Klik Jommm

Thursday, January 2, 2014

Children Safety: Penutup Plug

Salam,

Happy New Year everybodehhh!!, aku takde entry imbasan 2013, haha..kalau buat minggu depan aci dok? Takde orang dah yang nak baca kalau minggu depan kan, so takyah la buat.  Aihhh pening aku baca ayat sendiri.

Hari ni nak share pasal penutup plug. Rumah aku kan banyak sangat plug rendah, dekat living hall ada 4, bilik aku 3, bilik Aish 3, guest room 2, cer kira dah berapa tu? ada 12 kan, so memang sedap sangatlah si Aish dok main suis hari-hari, kalau dia duduk diam je, memang tengah menekan suis la jawabnya, kang aku tengok habis semua suis dalam rumah aku dia on kan. Bahaya ooo main suis, paling aku takut kalau dia masukkan jari kecik dia dalam lubang suis tu, kan bahaya tu, budak kecik ni kan kekreatifan dia tu lain sikit. Setakat ni alhamdulillah la, Aish belum pandai masukkan jari kecik dia dalam lubang suis, esok kalau dia dah pandai, tak ke terenjat tangan tu..takut pulak aku nak bayangkan.

So semalam aku pergi Ikea dan beli ini



RM12.90, 12 ketul
(dapat 11 ketul putih dan seketul merah, aku pun tak faham kenapa ada seketul je merah tetiba..haha)

Dan operasi menutup semua suis yang tak digunakan bermula



Ni suis dalam bilik Aish, suis rumah aku memang rendah belaka, beberapa cm je dari lantai tu haa, so Aish memang main suis sambil duduk je, kadang sambil baring pun bolehhh. Lepas ni takdelah risau sangat kalau dia main suis pun sebab dia hanya boleh on kan button je. Lagipun penutup suis ni susah nak buka tau.



Nampak tak ada benda timbul kat penutup suis tu, so kalau nak buka ko kena ambik satu lagi penutup suis, satukan dia begini, kira ko lock dulu kedua-dua penutup suis tu dan baru tarik keluar




Tengok, dah boleh tanggal pun, kalau ko bare hand pun boleh jugak, tapi jenuh sikit la nak kutis-kutis dengan kuku. Memang selamat sebab Aish takkan boleh buka sendiri..miahaha, settle satu masalah.

Ok, bye!




Tuesday, December 31, 2013

Pemenang GA Mommycha

Salam,

Kito monang yo!..kito monang yo!..haha poyo tak ingat

First time okeh aku menang GA so gembira tu lebih sikit la sebab aku ni bukan orang yang selalu lucky, asyik tak lucky je kalau masuk apa-apa pertandingan sekali pun. GA Mommycha ni GA kedua yang aku join sejak berblog. TQ Micha, sila buat GA selalu, nanti aku nak menang lagi...gahaha

Semalam hadiah sampai, tanjat aku sebab cantik sangat Micha balut, siap ribbon hah!






 Aku dapat buku ni, suka! serius suka, kalau dah namanya hadiah, dapat apa pun aku suka. Nak pulak sekarang aku tengah buat bilik Aish, boleh cari inspirasi dari buku ni kan.



Sorry, gambar aku gelap gelita, ambik gambar malam tadi..haha. TQ Micha, moga murah rezeki ko selalu.

                                         Januari ni aku pulak nak buat GA tau, tungguuuu. Ok, bye!


Monday, December 30, 2013

Update: Room/Playroom (Memanfaatkan Ruang)

Salam,

Selamat Hari Isnin, lemau ke semua? Takmo lemau-lemau tau, kena cargas, ewahh padahal aku tengah lemau sebab tu update blog kejap, ala kejap je, taip sikit-sikit..mihihi.

Sejak ada Aish beg aku tetiba jadi banyak ko, hadiah masa dia newborn banyak dapat beg, sampai aku bagi pulak beg tu pada anak sedara aku, ate baby aku sorang je, beg banyak-banyak nak buat apa dok. So bila dah banyak, aku longgok je dalam almari, time nak pakai, peluh tiak mencari, tension mak. Ye lah beg dia kan kecik, aku letak belah tepi-tepi, kadang terselit bawah timbunan baju Aish yang dah tak muat. Setiap kali nak keluar pun aku tension cari beg kecik dia. Haihhh

So aku aim ini



Ikea, RM9.90

RM9.90, dah murah sangat dah ni aku rasa. Nak tau dah berapa lama aku aim, lama gile ye, habis takkan la nak pergi Ikea semata nak beli benda ni seketul je ye dak, so aku tunda la dulu keinginan tu. Sambil tu cari-cari jugak kat tempat lain. Minggu lepas pergi Mr. DIY kat Space U8 jumpa la benda sangkut belakang pintu ni..miahaha, RM3.50 je, ape lagi pantas bertindak, malas nak tunggu gi Ikea dah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
 



Haaa kan senang kerja aku lepas ni, selain menyenangkan kerja aku, beg animal ni dah boleh buat deco bilik la jugak, sebab comel. Zebra tu aku beli, yang Bee tu ada orang hadiahkan, mekasih ye :), beg yang besar-besar dan jarang guna je aku letak dalam almari, beg kecik ni aku letak je belakang pintu. Setiap kali nak keluar aku capai je beg ni, dah ada 2-3 keping pampers and napkin dalam tu aku letak siap-siap. Kalau setakat nak keluar sekejap je memang aku pakai beg ni je, contoh macam pergi beli barang dapur



Semalam di Giant Shah Alam



Lepas ni mesti ada orang tanya "eh, ko beli kat mana beg ni, nak jugak laaa". So sebelum ko tanya aku jawab siap-siap. Ko gi beli kat Ctmah Corner yeh, harga dia paling murah pernah aku jumpa, serius, paling murah aku rasa, kot kalau yang ada jual lagi murah aku tak taulah. Tapi aku tak pernah jumpa orang lain jual semurah dia, tak sampai RM20.00 pun. Beg ni kecik je, so janganlah ko tertipu dengan gambar aku pulak, tapi muatlah nak letak bekalan baju anak, pampers, botol susu, stok keluar setengah hari. Beg ni dengan Aish elok-elok je dia galas, tak nampak besar sangat, besar sikit je, kira sesuai la dengan badan dia.



Amacam? Ok tak aku gantung belakang pintu macam ni? Tak ok pun, aku kira oklah, sebab menyenangkan kerja aku. Tapi daddy cakap tak ok, dia takut pintu rumah dia calar..eii ngada, mommy tak kira, nak gantung jugak, derhaka ko ye..hahahaha. Ok, bye!




Friday, December 27, 2013

Umie Sue 1st Giveaway

Salam,

Hari ni nak join GA by Umie Sue pulak

Aish ni kan dia pantang nampak mak dia ni buat kerja rumah. Budak baya dia memang macam tu, mak dia sapu, dia nak sapu jugak, mak dia kemas, dia nak kemas jugak, mak dia mop, dia nak mop jugekkk, yang paling aku geram tu, kalau masa mengemop rumah, Ya Rabbi, atas lantai basah tulah dia sibuk nak berjalan, jatuh terduduk, terlentang, kemain dia usaha nak jugak capai mop yang aku pegang tu, bila aku bagi, amboihh dia punya over lebih dari maknya ni, aku mop lantai je, dia mop segala benda, mainan dia pun dia nak mop jugak, basikal pun dia mop, mak dia tengah lipat baju, kemain susun sama besar, sekali dia libas mop (niat baik nak tolong mopkan baju), terabur semua..(nangis dalam hati). Aku tak bagi kang dia punya melalak, amboihhh berdesing telinga ni rasanya, ke hulu ke hilir dia usung mop. Alih-alih diam tak berketik, sekali lagi aku tengok.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Lor penat ke dik (manalah tak penat, kalau dah semua benda pun nak di mop), siap boleh mop sambil baring, kemain lagi dia gerakkan mop tu ke atas ke bawah, ni lagi multi tasking dari mommy ni, mengemop sambil berehat, mommy pun tak mampu buat camni dik. Dah besar sok kena macam ni jugak tau, baru mommy sayang lebih.

Ok, tu je, bye. Jangan lupa join tau, barulah meriah :)



Breakfast Di Mana?

Salam,

Ahad lepas test breakfast dekat Subaidah, Space U8, sebelum ni main lalu je, tak pernah nak test. So this time mai kite test, sedap ke tidok kan. Kalau sedap kita datang lagi, kalau tidok, lepas ni kita lalu lalang je depan kedai dia sambil buat muka sombong..hamboihh



 Boleh order pakai smartphone je, tapi En. Syg cakap dah ane depan mata, apa kejadah kita menyusahkan diri..mihihi



Suamiku dengan nasi mamak, bagai isi dan kuku. Kadang-kadang, tetiba je dia mengidam nak makan nasi mamak. Errkkk, aku kureng sikit nasi kat kedai mamak ni. Ni nasi kandar errr ke nasi beriani..errr aku kurang gemar jugak nasi jenis gini, so kenal pun tidak..huhu. Nasi kandar kot sebab dah namanya restoran nasi kandar ye dok, ke bukan..ishh lantoklah.




Adik aku makan Roti Itali (inti dia kuah spagethi, letak daging cincang, bawang, tumis, lepas tu balut dengan roti). Boleh tahan sedap jugak, RM8 sekeping.



Aish tumpang makan roti telur Mommy je. Ini budak kan sekarang kemain pandai posing ko ye, macam-macam posing dia buat.





 Muka kerut habis, padahal dia dok pasang azan, azan versi budak.

Oklah, bye, Selamat Hari Jumaat


Thursday, December 26, 2013

Celebrating Atok's Birthday

Salam,

Minggu lepas kan, family aku datang dari Pahang, sebab Pa ada urusan sikit kat sini, so alang-alang dah datang KL, wajiblah singgah umah aku, nak tengok cucu katanya. Tapi diaorang tido satu malam je, datang hari Jumaat, Sabtu lepas lunch dah balik.

Kebetulan pulak 16 Disember birthday Pa yang ke 58 tahun, Pa aku ni jenis syahdu sikit..hahaha, dia jarang call anak-anak, tapi dia selalu tanya Ma, "Ma ada anak awak call?" itulah yang dia tanya Ma selalu, nak pulak kalau ko tak wish birthday dia, kang dia sentap dalam diam..muehehe

So sebelum diaorang balik Sabtu tu, aku ajaklah satu family pergi Setia City Mall, jarang Ma dapat datang sini, so ajaklah berjalan, kesian pulak terlanjur dah sampai tapi anak tak bawak ke mana-mana pun kan. Lepas tu kitaorang lunch kat Tony Roma's nak celebrate birthday atok secara rahsia..hehehe, dia tak tau mulanya, kitaorang just order dan makan macam biasa, dah hujung-hujung tu staff kat situ nyanyikan lagu birthday dan dapat kek sepotong untuk Pa, kemain senyum malu-malu Pa, hidung pun kembang sekali kot..ngahahaha. Suka lettewwww.







Cer ko tengok Aish, sekarang dia dah pandai bergaya depan kamera, ko hulur je kamera nanti dia letak jari kat dua-dua belah pipi dia..hahaha aku rasa anak babysitter ajar dia la, sebab aku tak pernah ajar..kelakar and menggeramkan.







Yang ni paling terbaik, sedap dan udang banyak sangat, Aish pun banyak makan spagethi ni




Portion food dia semua besar, so janganlah ko order satu menu untuk seorang, tak habis ko makan nanti, so kitaorang order dalam 6 menu kongsi 7 orang, air pulak order 5 gelas lepas tu share-share je, sebab air free refill, minumlah ko sampai kembung. Alhamdulillah semua habis dimakan, sebab family aku jenis kuat makan, kalau family En. Syg, alahaiii ciput je diaorang makan, betul, kadang-kadang aku rasa aku ni lagi pelahap dari adik-adik dia (malu sendiri).


Dah siap makan, kemain ketawa besor aku yeh


Aish Yusuf kesayangan



Cer ko tengok..haha


Pa malu-malu..hahaha

Oklah tu je, bye!


Tuesday, December 24, 2013

Ibu Rafif First GIVEAWAY

Salam,

Hari ni nak join GA by Ibu Rafif

Syarat2;
>Follow blog i dlu. Ada kat tepi ni. Tekan je follow! (DONE, dah lama ku follow, sejak Rafif belum wujud lagi)
>Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best)
>Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) 
>Once dah joint, nanti tempek link di ruangan komen ye. (I akan check one by one)

Itu saje! Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013 (lambat lagi)
Ok, Mimi, aku boh gambar ni
Aish dalam playroom, kalau dia dah start main, memang kecah satu bilik, buku pun habis dia kumbar. Sekarang tengah kemaruk main Fire Truck yang Atok Rawang belikan, dari duduk sampai meniarap, tu dah tahap penat sangat tapi nak main jugak :) Kalau dapat Fire Truck ni dia boleh main sampai baring terlentang, apa dibeleknya pun tak tau la. Mommy snap picture pun dia tak perasan, fokus sangat ni.

Ok, bye, mai join ramai-ramai.