Klik Jommm

Thursday, March 29, 2012

Lately

Teramatlah suka makan benda manis, mulut asyik teringin yang manis-manis je. Aiskrim, coklat, moist choc cake, kalau dapat memang heaven, tu pun aku tahan-tahankan jugak keinginan, takut kalau asyik makan benda manis, tak elok pulak, kang berat naik mencanak-canak, baby pun besar, sape yang susah, akuuuuuu jugak. Satu lagi perangai buruk aku, aku tak boleh tinggalkan langsung kafein, walaupun dah tahu aku ni anemia, kadang-kadang aku nak jugak minum kafein, takdelah selalu, tapi kalau teringin tu aku minum jugak. Bad mommy betul, kadang-kadang marah jugak dengan diri sendiri, tapi tak boleh tahanlah kalau nampak teh, nak jugak rasa sikit. Lepas minum je kafein, aku mesti rasa bersalah, rasa macam aku ni pentingkan diri sendiri pulak..sobsss. Tapi aku tengah berazam taknak minum kafein langsung ni sampai bersalin, hopefully berjaya



Moist Choc Cake, beli kat Petronas otw balik dari office, banyak kali jugak aku makan ni, kadang kalau lalu Petronas, buat-buat hilang ingatan dekat kek ni..hehe




Aiskrim terbaik, ada sebulan tu, hari-hari nak makan Magnum, sampai En. Syg beli buat stok. Dapat suami yang melayan ni susah jugak, tu pun sampai sekarang kalau pergi beli barang dapur, dia mesti tanya "taknak beli aiskrim?" Aishhh, aku cakap taknak, walau hati meronta-ronta nak..bertahan..bertahan..



3 layer tea, minum sekali je, sorry baby, mummy teringinnnnnnnnnnnn sangat. Aku dari kecik memang biasa minum teh susu, sebab Pa aku suka minum, family aku breakfast, minum petang dan minum malam sebelum tidur wajib teh susu, hari-hari tau sampai sekarang (nasib baik family takde kencing manis). So nak meninggalkan teh selama 9 bulan adalah sesuatu yang luar biasa dan di luar kemampuan aku. Untuk mengelakkan aku minum teh hari-hari, aku memang tak beli teh langsung kat rumah. 

Bila mengandung ni, nak melawan nafsu makan or minum memang teramat susah, tekak asyik teringin je walaupun tau ada sesetengah makanan orang mengandung tak boleh makan, sushi and sashimi is one of da faveret, yang tu je aku mampu menahan diri dari makan, tu pun aku paksa suami sekali berpuasa sushi jugak, kesian dia dah berbulan-bulan tak makan. Dari zaman bercinta sampai sebelum pregnant dulu, setiap bulan without fail mesti pergi Sushi King at least sekali, tapi sekarang aku haramkan terus, nak kalu, kita pergi lepas saya habis pantang nanti ye bang.

Semua yang manis-manis diatas lah yang telah menyumbang kenaikan berat badan sebanyak 15kg ini..15kg?? pengsan. Eh tapi berat tengah menaik lagi ni, jangan sampai 20kg sudah..pitam nak turunkan balik.



Wednesday, March 28, 2012

Update

Lama aku hilang, minggu lepas bz sikit, takut tiba-tiba terbersalin, kerja semua tak settle. So minggu lepas memang pulun habis, kononnyalah. 2 hari ni datang office tetiba rasa macam takde kerja pulak..hehe. Hari Isnin, aku cuti pergi checkup. Bila doktor scan balik, baby baru 2.5kg lah..fuhhh boleh makan aiskrim semula, hari tu punyalah takut bila doktor kat Hospital Selayang cakap berat baby around 3-3.2kg, puasa aku makan aiskrim tau. Balik checkup terus order aiskrim satuuuuuuuuu kat En. Syg. Hari ni nak makan lagi sebenarnya.

Sekarang aktiviti aku dengan suami setiap kali malam Ahad, lepas balik dari Rawang adalah berjalan-jalan. Pergi isi minyak kereta untuk seminggu, lepas tu beli Magnum 2 makan dalam kereta sambil jalan-jalan pusing Shah Alam, sebab dah ada baby nanti, dah tak boleh jalan malam sangat, sekarang menikmati masa berdua-duaan. Dah bertiga-tigaan nanti tak dapat dah nak berjalan malam selalu. Tak elok bawak baby keluar malam kan. Lepas tu En. Syg biasalah keluar drama sedih dia

Dia: Dah ada baby nanti, mesti awak dah tak layan saya sangat kan

Aku: Hmmm (sambil kunyah2 eskrim Magnum, hoi sedap betullah eskrim ni, berlemaaaaakkkk je)

Dia: Sedihnya, nanti mesti saya terabai kan (terabai?? ko mampu terabai?? kelas sangat ayat suamiku)

Aku: Issshhh takdelah sayang, kalau tak nak terabai, kenalah tolong saya, so that saya ada masa nak layan awak jugak, kalau semua saya kena buat sendiri, memang lah tak sempat nak layan awak.

Itu ayat ulangan dia selalu, tapi selalu jugak diakhiri dengan "kalau terabai, terpaksalah saya cari gf lain" sambil senyum-senyum kambing. Tu ayat mengundang cubitan kecik di paha, wahhh kemain lagi niat ko ye. 

Ahad lepas, balik dari Rawang, kitaorang pergi Giant beli barang dapur, lepas tu melencong pusing Shah Alam and singgah kedai depan Plaza Alam Sentral minum air buah





Lebaunya muka..hidung pun sibuk nak melebau sama, jari pun, cincin kahwin dah tak muat. 

Aku dah potong rambut, tiada lagi rambut panjang mengurai tu, sebab takmo masa aku sibuk meneran, rambut pun sibuk nak berkeliaran sama, masuk dalam mulut, masuk lubang hidung, tapi still boleh ikat lah, kang menjerit pulak mak mertua aku tengok rambut pendek sangat, dia suruh simpan sikit nak ikat masa berpantang nanti.

Dah akhir-akhir pregnancy ni, kulit muka jadi macam masa mula-mula pregnant dulu, asyik naik jerawat, gila tertekan. Dulu masa mula-mula pregnant, jerawat naik mencanak-canak, besar gedabak pulak tu, lepas tu sepanjang pregnant, kulit licin je takde jerawat pun, ni sejak 2-3 minggu lepas, jerawat naik balik..sobsss..geram je tengok muka sendiri. 

Hari ni genap 37 minggu, baby dah full term, dah boleh keluar, tapi aku rasa baby belum engage lagi kot, sebab elok je aku berjalan, boleh kepit-kepit lagi macam anak dara, takde rasa ngilu lagi kat bawah tu, tapi braxton hicks agak kerap sekarang, asyik mengeras je. Oklah, nak buat kerja, korang yang baca entry ni, doakan aku selamat bersalin nanti eh, manalah tau, lepas ni tak sempat nak update dah ke. Bye


Monday, March 19, 2012

Are you ready?

Dah nak masuk 9 bulan, syukur alhamdulillah, aku dan baby masih sihat dan semoga terus sihat sampai bila-bila. How time flies, tak sangka tak lama lagi dah nak jadi ibu. Rasa macam baru lagi buat pregnancy test dan berdebar-debar tunggu En. syg sampai rumah sebab nak jerit "We are pregnant!". Ingat lagi muka En. Syg senyum terkoya-koya sambil tanya "Ye ke sayang, ye ke?" sambil sibuk nak tangkap aku sebab nak peluk..hehehe. Dah nak jadi ibulah bulan depan. Ibu?? ibu?? rasa macam suci sangat bunyinya, rasa macam tak layak. Banyak sangat dosa aku, tapi Allah tu adil sangatkan, tetap jugak bagi aku rasa nikmat bakal jadi ibu. Eh, aku termenangis la, kenapa tetiba emo ni. Tak pernah sangka yang satu hari nanti akan jadi ibu jugak, terima kasih Tuhan, semoga nikmat yang satu ni sentiasa berpanjangan. Semalam on the way balik dari Rawang, dengar satu lagu sape tah nyanyi, lagu untuk ibu, tetiba terfeeling lagu tu ditujukan untuk diri sendiri..hehe.

Bila dah hujung-hujung ni soalan biasa yang orang tanya

"Dah ready ke?"
"Tak takut nak bersalin?"

Maunya tak takut, ngeri, seriau semua ada, membayangkan kena menahan sakit contraction berjam-jam, sakit nak push baby keluar, kena gunting dan jahit, maunya tak takut, aku yang jenis kena pisau sikit pun boleh menangis berjam-jam. Menangis-nangis call suami masa first time nak buat buku pink sebab kena ambik darah, gila air mata macam air terjun depan bilik ambik darah tu sebab terlampau takut. Maunya tak takut, takut ok. Takut gila, tapi dah takde pilihan, kena beranak jugak, takkan nak simpan dalam perut je kot. Tu pun hari-hari pesan kat baby "Baby, jangan besar sangat tau, nanti mummy takut nak push" wahhh pesanan ko kan, tapi makan tak ingat dunia jugak, jap-jap makan aiskrim, jap lagi nak fastfood, jap lagi nak coklat, semua benda menggemukkan ko suka, lepas tu buat pesanan penaja kat baby. Baby pun jawab "Sorry mummy, saya terpaksa membesar dengan semua makanan yang mummy makan". Eh apehal psycho sangat aku ni siap ada jawapan dari baby T_T. Ni pun jap lagi nak pergi 7E sebab teringinnnnnnnnnnnnnnn sesangat nak makan sepapan cadbury, sepapan ok sepapan. "Baby, cadbury ni mummy punya tau, baby jangan makan, untuk perut mummy je". Baby pun jawab "Tengoklah cane nanti" hoi psycho gila.

Kalau bercakap bab bersalin memanglah takut, tapi sekarang aku mengamalkan konsep tak mau fikir tapi banyakkan berdoa. Bila sampai harinya kita redah je. Kalau sakit, kutahankan labu, kalau sakit sangat, ku genggam tangan suami kuat-kuat, sakit lagi kugigit suami, sakit jugak, ku pengsankan diri, ok-ok tak, ku mintak ubat tahan sakit la. Orang suruh push, kita push, orang jahit kita tahan. Sampai begitu sekali aku setkan dalam kepala, nak positif je, orang lain boleh, aku pun mesti boleh. Lagipun semua sakit tu berbaloi-baloi bila dah tengok baby sendiri nanti, insyaallah dan setiap hari aku berdoa moga tuhan permudahkan proses bersalin aku. Doakan yang baik-baik untuk aku eh. I love you baby A, and I love you more Daddy A


Gambar curik

Dia: Eh, awak dah nak bersalin bulan depan, takutnya nak jadi daddy..

(lepas tu mesti test suara panggil nama baby buat-buat marah, berlatih la konon, feeling sangatkan orang tu, baby belum lahir dah nak berlatih cara nak marah anak)

Aku: T_T Patutnya saya yang lagi takutlah sayang

So are you ready?
Ready tak ready..redah je, mesti boleh punyalah

Thursday, March 15, 2012

Spectra 3 Breastpump

Hai semuaaa..agak-agak menyampah tak bila aku sibuk nak bagitahu breastpump package yang aku beli..ehehehe. Sajelah nak berkongsi dengan korang, sebab aku masa sibuk survey dulu pun, kalau ada je orang review breastpump, tak kiralah package or performance dia, confirm aku baca. Rasa macam seronok nak baca, nak tahu sebelum beli sendiri. Actually masa mula-mula aku nak beli Spectra Dew, tapi bila tengok physical stock dia kat BBStore hari tu, mak oiii, berat gila, besar pulak tu, cemanalah aku nak angkut ulang-alik pergi office nanti. So aku decide Spectra 3 pun dah oklah, aku baca a few review semua cakap ok except kenalah beli spectra filter, takut susu flow back.

Aku survey harga Spectra 3 ni dekat 2 online store, 2-2 pun murah, tapi dekat OBW adalah lebih berbaloi-baloi, sebab apa, mari kita tengok ye anak-anak

ONLINE STORE 1 (RM459.00)

*Spectra 3 Electric Breastpump
*Breast Shield Set (for double pumping)
*Autumz Cooler Bag
*6 pcs Bumble Bee Storage Bottle
*3 pcs Autumz Reusable Ice Pack

ONEBABYWORLD (RM390.00)

*Spectra 3 Electric Breastpump
*Breast Shield Set (for double pumping)
*10 pcs Autumz Milk Storage bottle + 5 pcs Storage Bag

FREE
*Bottle Drying Rack
*Receiving Blanket
*4 Washable Breastpad
*RM10 OBW voucher (for next purchase)

Apa aku buat, aku bayar dulu breastpump package RM390.00 ni, lepas tu aku tambah Autumz reusable ice pack RM20.70 and Autumz Cooler Bag (harga asal 55.90) aku pakai RM10 OBW voucher tu dapat RM45.90. So total aku bayar untuk breastpump package aku RM456.60. Lebih murah dari online store 1, suka hati ai, dapat free item lagi.





Autumz cooler bag ni kecik je, sebelum beli aku tanya budak sales tu, agak-agak muat tak nak letak Spectra 3, dia cakap tak muat, aku nak buka Spectra 3 tak boleh sebab belum bayar, so aku main agak-agak je. Tanya En. Syg, dia manalah tau sangat, budak sales tu suruh ambik backpack, besar sangatlah pulak, kose aku mengayak beg besar ke hulu ke hilir, pasrah je, ambik jugak beg ni. Balik rumah, try test sekali lagi.






Lepas sumbat breastpump and 4 storage bottle.

Sedang-sedang muat je, so storage bottle maximum boleh muat 4 je, tak boleh 6, sebab belah breastpump dah gomok sangat. Tapi kira oklah kan, 5oz storage bottle x 4: dah 20oz, tak taulah pulak kalau susu aku meriah sangat sampai boleh pump lebih 20oz dalam masa 8 jam kat office. Jadi saya adalah pembeli yang gembira, setiap kali nampak Spectra 3 dalam bilik, senyum sendiri, seronok bila dapat barang yang dah lama aim. So, happy shopping guys.

Wednesday, March 14, 2012

Shopping di OneBabyWorld

Dah habis pusing MidValley dan aku tak jumpa satu pun breastpump package yang menarik, so aku ajak En. Syg habiskan duit dia kat OBW Shah Alam. Gile seronok hoi bila tau OBW dah ada kat Shah Alam, belakang rumah aku je pulak tu..wahhhhhhh, agak-agak barang habis, pergi OBW, agak-agak duit terlebih boleh pergi OBW, suami pun boleh ku suruh-suruhkan kalau dalam pantang nanti.

Since pregnant, banyak dah jenis breastpump yang aku survey. Dari Medela, Spectra, Tommee Tippee, Ameda, Modu semua aku google nak tengok review. Bila baca yang ni ok, aku nak yang ni, baca yang tu ok, aku nak yang tu, sampailah aku pergi ke BBStore Kelana Jaya, tengok physical stock breastpump yang ada, balik tu aku baca review lagi. Tak habis-habis, naik pening memikirkan. To be honest aku n suami takde budget yang tinggi untuk baby, sederhana je, baru kahwin and suami baru beli rumah, jadi kitaorang mengamalkan konsep bersederhana disini..ecewah, asal lengkap barang anak dan semampu kitaorang je dulu. Sila bertabah nak..ehh.



OBW di Laman Seri, Seksyen 13. TQ OBW, balik dari Giant lepas beli barang dapur pun saya boleh singgah.

Kecik je kedainya, tapi banyak barang, yang tak best takde demo unit. Geram je aku, semua pun tak boleh tengok, kena beli baru boleh buka. Kalau breastpump tu ok lagi, kalau stroller, ko tak tau besar mana, lipat cemana, boleh pakai dari berapa bulan ke berapa bulan, cantik ke tidak stollernya, so tak jadi beli stroller kat sini, kan ke dah rugi. Model yang kitaorang nak ada, tapi dalam kotak lagi, dan aku tak pernah tengok model tu depan mata lagi, tengok through online je, dia suruh bayar, baru boleh buka. Aku terus cakap taknak.

Apa aku beli kat OBW..jeng jeng jeng..poyolah kau

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Spectra 3 :D

Gembira, orang cakap jenis breastpump tak penting, yang penting semangat dan kesungguhan, tapi bagi aku jenis breastpump penting jugak sikit, kalau manual, lenguh tangan, semangat pun lama-lama hilang. So belilah electric breastpump, jenis apa, ikutlah budget dan keselesaan sendiri. Fuiyoo cara cakap macam dah 3 tahun susukan anak sendiri..hahaha. Aku pun tak tau banyak ke tidak susu aku ni nanti or mampu ke tak susukan anak sampai 2 tahun, takut jugak jadi macam Along aku, dah pam pun tak keluar jugak, akhirnya FM jelah anak dia, tapi belum cuba belum tau kan. Berdoalah banyak-banyak.

Yang paling aku suka, Spectra 3 ni senyap betul, bunyi angin dia je sikit, kalau anak tidur sebelah, boleh pump, tak bising punya. Satu lagi aku beli Carter's Romper: RM36.90 je



Ni baju last aku beli, lepas ni no more..no more..no more..ehhhh one more, nak pergi OBW lagi nak beli romper kaler putih pulak, comel gilaksss. Esok aku bagitau harga breastpump aku ni eh, nak review panjang sikit. Oklah babai.


Tuesday, March 13, 2012

Mid Valley Expo

Hai, semalam cuti pergi checkup. Hari Ahad lepas baby agak kurang bergerak, so aku pun mengadu la dengan doktor semalam, alih-alih terus dia buat surat refer ke Selayang. Buat CTG and scan, semua normal..alhamdulillah. Doktor estimate berat baby dah 3.0-3.2kg..pengsannn, nak sampai due nanti agak2 dah berapa? Pengsan lagi..

Ni cerita Sabtu lepas, semangat gila nak pergi baby expo, first timelah katakan, suami jenis yang tak suka bersesak-sesak, so bila dia kata OK, gumbira sangat. Plan nak pergi hari Jumaat, tapi suami dah cuti hari Isnin minggu yang sama nak uruskan hal registration adik dia kat UiTM, takpelah kita pergi hari Sabtu je lah ye. Pagi Subuh sabtu, En. Syg dah kejut aku suruh bersiap, sebab dia tau, isteri dia ni nak bedak muka je dah sejam, tah ape yang aku bedakkan pun aku taktau, nak kata cantik idak jugak, rupa tu jugak nanti..haha..dasar berangan depan cermin je lebih.

Pukul 9 lebih dah sampai Mid Valley, breakfast KFC dulu:


First time makan KFC breakfast ni, boleh tahan, aku makan sorang-sorang je, En. Syg dah makan kat rumah ketika isteri sibuk berbedak. Dia makan oat, aku tak mau, tak sedap.



Lautan manusia tengah beratur, nasib baik kitaorang awal sikit, so kitaorang orang no. ke 7-8 beratur camtulah. Buka je pintu tu, aku tengok kakak paling depan sekali, sambil dukung baby 4-5 bulan dia, menyelinap ikut bawah pintu dan berlari selaju-lajunya macam marathon sampai kitaorang berdua tergamam "apehal kakak ni", kot ye pun kan, aku rasa dia kejar booth Mamy Poko kot. Tapi agak-agaklah bawak baby tu, patah leher anak kang.

Nak cakap best ke tidak, aku pun tak tau, sebab ni first time pergi motherhood expo kan. Barang yang aku aim pun tak banyak, aku just nak beli nursing bra, washable breastpad, pureen stretch mark lotion, dengan survey breast pump. So sambil lenggang kangkung berdua, kitaorang masuk Pureen, ambik stretch mark lotion dan bayar. Aku orang first yang bayar, cashier mengagau-gagau lagi cari plastik. Lepas tu lenggang kangkung lagi pergi booth Autumz, aku orang first yang sampai booth tu, diaorang tengah makan lagi. Ambil nursing bra satu, test saiz, beli 3, ambik 2 set washable breastpad, bayar. Lepas tu pusing Hall 2 tu nak cari breast pump, tapi harga lebih mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli. Tak dapat breastpump, pergi cari Carter rompers pulak, tapi set dia 4 helai rompers and 6 stokin RM42, mahal oiii, nasib baik sehari sebelum pergi aku dah survey harga Carter rompers kat OBW cuma RM36.90 je, so tak jadi beli. Otw nak balik, ambik satu lagi nursing bra. Kitaorang keluar dari expo pukul 10.40 pagi. Selesai.

Lepas tu pusing MidValley nak cari baju untuk majlis tunang adik En. Syg 1st April ni. Dapat baju hijau, lunch dan terus balik.



Hasil belian di expo

4 nursing bras: 2 (plain) RM25 each (underwire) 2 RM28 each, aku memang suka pakai yang underwire, tapi akak kat booth cakap tak elok pakai underwire nanti boleh keringkan susu, ye ke? tapi terasa sungguh mak-mak bila pakai yang lembik-lembik tu. Takpe kalau agak-agak susu kurang nanti, aku operate wire tu kasi keluar.

2 set washable breastpad: satu set (6 pieces) RM11 je

Pureen stretchmark lotion: free maternity toothpaste: RM25

Tu je, sikit je kan, bila dah aim barang apa nak beli, lajuuu je shopping, lagipun booth nya pun tak banyak, 2 kali pusing tempat yang sama, aku ajak En. Syg keluar jadi suami adalah gumbira bila tak perlu bersesak. Boring kan En. Syg ni, bersesak itu adalah fun ok, baru rasa meriah. Tapi dia tak, balik dari MidValley dia tidur, bangun tidur terus demam, sampai hari ni demam tak baik lagi, sebab bersesak ke? Hailah suami, lemah betul daya tahan, tengok ibu mengandung ni sihat walafiat je.


Friday, March 9, 2012

Hasil Shoppingan Semalam

Hai semua, semalam bz ya ampun, malas nak update, boleh je nak update kat rumah sambil baring, tapi malas jugak. Semalam balik kerja aku pergi Mydin Mall kat USJ, sebab member office nak kahwin Ahad ni, beli present untuk orang kahwin. Sambil beli present orang, sambil beli barang sendiri jugak. Dah 34 weeks, list barang aku dengan baby tak complete lagi, adalah 4,5,6  barang yang belum beli, ni pun aku menahan diri dari beli baju baby lagi, ya allah geram betul nak beli. Tapi kena settlekan barang lain dulu.

So semalam dengan tak semena-mena dapatlah jugak 2,3 barang sendiri


Serius tak tau nak beli maternity pad jenis apa. Lama gila duduk menelaah jenis-jenis maternity pad kat rak Mydin tu, so aku ambik 2 jenis, yang Kotex tu jenis lembut fluffy-fluffy, yang Intimate tu lebih macam pad period biasa, tibai jelah, dah pakai nanti baru pandai nak agak kan yang mana satu lebih ngam dengan diri sendiri. Habis nanti, kita suruh bapa bayi top up lagi. Sekarang nak try test dulu. Selipar pun beli jugak, untuk nak pakai kat hospital nanti, aku dah lama takde selipar, sebab suami tak suka aku pakai selipar, so since kahwin memang tak pernah ada selipar sendiri.

Aku pergi Mydin semalam sorang-sorang je, sebab dekat dengan office, so balik semalam, bila En. Syg nampak je selipar ni, terus tanya "Eh, awak beli selipar untuk saya" terus nak sarung kaki kapal dia kat selipar aku, kembang nanti ok banggggg.



Spray air untuk bontot bayi dan minyak telon. Minyak ni kakak office En. Syg yang suggest, so En. Syg suruh beli yang ni jugak, baiklah, saya yang menurut perintah, walaupun mulanya aku nak beli minyak telon biasa yang cap bebiku tu, tapi tak baik pulak durhaka dengan suami. Ok, berjaya update untuk hari ni..babai. Eh, jap-jap, esok aku nak pergi Midvalley yaww, pagi-pagi buta nak tercegat depan expo tu. Korang pergi tak?



Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday

Seriously i'm super busy dan juga kekeringan cerita. So, mari tengok aktiviti setengah jam minggu lepas




Dah lama gila tak pergi swimming, lama gila, so hari tu try la swimming balik, dah tak boleh ok, asyik nak tenggelam je, berat benor ke perut aku ni..lepas tu asyik cramp. Hidung asyik masuk air je, so surrender, sedihnya, skill swimming dah hilang, baru ingat nak lumba dengan En. Syg. Swimming suit pun dah tak muat nak pakai, so kenalah pakai T-shirt saje. Kat pool pun behave je, takut T-shirt tu terangkat tanpa disedari, kang ada pulak buat tayangan umum free.

Tuesday, March 6, 2012

Shopping barang baby 5

This time online shopping, ececeh, beli barang seketul je, nak jugak buat satu entry. Sebelum tu nak cerita pasal semalam. Semalam teringin sangat-sangat nak makan cheezy wedges, balik kerja sharp pukul 6 ni, terus drive pergi Taipan, bukan apa, takut balik nanti jam, so kena cepat-cepat settlekan pengidaman. Sampai kat KFC, aku pun beratur, ada sorang aunty kat kaunter tengah order dan belakang aku sorang mamat. Aunty depan aku tu order punyalah lama, order macam kedai makan, nak milo O panaslah, yang pelik-pelik sampai staff KFC tu berbulu-bulu. Lepas tu mamat yang belakang aku ni tak boleh duduk diam, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, setiap 5 saat, dia sebut "Idah..idahh", aku ingat dia on the phone, jap lagi dia sebut lagi "idah..idahh" sebut pulak tepi telinga aku, aku dah takut dah, betul ke tidak budak ni, aku pegang handbag aku. Jap lagi kang dia sebut lagi, bebetul tepi telinga ko tau, apa dia ingat tengah shooting cerita seram ke, tolonglah jangan menakut-nakutkan ibu mengandung ni. Aku takut gila, dapat order terus lari balik, apa aneh sangat customer KFC semalam.

Ok, tarik nafas, sekarang jom tengok apa aku beli..



Order khamis minggu lepas, semalam sampai




Barut saiz S, tu pun aku beli 5 helai je, yang Along aku kasi ada 9 helai (Along kasi kebanyakannya saiz besar), cukuplah tu kot. Mula-mula aku google, jumpa online business akak ni, lepas dah baca a few review dari korang-korang, terus aku beli, korang punya review pun cakap ok, so aku pun oklah, mari membeli.

Aku beli dari mybabycomel

Dia ada banyak jenis, ada kalerful, ada kartun, ada tali, ada zap. Aku prefer yang bertali dan warna putih, sebab aku tak nak bila anak aku pakai barut kartun or kalerful nanti nampak berbayang-bayang je kat baju dia. Barut akak ni cantik, kemas je dia jahit, memang puas hatilah. Oklah nak balik, nak masak sup cendawan, babai.



Monday, March 5, 2012

Perbualan Suami Isteri

Malam semalam sebelum tidur, berbaring dalam gelap, En. Syg letak tangan dia atas perut aku, sambil baby menunjuk kebolehan berputar-putar secara berkala pada daddy dia..ngade sangat. Lepas tu En. Syg tanya aku

Dia: Macam mana nak tau kalau awak dah nak bersalin eh? Bila masa kita nak pergi hospital?

Aku: Ohhh dia ada banyak cara (cara??), ada orang rasa contraction makin kerap baru pergi hospital, ada orang keluar lendir and darah, ada orang terus pecah air ketuban.

Dia: Oooo awak nanti macamana?

Aku: Macamana?? manalah saya tau

Dia: Ohh tak boleh pilih ke?

Aku: Taklah sayangggggggggg..hahaha, mana boleh pilih nak yang mana satu, lain orang lainlah, ikut nasib..hahahaha

Dia: Ye ke? saya ingat boleh pilih.

Kalau cara bersalin ni boleh main pilih-pilih, macam tu aku nak pilih bersalin tanpa rasa sakit sikit pun..boleh?



Percubaan posing gambar passport sambil minum watermelon juice, kenapa comel dan innocent sangat pertanyaan anda suami??




Percubaan si hidung kembang membuat muka comel, tapi tetap tak jadi. Ni Sabtu lepas kitaorang pergi Lavender, Bukit Tinggi, kenapa roti dia tak sedap..kenapa?..kenapa?

Dia: Sayang, orang mengandung ni memang hidung akan mengembang eh?

Aku: a'ah kenapa? Saya rasalah

Dia: Patutlah hidung awak kembang, dulu dah sedia kembang, sekarang makin kembang

Aku: Fine, sayang fine (sambil berlalu pergi dengan tenang..haha)

Lepas tu setiap kali ambik gambar aku, mesti nak cakap "Ya allah, kembangnya hidung". Baiklahhhhh..haha aku tak ambik hati pun, setiap kali dia cakap pasal hidung kembang, mesti kitaorang 2-2 ketawa, sebab lepas tu aku mengata dia balik..si hidung kembang ni lah yang paling kau cintai kan ;)


Friday, March 2, 2012

Laundry baju baby

Hebat betul aku Sabtu lepas, basuh baju baby, basuh tangan, 4 kali trip ko tau sampai nak pitam. Last-last pergi klinik dekat rumah mertua, takutlah darah tinggi or darah rendah ke, tapi BP normal, maybe sebab penat sangat kot. Sidai baju sambil berpanas lagi, manalah tak hampir pitam. Aku tak nak basuh pakai washing machine, takut cepat rosak. Sekaranglah, kalau dah ada anak esok, kalau tak sempat, ku campakkan ke dalam washing machine jugak.



Kasi rendam dulu



 Mitten, booties n bonnet





Baju-bajuan


Ni separuh je, malas aku nak snap semua.



Lipat, susun dalam box, terasa sikit pulak baju anak aku, rasa nak tambah lagi, tapi Ma aku cakap hari tu, sudah-sudahlah tu, dah lahir nanti, belilah lagi. Tapi rasa macam nak tambah lagi lah, ok nak tambah diam-diam nanti.

Thursday, March 1, 2012

Habitat kesayangan

Dah lama tak jumpa kesayangan-kesayangan aku ni. Last sekali masa raya hari tu. Dulu zaman semua pun single, selalu kitaorang pergi holiday sesame. Pangkor, Melaka, Cherating, Langkawi, kadang-kadang bila tengok balik gambar bercuti, terasa diri dah menua sekarang..haha. Masing-masing dah kahwin, ada anak, ada yang dah pindah jauh ikut suami. So aktiviti sekarang dah tak macam dulu, dah kahwin kenalah hadkan keluar malam kan, kalau nak pergi holiday pun, kenalah angkut suami dengan anak sekali, dulu masa single bolehlah. Suami aku tak kisah sangat, kadang-kadang dia pulak yang suruh aku arrange jumpa diaorang, sebab tak tahan tengok aku asyik adaaaaaaaaaaaa je kat rumah, dia kata aku anti sosial, hamboi bang, bosan ke tengok ai hari-hari?



Erin, Ina, Baity, Syeira n Shita
Teluk Cempedak 2009



Baity, Syeira, me n Rose
LCCT



 Syeira, Erin, Shita, Baity n Rose
Langkawi 2009

Tengok gambar ni pun dah buat aku tersenyum-senyum sendiri, so baru-baru ni aku jumpa diaorang, tak semualah, yang ada just Syeira, Sheta ngan Ina je, yang lelain tak dapat join, ada hal.



Syeira, Ina n baby Adam, me

Ina dah anak sorang, tengah berusaha nak tambah sorang lagi, hikss..good luck babe. Dulu kitaorang semua satu office, tapi sekarang just tinggal aku dengan Rose je kat office ni. Yang lain dah berhijrah.



Gambar masa raya 2011 kat rumah ina di Shah Alam, Yang dah kahwin, aku, Ina dengan Rose. Rose pun dah anak sorang.



Me n Sheta..teserlah kekembangan hidungku

Kitaorang jumpa kat Restoran Mr. Sambal, SS15, Shah Alam, family Ina punya, asal datang sini je, kena makan free, asal makan free je, kena datang sini, naik segan pulak. Menu aku kalau datang sini mesti Yong Tau Fu punyalah, Yong Tau Fu dia sedappp. Hopefully masa aku dalam pantang nanti, bolehlah jumpa diaorang semua, aku nak paksa diaorang tengok aku kat Rawang, bawak present paling besar sekali :p