Klik Jommm

Friday, February 25, 2011

Rindu










kat budak demok, peha goreng pon sodap

Tuesday, February 22, 2011

Tentang Saya

Aku tension ni, seminggu skip breakfast, berat turun menjunam terus, dah hilang 0.6kg..tsskk..tssskk... Lemakkkkk, jangan kau pergi, tinggalkan aku sendiri (sambil feeling Sheila Majid..duhh). Penat tahu berbulan-bulan (since lepas raya hari tu) paksa diri ini makan makanan berat setiap pagi, tengahari, malam dari 41kg naik sampai 45kg sahaja. Baru seminggu breakfast makanan ringan sikit, terus turun, walhal tengahari dengan malam tak pernah skip makan nasi. Sobb..sobbb..nak paksa diri makan banyak susah tau, merana aku paksa diri suap makanan, dahlah aku masak sendiri, makan sendiri, tak sedap langsung, naik macam semut, turun macam kilat. Geramnyeeee, lemakkkk mari datang kepadaku dan melekat dengan tegar sekali..meh sayang meh banyak ruang nak diisi dalam badan ni. Baru ai nak feeling-feeling jelita, badan solid molid, dah turun balik.

BAIKLAHHHH!!!! (sambil hidung kembang kempis..hnnssfffff...hnsssfff...hnnnsssffff)



Betty aku cilok dari page ko, sebab aku terlalu malas nak google sendiri, takut bakal menghilangkan lemak tepu aku sebanyak 0.6kg lagi..Image by Google, kan betty??

Nak challenge diri sendiri, naikkan balik berat aku jadi 45, 46, 47  dan akhirnya 48..mampu ke? Cepat nyatakan sokongan anda di comment box saya. Pangggg!!! Apa ko ingat ni pertandingan menaikkan berat badan?? Ada sesapa macam aku tak? nak join tak challenge diri sendiri..Z'da jomm!!!, ke ko dah solid molid skang Z'da?

LEMAKKKK KU SAYANG...KE MARI KAMUUU (sambil membayangkan lemak datang bertalu-talu, jangan terlebih lemak sudah..haha..lemak baik saja ok, selulit nehiiii)

Monday, February 21, 2011

Wall Sticker comel

Aktiviti yang mengujakan di pagi Ahad, adalah pergi ke pasar. Orang lain berebut-rebut pergi pasar nak beli ikan, barang basah, sayur segala. Aku pulak sibuk nak pergi berjalan semata. Lumrah perempuan, dapat jalan-jalan window shopping kat pasar pun jadilah. Window shopping kat pasar? agak2 la, nampak sangat miskin..tskk..tsskk. Sekali sekala tukar angin, asyik2 mall, boring. Gigih masing-masing bangun awal pagi Ahad nak ikut aku pergi pasar kat Stadium Shah Alam, baru ajak-ajak ayam, semua nak ikut..haha kesian betul. Apasal la korang semua ni muslimah sangat asyik duk rumah je, meh ikut ahkak..kita jenjalan amik angin pagi. Tapi aku tunggu sampai kereta panas, tak jugak turun2 dari bilik, hoih..g pasar je, tayah la mekap segala. Aku dah bawak keta keluar dari garaj pun, tak siap lagi, siap tukar baju pulak dah..pasar je dik, tayah cantik sangat, tengok akak ni menggunakan natural beauty di pagi hari semata..eh.

Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya jumpa wall sticker, dah lah cantik, murah pulak tu, RM2 satu. Sebelum ni pernah nampak orang jual online, belas-belas ringgit jugaklah. Kat pasar beli RM10 dapat 6 keping. Tampal kat bilik pengantin comel jugak, tak payah susah payah bayar upah kat adik suruh cat bilik. Sampai rumah, terus mengerjakan wall sticker, tampal kat bilik housemate. Test dulu



Langkah yang pertama, sila basuh dinding dengan sabun dan keringkan. Tapi aku mengantuk dan malas, sapu-sapu dengan tangan je, "eh, ok ni, tak payah la basuh-basuh"



Langkah ke 2, tanggalkan sticker dengan berhati-hati dan sepenuh jiwa raga..bila terkoyak sikit, terus cakap dekat pemilik sticker "alah RM2 je, minggu depan kita beli lagi"



Dah siap, tapi tiangnya senget..haha..senget sikit je


Aku tolong tampal, pemilik bilik bagi arahan..sini sikit..ha..sana sana.. Kalau dinding warna putih memang nampak lagi cantik, bilik ni dinding dia kaler krim..so tak naik sangat. owwhh suka bila tengok dah siap. Ok kawen nanti nak tampal wall sticker lah :).

P/S: Betty, masihkah kau ingat katil itu ;p

Friday, February 18, 2011

Wedding Preps (borak-borak)

Dah lama aku tinggal wedding preps (padahal baru seminggu lebih) until last night bila tertengok wedding book aku. Pastu kira-kira tarikh kahwin, eh, lagi 4 bulan lebih. Banyak gile yang tak prepare lagi, kalau ikutkan aku, semua aku nak buat awal-awal, nak tempah khemah awal, nak bungkus doorgift awal. nak buat hantaran awal, so 2-3 hari sebelum kahwin, aku boleh tidur awal dan tidur lena. Barulah berseri-seri pengantin. Tak kuasa nak layan last-last minute ni (cakap tak hengat) tapi kalau dah namanya kahwin, tak sah kalau takde kerja last minute kan? owhh kerja-kerja last minute akan di sub kepada adik beradik sahaja, pengantin kena tidur cukup..haha

Balik cuti CNY hari tu ingat nak tempah pelamin, dah berjanji manis dengan akak tu, boleh pulak akak pelamin tu hilang phone, jenuh aku call sebab aku ni susah nak cuti-cuti ni. Nak-nak pulak parents aku kejap duduk Klang (ayah aku kerja dekat Klang), kejap duduk Temerloh (rumah sendiri). Akak tu pulak mobile, so kedai dia takde orang yang tunggu. So next month kena balik dan set appointment semula. Owhh tension.

Pa aku pulak sekarang ni tengah cari tukang rumah, dia nak jugak buat kenduri aku dekat kampung dia, rumah yang k'org duduk sekarang kat taman, dah 2 kali kenduri kat situ so this time dia teringin sangat nak kahwinkan aku kat Kampung Peragap..ngahaha. Glamer gile nama kampung Pa aku. Sekarang tengah sibuk buat benteng and timbus tanah. Kalau rumah sempat siap on May, di Kampung Peragaplah aku berkahwin. Tu pasal sekarang ni dalam dilema nak buat langsir bilik ke tidak. Sebab tak tahu lagi ukuran tingkap rumah baru, buatnya dah siap, tersingkat pulak..haru. Kalau terlabuh takpe.

This week aku dengan meroyannya call Ma tetiap hari, suruh dia decide berapa banyak doorgift yang perlu dibeli, Ma aku ni kena push sikit, kalau tak dia akan cakap "lambat lagiiii" iyelah tu, dah 2 kenduri aku tempuh dengan Ma aku ni, last minute dia tertekan, tak pasal-pasal aku pun tertekan sekali, sebab dia akan gelabah sana, gelabah sini, sebab aku kesiankan dia, aku yang ambik alih kerja tu semua, tu pasal aku pulak yang stress. Ni aku yang nak kahwin, siapa pulak yang nak tolong dia hilangkan stress. Eh, aku tak gemar betul last-last minute ni. Kalau boleh aku nak bagi benda yang boleh aku buat siap-siap, tapi Ma aku nak bagi makanan as doorgift, ikutkan je la. Aku dah tak sabar nak siapkan, mana-mana yang aku boleh siapkan. Yang susahnya family aku ni semua duduk jauh-jauh, kalau cuti panjang baru semua balik, so tak boleh nak harapkan sesiapa, tak kawen aku kang. Bulan 5 nanti baru balik dan tempah khemah pulak lepas dah decide nak kenduri kat mana.

Ok, Februari punye goal, menyiapkan doorgift..berusaha!!! (cecece)

Wednesday, February 16, 2011

Drama Sebabak di BAK

Sejak akhir-akhir ini, kuat betul menjeles. Ingat lagi hari tu tembok dalam hati runtuh? Sebabnya..sebabnya..mmmm sebabnya En. Sayang keluar dengan kawan lelaki dia dan lupa nak bagitahu aku. Sentap tah hape-hape, bila ingat balik aku rasa malu pulak. Aku rasa sebab dah lama sangat tak jumpa, aku jadi jeles bila dia keluar dengan kawan lelaki dia. Ahahaha..dia dah cakap sorry pun, aku menangis jugak. So hari semalam, segala rindu telah diqada'. Oh..maulidur rasul bukannya ko nak berselawat tapi ko sibuk nak jumpa tunang ko kan. Mula-mula pergi Jusco Bukit Raja, tapi sebab bosan ya ampun, En. Sayang ajak pergi tempah baju nikah dia. Maka terkedek-kedeklah kami berdua ke Anggerik Mall yang hidup segan mati tak mahu. Takde orang langsung. Sampai je dekat BAK, ade sorang pakcik tengah menggunting kain. Tanpa banyak soal, terus dia ukur



Tahan nafas..tahan nafas


Ok, lepas

Dah siap ukur baru dia tanya

P.cik: Bila nak pakai ni?
En. Syg: Around Julai, sempat tak pakcik?
P.cik: Julai?? (lepas tu diam sekejap) Bulan Julai ke?? (diam lagi sambil kerut-kerut kening)
En. Syg: a'ah bulan 7, saya nikah awal bulan 7.
P.cik: Bulan 7 eh (diam sambil tengok kitaorang, macam berfikir)

Aku dalam hati dah risau, tak sempat ke? Rugi tak hantar awal hari tu

P.cik: Sekarang bulan 2, awak nak bulan 7 eh?
En. Syg: a'ah, tak sempat ke pakcik?
P.cik: Lagi 5 bulan tu, awak ni hantar awal sangat lah
En. Syg: La ye ke..saya ingat dah tak sempat, suspen je pakcik ni..hahaha
P.cik: Hehe..bukan apa, saya takut badan awak naik, kang dah tak muat, susah pulak, sebab ada customer saya macam tu.
En. Syg: Oh bukan kena tempah awal ke, takut fully book pulak nanti
P.cik: Eh tak, sehari pun dah boleh siap, macam ni lah, awak dtg semula 15 Jun nanti.
En. Syg: La ye ke, tak tahu la pulak, maklumlah baru isteri pertama, lepas-lepas ni dah tau la
P.cik: (gelak besor pakcik tu) Jangannnn..doa tuuu..haha

En Syg sambil tengok aku, gelak mengekek dia tanya

"Awak taknak payung emas?"
"Nak, tapi bagi saya payung emas kat dunia dulu"

Geram je aku nak cubit Asrul Sani ni.

Friday, February 11, 2011

Dugaan bertunang..kenapa??

Kenapa orang cakap bila bertunang, darah manis, byk dugaan? Kenapa? Kahwin kurang dugaankah? Berboipren girlpren takde dugaan kah? Bagi aku, in every relationship semua ada dugaan, x kira besar, x kira kecil. Cuma mungkin waktu bertunang, hubungan itu di tengah-tengah, tergantung-gantung, antara iya dan tidak, antara angguk dan geleng, antara pasti dan tidak pasti. Sebab masa bercinta, asyik fikir benda yang seronok sahaja, nak dating kat mana, tengok movie apa, hari ni nak makan kat mana. Bila bertunang dah mula berfikir secara serius sikit, dan mula bergaduh tentang benda yang tak pernah pun ko fikir masa bercinta dulu, mula sibuk nak berbalah lepas kahwin nak duduk mana, mula sibuk nak kawal expenses si dia dengan niat baik sebab lepas kahwin nak pakai lagi banyak duit, bila dia beli benda yang ko fikir tak perlu, mula la ko marah-marah, tak angkat phone, tak reply message. Mula hati goyah bila tahu dia nak suruh ko ikut cakap dia je..abis cakap aku?? Lepas tu melarat sampai nak buat keputusan takmo kahwin dengan dia, lepas tu menangis macam orang gila dan cakap kita ni berbeza. Itu contoh, nanti korang ingat akulah perempuan meroyan tu..tidak, itu contoh ye.

Tipulah kalau aku dengan dia smooth all the time, ada masa aku pun macam orang lain. Ada up and down, ada masa aku tak setuju dengan dia, ada masa aku rasa nak putuskan aje, ada masa aku sayang sangat. Semua orang berbeza dan semua orang tidak sempurna. Mula-mula kenal dulu, aku selalu menangis, sampai dia selalu cakap, "saya takut kita tak serasi", lagi lah aku menangis..haha bungeksss. Dan dia selalu pelik sebab aku selalu sentap, mau ko aku tak sentap. Cara aku dibesarkan dengan cara dia dibesarkan sangat berbeza. Aku lahir dalam family yang cakapnya lembut, berlapik, masa aku kecik cakap bodoh sambil gelak-gelak kat Along pun dia sentap ko. Sentap yang serius gaban punya. Yang takmo bercakap ngan ko berhari-hari. Hape-hape entah. Budak kecik cakap bodoh sesama sendiri, standard la tu, dah namanya budak kecik, manalah dia tau bodoh itu ape. While dia pulak jenis loud, berterus terang, takde lapik2 dah. Dia tak suka simpan-simpan, ko terasa ke, tak terasa ke, dia nak cakap jugak. Tapi sekarang aku dah lali, kalau dia cakap something yang sepatutnya aku sentap, tapi aku tak menangis pun, dia akan tanya balik "Eh, tak menangis ke?". Aku jawab balik "Oh, sekarang saya dah bina tembok dalam hati saya, yang tebal punya, dah tak fragile lagi dah, kalis sentap".

Walaupun aku ni jenis sentap tapi aku ni boleh tahan degil jugak, cakap aku je yang betul, sampaikan Ma aku bagitau bakal mertua masa d'orang datang merisik yang aku ni degil. Eh, Ma ni, bikin malu saje. Tapi aku rasa degil aku bertempat..haaa tengok nak jugak bela diri sendiri. Kalau aku cakap aku nak, aku nak macam tu jugak, janganlah ko cakap jangan. Aku nak jugak, x kira. Aku rasa aku ni tegas la bukan degil kot. Tapi eloklah aku bertemu dengan Asrul Sani, macam buku dengan ruas. Aku degil 5x dia degil 10x, berani lawan?? Lawan kang derhaka..so Ma aku dah siap pesan, dah bertunang ni, belajarlah dengar cakap Asrul Sani tu, esok nak jadi suami awak. Tapi degil aku boleh dilentur lagilah, takdelah tahap degil macam syaiitonnn..haha

Itu dugaan yang paling besar kitaorang berdua, menghadapi perangai masing-masing yang berbeza. Kalau bab orang ketiga ni, takdelah dugaan sangat, setakat 2-3 kali Encik B (bukan nama sebenar) ajak keluar berkali-kali, sekejap text sekejap call ajak jumpa tidaklah aku anggap dugaan. Lainlah kalau Encik B tu tetiba ajak aku kahwin, lepas tu aku berbelah bahagi nak pilih dia ke Encik B, itu barulah boleh aku anggap dugaan. En. Sayang tak kisah pun sebab dia tahu tunang dia bukannya hot sangat, paling tidak pun dia akan tanya "B ada call tak? Awak ada bagitau dia awak dah bertunang?" Eleh..eleh..aku rasa cam poyo-poyo je bila bagitau orang yang ajak aku keluar yang aku ni dah bertunang..so?? Ntah orang tu nak jumpa sebab nak bagi kad kahwin ke, kan malu je nanti. Nasib baik En B itu bersungguh-sungguh cari aku balik kat FB and add aku, so secara tidak langsung dia pun tau aku dah bertunang..lega sebab tak payah berlakon poyo dan tak payah nak create alasan setiap kali dia ajak keluar.

Sebab apa hari ni tiba-tiba nak cakap pasal dugaan ni? sebab semalam aku termenangis..tak sengaja ok, ter, ter..tembok besar China dalam hati ada runtuh sikit semalam..ahaha, tapi hari ni dah renovate balik..lebih kukuh dari biasa. Rasa nak keluarkan hati ni lepas tu babap dia berkali-kali "biasa dia ni, nak sentap-sentap je tau, ngengada betul" Cuma doa aku setiap kali, biarlah besar mana pun dugaan semoga kami berdua tetap teguh bersama..seteguh tugu peringatan negara..bahaha ;p eh, ini serius..teguh sampai bila-bila dan panjang jodohnya. Amin. sambung sikit boleh? panjang jodohnya, murah rezekinya, soleh dan solehah zuriatnya...ehhh ;p Cepat aminkan!

Wednesday, February 9, 2011

Entry Getis Nak Kena Tampor

Apa korang buat bila rindu tunang sendiri? Dah lama tak jumpa kesayangan, dah 2 minggu. Itu dikira lama sebab aku duduk Subang, dia duduk Shah Alam sahaja. Hari-hari pergi balik kerja dia akan lalu Subang dahulu sebelum sampai Shah Alam dari KL. Tapi disebabkan dia sibuk yang hamatt dan penat serta gastrik, tak sampai hati nak paksa-paksa dia datang menziarah perempuan getis ini. Walaupun perasaan rindu meronta-ronta di dada, rasa sayang membuak-buak di jiwa, rasa kasih eh..dah..dah..melebih-lebih pulak ko. Kalau dah lama sangat tak jumpa, aku mesti nak marah-marah dia. Lepas tu bila tanya rindu saya tak? Jawab dia "taklah, biasa je"..kan haku marah bila dia jawab cenggitu, kalau tak rindu pun, tipulah sikit..baru terasa betapa romantisnya tunang saya. Tapi nanti dia jawab balik "Awak nak saya terus terang ke jadi hipokrit?". Hmmm. Tapi bukan ke masa kursus kawin haritu ustaz cakap tipu untuk mengambil hati tak salah T_T. Hoh, terasa nak melancarkan perang je, tapi at the same time mahu belajar menjadi lebih matang dan lebih sabar, tak lama lagi nak kahwin, kena praktis dari sekarang. Bila rindu, tengok gambar dia dan feeling lagu "Sedetik Lebih by Anuar Zain" dia tujukan khas buat aku...sobbss pathetic betul..meh tampor aku kasi sedor diri sikit.



Gambar candid yang paling aku suka..sebab aku yang amik lepas tumpahkan aiskrim kat kasut putih dia..sobsss..maafkan saya..


Beberapa minit lepas amik gambar ni terus bergaduh, singgah kat McD, aku makan burger sambil bergenang air mata (maklumlah budak kememeh) pastu dia pun sibuk nak sumbat mulut aku dengan french fries dia, taktik memujuk, aku dah tau sangat. Bukan reti nak pujuk dengan perkataan..cesss. Lagi aku katup mulut, lagilah dia sibuk nak sumbatkan jugak. Lepas tu buat macam french fries tu kapal terbang nak landing masuk dalam mulut aku, siap ada sound effect. Manalah aku tak ketawa..ishhh picit Asrul Sani busyuk masyam hancing pering intan payung emas berlian ni kang.

Sekian, entry getis buat hari ni. Sorry terpaksa buat korang menyampah, len kali tak buat lagi dah.

Monday, February 7, 2011

Tagged by IDA

1. Apakah status anda

Single but engaged and truly, madly, deeply in luv.
 
2. Ceritakan tentang diri anda

'Kasar' dalam blog tapi lembut di luar (macam coklat la)..serius..haha, tak caya tanya HABITAT..huhu..kan Syeira kan Betty kannnnn...Z'da kannnnnn

3. Ceritakan tentang blog anda

Blog ni kebanyakkannya pasal diri sendiri, aku tak reti nak recommend vendor ni pelamin dia cantik, kalau DIY macam ni meletopppsss kebabo, kalau nak beli kain kat sini bawak designer boleh dapat murah..eh tak retilah. Aku blog sesuka hati pasal diri sendiri dan ditujukan buat diri sendiri juga. Sebab tu ayat aku macam aku bercakap kat diri sendiri je, kasar..;p. But..but aku appreciate sangat sebab korang sudi follow, baca n komen entry aku..mak terharu..sobsss sobss

4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog

Ok lah, kalau boring, baca blog korang-korang boleh buat aku ketawa or t'feeling sama. Aku baca update korang tetiap hari, tapi aku tak komen sebab PC dan laptop yang maha lembab, nak komen boleh buat aku sakit hati. Balik Temerloh hari tu, nak update satu entry 3 jam kamu tahu..serius hangen. Jadi kalau aku tak komen, jangan la ingat aku tak baca, aku baca...i follow u all tauuuu.
 
5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog

Ermmm..takde, cam bagus-bagus je kalau aku nak nasihatkan orang, macamlah aku blogger handalan sangat..ngahaha. Tapi tetap nak nasihat buat kawan2 ni...buat Cik Fotogedik dan Z'da..hoiii pesal update korang lambat..cepat update aku nak baca..hahahahaha

6. Nyatakan keunikan blog anda

Blog ini adalah satu-satunya blog aku, takde blog lain, semua cerita sumbat dalam blog ni..unik tak..unik tak??

7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

Sampai sifat rajin ku berakhir. Impian??..mmm berjaya update hari-hari w'out fail..impian ke tu??

8. Tag 5 orang yang anda nak kenal

3 orang je boleh tak, gila banyak kerja kat opis ni..secara pantas aku tagged anda ber'3

1) Cik Fotogedik
2) Chrysalis Journey
3) Zaida
 
Buat Cik Fotogedik n Z'da takde alasan tak update hari ni, tu aku dah tagged, cepat update!!
 
Thanks iDa comel..meh tagged lagi nanti..haha

Thursday, February 3, 2011

MUA

Kalau cerita pasal make up aku sedikit cerewet. Sikit je lah, takde lah byk pun, maklumlah budget ciput nak demand lebih-lebih..pang kang. Merata email MUA dari yang fofular sampai lah yang tak berapa fofular. To be honest, popular or not, aku tak kisah, yang penting make up cantik and within budget. Udahlah duduk di pedalaman (bak kata boss aku *sesuka hati dia je cakap Temerloh tu pedalaman* dia memang kuat bergurau, takdelah aku ambik hati pun) nak bayar transportation cost pun dah double harga make up. Lucky enough, En Sayang and family aku nak buat satu hari je (nikah n sanding in one day) dah boleh save banyak jugaklah.

Kalau cerita pasal MUA dengan kesayangan, jawab dia setiap kali "Murah ke mahal tu tak penting, saya rasa make up ni cantiknya terletak pada orangnya, kalau orangnya cantik mekap macamana pun cantik jugak". Apa ni, apa ni, apa ni...ceh teremo pulak semua lelaki akan berfikiran begitukah? Setiap kali aku mintak pendapat pasal MUA, jawab dia OK saja. Aku sajalah yang merana tetiap malam nak tidur, pusing kiri nak yang itu, pusing kanan nak yang ini. Sampailah di malam Tahun Baru google MUA akhirnya terjumpa 'dia'. Mata aku ni sepet, so aku memang nak cari MUA yang pandai buat smokey eyes dan pandai buat mata aku nampak besar. Lagipun lelaki kesayangan memang adore smokey eyes, dia cakap shekseyyy (auww seksi). Mari kita buat dia lebih berdebar-debar dan berpeluh-peluh nak lafaz akad bila nampak ai bersmokey eyes sambil kenyit-kenyit mata...ngahaha.

Satu lagi syarat wajib MUA haruslah perempuan tulen, sebab aku ni orang kampung (walaupun duduk di taman, tapi tetap consider orang kampung), kurang manis lah pulak kalau makcik-makcik tengok, kang apa pulak kata diaorang and aku tak selesa buat my mom rasa tak selesa. Eh, boleh tahan solehah jugak aku ni :D






Credit to Fieyra

Hopefully, akak ini bisa mendatangkan debaran terhebat buat lelaki kesayangan..auww getiss. En. Syg baru call tadi cakap rindu..eleh, itu belum aku hantar bau busyuk masyam semalam kan? Kalau tak, kompom taleh tido malam..haha


Wednesday, February 2, 2011

Sorry

Sorry sebab dah lama tak update..amboi cara aku cakap tu macamkan ramai sangat yg baca blog aku or tertunggu-tunggu update aku..ngahaha. Lately, aku takde masa nak update blog or..ok, aku ada masa but i just can't find the best time to update. For the last 2 weeks, nenek aku tak berapa sihat, so sebagai satu-satunya anak perempuan terhebat Pa, akulah gadis yang terpilih untuk menekan pedal minyak membelah kepekatan malam menuju ke Temerloh Pahang (sambil Pa tidur disebelah) after Mak Itam aku call bagitau nenek aku nazak. Pa anak bongsu manja busyuk Wan aku. So bila tau je Wan nazak, terus dia tak boleh drive, lepas tu mungkin nervous, masa Pa datang umah aku nak tinggalkan kereta dia so that kami boleh naik kereta aku je, molek pulak dia pergi langgar pasu bunga besar jiran aku sampai pecah...sobbbssss..anak perempuan terhebat Pa ini jugak lah yang pergi membayar ganti rugi jiran tersebut yang RM2 pun dia suruh bayar jugak. Siap call aku sebut "u bayar RM42 aaaa". Baiklah!!!!.

But alhamdulillah,  Wan ok balik lepas tu and kami berdua balik dengan tenang ke KL. Last Sunday, masa aku dah bersiap nak pergi kenduri di rumah kawan En. Syg, tinggal nak pakai heel saja lagi. Along call bagitau Wan meninggal di Hospital Temerloh. Dengan mekap tebal dan baju kurung pahang kesayangan itulah aku terus balik ke Pahang dengan Kak Cik. Sadly, bila sampai je rumah Pak Cik aku, arwah Wan dah otw ke kubur, aku memang tak sempat tengok dia langsung, nak pulak hujan yang terlalu lebat, macamanalah aku nak kubur pulak. Mulanya aku ingat, subuh Isnin nak terus balik ke Subang, nak pergi kerja, akhirnya sampai hari Rabu aku di Pahang Darul Makmur lagi dengan hati yang tidak begitu aman dan makmur. Tolak 3 hari cuti, tinggallah 7 hari cuti je untuk kahwin nanti. Pasrah je lah, lepas tu kena unpaid leave.

2 hari mengulit Amani yang baru pandai meniarap dan melayan Sara yang pantang jumpa tangga, nampak tangga je nak naik, nampak tangga je nak turun..eh..penatlah. Hari ini, Rabu, free sebab parents d'org berdua dah balik, dapatlah aku me'update blog, maklumlah gadis miskin macam aku ni yg hanya mengharap ehsan laptop Kak Cik dengan broadband yang masyaallah menduga keimanan di dada..lembabnyaa Ya Rabbi. Lepas kedua-dua cucu dah balik, Pa aku pun ajak anak-anak perempuan terhebat beliau ke kebun membuat longkang. Boleh tak, aku anak gadis terhebat ini yang mencangkul buat longkang sedalam 2 kaki, nak putus lengan ni rasanya. Sebab tu aku rasa aku ni memang anak terhebat Pa, ada ayah korang suruh korang buat longkang? ada?? takde kan?? sebab anak hebat macam aku je yang boleh buat, ko bayangkan aku yang kurus, 45kg ni tolong mencangkul sekali dengan 3 orang lelaki.. Ma aku siap nak ambil gambar hantar kat Asrul Sani. Of course Asrul Sani bangga gila ada tunang terhebat yang pandai buat longkang macam aku ni. Ada perempuan lain yang dia kenal sebelum ni yang pandai buat longkang?? ada?? ada sayang?? Eh, terpuji diri sendiri pulak. Ok lah nak gi mandi ni, dah pukul 3.15 petang tak mandi pagi lagi. Busyuukk masyam dah ni..kalau bau ni boleh di MMS macam gambar, dah lama aku hantar bau busyuk masyam aku ni kat Asrul Sani, kasi dia rindu lebih sikit..wakaka :D Bye darlingsssss