau dia demam berhari-hari, aku akan gilir-gilir ambik cuti dengan En. Syg. Aku risau nak tinggalkan dia dengan babysitter sebab aku emak yang paranoid..hahaha. Kalau tak boleh cuti, aku akan hantar Aish ke rumah mertua di Rawang, so aku akan berulang dari Rawang everyday ke office.

Alhamdulillah lepas setahun, Aish jarang demam, kalau demam pun tak lama. Minggu lepas dia demam semula. Petang sebelum tu elok je dia main buai lepas aku ambik dari rumah babysitter



Malam tu kitaorang tidur pasang aircond, tapi Aish asyik merengek je, so aku tutup aircond sebab aku ingat dia mungkin sejuk dan tak selesa, lagipun dia dah selesema almost 2 weeks, kotlah hidung dia tersumbat kan. Tutup je aircond tak lama lepas tu aku rasa badan dia panas gila. Check temperature dah 38++, lepas bagi paracetamol, 2-3 jam lepas tu makin naik sampai 39.7, terpaksa masukkan supp sebab kitaorang takut cecah sampai 40 and esoknya aku EL


Ambooiihhh lubang idommmm


Pagi esoknya dia bangun and aktif macam biasa, lepas makan and mandi, aku bagi dia paracetamol sebab dah mula nak demam semula, lepas bagi ubat aku tidurkan dia dalam buai.

Tak sampai sejam dia tidur, aku dengar dia macam merengek and berpusing-pusing dalam buai, so aku angkat, bila aku dukung je, baru aku perasan yang dia mengigil macam sejuk sangat, mulut dia pun menggigil. Aku dah panik gile masa tu, aku buka semua baju sebab aku ingat nak mandikan, suhu dia masa tu pun dah 39.4, aku tengok kulit badan dia penuh birat sejuk..errr korang tau tak macamana? Masa baby baru lahir, lepas kita mandikan dia kan kulit dia macam jadi bentuk petak-petak macam sejuk..haa macam tulah. Aku tengok kaki Aish pun dah biru dari kaki sampai almost dekat peha. 

Di sebabkan panik, aku berlari macam orang gile dalam rumah, aku masukkan supp dulu kat Aish lepas tu bersiap, dengan rambut tak sikat, sekali sekala berlari tengok Aish sambil bersiap sebab aku takut sangat dia sawan. Lepas tu aku mandikan Aish, melalak-lalak dia nangis tapi terpaksa la kan sebab badan dia dah panas sangat, peluh tiak aku berlari ke klinik. Rambut aku menggerbang macam orang gile..tapi apa ada hal..hahahaha. Dalam panik tu sempat call En. Syg, dia sepantas kilat balik dari office, pastu bila dia dengar aku dah panik sangat, dia call mertua suruh datang dari Rawang..errr kitaorang memang parents yang panik bila anak demam panas, lagi-lagi bila dah biru..mau tak takut.

Sampai je klinik, nurse jerlumkan Aish, pastu dia bantai nangis sampai muntah atas katil..muahahaha. Berkerut-kerut kening nurse tu lap muntah, mesti bujang lagi tu. Lepas tu ambik darah, rupanya darah Aish ada infection, tu pasal selesema and kahak dia tak hilang-hilang walaupun aku dah bagi ubat. Tiba jatuh hati dengan klinik kat rumah aku tu, kalau tak sebelum ni kalau Aish demam kemain rajin kitaorang meredah ke Seksyen 7 semata nak pergi Ajwa.





Lepas mandikan dia, aku memang tak pakaikan dia baju, just selimutkan je.


Masa kat klinik, orang asyik tengok aku je, nak tau kenapa? sebab rambut aku menggerbang, pak mertua aku pun tanjat..wahahaha T_T. Ate anak dah demam panas sangat, kose lagi ke aku duk depan cermin mengikat rambut buat sanggul segala..aku memang dah tak pikir apa dah masa tu.

Malam tu kitaorang pergi KPJ Shah Alam pulak





Last Aish demam pukul 4.30 petang tu, lepas bagi ubat and antibiotik, alhamdulillah sampai hari ni dia sihat. Demam paling sekejap dalam sejarah, tak sampai sehari pun tapi experience yang paling menakutkan untuk aku. Moral of the story, kalau anak demam, jenguklah selalu, ambik suhu, janganlah masa anak tidur ko pun bantai tidur..jangannn. Malam pun jangan tidur lena sangat ok, biasanya kalau malam aku akan gilir-gilir berjaga dengan En. Syg. Oklah tu je, bye!


Friday, November 29, 2013

Masak dan Makan

Salam,

Selama 2 tahun kahwin ni, tak pernah aku masak asam pedas, sebab En. Syg gastrik, so tak berapa elok makan pedas-pedas, tapi masa zaman bujang pun tak pernah ku masak, sebab family aku bukanlah berhantu sangat dengan asam pedas, jarang kot Ma aku masak. Tiba-tiba suami mintak asam pedas, first trial berjaya, ikut resepi mak mertua, second trial aku campur resepi mak mertua dengan resepi Kak Azrine, pun berjaya, ehemssss. Sape nak makan asam pedas, mai datang umah..muahahaha



Asam Pedas Ikan Tenggiri

alamak, tetiba tertelan air liur



Aish kan suka makan mee, penat mak dia ni perah otak fikir resepi mee untuk baby. Mula-mula dulu rajin la jugak ikut resepi senonoh, sekarang semua pun dah tak senonoh, habis takkan aku nak ulang resepi sama hari-hari. Aish makan mee untuk lunch and dinner, setiap hari, setiap masa, dah habis resepi senonoh aku cuba. Sekarang aku main tibai je buat resepi sukahati aku, memang tak senonoh

Rebus spagethi, tumis bawang putih and bawang besar dengan butter, masuk ayam, dah masak sket, aku letak sayur campur, letak sos tomato, letak air, letak spagethi, kacau siap. 

Aish tak kesah pun, asal mee dia ngap saje. Kalau nasi jarang dia nak makan, so aku masak ikut selera dia je. Oklah, bye!




Thursday, November 28, 2013

Aktiviti Public Holiday

Salam,

Cerita lama, ku korek-korek, jumpa pulak gambarnya dalam laptop nih. Hahaha boleh la buat update hari ni, ni memang entry sampah ok, thanks sebab sudi baca..muahaha, pun bolehhh aku ni. Haihhh memang tak sempat nak godek gambar lain, bz sangat ni.

Lately hari cuti pun, daddy kerja, so pandai-pandailah Mommy and Aish membawa diri. Aku tak berani nak keluar berdua dengan Aish kat mall, tak berani sebab aku takut tak dapat control dia. Aish tu manjang nak lari, habis barang dekat rak jualan nanti ditepisnya, hilangkan aku nak window shopping, alih-alih kena spend duit bayar semua barang yang pecah or rosak ditepis dek anak teruna, so aku lagi suka duk rumah kot. Baik aku kemas segala ceruk yang dah lama tak dikemas.

Pagi-pagi sebelum pergi office, daddy bawak pergi breakfast kat McD







Anak ini sudah seberat 11kg, bagai nak patah pinggang mendukungnya, dahlah pagi-pagi takmo jalan sendiri, nak mommy dukung sampai parking, dari tingkat 8 ke parking kereta..huwaaaa, berapa kali aku berhenti nak betulkan kuda-kuda kaki, takut terlentang anak beranak.

Hari tu dah set dalam kepala nak kemas "mini market" dalam kabinet dapur. Alaaa stok barang la, korang pun confirm ada "mini market" jugak kan. Stok gula, stok tepung, stok susu anak, stok susu pekat, segala stoklah. Mak mertua aku panggil "mini market".

Sekali aku kemas..haaa kau, banyak gile yang dah expired..fufufu. Ada satu balang oat tak dimakan pun dah expired, tu suami aku la tu. Oat tu officemate dia hadiahkan dari zaman baru kahwin sampai Aish dah almost 2 tahun ni ha, manalah tak expired oii.

Sempat kemas fridge jugak, sejak beli tak pernah kemas bersungguh-sungguh, dah almost 2 tahun fridge ni, kemas sikit-sikit tu adalah.



Preparation sebelum mengemas, kena sediakan segala besen and dulang untuk keluarkan semua barang, lepas tu baru lap setingkat demi setingkat. Masa mengemas ni, Aish tak tidur, aku buang, dia kutip balik dari tong sampah. Yang aku nak simpan, elok pulak dia pergi buang..sabor jelah. Sambil mengemas sambil lari-lari masakkan lunch untuk Aish. Aku pulak kalau dah start mengemas, tak makan pun takpe, sebab kalau aku masak kang, bertambah pulak kerja aku nak mengemas dapur, membasuh pinggan, senang cerita tak payah masak, makan roti pun jadi.



Teman encik pembantu makan sat, kalau tak diteman, aku takut dia terjun dari high chair. Aish suka mee, so aku memang rajin masakkan dia mee, biasa aku pakai spagheti, buat sup, buat goreng, kalau nak beli mee biasa tu cepat sangat expirednya nanti, spagheti tahan lama kan. Lagipun orang cakap mee kuning tu tak elok sangat bagi baby, ada asid borik eh?






Dah siap kemas, baru tau yang fridge aku ni besar rupanya..muahahaha. Selama ni kemain sempit, macam-macam disumbat, dah kemas baru nampak lapang. Percaya tak satu hari cuti, aku cuma sempat kemas mini market and fridge je. Gitulah beranak kecik, jap dia poopoo, jap nak mandikan dia, jap nak kasi dia makan, jap nak ayunkan buai, jap kena bacakan buku, jap kena teman dia main.

Oklah, bye!

Eh, jap..jap, nak tau tak since aku kemas mini market and fridge ni lah aku jadi addicted dengan recycle, sekarang aku ada satu kotak untuk aku kumpul barang recycle saja. Bila dah penuh kotak tu, aku hantar ke pusat recycle, dekat office aku je. Tahukah anda (ewahhh) tak sampai seminggu kotak recycle aku tu penuh dengan barang recycle, serius kita memang takkan sedar sebenarnya banyak barang yang boleh kita recycle until kita kumpulkan sendiri, nanti aku tunjuk kotak recycle aku eh, serius seronok :) hopefully bertahan sampai bila-bila, janganlah hangat-hangat tahi ayam je.

Ok, bye!



Mommycha 1st Giveaway

Salam,

Lama aku tak update, tetiba timbul sebab nak join GA Mommycha.




Micha cakap buat entry ringkas, ni dah habis ringkas aku buat. Ni gambar candid masa kat Wad DEMC, Aish demam panas, ternyata begitu sopan aku tidur.

Micha, no. 6 pun jadilah..muehehe. Aku saje join, nak support kengkawan, lepas ni akan cuba merajinkan diri join GA korang, mai la buat GA bebanyak, aku nak join.

Ok, bye!, nak gi lunch date dengan En. Syg.


Friday, November 22, 2013

Potong Rambut..lagi

Salam,

Rambut Aish cepat betul panjang, bila dah panjang mulalah aku rimas, sebab rambut dia gulung-gulung gitu, masa mandi kemain lawa, tapi bila dah kering, macam tak sikat, melentik sana sini, bergumpal je dia..ngehehe. Daddy selalu nak simpan rambut Aish, konon nak bagi macam afro (sebab masa baby, daddy ada gambar rambut afro), of course la aku membantah sebab budak tu aktif ke hulu ke hilir, berpeluh-peluh, sure dia rimas kalau rambut panjang sangat. Nasib baik Atok Rawang sependapat dengan aku, kalau tak dah lama Aish berambut afro (tak boleh aku bayangkan mendukung anak berambut afro, kompom aku terlanggar dinding sebab tak nampak jalan..muahaha)

Balik Rawang, bawak Aish gunting rambut kat kedai





 Dia taknak pakai selubung plastik tu, so terpaksa tanggalkan baju dia



Mula-mula je diam, lepas tu haaa terus bersilat, siap jerit sekali


Terpaksa nenek dukung, tu pun jerit-jerit kecik jugak


Sambil layan Upin Ipin. Haisshhh aku risau betul sekarang ni, risau Aish addicted dengan gadget, kitaorang memang takde belikan dia tab pun, so dia selalu tengok video dari phone daddy dia je, tapi sekarang pantang nampak daddy, memang dia mintak phone je, selagi tak dapat selagi tu merengek. Selalu pesan dengan daddy, selagi dia tak ingat or mintak, jangan bagi. Aku lebih suka dia explore mainan, kumbah mainan or sepahkan rumah dari dia mengadap gadget. Sekali sekala boleh la, kalau kerap sangat tak bagus la.
 


Abang askar dah dia :), memang sengaja potong pendek macam ni, so lambat sikit panjang nanti.

Ok, bye!




Thursday, November 21, 2013

Menyimpan Walker

Salam,

Aish Yusuf dah setahun 7 bulan baru aku hegeh-hegeh nak simpan walker dia. Bayangkan dah berapa lama walker tu duduk tegak takde orang naik, bukan satu tapi 2, naik semak mata aku, kejap aku letak dalam bilik ke-3, kejap beralih ke bilik Aish. Aish pulak pantang nampak walker, dia sibuk memanjat nak naik, duduk tak sampai 5 minit, dah menjerit suruh angkat. Elok aku angkat dia keluar, kang dia panjat walker satu lagi, terbantat segala kerja aku.

Weekend baru ni aku kemas rumah, ku kemas sekali dengan walker, aku lap dengan kain lembab, tanggalkan seat dan basuh, lepas tu tayang kat depan suami minta dia tolong lipatkan. Kalau tak buat gitu, alamatnya sampai dapat baby baru pun walker tu masih setia kat situ.



Masa ni Aish baru 7 bulan, beli 2 sebab babysitter mintak, yang Aish naik tu kitaorang letak kat rumah sendiri, yang Mydear tu hantar rumah babysitter



Lepas setahun, yang Little Bean masih cantik dan elok, yang Mydear dah ala-ala gitu..hahaha. Biasalah letak kat rumah orang, ramai pulak babynya, yang besar pun nak naik, so belah belakang dah patah sikit, tapi masih teguh lagilah, boleh lagi nak pakai.



Tempat sandar dia pun dah terkepak habis, aku rasa makcik tu basuh dalam mesin kot, tu pasal terkepak plastik dalam tu, habis tahi lalat seatnya sebab makcik tu letak kat garaj rumah dia berpanas berhujan berbulan-bulan. Hari-hari aku ambik Aish aku tengok je walker tu tersadai, malu nak tanya boleh bawak balik ke tak sebab dia tak pernah suruh aku bawak balik, so aku ingat maybe baby lain nak pakai, tapi lepas berbulan-bulan aku ambik je la diam-diam, mainan atas walker tu pulak dia sidai kat pagar..wuahahahaha, sekali aku angkat habis keluar semua air hujan dari dalam mainan tu, aku bawak balik dan lap je lah. Walker ni dah rupa 5 orang anak dah pakai..kuakakaka. Eh aku tak marah, mungkin makcik tu malu nak suruh aku angkut bawak balik kot, yang aku pulak malu nak tanya, nak buat camne..penyegan..puihh



Yang kat rumah, mestilah tip top lagi, dulu masa Aish baby ada jugak aku suap dia makan dalam walker, so setiap kali sebelum aku tidur, aku akan lap walker ni dengan kain lembab..sayang woo, daddy pun sayang walker ni. Kadang kalau Aish termuntah kena seat, aku terus basuh dan sidai.



Dah siap lap, berkilat macam baru, nanti aku beli seat baru jelah untuk walker Mydear tu, tak gamak pulak nak letak baby dalam seat yang dah bertahi lalat gitu. Tapi aku tetap simpan seat lama tu, bila baby dah almost 7 bulan nanti baru cari seat baru, so seat lama tu boleh jadi contoh (eh, cara aku cakap macam aku tengah mengandung pulak sekarang..kuakakaka, berangan dulu woiii, saya belum ngandung lagi)



Seat lama, dah ku basuh, tunggu nak simpan je lagi. See u in 2015 yeh walker-walker ku, insyaallah kalau rezeki datang macam yang dirancang la :). Ok, bye!