Klik Jommm

Monday, December 15, 2014

Cerita Wean Off Aish Yusuf

Salam,

Masa pregnantkan Aish dulu, memang aku niat nak fully bf insyaallah kalau boleh sampai 2 tahun, tapi Aish cuma sempat fully bf sampai 3 bulan je, sebab lepas tu slowly susu aku merundum, setiap kali pam, dari 5 oz jadi 2 oz dan akhirnya setitik dua je yang keluar T_T, sedih tu memanglah sedih, aku tetap pam sampai akhirnya aku give up dan berhenti pam masa Aish 5 bulan, sebab yang keluar memang takat setitik 2 je, yang pelik elok je aku bengkak, bila pam taknak keluar pulak dia..pfftttt, habis kuat aku buat pam tu sambil tuam dengan air suam, ok maybe masa tu tak banyak ilmu kot, takpelah barang yang lepas usah dikenang.

Lepas 3 bulan kitaorang campur susu Aish dengan Anmum, Aish still direct feed, tapi time aku pergi kerja dia minum fm, eh aku ok je, takdelah tahap obses dengan bf sampai sanggup biar anak lapar..lekk laaa..hahahahaha. Aish df sampailah aku pregnant balik ni, but still lepas df dia akan minum botol pulak, sebab susu aku takdelah banyak sangat sampai boleh buat dia kenyang. Bila dah breastfeed dilemanya bila ko nak wean offkan anak ko, nak pulak Aish tu pantang nampak aku, nak df aje dia, amboiii ko kan. Dulu kononnya aku decide lepas 2 tahun aku nekad nak wean off kan Aish, tapi ko ingat senang?? Aku try 2 kali je kot lepas tu give up, aku sapu gincu, so merah-merah dia takut nak df, tapi lepas tu dia mintak balik, menangis-nangis, so omak tak sampai hati bagilah jugak. Sampailah aku pregnant dan mabuk dan tak larat nak df dia sebab kan kita punya tu jadi sensitif, bagai nak putus tiap kali dia df..aiyayayaiii, nak marah pun ada jadinya so aku decide "bang marilah kita bekerjasama menjayakan misi wean off ini".



Aish, 8 months

Ye kena mintak kerjasama suami ye, kalau suami ko buat tak tau, maka memang susah nak wean off. Sebab bagi aku semangat nak wean off tu kena datang dari 2 pihak, ko dan suami. Mula-mula memanglah tak sampai hati, tapi En. Syg tegas, dia cakap kalau nak wean off tak boleh kesian, kena tahan jugak, so melalak la Aish sampai 2 malam, En. Syg yang akan pujuk, habis pujuk bila dah baring kat sebelah aku, nanti dia sambung melalak balik, tapi magicnya bila ko dah tekad dan betul-betul tak bagi 2 malam je lepas tu dah ok, serius aku pun terkejut sebab senang benor rupanya..hahahaha. Tapi 2 malam tu yang melalak tahap kronik la, malam lain pun still melalak tapi light-light, boleh pujuk dengan susu botol terus, dan akhirnya masa umur Aish 2 tahun 5 bulan barulah berjaya aku wean off kan dia, senang je ghopenye, dan sekarang dia jenis tidur lena, dah jarang bangun malam, tak macam masa df malam-malam dulu, kerap dia bangun, wahhhh lena tidurku, boleh la aku rehat kejap, lepas ni sambung bf adik pulak, hopefully berjaya fully sampai 2 tahun, maka dengan itu aku decide nak beli pam baru, kasi semangat baru pun datang jugak..mihihihi.. Hai dadyy!!! :) Pam baru satu eh..kuakakaka.

Walaupun Aish fully bf sampai 3 bulan je, aku tetap bangga dengan diri sendiri sbb Aish masih df sampailah 2 tahun 5 bulan, alhamdulillah, pek pek kat bahu sendiri, syabas Erin..miuhuhu. Sekarang serius tak sabar nak breastfeed semula, semoga susu melimpah ruah, amin insyaallah, doakan aku ye korang :). Ok, bye!! 


7 comments:

  1. sy pn niat nk susukan anak smpi 2tahun..tapi Tuhan tu Maha Adil dan Lebih Mengetahui...Sy hanya blh DF dia sehingga 20bulan jer...sebabnya Cik B sy tetibe menggelupas dan melecet bila ank hisap.. so skrg ni dh 2hari btl2 lgsg x DF..sblm ni on off DF selama sebulan lebih...sedih sgt..mlm2 memang mengamuk..tp mujur dia blh trm susu botol bila dipujuk2.

    ReplyDelete
  2. semoga 2nd baby nie dpt fully BF smpi 2 tahun erin!
    chayok2!!
    same2lah kite berusaha!!

    ReplyDelete
  3. Wahh.. walaupun aish fully bf 3 bln jer tp erin still ada susu lagi lepas tu ye.. bagus la tu.. dilah pun baru berjaya wean off faris.. tp beza pulak perangai faris ngan aish.. bila dah wean off ni dia asyik tido lewat sampai kul 1 kul 2 pagi.. pastu bangun malam pulak.. dilah memang stress sgt sbb x cukup tido skrg ni.. lagi2 dah pregnant masuk 6 bln ni..tp alhamdulillah, proses nak wean off tu memang senang jugak..

    ReplyDelete
  4. wah!!tahniah n alhamdulillah..
    sy pun tgu aisy sy 2thn br nk wean off :P

    ReplyDelete
  5. sy penah rsa bengkak tp bla pump xkuar2 kuar 2 ouz je, bengkak thap smpai baring tido mlm pn xblh menagis2 than sakit.. so penyelesaian sy pkai balik pump manual (avent) sblm tu sy pkai medela swing, bla pkai manual kuar meriah.. mungkin rangsangan lbh bla manual n seronok tgk kuar bnyk berbanding auto kita leka. tu pengalaman sy sis as ur silent reader n skrg pn sy bf mom.. alhamdulilah eksklusif lg.

    ReplyDelete
  6. Alahai senang je.akk setuju sis kata nk wean off kena kerjasama dua pihak.tp hubs akl ni derrr sangat..dia punya tahap kesian tu..eh menyampah btl nak citer kat sini..bengkek akk..hahahhaa

    ReplyDelete
  7. senangnya!
    i pulak terfikir nanti macam mana nak wean off, fully BF sampai 1y 1m je kot,
    sebab dia reject botol. selebihnya siang rumah bs minum susu guna cup
    So df hanya weekend dan malam saje.
    aisy ok laa mahu botol. ni botol pun tak nak terfikir macam mana nak wean off ni... aduiii

    ReplyDelete