Klik Jommm

Friday, December 30, 2011

Durian ohhh

Sekarang kan musim durian, aku pulak memang suka makan durian. Balik Pahang minggu lepas otw dalam kereta, En. Syg duk sebut-sebut nak makan durian. Yang aku tak faham dia ni, bila ayah dia beli kat rumah, takde pulak dia nak makan, bila takde tu yang dia teringin. Kitaorang balik minggu lepas pun sebab nak pergi kenduri kahwin ex-housemate En. Syg kat Felda Purun, so otw ke Felda Purun tu nampaklah banyak gerai durian, singgah sekejap, kitaorang pilih gerai Melayulah, nak pulak kakak yang jual tu tengah pregnant.



Sekilo 3 ringgit, murah gila kan, tapi durian kampunglah, isi dia pun lembik-lembik je





Dia cakap dia jual murah sebab dah banyak sangat durian



Otw balik Subang, banyak pulak jumpa gerai jual durian tepi LPT highway, En. Syg pun berhenti lagi, this time tak taulah durian jenis apa, tapi sekilo RM12, kitaorang ambik sebiji je, sebab nak makan berdua je pun



Ni dapat RM15, tebal gila isi dia, lemak pulak tu..sebiji ada 6 ulas je, aku makan 2 ulas, tak berani banyak2






Orang puas hati dapat makan durian sedap, berkali-kali cakap puas hati

**Entry pendek, sebab nak rush balik, Happy New Year everyone


Thursday, December 29, 2011

Pengidaman Hari Ini


Hari ni teringin nak minum bandung cincau, teringat-ingat minggu lepas ada beli bandung cincau lemakkkkkkk je rasa dia. Dari pukul 12 tadi dah, mula-mula aku buat tak tau, malas nak menapak punya pasal (lunch hari ni officemate tolong tapaukan) tapi sampai pukul 4 ni asyik teringat je. So terkedek-kedeklah aku sorang pergi beli bandung cincau sambil membawa pinggang yang sakit ni. Sampai USJ Murni (restoran dekat office aku) 

"cincau takde kak"

Dahlah penat aku berjalan, nak tak nak terpaksalah jugak beli air bandung je, boleh tahan lemak jugak rasa dia, kalau ada cincau ni lagi umpphhh. Aku ni jarang sangat mengidam yang teringat-ingat berhari-hari kalau tak dapat. Macam minggu lepas aku teringin nak minum Coolblog Chocolate, tapi malas nak pergi Mydin nun semata nak beli Coolblog. Aku pesan je kat En. Syg, tapi bila mengenangkan dia balik jauh-jauh dari Damansara, mengadap jam lagi, sampai umah pun dah dekat pukul 9, aku cakap dengan dia, takpelah aku tunda je pengidaman aku, dapat pulak laki lurus macam tiang, dia cakap "OK". Walaupun dalam hati, sweetnya lah kalau tetiba dia bawak balik Coolblog tu eventhough aku cakap tak payah. Kalau aku cakap camtu kat dia, mesti dia cakap 

"Perempuan ni complicated la, nak cakaplah nak, tak nak cakap taknak, ni mulut cakap lain, hati nak lain..ishhh tak faham"..haha

dan sampai hari ni pun aku belum minum lagi Coolblog tu, dah lupa dah.

Terima Kasih Ayah

Minggu ni first week duduk rumah sendiri, jadi paham-paham sajalah macamana keadaan rumah aku sekarang. Tunggang-langgang macam kapal karam, kitaorang tidur pun dalam timbunan kotak dan beg, tak sempat lagi nak mengemas. Hari Isnin hari tu kitaorang decide angkat semua barang dari rumah sewa di Subang, so secara rasminya aku sekarang penduduk Bukit Jelutong. Tak boleh lagi nak sambung tidur lepas Subuh, macam masa duduk di Subang dulu, sekarang gigih menghadap jam sebelum sampai office, nak-nak pulak jam depan Summit USJ, subhanallah, saboooorrr jelah. Masa bujang dulu, jalan kaki je pergi office, dah kahwin pindah USJ16, kena drive pergi kerja, 5-6 minit dah sampai office, takde jam, takde tol. Sekarang, tengah belajar jalan mana yang tak jam time pergi dan balik, tengah try and error. So hari ni takmo ikut depan Summit lagi dah, nak ikut jalan lain pulak.

Sekarang jugak busy membeli barang rumah..sobss..sobbss..habis duit, so untuk permulaan ni, beli barang basic jelah dulu. Fridge, washing machine and katil, yang lain tunggu lepas baby lahir, kang tak berbaju pulak anak aku. Kesian agaknya tengok anak menantu bergolok-bergadai nak beli barang rumah, pak mertua dengan baik hati menghadiahkan fridge sempena masuk rumah baru, laju je kitaorang berdua tuju Harvey Norman kat Citta Mall beli fridge idaman hati.



Bye-bye mini bar, sempat pakai 3 bulan lebih je, lepas ni nak lantingkan kat adik ipar 



Fridge idaman En. Syg, dia kata nak kaler yang pelik, takmo silver, aku ikutkan aje. Thank you Ayah, bila tengok fridge, teringat ayah, bila tengok ayah teringat fridge..boleh?

"Ayah, washing machine pulak cane?"
Pangggg!!!

Tuesday, December 27, 2011

Western dinner

Hari tu teringin sangat nak makan mashed potato lagi, kebetulan pulak En. Syg half day, so aku suruh dia buat mashed potato, bila fikir-fikir..hmmm takkan nak makan dengan nasi, ok kita buat grilled lamb, first time nih. Balik kerja berdesup aku singgah Mydin, beli barang, balik laju-laju sebab lapar. Sampai rumah nampak suami tengah terbaring menonton tv dengan senang hati lalu berkata "saya tunggu awak balik, baru nak buat mashed potato, tak seronok masak sorang-sorang" Ya Rabbi, aku punyalah lapar, ingatkan sampai rumah bolehlah makan mashed potato dulu, alih-alih siapa yang campur tangan dalam pembuatannya..ye aku jugak, nasib suami ambik alih grill lamb.





This time aku tak blender, main lenyek-lenyek je, takut cair sangat macam hari tu






Sayur-sayuran rebus



Macam rentung je kan..tapi sedaplah sangat, aku beli yang togel saja, tak beli yang marinate pun, makan dengan mint sauce..huiyooo. Daging ni ko sapu dengan butter and garam sikit, lepas tu letak dalam pan macam ni. Gambar mint sauce lupa nak ambik.




Boleh makan, En. Syg terlompat-lompat kesedapan..haha, serius aku gelak guling-guling. Punyalah dia seronok, sebab lamb ni memang favourite dia.


Friday, December 23, 2011

Thank you Sayang

En. Syg paling suka online shopping. Dia kalau boleh semua nak beli online, barang baby pun suruh beli online, tapi aku tak puas hati kalau tak boleh tengok dan pegang. Sampai satu tahap almost everyday ada je parcel sampai kat office aku, sampai aku cakap dengan dia..udah-udahlah tu banggg, dah banyak sangat ni, jimat simpan duit pulak. So baru-baru ni bila dah start bayar rumah, dia pun stop online shopping. Tapi semalam ada parcel baru sampai kat office aku



Hmmm..



All about my 1st Year, hari tu baru je terbaca pasal buku ni kat blog Kak Mimi (mimiziouslicious), bila aku tanya En. Syg, dia cakap dia beli kat Milkadeal RM37++ tambah posting RM8.00 and dia dah lama usha buku ni since Abg Nara buat teaser, siap cari kat Ebay lagi. Kira nak buat surprise la kat aku kononnya. Ye, saya surprise semalam, tiba je ada parcel besar gabak sampai. TQ sayang



Eh, ni bagi kat baby ke bagi kat maknya?

Buku ni hardcover, so ko boleh update pasal baby dari hari pertama dia lahir sampailah dia umur setahun, lepas tu simpan bertahun-tahun, bila anak dah pandai membaca baru ko bagi dia. Jangan ko bagi masa dia baby, nanti penuh kesan gigitan je, takpun dia menangis tertimpa buku, buku ni besar.




Boleh letak gambar jugak


Ok, gi usha Milkadeal sekarang, sebab original price dia RM49.95. Tapi aku tak tahulah promo ni ada lagi ke tak. Selamat hari jumaat, esok nak balik Temerloh..yeay yeay

Thursday, December 22, 2011

Nasi Ayam buatan sendiri

yang sedap..eh. Masa birthday Sultan Selangor hari tu, Isnin kan cuti, En. Syg kerja kat KL, so dia tak cuti. Takut bosan duduk kat rumah sorang-sorang, aku hangkut adik dari UiTM Shah Alam dengan tujuan ajak dia buat nasi ayam sesama. Buat sorang-sorang tak seronok. So aktiviti di waktu pagi selepas En. Syg pergi kerja adalah ke Mydin USJ, beli barang dapur



pilih-pilih bawang nak buat bawang goreng

Dah siap beli barang semua, chalooo kita bergerak balik, kang lambat lak boleh lunch.


Otw nak g parking, nampak pulak CoolBlog, kesian aku tak pernah pun minum benda alah ni, so Kak cik belanja :D senyum gumbira


uishhh sedap ghopernya (maklumlah orang kampung, baru nak belajar minum air orang bandar)

Ni first time sebenarnya aku nak buat nasi ayam, tak pernah buat. So lepas google resepi, baca lebih kurang, call Mama pulak tanya resepi dia, ingat-ingat lupa lebih kurang. Ok mulakan


Memula rebus ayam, disebabkan periuk yang sedia ada kat rumah kecik, terpaksa keluarkan periuk kesayangan, sayang gila periuk kaca ni, lepas buat nasi ayam terus simpan balik. Orang jakun dapat benda mahal sikit, memang macam tu.

Lepas tu buat sup, masak nasi, buat bawang goreng, potong daun sup, goreng ayam and buat sambal..heee lupa nak ambik gambar, alah korang mesti hebat punya buat nasi ayam kan. Senang je rupanya buat nasi ayam ni, En. Syg pun cakap sedap for first timer macam aku, kira oklah tu kan. Ok lepas ni nak belajar buat laksa pulak.

Lama jugaklah aku berdiri tepi dapur sebab banyak sangat eh nya..baru nak belajar kan, sampai naik cramp kaki, lepas makan terus berdebuk tidur, adik aku yang mengemas, tak dapek la nak nolong.



Wednesday, December 21, 2011

Pakar Sambal

Dah lama sangat tak update blog, Isnin bz, semalam cuti pergi check up n minum air gula, berharap sangat nurse kat KK tak call aku, takut ok kalau ada diabetes. Sekarang Sabtu Ahad bz berpindah, nak patah pinggang aku mencuci rumah, En. Syg pulak demam selesema. Olololo, masa nak pindah ni lah dia nak demam, maka nak tercabut pinggang ibu mengandung ni menyapu sawang, menyapu sampah, mengelap lantai, mengemas dapur. Dia adalah jugak tolong, tolong mop 3 bilik, lepas tu angkat barang berat, sambil sesekali menyedut hingus..yikesss. Ok, cerita pindah lain hari eh, panjang ceritanya, penat tapi happy dah boleh duduk rumah sendiri.

Hari tu En. Syg ajak member dia main golf di Serendah, so secara tak langsung, lunch kenalah buat, awal-awal lagi member dah pesan nak makan kat rumah mertua. Family mertua aku ni memang excited meraikan tetamu, kalau ada tetamu datang, dia punya bersungguh masak tu memang tak boleh lawan. Aku ni pulak segan sikit nak masak kat rumah mertua, yelah tak sampai hati nak bagi pak mertua makan masakan aku, kang kalau tak sedap, cane? So selalunya aku tolong sikit-sikit je, this time kena buat 3 jenis sambal, ohhh aku suke sebab boleh duduk bersila, tak payah ke hulu ke hilir.



Sambal kuini, faveret satu rumah, kalau dapat sambal ni makan nasi seperiuk pun tak perasan..sedapppp



Sambal tempoyak, aku tak suka



Sambal belacan in progress, lepas dah siap lupa nak ambik gambar



Workstation, 3 sambal kenalah ada workstation ye tak..haha, menumbuk sambal sambil hadang muka pakai tutup mangkuk kaca, takut sambal masuk mata.



Dah terhidang

P/S: hoiii bila lah nak dapat lesung batu sendiri..asyik lupa je nak cari, skang bz cari barang rumah, lepas settle barang rumah, bz nak cari barang baby pulak, sape nak tolong carikkan lesung batu?? En. Syg takmo lesung yang kaler putih tu, sebab dia takut sambal tercampur dengan debu batu. Jenuh dah aku cari kat Subang ni, taktau lah kat mana ada jual lesung macam mak-mak kita tu.

Friday, December 16, 2011

Movie

Dah lama tak tengok movie, last sekali 2 bulan lepas kot. So bila ibu mertua ajak tengok Ombak Rindu ramai-ramai, laju je nak pergi, tapi bapa mertua tak kuasa nak bertangis-tangisan dengan anak-anak perempuan dia ni, so dia nak tengok cerita lain, menjadi satu-satunya anak lelaki, En. Syg kena teman bapa mertua, isteri en. syg yang mithali pun membuat keputusan untuk menemani suaminya. So 3 anak perempuan dan seorang ibu tengok Ombak Rindu, seorang anak lelaki, menantu dan seorang bapa tengok Puss in Boot..off we go.

Ombak Rindu pukul 9.15pm, Puss in Boot pukul 9.10pm, tapi diaorang masuk dulu..pelik, ok takpe kita tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, tak jugak boleh masuk, so bapa mertua mintak tiket dari menantu nak check, lepas check tanya kat menantu, hari ni berapa hb, menantu dengan sekali lafaz jawab 11hb ayah. Tiket ni 13hb, sambil tunjuk kat menantu. Terus halilintar guruh berdentum, hujan turun dengan lebat..ok ok exaggerate. Suami dengan muka panik, terus beratur beli tiket lain. Haihlahhh, nasib baik pak mertua aku check, kalau tak sampai esok pagi pun tak masuk lagi. Tiket tu En. Syg beli online, haih la sayang, cuai betul.

Habis cerita, jom tengok gambar:


Popcorn habis dulu sebelum masuk panggung, dah kena tunggu almost 1 hour, so apa lagi yang aku boleh buat selain senaman mulut ;p






Anak beranak
Pak mertua cakap: aku tanak masuk blog

Haha

Puss in boot besttttt

Wednesday, December 14, 2011

Pasar Malam Bukit Beruntung

Dah lama tak pergi pasar malam, lama sangat. Aku suka pergi pasar, seronok, tapi En. Syg kalau bab bersesak-sesak ni dia tak nak, sebab tu dia suka pergi Summit USJ, lengang, takde orang sangat. Kalau pergi Sunway Pyramid, sambil cari parking sambil membebel "kenapalah hari ni semua orang nak pergi Pyramid", kalau nak pergi jugak, bangun pagi-pagi, lepas breakfast terus terjah, kalau macam tu dia ok. 

So, bila hari Sabtu hari tu dia ajak pergi pasar malam, cam takjub sikit..ehhhh jommmmmmmm. Bawak 2 orang askar, adik ngan cousin En. Syg.  Sampai pasar, membontot je budak 2 orang tu ikut kitaorang

En. Syg: eh dik, ko kenapa ikut abang?
Adik: adik takde duit, adik ikut jelah abang

En.Syg kasi duit, berdesup hilang, jumpa balik penuh tangan jinjit makanan, habis duit..hehe comel la budak berdua ni.



Eh, eh, kenapa ambik gambar dekat-dekat syg, terserlah kemontelan



Hujan, so berhenti makan dulu




Sejuk-sejuk, makan bihun sup daging..nikmatnyaaaa. Bihun sup gerai ni sedap sangat, lagilah nikmat.



Lepas hujan



Segar-segar, geram nak beli, tapi sedar diri takde fridge ada mini bar je, manalah nak sumbat



Balik rumah makan durian, bapa mertua belikan kat pasar..lemak berkrim, sambil mengunyah tanya mak mertua 

"Mak boleh ke makan durian, boleh ke"

"Boleh, tapi jangan makan banyak sangat, lepas tu minum air banyak-banyak"

Tu yang aku nak dengar sebenarnya..heee, dapatlah makan sikit buat rasa-rasa. Rasa minggu depan nak pergi pasar lagi.


Tuesday, December 13, 2011

Yang di tunggu sudah tiba

Muahaha, macam bunyi iklan je kan.. Sejak pregnant ni, burger McD tidak begitu menyelerakan ditekak ku, tapi yang satu ni tetaplah selera nak makan, setahun sekali je kot dia keluar, memang tiap-tiap tahun ni fav, aku lebih suka beef dari chicken. So bila tau Prosperity dah keluar aku pun menggelitis la nak makan, dah terbayang black pepper meleleh-leleh. Huiiii sedappp. Last week otw balik ke rumah mertua di Rawang, motif tetiap minggu pun nak balik Rawang, ye sebab rumah sendiri takde washing machine, terpaksa menumpang washing machine ibu mertua, washing machine sendiri masih di rumah lama, tak berangkut, tunggu pindah baru nak angkut, 6 bulan dah tak pakai, elok lagi ke washing machine tu eh? Ok dah cerita menyimpang. Last week (ayat ulangan) otw balik ke rumah mertua, singgah McD



Cer tengok lengan dia, huii lengan pun dah 3kg kot..sobss T_T tapi muka tetap happy dapat Prosperity



Alahaiii, rasa ringan je kaki nak tekan minyak balik nanti singgah McD, tapi dah set mantra dalam kepala 
"ko dah 55kg, ko dah 55kg, ko dah 55kg"

Aku baru 5 bulan dah naik 10kg dari berat asal, cer bayangkan 5 bulan lagi..ok takyah bayangkan, ngeri. Yang dipelikkan aku makan sama je macam sebelum mengandung, tapi berat naik sampai 3 kg sebulan, aku cuma takut diabetes je..mintak simpang, minggu depan minum air gula, kita nantikan keputusannya..ewahhh.


Friday, December 9, 2011

Mee goreng mamak



Hari ni En. Syg MC, ada appointment dengan doktor. So pagi tadi sempat touching-touching dengan dia, pergi kerja dengan perasaan yang bergumpal. Dalam pukul 9 lebih tetiba call cakap nak hantar mee dia masak, terus sejuk hati. Lagi sedap dari kuay teow hari tu..huuuuu

Thursday, December 8, 2011

Masterchef saya

Kebizian melanda, tapi nak jugak update. Asyik entry masak jek, naik bosan dah korang, aku pun dah bosan, tapi lately, memang hidup aku membosankan, duduk di rumah je, tak kemana-mana, nak update hari ni, korek cerita semalam, kalau semalam buat rutin sama je, memang tak boleh nak update, tak de cerita.

Semalam En. syg bersemangat waja nak buat Kuay Teow goreng, semangat sampai dia tengah drive pun asyik call aku berkali-kali tanya,

"dah blend cili?" 
"udang ada beli tak?" 
"kalau awak nak beli kerang boleh juga"
"belikan saya kicap cair"
"tolong keluarkan kuay teow dari peti"
"ada tak beli daun kucai"
"nanti rebuskan udang half cook eh"

eh, nak tunggu dia sampai tu memang berpuluh-puluh kali dia call, dia cakap excited..bahaha. Sebab first time nak buat kuay teow sendiri. Asal sampai traffic light je call, asal jammed sikit je call, terganggu chef assistant ni nak sediakan bahan tau.




Sampai rumah, tukar baju, masterchef pun bermula

Hoi, tunggang langgang dapur

"Syg, saya masak asing-asing, saya buat untuk satu orang makan, satu orang makan eh, nak test dulu"

"Iye, baiklah"



Macam sedap, macam je baru. Aku tengok je dia masak, biarkan aje



Bersepah sekali, first attempt, terhangit, kulat-kulat muka isteri kena makan, tawar pulak tu. Second attempt, ok sikit, still tawar. Third, aku suruh buat basah sikit, aku tabur garam, baru ok rasa dia, tengok isteri jugak kena campur tangan.

"ish, yang third ni sedaplah sayang, boleh buka kedai ni, cepat syg cakap jujur, sedap ke tak"

Serba salah aku.."mmm..bolehlah, tapi tak boleh buka kedai lagi, tak laku, sendiri makan boleh..hehe"

Lepas makan, baby bergolek-golek "baby suka sebab daddy masak sedaplah tuu" 

Cis perasan!


Wednesday, December 7, 2011

Mashed Potatoku

Hari ni bakal bz, so update secara laju, semalam aku berjaya buat mashed potato, first time nih. Tu pun taklah menjadi sangat, tapi bolehlah. En. syg takde, dia dinner dengan budak sekolah dia, ex-student Alam Shah ni romantik gile eh, siap ada anniversary dinner..haha. 6th Dec genap 15tahun diaorang jadi student Alam Shah, boleh?? Yang tak menahan tu student Alam Shah kan semua lelaki, romantis betul diaorang nih. Takpe suami takde, boleh buat makanan kesukaan sendiri je.

Eh, jom cite pasal mashed potato, yang pandai buat mashed potato ni En. Syg, aku tak pernah buat, so call dia tanya resepi and google jugak

Jom tengok resepi


Garam sikit, susu lemak-lemak sikit, potato, bawang putih, pepper, tu yang aku ada

Yang aku takde: butter and mayonis, takpe untuk mulut sendiri takyah proper sangat, dah pergi kedai dekat rumah tapi takde, malas nak pergi beli tempat lain.


Pastu rebus kentang sampai empuk, campak sekali bawang putih dengan garam sikit dalam periuk 



Blend (better lenyek je, so takdelah blender terpaksa berkerja keras, macam nak meletup blender aku semalam, so terpaksa letak susu banyak sikit, mashed potato jadi lembik..sobss) kentang yang dah direbus, masuk susu sikit, butter, mayo, pepper, air takmo eh. Siap!

Jom buat gravy pulak


Sos tiram, kicap adik manis satooo, BBQ sos (aku takde..sobss) black pepper yang biji tu, takmo yang halus-halus, tepung jagung, bawang putih

Cincang bawang putih, tumbuk black pepper kasi pecah, jangan banyak sangat black pepper, (aku pakai yang instant je), tumis, lepas tu tuang sos tiram, kicap manis sikit, BBQ sos,lepas tu masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air, kacau jangan kasi berketul. Siap!

Hoi senangnye, tapi sedap ke tak Cik Erin?


Macam rupa dodol, lepas tu gelabah sendiri, tambah air takmo kasi pekat sangat, rasa ok, tapi rupa hampeh



Walaupun ok-ok je, habis jugak dimakan, lepas ni kena beli barang lengkap, baru syiookk ooo

Tuesday, December 6, 2011

Magazine ibu ibu

Hoi, bz gilelah sekarang, nak update memang tak sempat, ni pun curi-curi jek. Kerja beratur menunggu giliran, nasib baik setiap kerja ada commission, tu yang buat semangat sikit, walau kekadang pening jugak, tapi bila memikirkan duit mengalir masuk, huii bahagia.
Ok, mari cerita pasal magazine ibu-ibu mengandung, orang dulu-dulu tak macam kita, banyak info pasal pregnancy boleh dapat especially thru internetlah kan. Tapi kalau tak baca magazine ibu-ibu ni macam tak lengkap pulak, tapi kalau ko terlebih baca pun bahaya jugak, sebab bila too much info ko akan jadi takut, makan ni tak boleh, makan tu tak boleh, kalau ko makan anak ko akan jadi begini2 atau begitu2. Macam pagi tadi baru terbaca fluorida adalah bahaya untuk ibu mengandung, nanti anak cacat..ehhh, kose aku, semua pun tak boleh, mak kita dulu boleh je, sihat walafiat je anaknya. Orang yang buat iklan pun agak-agaklah, punyalah nak bagi laku produk dia, siap buat statement camtu, menakutkan ok. Kekdahnya orang sekarang apa pun tak boleh, makan ikan tenggiri pun tak boleh, aku tanya mak mertua, dia kata dia ok je dulu, boleh je makan. Ntah tak paham, nasib baik aku tak suka sangat ikan tenggiri. Itu info yang aku dapat dari magazinelah. Kadang-kadang bila terbaca, baru recall balik "eh, alamak hari tu aku ada makan la" pastu mulalah risau..haishhh. Yang penting sebenarnya doa banyak2 dan tawakal jelah. Baru-baru ni jugak terbaca, kalau ko pregnant baby boy, tak boleh pakai perfume, sebab takut anak ko ada masalah kesuburan..hoii choilah, takkan nak biar ketiak berkerak bau dek orang pulak..memacamlah. Eh, info aku bagitau korang ni dah buat korang takut ke? hehe

Kalau cakap pasal magazine ibu-ibu ni, of courselah ko akan ingat PaMa kan, tulah magazine paling glamer pun, tapi kalau magazine glamer2 ni, iklan dia pun aduhaiiii lagi banyak dari info. So, aku baca magazine ni....



 Ok, En. Syg yang beli tetiap bulan, aku baca je, masa mula-mula pregnant kan bulan puasa, tetiba je En. Syg balik bawak Mami Baby, cover dia Sheera ngan baby dia. 5 bulan, 5 mag.




Ni keluaran Disember, comel kan budak ni, rasa nak tenung hari-hari. "baby, baby laki ke pompuan?" Dapat baby girl, comelnye la haiii, eh tak kisahlah. Ok, nak balik, nak buat mashed potato hari ni, teringinnnnnnnn sangat. Bye