Klik Jommm

Thursday, January 2, 2014

Children Safety: Penutup Plug

Salam,

Happy New Year everybodehhh!!, aku takde entry imbasan 2013, haha..kalau buat minggu depan aci dok? Takde orang dah yang nak baca kalau minggu depan kan, so takyah la buat.  Aihhh pening aku baca ayat sendiri.

Hari ni nak share pasal penutup plug. Rumah aku kan banyak sangat plug rendah, dekat living hall ada 4, bilik aku 3, bilik Aish 3, guest room 2, cer kira dah berapa tu? ada 12 kan, so memang sedap sangatlah si Aish dok main suis hari-hari, kalau dia duduk diam je, memang tengah menekan suis la jawabnya, kang aku tengok habis semua suis dalam rumah aku dia on kan. Bahaya ooo main suis, paling aku takut kalau dia masukkan jari kecik dia dalam lubang suis tu, kan bahaya tu, budak kecik ni kan kekreatifan dia tu lain sikit. Setakat ni alhamdulillah la, Aish belum pandai masukkan jari kecik dia dalam lubang suis, esok kalau dia dah pandai, tak ke terenjat tangan tu..takut pulak aku nak bayangkan.

So semalam aku pergi Ikea dan beli ini



RM12.90, 12 ketul
(dapat 11 ketul putih dan seketul merah, aku pun tak faham kenapa ada seketul je merah tetiba..haha)

Dan operasi menutup semua suis yang tak digunakan bermula



Ni suis dalam bilik Aish, suis rumah aku memang rendah belaka, beberapa cm je dari lantai tu haa, so Aish memang main suis sambil duduk je, kadang sambil baring pun bolehhh. Lepas ni takdelah risau sangat kalau dia main suis pun sebab dia hanya boleh on kan button je. Lagipun penutup suis ni susah nak buka tau.



Nampak tak ada benda timbul kat penutup suis tu, so kalau nak buka ko kena ambik satu lagi penutup suis, satukan dia begini, kira ko lock dulu kedua-dua penutup suis tu dan baru tarik keluar




Tengok, dah boleh tanggal pun, kalau ko bare hand pun boleh jugak, tapi jenuh sikit la nak kutis-kutis dengan kuku. Memang selamat sebab Aish takkan boleh buka sendiri..miahaha, settle satu masalah.

Ok, bye!




5 comments:

  1. ada jgak beli tapi tak pakai pun sebab takde plug bawah.. hehe.

    ReplyDelete
  2. sama la rumah kita erin..plug semua dibawah...stress mak....

    ReplyDelete
  3. wow murah! nak kirim gak rin..haha

    ReplyDelete
  4. tq erin..
    nk g belilah. anak dh pndai mengorek. wahahahaha

    ReplyDelete
  5. anak aku tak korek2..tapi die main tup tap tup tap bukak tutup suis...stress hokeh.... aku ngah solat selamber jer depan mate aku...eee....geram giler.... tak tau macamane aku nak buat ...

    ReplyDelete