Klik Jommm

Monday, September 30, 2013

Mengecat: Feature Wall Room/Playroom

Salam,

Bertabah korang eh menunggu entry ni, gedik sangat nak buat banyak episod. Bukan takmo bubuh semua sekali, tapi aku ni bekerja, kerja mengecat cuma boleh dibuat time weekend je, nak pulak bila dah beranak kecik, tak boleh la nak 100% mengecat je, kenalah jugak melayan anak, bawa dia pergi jenjalan, bawa g pool, playground, so kerja mengecat yang sepatutnya boleh siap dalam seminggu, sampai sekarang dah drag hampir sebulan tau..sroootttttttt. Belum siap touch up lagi, sebab weekend baru ni balik Rawang, kesian pulak Atok Nenek dah lama tak jumpa Aish, minggu ni aku ingat nak pulun betul-betul sampai siap, stress tengok barang berlonggok dimana-mana.

Oklah back to the topic, banyak pulak bebelnya aku ni, kita buat entry pendek-pendek je, korang pun tak kose nak membaca banyak-banyak kan, code cat and warna aku share next entry la ye, boleh pulak aku lupa nak ambik gambar tin cat semalam, manalah tau, kot korang terbekenan dengan warna cat bilik Aish ni kan, sebab aku sendiri pun pening bila nak pilih cat hari tu, banyak sangat warna oii.



 Sebelum: nak imbas balik ingatan korang 


Ok, sekarang masukkan warna biru cerah dulu, ni cat yang sama dengan cat satu bilik ni.





Ok, biru gelap pulak



Last sekali baru lime green



Perasan tak, side kiri lebih banyak biru and side kanan lebih banyak hijau, macam tak balance la pulak, gasaklahhhh





Sebelum cat betul-betul kering, kena tanggalkan masking tape dengan penuh kasih sayang, jangan kasar sangat ye, kang tertanggal dengan cat sekali






Dah siap tanggal semua masking tape




Ok tak?? Oklah kan, tinggal nak touch up je lagi, takde gambar yang cerah la pulak, terpaksa korang hadap gambar yang kelabu asap ni, takpe, siap touch up nanti aku up gambar lawo sket, confirm muntah bertimpa-timpa korang asyik kena tengok bilik Aish je lepas ni..hahaha. Serius tak sabar nak start hias bilik ni, gigih mengumpul duit dalam tabung ayam..haha. Oklah bye!


Friday, September 27, 2013

Asisstant Kecik

Salam,

Aish sekarang pantang nampak kitaorang bawak troli, dan-dan dia nak tolong tolakkan. Kalau dia tolak ke jalan yang benar, takdelah aku kisah sangat, ni segala lubang, segala jalan, tengah jalan, tepi tembok semua dia nak langgar, kalau ko tahan or tak bagi, dia mengamuk. Hari tu dia nampak budak main basikal ke hulu ke hilir, dia pun sibuk tolak troli ikut budak tu, budak tu ke kanan, dia pun ke kanan, orang tu dah patah balik nak ke kiri, dan-dan dia kona troli nak ke kiri jugekk. Orang tu naik basikal dik, kemain laju, ko sekadar tolak troli je tak dapek nak mengejornya. Duduk la dia jap ke kiri, jap ke kanan, budak basikal tu pulak macam sengaja tease dia, lalu lalang ke kiri ke kanan. Alih-alih aku yang pening, kalau tak bagi kang dia punya mengamuk, masyaallah, tunggang terbalik la aku mendukung dia dengan 2 beg, troli sangkut kat tangan belah kanan, dia ku dukung pakai tangan kiri, dia punya menangis marah, meronta-ronta minta lepas. Tapi aku hati kering, kalau ku biarkan mau sampai 10 malam kang aku duduk kat bawah lagi meneman anak bujang menolak troli













Kitaorang dah sampai kereta, dia menonong-nonong tah ke mana-mana












Tak kisahlah dik, asal kau bahagia. Ok, bye!


Thursday, September 26, 2013

Toysrus Clearance Sale @ Summit USJ

Salam,

Dah hari Khamis, sekejap betul masa berlalu. Hari ni nak cerita pasal Toysrus Clearance Sale yang aku pergi semalam. Kalau ikutkan aku tak tau pun ada Clearance Sale ni, nasib baik Sarah up kat Gojes. Office aku dengan Summit tu pulak memang dekat, apa lagi berlari pergi time lunch. Dasar mak-mak pantang ada sale barang anak, berlari sesaja kan. Terus janji nak jumpa dengan Nurul (bonda Daaliyaa and Dareesaa) kat situ. Aim aku satu je, aku nak cari set pinggan mangkuk baby, kesian dengan Aish asyik pakai Tupperware je..hahaha, dah itu je bekas plastik kat rumah aku. Sambil-sambil tu nak cuci mata la jugakkan, kotlah ada berkenan benda lain ke nanti.



Oh lupa nak bagitau, clearance sale ni hanya untuk member card saje, but don't worry sebab aku pun takde member card, sampai je depan tempat sale tu, ada satu kaunter, ko boleh buat kad for free, just isi borang je dan lepas tu selamat menghabiskan duit ye.



Lama jugaklah aku duk berpusing-pusing dalam tu, tapi tak tau nak beli apa, just ambik set pinggan je untuk Aish, harga pun memang murah-murah, up to 80%, mau tak murah. Yang aku perasan banyak mainan elektronik tu, cash register, laptop baby, telepon baby, ada dinner set barbie, soft toy, baju, kasut, semua pun murah-murah. Permainan biasa pun banyak macam golf set, guitar elektronik, tool set. Brand pun macam-macam, Vtech, Barbie, Fisher Price etc. Ada yang cakap best, ada yang cakap tak best, aku rasa depends on barang apa yang ko cari, kalau barang yang ko cari takde, memang tak best, nasib baik barang yang aku nak beli memang ada so aku rasa clearance sale ni best..hahaha, macam Mama Yaya cakap tak best sebab kitchen set yang dia cari takde, dahlah ko datang jauh-jauh kan jemah, sian ko. Senang cerita kat Clearance Sale ni 80% memang mainan sesaja, 20% baru benda lain.



Mula-mula cam takut nak ambik gambar, kang kena halau, tak sempat mak nak beli set pinggan cane? Tapi Nurul cakap "alaaaaaaaa boleh je kakkkk". Ko kan semua pun boleh, terpaksa aku ikut cakap ko..kahkah, lepas snap sekali, eh takde orang tegur pun, apa lagi snaplah berkali-kali


Nurul dok beli baju je, baju girl banyak n cantik, baju boy hampeh sikit, tapi murah, sepasang RM15 je, tapi aku tak kenan, so aku tak beli.



Set pinggan yang meruntun hatiku, moga lepas ni Aish makin rajin makan..hahaha, tapi semalam aku tengok dia lagi rajin main pinggan dari makan..pfffttt


RM10.0, anakku lelaki, belum ada niat lagi nak suruh dia jadi chef, so aku tak beli





Buku and CD, buku yang aku belikan untuk Aish hari tu kat Pesta Buku Space U8, jauh lagi murah dari kat sini, betul sebab aku jumpa buku yang sama, tapi harga kat sini lebih mahal.



Aku berkenan teramat, tapi ku tahan hati sebab Aish dah ada mainan yang lebih kurang sama macam ni, lagipun macam tak banyak sangat faedahnya..hahaha ni alasan memujuk hati sendiri. Harga RM49.90 ada 40% discount jadi RM29++. Haaa ada mainan yang lekat-lekat ke dinding time mandi tu, hari tu kat Gojes ramai yang cari kan, harga kat sini RM15 rasanya, tapi bukan huruf and nombor, kat sini binatang yang comel, ada 4 ketul tapi aku tak beli sebab aku malas nak bertumbuk dengan Aish suruh dia keluar dari bilik air nanti, dahlah dia suka main air, ada mainan dalam bathroom kang, lagi la dia takmo keluar, stress haku nanti.


  
Sampai ahad ni giraffe tu tunggu ko, baik korang semua pergi



Aku beli ni je untuk Aish, Pooh tu RM12.00 no discount, set Spongebob RM15.00 selepas 50% diskaun. Harga asal set spongebob tu RM29.90. Ada Ben10, Cars and Toy Story.



Buat bergendang, ok bye. Pergi jangan tak pergi ok :). 

Semalam masa aku tengah beratur nak bayar, nampak ada pekerja baru buka set comforter sesame street, disney segala..alahaiii comelll, kalau rajin kang aku pergi lagi..hahaha, kalau ku rajin la. Tapi macam tak rajin je ni..hahaha.





Wednesday, September 25, 2013

Lepak Malam

Salam,

Amboiihhh tajuk tu macam bujang sangat aku ni kan, sejak dah kahwin ni dah jarang sangat lepak malam-malam, dulu sebelum lahirkan Aish adalah jugak sekali dua, bila dah ada anak kecik kenalah stop lepak malam, tak sesuai bawak baby berembun kat luar ye dak. Aish dah besar sikit ni, aku rasa nilah first time lepak malam bawa Aish. Sajelah malam minggu pergi makan ringan-ringan, aku ajak suami pergi Pak Li kat Seksyen 7, kalau korang duduk Shah Alam or pernah study kat UiTM Shah Alam tu confirm tau kat mana Pak Li kan. 

Kat situlah jugak first time aku jumpa suamiku, first time suami aku jatuh cinta dan terpesona dengan kejelitaan rambut perm gulung-gulung ala mop ditiup angin sepoi-sepoi bahasa macam filem hindustan, dahlah masa tu awak nampak saya dari belakang je kan, kemain call suruh saya paling muka ke awak..auwww, sekali ku paling..nahhh jerawat besar tengah masak ranum atas hidung, macam badak sumbu, tapi tetap awak berdebar-debar masa tu kan bang?? hahaha, matilah balik ni suami aku defend diri sendiri, dia mesti nak cakap aku yang tergila-gilakan dia dulu..ngehehe gasaklah bang oii. 

Pre Wed dulu pun kitaorang buat kat sini jugak, sebab kononnya nak imbas balik waktu first time jumpa tahun 2009, dah 4 tahun rupanya, dah ada Aish pun haaa.  Kalau ingat balik..alahai sweetnyaaaa. First time kitaorang jumpa, malam 15 Mei 2009, see i still remember the date, second time dating kat Jusco Bukit Raja, 3rd time kat Pak Li balik, lepas tu jumpa lagi dan lagi dan lagi sampai datang merisik Feb 2010, tunang July 2010, kahwin June 2011, pregnant July 2011, Aish lahir April 2012. Dengan suamiku la love story yang paling smooth sekali, sekejap je decide nak kahwin terus, maybe sebab faktor umur kot, masing-masing pun dah tua, dah tak daya nak bercinta lama-lama, merajuk putus, sambung balik, tak kose tau, kahwin je la terus senang cerita, dah kahwin ni lepas gaduh-gaduh, kita mengandung lepas tu beranak, lepas tu gaduh balik, mengandung semula beranak.  Dah takdo putus sambung, putus sambung, lagi baik natijahnya lepas bergaduh je mengandung, tambah umat nabi lagi syiokkk..hahaha. Tapi aku ni dah berapa kali gaduh baik, belum jugak ngandungnya..hahaha. Tahun depan kena gaduh besar, tumbuk tarik rambut lebih sikit, baru cepat ngandung balik..wahahaha. Dan-dan malam ni suami aku nak bergaduh la tu, sebab dia dah ready nak tambah baby, aku je yang belum ready lagi, tahun depan insyaallah, tunggu Aish besar sikit.

Eh, dah kenapa tajuk lepak malam dah jadi love story aku ni..hahaha. Merepek tak agak-agak aku ni. Oklah sambung balik cerita lepak malam. Masa kitaorang sampai Pak Li nasib baik tak ramai orang lagi, so bolehlah pilih seat betul-betul bawah kipas, sekarang musim panas kan, kalau boleh nak beraircond 24jam.






Aku makan ini, tak sedap macam kat Melaka punya..dah lama tak pergi Melaka


Sibuk dia nak main sudu, kalau tak bagi mengamuk habis..haihhh



Aku punya lagi, konon nak share dengan Aish, tapi dia tak mau



Anak daddy sangat, kalau nampak daddy kemain mintak dukung, gembira mak ko ni dik, boleh mommy golek-golek.



Aish takut dengan menda alah ni, baru lalu tepi belon ni, kemain dia peluk erat daddy, dari jauh dia lambai bagai nak rak, datang dekat takut pulak dia..haha

Kerja ku bertingkek-tingkek ni, ok bye!



Tuesday, September 24, 2013

Pesta Buku di Space U8, Jelutong

Salam,

Minggu lepas kitaorang tak balik Rawang, ada hal sikit, so kalau cuti bertiga je, aku memang selalu ajak suami keluar, sebab kesian kat Aish, dahlah Isnin-Jumaat memang terperuk kat rumah je, kalau balik Rawang pun memang kitaorang terperuk jugak, tak pergi mana-mana. Boleh kira dengan jari berapa kali je berjalan dalam sebulan, kalau setiap minggu without fail balik Rawang alamatnya kitaorang just keluar beli barang dapur kat Jaya Grocer Jelutong je, takde jalan-jalan ke shopping mall or taman pun, boleh bayangkan tak betapa bosannya hidup Aish..hahaha kesian dia.

Ahad baru ni around pukul 6.00 petang aku ajak suami pergi Space U8 sebab seharian Aish duduk dalam rumah, sajelah nak bagi dia main kat Amanville tu. Space U8 ni memang tak ramai orang, lapang je, ko nak berjalan pun senang and dekat hall tetengah dia tu selalu buat pesta buku la, jualan gudang la, orang tak ramai memang heaven gila kalau ko nak beli barang kat situ. Kebetulan masa aku pergi ada Pesta buku. Ini sudah baik sebab aku memang nak carikan buku untuk Aish. Buku yang ada, dia dah pandai koyakkan tau..geram aku, lepas tu buku-buku dia yang dulu semua saiz kecik yang besar tapak tangan tu je, so this time aku nak ganti and belikan yang baru. Buku kecik yang sedia ada tu aku nak letak dalam kereta, boleh dia menelaah sambil aku drive gituuuu.



Sampai 6 Oktober, buku baby memang murah-murah, novel ada, buku masakan ada, dah namanya pesta buku, segala tok nenek buku ada, kabo je



Ko ada nampak orang dalam gambar ni?? ada?? sorang dua je kan..hahaha memang heaven



Giant Flashcard (size A4), RM29.90 ada 20% diskaun, ada ABC, Nombor and Huruf Jawi. Tapi lain flashcard lain harga ye, tak sama.


Aku beli 3, semua sekali dalam RM20++ je. Aku ingat minggu ni or minggu depan nak pergi lagi, nak tambah buku lain pulak. Lepas ni aku nak beli padded book je untuk Aish, so dia tak boleh koyakkan.



Jangan lupa serbu ye. Ok, bye!


Monday, September 23, 2013

Mengecat: Design Feature Wall Room/Playroom

Salam,

Happy Monday semua. Hari ni nak cerita pasal progress bilik Aish. Actually feature wall bilik ni kitaorang dah siap cat pun, tapi sekarang tengah proses touch up sebab bila dah siap, macam-macam pulak problemnya..pffttt sabor jelah. Kerja mengecat memang En. Syg yang buat 100%, bila dah siap and lari sikit dari apa yang dia expect, dia boleh merajuk ko, terus keluar dari bilik and makan nasi ayam yang aku masak sebelum tu..hahaha kelakar pun ada. Disebabkan buruhku merajuk, kerja touch up semula dia suruh aku yang buat..eiiii mengada sangat, aku picit kang tau laa. Bukan la teruk sangat pun, tapi dia cakap dia frust bila benda tu tak begitu jadi..so dia willing jaga Aish dan aku touch up semula feature wall. Nanti bila dah siap feature wall aku share dengan korang tips nak cat dengan cantik ok, so that tak jadi macam kitaorang ni, dah satu kerja pulak nak touch up semula, tapiiiii aku suka la kerja touch up, pakai berus lukisan tu, rasa macam pelukis hebat tetiba..wahahaha over.

Oklah hari ni nak reveal design feature wall aku, design senang je sebab kitaorang malas nak mengukur bagai. Mula-mula masa decide nak cat bilik Aish ni, aku berkenan gila dengan design diamond ni



Image: Google

Berkenan sangat, siap study kat youtube dah cara-cara nak buat design ni, tapi seriously memerlukan kesabaran yang tinggi, kena ukur, lukis dengan pensil dulu, baru boleh letak masking tape, memang banyak kerja, so En. Syg mempengaruhi aku untuk tukar design.



Lepas tu kitaorang nak buat design ni, ala- ala matahari, senang sebab ko tak payah nak ukur sangat, agak-agak je besar mana sinaran matahari tu ko nak buat. Tapi lama-lama aku tak berkenan pulak sebab design ni sama macam bendera jepun tu ha, tak suka, tak suka padahal suami aku dah excited nak tampal masking tape dah, nasib baik ku tahan jebat..hehehe aku kan jenis tak tetap hati. So google punya google, aku jumpa design kat bawah ni pulekkkk



Ceria sangat, ada 3 warna, tapi suamiku pulak tak suka design yang sama macam ni, dia nak buat besar kecik, lebar, sempit sesuka hati, so that dia tak payah ukur, nampak nor ko malas kan bang, baiklah saya ikut saja. Disebabkan gambar ni jugaklah aku buat 3 warna yang berbeza untuk feature wall, kasi nampak ceria sikit, tu memang last minute plan. Kitaorang buat warna biru pekat sikit, biru cair dan lime green sebab lepas aku tengok gambar ni, macam berkenan la pulak gabungan 3 warna tu. Ok tips, sebelum ko decide design and warna, sila google banyak-banyak and decide betul-betul, mengecat dengan anak kecik memang mencabar, dan jangan lupa pilih warna yang ceria untuk bilik anak, kalau ko salah gabung warna pun pelik jugak nanti, pandai-pandai la ye



Color combination bilik Aish

Ok moh kita tengok feature wall yang dah di masking tape kan













Kitaorang memang tak ukur, main taruk je sesuka hati, En. Syg tampal while aku tengok dari jauh to make sure line tape tu lurus, kalau ko tengok line tu memang tak begitu lurus pun tapi tegak la jugak, memang kitaorang tak expect masking tape tu lurus, asal tak tersasar jauh sudah, senget sikit barulah seni namanya dak..hehe. Masking tape tu lepas cabut akan jadi line warna putih, so yang lain tu kitaorang cat jadi biru gelap, biru cerah and lime green, selang seli, minggu depan lepas siap touch up aku up gambar feature wall yang dah siap ye, in a mean time..sabarlah menanti..wahhh over sangat macamkan orang nak tengok sangat, tapi geng whatsapp gojes dah tengok..haha, tak sabor nak tunjuk. Ok, bye!